BAB 10

Romance Completed 1960

Rizky tergelak besar.

“Buat apa? Bella, kalau dibandingkan gaji Bella dengan pendapatan abang menebas rumput tu, abang punya lagi banyak, tahu!” katanya.

Bella tersengih lebar.

“Sebab itu Bella nak abang belajar di universiti. Ambillah jurusan pentadbiran perniagaan. Takkan selamanya abang nak menebas? Kan baik kalau abang belajar mengurus kompeni? Boleh buka kompeni perkhidmatan memotong rumput. Boleh mengambil pekerja.

Dah dapat pahala membantu orang, kan?” Secara lembut, dia memujuk suaminya. Secara lembut, dia memberitahu bahawa tidak rugi andai suaminya menambah ilmu. Ilmu dapat membuat Rizky manusia yang disegani masyarakat.

Rizky terdiam, cuba menyerap kata-kata isteri yang dalam diam mengajar kepadanya bahawa, hidup mesti berilmu dan ilmu itu perlu diamalkan. Ya, dia dihina kerana malas belajar. Dia dituduh menjadi pencuri kerana dia miskin. Miskin harta, miskin wang ringgit, miskin ilmu! Tidakkah mahu berubah? Relakah dihina sampai bila-bila?

“Universiti mana hendakkan orang tua macam abang ni?”

Senyuman Bella manis sekali mendengar soalan itu. Soalan yang membawa maksud persetujuan suaminya.

“Sebenarnya, kan, bang, Bella dah daftarkan abang di Open University. Ijazah Pertama dalam Pentadbiran Perniagaan. Kursusnya antara 3 ke 4 tahun.” Dia memberitahu.

Bella duduk di sisi suaminya. Kaki halusnya cuba menggerakkan buaian itu. Rose sudahpun lena. Mungkin keletihan berpuasa agaknya.

“Abang, kalau rindu, jomlah kita balik ke kampung.”

Rizky merenung wajah isterinya dalam-dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience