Tiga bulan kemudian..
“Sayang, you rehat jelah, biar I yang buat.” ujarnya sambil menghentikan kerja yang aku sedang lakukan, tiba–tiba pula Mak Da ambil cuti sebab hal keluarga. Jadi kami berdualah yang kena uruskan rumah ni.
“Bosanlah, you asyik suruh rehat je.” aku muncungkan mulutku, memang terasa bosan kerana tak buat apa–apa. “Sayang.. Jangan fikir you sorang je.. Tu dalam perut tu..” aduh, bosannya!
Lapan bulan kemudian..
“You.. I ingat nak pergi Newzealand lah.” soalku, walaupun perut aku sudah membulat, aku masih ingin pergi ke sana ke sini. Biasalah, terlalu bosan. “Sayang.. Lagi berapa minggu je you nak bersalin. Bahaya sayang..” ujarnya sambil mengusap lembut rambutku, aku mencebik.
Macam mana sekalipun. Aku tetap nak pergi ke sana. “You tak sayang I ke?” soalku, “Sayanglah, lepas you bersalin, dah habis pantang semua kita pergilah. I tahu you bosan. Kita pergilah mana–mana tempat dekat malaysia ni. Tak boleh ke sayang?” aku menggelengkan kepala tanda tak setuju.
Berani betul aku ni, walaupun dah sarat mengandung, masih nak ke luar negara. Akhirnya Zafran bersetuju.
___________________
Kami mula bercuti ke NewZealand. Kami berjalan di sekitar bandar negara itu, sambil itu, aku menahan juga perutku yang sakit. “Sayang.. You okay ke?” soal Zafran, tangannya tak berhenti memimpin aku, takut sesuatu berlaku.
“Okay je.” balasku sambil menunjuk tiga jari tanda aku memang okay. Lima hari kemudian, kami balik dari NewZealand. Semasa penerbangan hampir ke Malaysia, perutku mula buat hal. “Zafran.. Sakit..” aku mengadu padanya.
“Kenapa ni? You nak.. Beranak dah ke?” soalnya sambil membuat muka resah. Aduh jangan buat hal. Dekat kapal terbang lagi ni! Apabila Zafran melihat aku yang sudah parah menahan sakit. Dia memanggil pramogari yang berhampiran kami.
“Lambat lagi ke? Isteri saya dah nak beranak ni..”
“Hah? Sabar encik, lagi beberapa minit saja!”
Pramogari itu turut risau melihat keadaanku. Dia terus pergi ke hadapan untuk berbincang sesuatu dengan pemandu tersebut. Sebaik sahaja kapal terbang mendarat. Ambulans telah sampai di airport.
________________
Kini, aku selamat melahirkan bayi lelaki. Patutlah sakit sangat, baby boy rupanya. Aku menjaga Wafiy dengan pertolongan dari mak mertuaku. Banyak perkara yang aku tak tahu, biasalah, first time kan?
Sehari itu, Wafiy tidak berhenti menangis. Aku buntu, tak tahu nak buat lagi, semua dah cukup, cuci najis, minum susu, mandi, semua dah. Apa lagi ni! Disebabkan terlalu buntu, aku turut menangis. Dah tak tahan lagi dah.
Zafran yang ternampak aku menangis terus datang padaku. “Kenapa ni sayang?” soalnya sambil memegang bahuku. “Ni.. Wafiy tak berhenti menangis..” balasku sambil menyeka air mata. Zafran tergelak kecil mendengar aduanku.
Aduh, bukan senang jaga baby. Dia tahu gelak pula! “Dah–dah, you jangan menangis, biar I uruskan baby ni.” aku mengangguk dan menyerahkan Wafiy padanya. Dia terus bangun dan mendodoi Wafiy sambil berdiri, Wafiy terus diam.
Tak ada lagi tangisan. Eh, tadi aku pujuk makin kuat menangis, bila dengan ayahnya, berhenti terus. Pelik bin Ajaib!
Kami bahagia bersama Wafiy, sejak Wafiy lahir kedunia. Bermacam perkara baik berlaku. Zafran mendapat gelaran 'Dato' terkejutkan? Aku pula mendapat anugerah pekerja terbaik. Betullah orang kata. Anak membawa rezeki.
Sampai sini sajalah kisah kami, walaupun kami bermula dengan kontrak, akhirnya kami bahagia juga.
~TAMAT~
Share this novel