Selepas acara akad nikah, kami berpindah kerumah baru yang telah dibeli oleh Zafran. “Ini bilik kita.” eh kejap. Apa maksud dia bilik kita? Jangan bagitahu aku kena duduk sebilik dengan dia!
“Kita kena tidur sebilik. Suami isterikan?” katanya sambil keningnya diangkat sebelah. Hish, seramlah dengan mamat ni! Jangan cakap first night kena ada sudahlah.
“Itu je? Tapi kenapa kena tidur sebilik? I kan bini kontrak je?” soalku, masih berharap supaya dia berubah fikiran.
“It doesn't matter. You're still my wife after all.” Aduh, apa lagi yang aku boleh cakap? Dia dahlah keras kepala!
Aku terdiam seketika. Tiba–tiba Zafran bersuara, “Apa yang kau fikir? Dirty mind?” eh eh, aku takkan pernah sekalipun fikir macam tu. Belagak macam boleh baca fikiran aku!
“I okay je, tapi you lah. You kan anti dengan I?” mamat tu mula buat jelingan maut padaku.
“Esok, kau buatkan aku breakfast.” sabarlah Encik Zafran oi, baru habis akad nikah. Dah macam–macam minta.
“I tak reti masak, telur hangus I retilah.” aku membuat muka selamba.
“Sandwich?”
“Tak reti.”
“Haih, tak apalah. Biar aku yang buat.”
What? Aku salah dengar ke? Mamat kerek ni reti masak? Kalah aku!
“Aku hanya takeover masak je. Kerja lain, kau yang buat.” dia menunjuk aku yang berada di hadapannya.
“Kalau kau tak buat kerja tu, kau akan terima first night. Mana kau nak?” hish! Dah agak dah. Mesti dia masuk campur pasal benda tu. Hish serabut!
“I.. I boleh je buat semua kerja–kerja ni.” kau ni Zafran. Dah kaya, upah jelah orang gaji. Nak juga suruh bini kontrak kau yang buat. Memang saja nak sakitkan hati aku. Mentang–mentang aku tak pernah buat kerja rumah.
“Kenapa nak menyusahkan diri? Buat benda tu sekali then you boleh rehat sepuas–puasnya. Kenapa pilih benda susah? Lagipun halal kot.” soalan apa ni! Tolonglah. Jangan sampai tangan aku naik dekat muka kau.
“I ni hanya bini kontrak. Jangan anggap I macam perempuan simpanan.” hah, kata–kata pedas aku dah keluar. Buatlah apa kau nak. Aku chaw dulu!
________________
Aku berjalan ke ruang tamu, tiba–tiba aku perasan satu benda di sebelahku. WiFi? Wow boleh aku tumpang sekali. Aku terus menuju ke arah Zafran yang sedang asyik menonton tv.
“You..” aku memanggilnya dengan nada lembut.
“Nak apa!” hish, asyik tengking je.
“Nak password.” aku memberi senyuman manis yang dibuat–buat.
“Tak boleh, kau tu bini kontrak je!” dah kalau semua tak boleh. Baik tak payah kahwin!
“Tak apalah. I bagitahu mama macam mana perangai you sebenarnya.” Belum sempat aku menekan butang 'call' dia terus menyebut nombor password.
“230418” eh, itu kan tarikh perkahwinan kami?
“Kenapa..” baru sahaja aku hendak menyoal. Dia terus mencampak bantal ke arahku. Haih, kasar betul!
Share this novel