Malam itu, aku terus bersiap–siap untuk makan malam yang dijemput oleh mama Zafran. Sewaktu aku hendak mencapai baju, seseorang mengetuk pintu. “Masuklah.” siapa sahaja di dalam rumah ini, hanya Zafran dan aku.
“Nah, aku dah pilihkan baju.” Zafran memberi baju berwarna purple itu kepadaku. Wow, boleh tahan! “Nak I bayar ke?” saja aku bertanya soalan begitu. “Kau ingat aku lelaki dayus ke? Dah cepat pakai!” boleh pulak tengking orang.
“Nak pakailah ni, get out!” suruh orang pakai tapi dia dari tadi terpacak dekat situ. Sejak aku menjadi isteri Zafran, aku juga sudah biasa untuk menunjukkan perangai psycho aku kerana dia juga psycho. Interesting!
Zafran terus melangkah keluar dari bilik ini. Lajunya dia jalan, sekejap je dah hilang susuk tubuh si Zafran. Boleh ke satu hari nanti aku berkawan dengan dia? Atau menjadi hubungan yang lebih intim?
Apa aku fikir ni? Hei, jangan jatuh cinta dengan mamat kerek ni Dian. Dia layan kau teruk! Tapi dalam masa yang sama aku rasa selesa duduk serumah dengan dia. Ok itu sahaja pendapat aku tentang dia.
Setelah bersiap, aku keluar dengan memakai kasut tumit tinggi yang diberi oleh Zafran. Aku menuruni anak tangga dengan berhati–berhati, tiba–tiba.. Aku jatuh! Oh no, masuk hospital sudahnya!
Tiba–tiba aku rasa terapung, memang aku dah ke alam lain ke? Aku membuka mata, eh Zafran. Dia sambut aku! “You are stupid, kenapa pakai kasut tumit tinggi dalam rumah?” wow sempat lagi dia mengutuk.
Tak apa, aku tak boleh marah dia sebab dia dah selamatkan nyawa aku. Iya, aku memang stupid, dah tahu rumah ni banyak tangga, lagi kau pakai kasut tumit tinggi dekat sini!
Zafran sudah berjalan meluru ke hadapan sementara aku masih kekok dengan kasut tumit tinggi. Zafran patah balik dan terus mengangkat aku sehingga ke pintu kereta. Aku agak terkejut dengan kelakuannya.
“Anak orang kaya, tapi tak biasa pakai heels?" ujarnya. Iyalah, memang tak biasapun! “You lelaki apa tau? You pernah pakai heels ke?” haa nak sangat kutuk aku, dia tak tahu perasaan bila pakai heels ni. Nanti, disebabkan heels ni kaki boleh patah.
“Memanglah tak pernah, sebab aku bukan perempuan.” ujar Zafran. Selepas itu, perbualan kami berakhir disitu. Mulalah bunyi krik–krik berkumandang di dalam kereta. Elok jugaklah senyap, nanti bergaduh eksiden pulak!
Sudah elok kereta itu sunyi dan sepi, dia buka pula radio, dan mulalah lagu–lagu zaman dahulu dimainkan. Arh sakitnya telinga! Aku paling tak suka lagu–lagu lama sebab memang tak suka!
Aku memandang Zafran dengan lama, tangan ni nak tekan aje butang radio tu untuk menukar siaran lain. Tapi karang ada pula yang menyalak! “Ehem, Muhammad Zafran Firdaus.” dah kenapa pulak kau sebut nama penuh dia!
“Dah kenapa? Nak ceraikan aku ke?” haa ini lagi best, ada ke isteri ceraikan suami? “Bukan, nak.. Nak tukar.. butang..” belum sempat aku menghabiskan ayat, dia menyampuk, “Kau jangan buat hal kat sini. Butang apa!” riak wajahnya sudah berubah sedikit. Mukanya merah, dah kenapa pulak ni?
“Ni.. Nak tukar radio.. Boleh?” okay, kali ni mukanya macam nak makan aku! “Jangan buat aku suspend boleh tak?” dia mula meninggikan suara. Apa yang nak dimarahkan sangat?
“Iyalah, nak tukar..” tiba–tiba Zafran membuat emergency brek. Aduh, nak gugur jantung aku! Aku melihat apa yang sedang berlaku dihadapan. Sebuah kereta dah terbalik dilanggar oleh lori kot! From what I see lah.
Aku toleh ke tepi, terlihat Zafran sedang menutup wajahnya. Kenapa pulak mamat ni? “You.. You okay tak?” soalku apabila melihat dia begitu. “Jangan pegang!” hish kenapa mamat ni? Kena sampuk ke?
“You okay tak ni? Kalau tak okay, biar I drive.” aku menawarkan diri untuk memandu. Dia terus mengangguk dan kami mula bertukar tempat duduk. Kalau aku yang bawa, memang drift ajelah! Tapi sebabkan aku prihatin dengan si Zafran ni. Aku mengalah.
__________________
Sampai juga kami di ke salah satu restoran mewah yang berada di tempat itu. Keadaan Zafran pun dah makin elok. Baguslah, nanti susah pulak.
Aku keluar dari pintu kereta dan mula berjalan dengan kekok disebabkan heels 10 inci ni! Zafran memandangku dan mula mendekati aku. Kenapa pulak ni? Tiba–tiba dia menawarkan diri untuk memimpin aku. How romantic! Maybe ini lagi salah satu lakonan dia!
Kami berjalan sehingga ke pintu masuk restoran itu, kami melangkah masuk dan mencari meja yang telah ditempah oleh mak mertuaku.
Selepas itu terdengar suara yang memanggil nama Zafran.. Dian. Siapa tu? Bila dilihat, itu adalah keluarga aku dan keluarga Zafran. Aku dan Zafran terus menuju ke arah mereka, sementara mereka sudah tersenyum–senyum sampailah ke telinga.
Setelah sampai, kami menyalam kedua ibubapa kami dan mengambil tempat duduk. “Menantu mama look so gorgeous today!” wow, melampaunya pujian tu. Haha!
“Ofcourse lah, baju ni pilihan Zafran tau.” Dia mula membanggakan diri. “Iyalah, untung juga kamu dapat isteri cantik macam ni.” balas Datin Azfah. Kami berdua hanya tersenyum melayan telatah mereka.
Share this novel