BAB 19

Short Story Completed 59092

Walaupun aku dah bebas dari perkahwinan, hatiku membuak–muak perasaan cinta terhadap Zafran. Rindunya dia. Hari demi hari berlalu, rasa lemas pula tidak dapat melihat wajah si Zafran. Aku dengan dia terlalu banyak mencipta kenangan bersama.

Aku akan keluar dari rumah dan mula bersiar–siar tanpa hala tuju. Dalam kepala ni cuma memikirkan Zafran. Satu hari itu, aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku terus mengangkat panggilan tersebut.

“Hello? Ni siapa?”

“Hello, ini isteri Zafran ke?”

“Hah? Tak.. Bekas..”

“Maafkan saya cik Dian, tapi sekarang ni Zafran baru sahaja kemalangan dan menuju ke wad kecemasan. Boleh tak cik datang?”

Aku terus terduduk saat mendengar penjelasan dari orang itu. Zafran eksiden? Aku terus menggelabah dan mencapai apa sahaja pakaian yang ada di mata dan memakainya.

Aku start enjin kereta dan terus pecut sehingga ke hospital. Nyawa aku tak penting, nyawa dia lagi penting sekarang ni. Aku menyeka air mata yang mula mengalir.

Setelah tiba di hospital, cepat–cepat aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk. Aku terus berjalan dan menuju ke arah jururawat yang sedang menjaga kaunter. Tiba–tiba aku terlihat satu katil bersama mayat sedang disorong keluar.

Tangan mayat itu terjuntai keluar. Eh, jam tangan tu.. Tak mungkin! Aku terus mendekati mayat itu dan menyelak kain putih tersebut. Za.. Zafran. Air mataku terus mengalir dengan deras aku mengejut dia namun tiada sebarang pergerakan.

Aku terdengar orang berkira ' 3.. 2.. 1' namun aku abaikan. Tak mungkin orang dihadapanku ialah Zafran. Kenapa aku tak terima dia waktu dia minta batalkan kontrak. Aku sudah kesal dengan semua yang aku lakukan, aku terlalu ikut kehendak taknak kahwin.

“Ok dah semua..” aku pelik mendengar kata–kata itu dan melihat jasad Zafran. Dia sedang tersenyum. Ya Allah, sedarkan aku yang ini semua khayalan. Macam mana aku boleh tengok dia senyum pula! “Sayang.. Maafkan I..” kali ini dia bersuara.

Cepatnya aku gila! Sedarkan diri kau Dian! “Sayang.. Sebenarnya.. Ini semua plan I.. Please forgive me..” saat ini aku tahu yang semua ini adalah nyata. Ya, Zafran memang masih hidup. Tapi jantungku sudah hendak tercabut mendengar berita itu. Air mata aku masih lagi mengalir.

“Sayang..” dia menarik tanganku namun aku tariknya kembali. Sakitnya hati, tak tahu nak lega atau nak marah dia. Perkara ni terlalu real! Kenapa Zafran buat aku macam ni!

“Sayang.. Forgive me please..” dia masih cuba memujuk. Tetapi aku tidak melayannya dan air mataku terus mengalir. “Dian..” dia memanggilku lagi. Aku menarik nafas sebelum bersuara. “Apa.. You kejam Zafran..” aku ingin meninggikan suara, namun tenaga ku sudah hilang semuanya.

“Dian.. Dah lah tu..” dia cuba memujukku yang masih mengalirkan air mata. “Kenapa you buat macam ni..” soalku dan terus menangis. Entah kenapa hati ni terlalu sakit sehingga tidak dapat menghentikan tangisanku. Mungkin aku terlalu cintakan Zafran.

“I tak bermaksud nak buat you menangis, I cuma nak uji sejauh mana you cintakan I. I rasa macam tak boleh nafas hidup tanpa you Dian.” terangnya panjang lebar. “Tapi kenapa libatkan nyawa.. You buat I risau sangat..” aku masih lagi menangis teresak–esak. Sudah tidak kesah lagi tentang orang ramai yang sedang menjadi penonton.

“Maksudnya you cintakan I?”

“Tak, I tak pernah cintakan you!” balasku dalam sedu. “Habistu kenapa you datang sini?” aku tidak dapat menjawab dan terus menangis. Zafran terlalu mengujiku hari ini. Dia mula bangun dan berhadapan denganku. “Sayang, hati I hanya ada you sorang je. Jom kahwin dengan I balik?” pintanya sambil memegang tanganku.

“Siapa nak kahwin dengan you? I dah kata I tak cintakan you kan! Sayangkan orang tapi buat macam ni. You kejam..” aku ingin menghentikan tangisan namun air mataku mengalir lagi.

“Sayang please, jom kita kahwin balik. You sayangkan I, I pun sayangkan you. You taknak kahwin dengan I ke?” dia masih bersuara memujuk. “Taknak! I tak sayangkan you pun!” aku memarahinya sambil menyeka air mata.

“Habis tu, you tak kesahlah kalau I mati balik?” sedap sahaja dia berkata begitu. Siapa tak kesah? Aku paling kesah sekali! “Zafran!” aku menengkingnya apabila perangainya sudah melampau.

“Betul ni taknak kahwin dengan I? Nanti buatnya I dah tak ada, inilah kali terakhir you bercakap dengan I.” ujarnya sayu. Aku tidak sanggup apabila mendengar kata–kata itu. Aku terus memeluknya tanpa berkata apa–apa. Sambil itu aku menumbuknya dengan tenaga aku yang hampir hilang.

“Tak apa, you tumbuk je. I boleh tahan.”

“Lain kali buat macam ni lagi.”

“Alolo, dah–dah. Jangan nangis, nanti cepat tua.”

Dia mengesat air mataku yang dari tadi mengalir. Walaupun air mataku mengalir, hatiku lega kerana Zafran masih hidup, aku tidak boleh hidup tanpanya.

Kami mengambil tempat duduk sebelum berkata apa–apa. “Kenapa you buat macamni?” soalku yang dah mula reda. “I terpaksa sayang, setahun I tunggu you. Rasa macam 100 tahun lamanya. Ini je caranya untuk I pujuk you kembali pada I.” ujarnya sambil bersuara tenang.

“Habistu kalau I tak terima you?” soalku, kini aku pula yang ingin mengujinya. “I hidup mereput jelah. Tak ada orang lain selain you.” nampak mukanya yang sedang bersedih. Mungkin dia juga merana hidup tanpa aku disisi.

“Kita kahwin esok sayang? I tak bolehlah tunggu lama–lama lagi. Rindu I ni dah membuak–buak.” bibirnya mengukirkan senyuman sambil mengharapkan jawapan 'ya' dariku. “Hmm, you ingat you sorang je? I pun tak boleh hidup tanpa.. you..” ujar aku pula.

“I dah agak you masih cintakan I.” senyumannya masih tak hilang dari wajahnya. Ya, akupun tak boleh lama–lama juga. Aku rasa macam nak kahwin hari ini juga. Tapi aku cover, nanti nampak perangai tak senonoh anak dara, eh, janda muda! Tapi aku masih dara. Cuma pernah memegang jawatan 'ISTERI'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience