12 hari perangainya yang memang teruk membuatkan aku sakit mental. Lima hari perangainya yang berubah seratus peratus! 24 hari perangainya bagai sudah hilang Zafran yang dulu. Terlalu sweet! Lepasni apa pula?
Aku berjalan di sekitar kolam mak mertuaku, aku berada disini untuk menemaninya yang kesunyian. Suami busy, just like mine. Sedang aku sibuk berjalan, aku terus tergelincir dan masuk ke dalam kolam. Aduh! Aku dahlah tak pandai berenang. Dalam pulaknya!
Tergapai–gapai tanganku meminta tolong, selepas itu aku terdengar mak mertua ku yang sudah terjerit–jerit menyuruh seseorang untuk menyelamatkan ku. Mungkin ini pengakhirannya, selamat tinggal nyawaku. Keadaan terus menjadi gelap.
___________________
“Zafran! Cepatlah tolong isteri kamu!” jerit Datin Azfah pada anaknya yang baru datang akibat dipanggil tadi. “What? Dia jatuh? Ma.. Macam mana ni mama.” soal Zafran tak keruan. “Pergilah berenang selamatkan isteri kamu!” kata–kata Datin Azfah menyambungkan semula sel–sel otak anaknya, Zafran terus terjun untuk menyelamatkan Dian yang hampir tenggelam.
Zafran berenang mendapatkan Dian, apabila sudah mencapai badan Dian, dia terus berenang dan naik ke atas. “Ma, Dian.. Dia tak bernafas pun.” suaranya sudah menjadi sedih. Otaknya sungguh buntu. “Buat bantuan CPR Zaf! Cepat!” kata Datin Azfah dan terus menoleh ke tempat lain.
“Aduh..” Zafran mengeluh dan terus membuat bantuan CPR pada isterinya. Hampir 10 kali dia membuat bantuan tersebut. Barulah Dian sedar dan terbatuk–batuk.
__________________
Rasa macam ada yang kiss aku? Eh, aku hidup lagilah! Aku membuka mata untuk melihat superhero yang telah menyelamatkan nyawaku. What! Zafran! Aku terus bangun dengan pantas namun kepalaku terhantuk pada kepalanya. Hish, besi ke apa ni! Sakit sangat!
Aku seperti terhuyung–hayang apabila terhantuk pada kepalanya. “Dian! You okay tak?” soalnya yang mula berasa cemas. Dah hampir lemas, lepas tu terhantuk kepala besi pulak!
“I.. I okay.. Bila you balik? Bukan ke you dekat office?” soalku, pelik juga apabila dia berada di sini. Bukan banyak kerja ke? “Semua meeting dibatalkan. Tapi ada hikmahnya jugak, kalau I tak balik. I tak tahulah apa jadi dekat you.” dia terus mengangkat aku yang sudah hilang separuh tenaga.
“Zaf.. Zafran, turunkan I, mama nampaklah.” aku sangat malu apabila mama hanya menjadi penonton disitu. “Ma, Zaf bawa Dian masuk bilik tau. Kesian dia.” Mamanya hanya tersenyum dan memberi laluan kepada Zafran.
Aduh, Zafran ni dah kenapa? Keliru aku dibuatnya. Perangainya yang teruk, yang selalu memanggil aku bendul. Semua tu lenyap!
Zafran membuka pintu bilik dan menaikkan aku ke katil, lalu diselimutkanku. “You rehat dulu, nanti you dah okay I bawa you balik.” ujarnya padaku sambil tersenyum. Sewaktu dia hendak pergi, aku menarik tangannya, dia terus menoleh dan memandangku.
Aku mesti tahu penyebab dia macam ni. Kau kena berani Dian, kau kena tanya. Kalau tak kau akan terus keliru. “Boleh I tanya something?” soalku sebelum membuka pertanyaan.
“Boleh, apa dia?” soalnya yang masih berwajah tenang. “Kenapa you tiba–tiba jadi macam ni?” aku sudah kumpul semua keberanian untuk aku bertanya. “Maksud you?” soalnya lagi.
“Waktu mula–mula kahwin, you layan I dengan teruk, tapi sekarang. You dah lain, you mula caring pasal I. Kenapa?”
Dia menarik nafas dan menghembus sebelum menjawab pertanyaanku. Darahku sudah turun naik menanti jawapan darinya. “Dian.. Jom kita batalkan kontrak?” aku terkejut dengan apa yang baru ku dengar.
Batalkan kontrak? Maksudnya aku akan menjadi isterinya buat selama–selamanya? Dari baring, aku terus duduk. Zafran mengambil tempat duduk di sebelahku. “Apa maksud you sebenarnya?” aku menggagahkan diri untuk bertanya. “I.. I cuma nak batalkan kontrak.” dia terus memelukku.
Cepat–cepat aku merenggangkan pelukan itu. “Tapi kenapa? Sebab apa you nak batalkan kontrak?” aku masih menyoal Zafran yang tiada jawapan kukuh. “Sebab hati I tak boleh tipu lagi. I terlalu cintakan you. You adalah perempuan pertama yang buka hati I untuk cinta. You tak sama macam perempuan lain.” luahnya padaku.
Aku terus terkaku mendengar luahan itu. Dia memegang tanganku lalu aku menariknya semula. Entah kenapa hatiku berbelah bahagi. Bukan ke kau cintakan Zafran, sekarang dia confess, kenapa aku macam ni pulak?
Jawapannya hanya satu. Aku masih belum bersedia untuk menjadi isteri orang. Dan aku tidak sukakan perkahwinan. Aku pernah memberitahu mama untuk berkahwin waktu umur 100 tahun. Ya, aku taknak berkahwin. Entah kenapa aku tidak suka perkahwinan.
Dan bila Zafran mula minta untuk batalkan kontrak, walaupun aku cintakan dia. Aku tak boleh tunaikan hasrat itu. Itu bermaksud aku akan menjadi isteri orang buat selama–selamanya. Aku terima kontrak ini kerana tempohnya hanya 5 bulan. Ya Allah, tolonglah aku. Bukakan hatiku untuk menerima perkahwinan ini.
Share this novel