BAB 18

Short Story Completed 59092

Tiga bulan sudah berlalu, Zafran masih menunggu jawapan dariku. Dua bulan sahaja yang tinggal. Aku masih tidak mempunyai jawapan untuk keputusan yang dibuat oleh Zafran.

Aku tenung air kopi yang dibuat mak Da tanpa menjamahnya. Tiba–tiba seseorang sergah aku dari belakang. “Mak kau siput!” mula aku melatah. Nasib tak memukul, kalau tak, habis dah. Aku toleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan tersebut.

“You ni, kalau air kopi ni melayang dekat you macam mana?” soalku sambil menggosok–gosok dadaku. “Mak Da buat kopi ni untuk Dian? Dian mana minum kopi Mak Da.” ujar Zafran. Eh? Iyalah! Aku mana minum kopi.

“Maafkan Mak Da, kejap mak Da buat yang lain.” Mak Da terus bergegas ke dapur untuk membuat hot chocolate minuman yang paling aku suka. “Sayang.. Lepas ni ikut I pergi kerja nak?” soalnya sambil meletakkan tangannya dibahuku.

“Kenapa nak ikut you pergi kerja?”

“You kan isteri I, bolehlah I kenalkan you dekat diorang.”

“Zafran.. I bukan isteri sebenar you. I hanya bini kontrak.” aku menegaskan ayat itu. Iyalah, lepas dah ceraikan aku nanti, dia nak jawab apa dekat diorang? “You memang nak terus jadi bini kontrak I ke? Kenapa you taknak kontrak tu dibatalkan?” soalnya yang mula berwajah serius.

“Sebab.. I masih belum boleh terima perkahwinan ni Zafran. Bagi I masa.” aku bersuara memujuk. Takut–takut keluar lagi barannya. “I cintakan you Dian, kalau boleh I taknak ceraikan you. Please buka hati you untuk I?” pintanya sambil memegang tanganku.

“Bagi I masa. Lagipun perkahwinan kita ni bukan bermula dengan cinta, tapi kontrak. I harap you faham.” ujarku, Zafran hanya mengeluh. Tiada kata–kata lagi.

“Okaylah, jom ikut I pergi kerja dulu.” aku hanya mengangguk. Walaupun dia sudah melayani aku dengan baik, aku masih berhati–hati takut perangainya berubah.

__________________

Aku berjalan dengan Zafran sehingga ke pintu masuk dan aku mula terdengar orang bergosip. “Eh, itu siapa? Adik boss ke?” aku mengeluh perlahan. Kecik sangat ke sampai digelar adik? Atau Zafran yang tua?

“Ni ni ni, semua berlonggok dekat sini. Tak ada kerja?” tegur Zafran pada pekerjanya. “Maaf boss. Lagi sikit.” mereka terus pecut dari pada Zafran yang sudah mula berangin.

Kami terus masuk ke bilik Zafran, setelah membuka pintu, aku sedikit terkejut kerana suasana biliknya tak seperti selalu. “You.. Kenapa bilik you bersepah?” soalku, kerana biliknya selalu tampak kemas dan tiada satupun yang bersepah atau habuk.

Tiba–tiba mataku tertumpu pada satu kertas di atas meja Zafran. Seperti kenal saja surat itu, aku terus mendekati meja itu dan melihat isi dalam surat itu. Kontrak? Ini kontrak yang aku pernah tandatangan waktu mula–mula aku berjumpa dengan dia.

Zafran yang terlihat aku sedang membelek kertas itu, dia lantas duduk dihadapanku. “Sayang, bagi I peluang. I nak hidup bahagia dengan you, and kontrak ni? Kalau boleh I nak batalkan sekarang jugak.” ujarnya panjang lebar sambil menatap mataku dengan penuh kasih.

“Zafran.. You nak tahu perasaan sebenar I ke?”

Soalku, kasihan melihat dirinya begitu. Dia pantas mengangguk. Mukanya sudah penuh dengan harapan.

“Sebenarnya.. I, I pun cintakan you. Tapi..”

Kata–kataku terhenti disitu. Tidak mampu lagi melihat wajah kecewa lelaki dihadapanku ini. “Tapi apa?” soalnya lagi. “Tapi I tak boleh terima perkahwinan ni. Maafkan I zafran. You kena bagi I masa untuk fikirkan semua ni.” aku menjelaskam segalanya.

“Hmm, kalau macam tu. I takkan paksa you lagi. Kalau you berubah hati, bagitahu I. Kalau boleh I taknak hubungan kita berakhir macam ni je.”

Wajahnya kembali tenang. Lega aku melihat dirinya begitu. Kalau takdir kita bersama, kita pasti disatukan semula tak kira apa yang berlaku.

Hari terus berlalu, hatiku masih sama. Tidak boleh menerima perkahwinan ini.

*******

4 bulan 30 hari sudah berlalu. Maksudnya tinggal sehari aje. Maafkan aku Zafran, keputusan aku tak berubah. Aku menuju ke meja makan, terlihat Zafran yang sedang memasak bukan mak Da.

Sebagai hadiah untuk meredakan hatinya. Aku memeluk dia dari belakang sebagai kenangan hari akhir kami bersama. Zafran agak terkejut dengan tindakanku tetapi dibiarkan sahaja. Kami terus menuju ke meja makan dan mula menjamah pasta yang dibuat special oleh Zafran.

Sedang sibuk makan, aku membuka bicara. “Zafran..” panggilku dengan nada perlahan. “Ya sayang?” luluhnya hati ini saat dipanggil sayang olehnya. “Keputusan I.. Tak boleh..” aku menunduk kepala, takut hendak melihat reaksinya. “Tak apa sayang. I hormat keputusan you.” jawabnya dengan pasrah.

“Sebagai kenangan hari akhir ni, boleh tak kita dating?” soal Zafran sambil tangannya mengusap lembut tanganku. Aku tersenyum dan mengangguk.

******

Kami berjalan sambil berpegang tangan, mula mengambil gambar dan membuat semua perkara yang tidak pernah kami lakukan. Hari sudah larut malam, kami balik dan membersihkan diri sebelum naik ke katil. Kami tidur memeluk masing–masing sebelum tiba hari esok.

Hari terakhir, aku sudah bersiap–siap mengemas barang dan membawa bagasi ke ruang tamu. Zafran memberi senyuman padaku sebelum melafazkan penceraian. Aku menghadap mukanya. “Nur Dian Dayana, aku ceraikan kau dengan talak satu.” berakhirlah sudah hubungan kami.

Hatiku sakit, tapi aku masih belum boleh terima perkahwinan ini. Jika dia memang jodohku. Hantarnya kembali padaku Ya Allah. Aku mengukirkan senyuman di bibir sebelum aku melangkah keluar dari rumah banglo 'kami'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience