Kini, aku telah berkahwin dengan insan dihadapanku, Zafran. Aku bukan lagi bergelar bini kontrak, tetapi isteri sebenar, isteri yang dikahwini kerana cinta.
“Sayang..” dia memanggilku sebaik sahaja bangun dari tidur. “Dah bangun? Jomlah breakfast.” ujarku. Matanya masih kelihatan penat. “Morning kiss..” eh mengadanya. Aku hanya buat tak tahu masih menyuruhnya untuk bangun.
“Kalau you tak bagi morning kiss, I taknak bangun. Nak sambung tidur.” dia terus memejamkan matanya, aduh, buat hal pula! “Hmm, kalau you tak bangun I taknak breakfast.” biar aku pula buat perangai.
“Okay–okay, I bangun. Jom.” aku bangun dan satu tangan terus menarikku, bibir Zafran melekat pada bibirku. Aduh, panas! “Susah sangat nak bagi morning kiss. I kan suami you.” ujarnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
Pipiku mula kemerahan. “Merahnya pipi, jom sayang.” dia mencuit hidungku, dia tahu memang inilah jadinya kalau aku kena kiss. Tapi dia masih buat juga! Aku hanya berjalan sambil berpegang tangan sehingga ke dapur. Semua makanan sudah disediakan oleh Mak Da.
“Tuan, puan, jemput makan.”
Kami terus duduk di meja makan, tangan Zafran dari tadi memegang tanganku. Nak minta dilepaskan, takut merajuk pula. Sejak kahwin lagi sekali ni, perangainya boleh tahan mengada! “Sayang, lepas ni ikut I pergi kerja?” ujarnya, aku membuat muka pelik.
“Macam mana nak ikut you pergi kerja sedangkan I pun kerja?” lupalah tu, selama ni, aku hanya duduk di rumah. Lepas tu dah ada kerja yang memanggil. Aku juga bekerja sepertinya. “Alah, lupa. Ingat, dekat tempat kerja tu banyak lelaki, jangan curang dengan I.” aduh, kuat cemburu pula. Macam mana nak curang sedangkan suami depan mata dah memiliki segalanya. Dari atas hingga ke bawah.
“Ya ya, you pun. Kalau P.A cari yang lelaki. Jangan nak gatal pilih perempuan eh?”
“Ya sayang, kalau P.A perempuan pun. I takkan berubah hati.”
“No no, jangan pilih P.A perempuan. Lelaki, Faham?”
Risau pula dibuatnya. Disebabkan P.A yang sebelum ini sudah berhenti. Dia terpaksa membuat pemilihan P.A sekali lagi. Biasalah, kan dah banyak konflik boss dengan si P.A, jadi biarlah orang lelaki berbanding perempuan. Mungkin bukan bossnya yang mulakan, tapi biasalah. Namapun perempuan, mesti ada yang suka menggatal.
__________________
Aku selalu balik awal dari Zafran, jadi aku akan menunggu sambil duduk di sofa. 30 minit kemudian, baru Zafran balik.
Mataku sudah terpejam–pejam, mungkin aku penat dengan kes–kes yang perlu diselesaikan. Maklumlah, peguamkan. “Sayang.. Kenapa you tunggu I? Dah mengantuk sangat tu.” ujar Zafran dan mengambil tempat duduk di sebelahku.
“Hmm, kalau tidur tak dapat tengok muka you.” Zafran hanya tersenyum mendengar kata–kataku. “Yelah, Jom naik atas, I nak mandi dulu, jadi you tidur eh.” dia terus memimpinku sehingga ke atas.
Aku terus terlentang di atas katil, dah tak boleh tahan lagi dah. Dah mengantuk sangat! Aku terasa dahiku dicium, tapi aku biarkan saja. Dah tak mampu nak buka mata.
Share this novel