BAB 4

Short Story Completed 59092

“Eh ben..” terhenti kata–katanya apabila melihat Dian sedang lena tidur di sebelahnya. Sewaktu itu dia mengambil peluang untuk melihat setiap inci pada wajah Dian dengan teliti.

“Kenapa aku kasar sangat dengan dia? Ni kalau mama tahu aku layan dia macam ni, confirm masuk penjara terus.” ujarnya seorang diri.

Aku membuka mata, eh aku tidur ke? Aduh Dian, belum apa–apa kau dah tunjuk perangai di sebalik tabir. Aku menoleh ke tepi dan terlihat Zafran sedang melihatku dengan wajah yang serius.

“Kenapa? I berdengkur ke?” soalku, memang paling pantang aku apabila orang melihat aku berdengkur.

“Taklah sayang, jom, kita dah sampai dekat rumah parents I.” erk! Sejak bila dia bertukar personaliti? Ke dia ada penyakit DID? (Dissociative identity disorder)

“Dah kenapa? You demam ke? Bukan ke you selalu panggil I ben..” belum sempat aku habiskan ayat 'bendul' dia dah tekup mulutku.

Haih apa jenis lelaki lah kau ni Zafran. Tiba–tiba aku melihat seorang wanita berumur keluar dari rumah besar itu.

Mak dia ke? Boleh tahan cantik, patutlah tekup mulut aku. Takut mak dia tahu. Zafran membuka pintu keretanya dan pintu sebelahnya. Ceh! Berlakon betul! Menyampah.

“Hi aunty.” aku bersapa dengan wanita tersebut.

“Ni ke bakal menantu mama? Comel je orangnya.” okay. Aku mengaku aku lagi comel berbanding cantik.

“Lain kali jangan panggil aunty, panggil mama ya?” ujar wanita tersebut dengan ramah. Mak sporting anak arrogant. Macam mana tu?

“Ma, dia baru je jumpa mama. Biarlah dia biasakan diri dulu, kan sayang?” sudahlah tu, naik meluat aku bila kau panggil aku sayang!

“Tak apa aun.. Mama, lagipun berapa hari je lagi kami nak kahwin.” balasku dengan senyuman manis.

_______________________

Aduh, rumah parents aku! Kenapa jadi macam ni. Tak apalah, pandai–pandailah aku buat cerita.

“Dekat rumah parents kau nanti, jangan nak buruk–burukkan aku pulak? Aku akan dengar setiap satu ejaan perkataan yang keluar dari mulut. Faham tak?!” aku harap suara dia hilang suatu hari nanti.

Ada ke patut setiap satu ejaan? Tak siuman betul. Selepas satu jam perjalanan, akhirnya sampai juga ke rumah keluargaku.

“As.. Assalamualaikum mama.” tergagap—gagap aku memberi salam. Maklumlah, dah berbulan tak balik.

“Waalaikumussalam, Dian!” sebaik sahaja mama membuka pintu, dia terus memelukku dengan erat. Hush, maafkan Dian mama, buat mama rindu.

“Kenapa lama tak balik? Dian dah taknak hidup dengan kami ke?” eh kesitu pulak mama oi, takkanlah aku sekejam tu.

“Eh, ni siapa? Boss kamu?” soal Datin Rozina. Tak masuk akal lah bawa boss ke rumah mama..

Tapi mungkin sebab dia nampak tua? Haha dah tua tak sedar diri lagi.

“Hi aunty, saya bakal suami Dian.” ujar Zafran tenang. Macam mana dia boleh terus ke topik tu! Mesti terkejut beruk mama aku nanti!

“Ba.. Bakal suami? Jadi Dian lari dari kami sebab nak uruskan hal perkahwinan ke? Kenapa tak bagitahu mama?”

Eh, macam okay je? Memang tak bagitahulah jawabnya, perkahwinan tiba–tiba. Langgar kereta terus nak kahwin. Kahwin kontrak pulak tu!

Nak aje aku memberitahu mamaku pasal perkahwinan kontrak ni.

“Masuklah dulu, kita berbincang dekat dalam ya?” mamaku pelawa kami masuk ke dalam. Sewaktu aku laju saja melangkah masuk, seseorang menarik tanganku.

“Ingat apa aku bagitahu tadi!” Zafran memberi peringatan padaku. Ceh, takutlah tu! Kalau bukan sebabkan duit. Dah lama aku bagitahu Encik Zafran oi!

Kami duduk di sofa. Selepas itu, mamaku mula mengajukan soalan.

“Nama kamu siapa?” soal mamaku sambil memandang Zafran.

“Nama penuh saya, Muhammad Zafran Firdaus tapi boleh panggil Zafran je.” balas Zafran dan memberi senyuman palsu.

“Apa pekerjaan kamu?”

“CEO Syarikat Zinus Holding.”

“Oh, anak Dato Hazi?”

“Ya aunty.”

Hush, panjang betul temuduga ni. Macam nak ambil orang bekerja pulak.

“Kamu yakinke kamu boleh jaga Dian sepanjang hayat kamu?” Zafran terus berhenti menjawab. Iyalah, perkahwinan kontrakkan. 5 bulan je mama. Haa cepatlah jawab! Siapa suruh cipta benda mengarut ni!

“InshaAllah aunty.” ceh, tak payah InshaAllah pun, jawab jelah tak boleh. 5 bulan je masanya!

“Aunty suka sikap jujur kamu. Aunty harap perkahwinan ni dapat bahagiakan anak perempuan aunty, Dian.” ujar Datin Rozina. Haih ni semua lakonan je mama.

Sewaktu di dalam kereta. “Maafkan aku sebab libatkan kau dengan perkahwinan mengarut ni. Tapi aku janji aku takkan pernah buat kau patah hati.” ujar Zafran dengan muka ikhlas.

Barulah tenang hatiku bila dikata begitu. Sepanjang proses perkahwinan kontrak ni, sumpah hati aku tak tenang langsung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience