SPECIAL CHAPTER (1)

Short Story Completed 59092

“Wafiy!” jeritku.

Haa Wafiy dah mula buat hal. Sejak dah meningkat dua tahun ni, macam–macam perangai dia bawak.

“Sayang, kenapa jerit ni?” soal Zafran.

Aku menunjuk Wafiy yang berada di hadapanku dengan muka tak puas hati.

“Kenapa?” soal Zafran lagi, dia masih tidak tahu apa yang berlaku.

“Wafiy makan makanan kucing!” jeritku. Wajahku bertukar gelisah, takut–takut terjadi sesuatu pada Wafiy.

“Ya Allah! Kenapa anak papa makan makanan kucing? Lapar sangat ke?” soal Zafran pada tubuh kecil itu.

“Babababa..” Bila dah tanya budak kecil, itulah jawapan yang diberi.

“You.. Kita kena bawa dia pergi hospital sekarang jugak!” Arahku. Siapa tak risau pasal nyawa anak?

Zafran mengeluh berat. Tak lama itu dia bersuara.

“Sayang.. Maybe tak ada apa kot, I pernah tengok pelawak mana entah, dia makan elok je.” balas Zafran.

“Ni semua salah you tau, dah berapa kali I cakap jangan letak makanan kucing dekat dapur.” marahku pula.

“Habis tu, kucing kita ni dia bukan duduk satu tempat tau, walaupun dah ada bilik khas untuk dia. Sayang, I'm sorry okay? Kita doakan Wafiy tak jadi apa–apa.” balas Zafran lagi.

“Taknaklah.. I nak bawa dia pergi hospital. Bahaya la..”

“Sayang.. don't be like this.” pujuk Zafran.

“Tak apalah, kita call abang I. Dia kerja doktor.” Zafran memberi cadangan.

Aku terus mengangkat kepala melihat Zafran, wajah yang gelisah bertukar tenang sedikit.

______________________

“Dah okay?” suara itu terus menghentikan lamunanku. Aku berpaling melihat wajah Zafran.

“Hmm okay. Sorry, termarah you.” balasku.

“I dah kata, lagipun takkanlah makanan kucing tu boleh bahayakan nyawa manusia. Its okay sayang, I tahu you risau pasal Wafiy.” balas Zafran sambil mengusap lembut wajahku.

“Sayang..” panggil Zafran dengan suara menggoda. Ni nak apa pulak ni?

“Kenapa?” soalku.

“Nak kiss you boleh?” pinta Zafran.

“No no no, I banyak lagi kerja nak kena settle, tengok ni?” aku menunjukkan kertas–kertas kerja yang sedang aku siapkan.

Banyak betul kes, pukul anaklah. Bunuh suami, suami isteri bergaduh pun ada? Haih, semakin pelik dunia ni.

Zafran sudah memuncungkan bibirnya, merajuklah tu. Hei buruk tahu tak?

“Dato Zafran, you tak ada kerja ke nak buat? Janganlah asyik tenung I je.” aku bersuara.

“Selagi you tak bagi kiss, I taknak berganjak.” balas Zafran sambil berpeluk tubuh. Bukan nak derhaka dekat suami, tapi aku jujur, gedik sangatlah kau ni Zafran!

Akhirnya aku mengalah, aku mula bangun dari kerusi dan menghampiri wajahnya. Aku cium pipinya dan kembali ke tempat duduk.

“Dian..”

Alahai, dia merayu pula. Bukan aku tak tahu apa permintaan dia sebenarnya, cuma buat–buat tak tahu.

“Zafran.. I tengah busy..” aku merayu.

“Yelah sayang..” akhirnya Zafran mengalah.

Aku menarik nafas lega dan kembali menyiapkan tugasanku. Tiba–tiba seseorang mencempung badanku. Siapa lagi kalau bukan Zafran? Apa dia nak buat ni?

“Zafran, you're too much!” Aku meninggikan suara.

“Nak lepaskan dekat lantai ke katil?” soal Zafran dan menunjukkan riak wajah nakalnya.

“Lepaskan I dekat kerusi. Please Zafran..” pinta ku. Nak minta lepaskan dekat lantai, mahu patah riuk tulang belakangku. Lepaskan atas katil? Takut lain pula jadinya.

“Pilih antara dua tu je sayang.” Zafran tersenyum nakal.

“Zafran I..” belum sempat lagi aku menghabiskan ayat, Zafran terus menyambar bibir milikku. Mula–mula mata degil untuk tutup, tapi makin lama, aku semakin menghayati adegan ini dan menutup mata.

Lama juga, akhirnya aku membalas ciuman itu dan Zafran mula meletakkan diriku ke atas katil, sebaik sahaja tersedar, aku terus berhenti dan menolak badan sasa itu.

“Zafran, tak nampak ke I banyak kerja nak buat? Kalau I kena pecat, I salahkan you.” ujarku sebaik sahaja aku duduk di birai katil.

“You tahu tak banyak masa you luangkan dengan kerja je. Sampai I ni macam tunggul je you buat.” balas Zafran.

Pertama kali aku mendengar aduan Zafran tentang masa yang kami luangkan bersama, betul ke aku lebihkan kerja berbanding suami sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience