BAB 3

Short Story Completed 59092

“Esok, kita jumpa parents aku. Then, jumpa parents kau pulak.” ujar lelaki itu. Seriuslah? Tak ada date, tak ada apa. Terus jumpa parents? Oh, lupa. Aku bini kontrak dia je.

“Hei bendul, dengar tak?” aduh, rasanya aku dah bagi nama yang sempurna tau. “Ya badak, dengar.” haa ambik kau! Suka sangat panggil orang macam tak ada nama.

“Kenapa panggil aku badak? Lain kali panggil Encik Zafran.”

“Eh, kenapa nak ber encik–encik pulak?”

“Sebab kau bini kontrak je.”

Ni semua salah mamat tulah aku jadi bini kontrak! Entah–entah semua kemalangan tu dia yang cipta. Dasar lelaki ei.. Haa.

_________________

“Ma, Zaf dah balik.” dia memanggil mamanya setelah membuka pintu.

“Zaf, eh. Kenapa senyum je ni? Ada berita gembira ke?” soal Datin Azfah pada anaknya. Iyelah, kalau senyum mestilah berita baikkan?

“Memang, berita yang terbaik sangat. Mama mesti berterima kasih sangat dekat Zafran nanti.” ujarnya dengan wajah ceria.

“Apa dia? Pasal bisnes ke?” soal Datin Azfah sambil berpeluk tubuh.

“Nope, sebaliknya.” saja dia mempermainkan mamanya.

“Zaf nak kahwin?!” Sebaik sahaja Zafran mengangguk, mamanya terus memeluk tubuhnya dengan erat.

“Terima kasih Zaf, inilah impian mama yang sebenarnya.” kata–kata itu menggerakkan sedikit hati Zafran.

Kerana itu bukanlah perkahwinan berdasarkan cinta, tetapi kontrak!

“Zaf, bila nak bawa bakal isteri kamu dekat mama? Bila nak kahwinnya? Pasal perkara lain, biar mama yang uruskan. Zaf fokus pasal perkahwinan je sayang ye?” begitu bahagianya Datin Azfah apabila mendapat tahu anaknya akan berkahwin.

____________________

Aku bangun tidur dan bersiap. Aku mencapai blause paling mahal yang aku pernah beli. Sesudah memakai blause berwarna violet itu, aku terdengar bunyi hon yang bergema di rumahku.

Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan mamat kerek tu. Aku terus keluar tergesa–gesa dek kerana bunyi hon yang tidak berhenti itu. Kena halau dengan jiran nanti, aduh mamat ni.

Aku terus menuju ke pintu kereta Zafran. Tiba–tiba pintunya tidak mahu dibuka. Oh, kunci rupanya. Dah suruh aku masuk, dia kunci pula. Tiba–tiba telefon pintar milikku berdering, aku terus mengangkat panggilan tersebut.

“Hello siapa ni?” soalku.

“Lain kali jangan lambat. Aku tahu aku datang je kau dah tegak dekat pagar tu. Faham!” aku memberi jelingan maut padanya. Bukannya dia tunggu matahari panas terik, dia tunggu dalam kereta kot. Ada aircond, itupun nak naik angin lagi.

Setelah 10 minit menyepi di dalam kereta ini, aku terus bersuara. “Boleh tak you panggil I Dian? You selalu sangat panggil..”

Belum sempat lagi aku habiskan ayat. Dia menyampuk.

“Diamlah bendul!” aduh sakitnya hati ni, sampai bila dia nak panggil aku bendul!

Aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri, sedangkan hati ni dah panas macam nak meletup je ni.

“Rumah parents kau dekat mana?” eh, tahu pula nak bertanya. Tak apa, kau suruh aku diamkan.

“Jawablah bendul, rumah parents kau dekat mana?!” aku rasa boleh cacat pendengaran aku asyik ditengking aje!

“Dah you suruh diam, I diamlah.” balasku dengan selamba.

Tiba–tiba dia buat emergency brek! Aduh nasib pakai seatbelt! Setelah kereta diberhentikan. Dia mendekati diriku, badannya telah berubah posisi ke tempat dudukku. Apa dia nak buat ni!

“Sebab tu aku panggil kau bendul. Sekarang ni, kau nak benda lagi teruk ke? Kau nak bagitahu alamat parents kau?” mukanya hampir berlaga dengan pipiku. Aduh, kau lagi psiko dari aku!

“I.. Iyalah! I bagitahu. Pergilah tempat duduk you balik!” aku menengking dia sekuat hati. Dia hanya tersenyum dan kembali memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience