BAB 14

Short Story Completed 59092

“Annyeonghaseyo!” ucapku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah Korea. “Dian-sshi?” seseorang menyapa aku dari belakang. Zafran turut menoleh untuk melihat empunya suara itu
“O? Nugu..” soalku apabila melihat tubuh badan yang tidak dikenali.

“Naya! Kim Hyun Min.”
(Sayalah, Kim Hyun Min.)

“Kim Hyun Min! Ya..o-ren-man-i-e-yo Geunde oettoge yogisseo?”
(Kim Hyun Min! Dah lama tak jumpa, tapi apa awak buat dekat sini?)

“Geure, o-ren-man-i-e-yo, Ya! Na hangug saramiya.”
(Yelah, lama tak jumpa. Hei, Saya orang Korealah.)

“Ah, Mian..”
(Oh, sorry..)

“Geunde, igeos-eun nugu-ibnikka?”
(Tapi, ni siapa? )

“Igeos-eun... Nae.. Nampyeon..”
(Ini.. Suami.. Saya..)

Aku memandang Zafran, dia membuat muka pelik terhadap kami berdua, tak fahamlah tu.

“Kau mengumpat pasal aku ke? Bini kontrak?”

Haih, bersuara je, mesti menyakitkan hati. “Tak adalah, ini pakwe I, Kim Hyun Min.” dia terus memberi jelingan maut padaku. Macam jeles aje.

“Excuse me, can we meet another day? I don't want to be disturb in a moment like this.” Ceh! Belagak sangat. Dia kenal aku lagi lama dari kau, enam tahun tau!

Aku melihat Kim hyun Min hanya memberi senyuman manisnya yang selalu membuatkan hati perempuan cair.

_________________

“Heh, apa yang kau cakap pasal aku?!” dia menengking aku sebaik sahaja kami menempah hotel. “Hei, perasan sangat orang kutuk pasal dia.” ujarku sambil memandang ke arah lain.

“Kau datang sini sebab nak jumpa mamat korea tu ke? Siapa dia sebenarnya?!” haish, tak payahlah tengking! Dah macam cemburu buta!

“Eh kau tu masih isteri aku tau, yang kau nak menggedik–gedik dekat Ki Ho Mi tu kenapa!” hish, tak pernah nak layan aku elok–elok. Dahlah sebut nama dia pun salah!

“Nama dia Kim Hyun Min. Pendengaran you ada masalah tu. Bawa–bawa lah jumpa doktor.”

“Dah! Aku taknak kau jumpa..”

Tiba–tiba telefonku berdering, aku mengangkat panggilan tersebut. “Dian-sshi, can we meet tomorrow?” Yeah, Kim Hyun Min call.

“Oh sure, where is the place?”

“Near my hospital.”

“Geure, give me the address.”

Wow, dia dah kerja hospital sekarang. Kalaulah dia islam.. Maybe aku dah pinang dia. Sopan santun, putih, muka lembut, tak macam suami kontrak aku!

“Kau tak boleh jumpa dengan dia!” jeritnya sebaik sahaja aku memutuskan talian. “Eh lantak I lah! Kalau I duduk dengan you pun. Asyik berperang je!” aku terus keluar dari bilik hotel yang ditempah tadi.

_________________

“Bogoshiposseo, Dian-a.” Kim Hyun Min membelek gambar–gambar sewaktu dia bersama dengan Dian enam tahun yang lalu.

Mereka berjumpa sewaktu Dian dan keluarganya melancong ke korea. Disebabkan pertengkaran antara Dian dan keluarganya, Dian terus keluar dari rumah sewa itu dan tiada hala tuju.

Sejak dari itulah persahabatan mereka menjadi semakin akrab. Walaupun berbeza agama, Dian boleh berbicara dengannya dengan lancar kerana dia telah mempelajari bahasa Korea.

Kim Hyun Min mulanya berfikiran Dian adalah gadis korea. Setelah lama mereka berbicara, terbongkarlah tentang status Dian. Tetapi mereka masih berkawan. Dan apabila Dian balik ke Malaysia, mereka tidak putus hubung, sehinggalah satu hari itu. Kim Hyun Min telah menaruh perasaan terhadap Dian.

___________________

Zafran berjalan kehulu–kehilir di dalam bilik itu. Hatinya jadi tidak tentu arah sejak bertemu dengan jejaka Korea yang bernama Kim hyun Min itu. Dia cuba memerah otaknya untuk selidik apa yang dikatakan oleh Dian dan Kim Hyun Min tadi. Tetapi dia langsung tidak faham bahasa Korea.

“Kenapalah dengan hati aku ni, lantaklah dia nak buat apa pun. Kau tak perlu jeleslah! Kau bukan cinta dia pun! And aku lagi handsome dari mamat korea tu lah!” ujarnya seorang diri sambil menumbuk dinding berkali–kali.

Tiba–tiba Zafran membuat keputusan untuk menghubungi Dian. Sebaik sahaja dia menekan butang Call, dia menutupnya kembali. “Hish, tangan ni!” dia menumbuk lagi tangannya ke dinding. Semua perasaannya sudah diluar kawalan.

_____________________

Aku membuka pintu bilik hotel yang kami tempah tadi. Terlihat Zafran sudah tertidur di sebelah katil dan kepalanya di atas katil. Seolah–seolah sedang menunggu aku? Tak apalah. Aku pun nak berehat. Asyik bergaduh aje.

Sewaktu aku hendak menaikkan badan ke katil, ada satu tangan yang menarikku dan aku terduduk di atas riba Zafran. Zafran membuka matanya, dan mula berkata sesuatu. “Aku sayang kau Dian..” aku agak terkejut dengan luahan itu.

Lalu dia memejamkan matanya semula. Apa ni! Jangan fikir bukan–bukan Dian, dia mimpi je! Tapi takkan mimpikan aku? Ah, dia mimpikan orang lain. Tapi nama aku! Hish serabut!

(SORRY, HARAP KORANG TERHIBURLAH WALAUPUN TRANSLATE KOREA KE MELAYU. TQ MY READERS.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience