BAB 8

Short Story Completed 59092

Zafran langsung tidak memandangku dan terus menuju ke katil untuk tidur. Biarlah dia tidur, aman sikit dunia, lipas gila tu pun dah hilang. Bolehlah aku take a shower!

Selepas habis mandi, pening kepala memikirkan macam mana nak tidur. Tak apalah, walaupun kontrak, dia masih suami kau. Tak ada yang dosa. Tak payah banyak fikir and close your eyes..

_____________________

Zafran membuka matanya. Matahari yang terang bercahaya itu menyilaukan matanya. Dia melihat disebelahnya, Dian sedang lena tidur sambil memeluk tangan Zafran.

Otak Zafran dah mula bekerja. Dah banyak rancangan dia untuk mengenakan gadis itu.

“Woi bangun!”

“bangun gila!”

“Hei, bendul!”

“Woi bini kontrak, bangun!”

Ya Allah minah ni, tidur mati ke dah memang pengsan? Apa susah sangat nak kejut dia!

“Woi bendul, bangun!” dia mengeluarkan semua suara lelakinya untuk mengejut isterinya.

Aku membuka mata dan terlihat Zafran sedang berkata sesuatu. “Hoi bendul, bangunlah!” ya Allah, macam ni kau kejutkan aku? Tak boleh ke panggil nama aku? Nama aku dah cukup sempurna. Nur Dian Dayana!

“Eh kau ni, bini kontrak je. Tapi aku yang kena kejut. Hoi bangun, kalau tak aku kiss kau!” hish mamat ni. Main ugut cara halus pulak! Aku masih pura–pura tidur. Iyalah, aku tidur pukul tiga pagi kot! Sekarang baru pukul 7.55 pagi. Maksudnya aku tidur empat jam macam tu je!

Tiba–tiba muka aku dihampiri haba panas. What? Memang dia betul–betul nak buat ke? Aku terus membuka mata dan menghantukkan kepalaku pada kepalanya. Eh salah, terkena dekat mulut dia!

“Aduh!” dia mengadu kesakitan. Haih Dian, masuk ni dah dua kali kau sakitkan dia. Tapi salah dialah mencabar kesabaran aku. Aku terlihat sesuatu yang merah mengalir dari mulutnya.

“Zafran, I minta maaf. You tunggu sini kejap. Biar I ambil first aid.” aku terpaksa berlembut dengannya. Bila tengok balik, dia ni macam kurang kasih sayang. Kesian aku tengok.

Aku mula merawat luka di bibirnya. Tapi rasa diri ni macam dah dekat sangat! Aku terus bangun untuk mengelakkan sesuatu berlaku. Tiba–tiba Zafran menarik tanganku dan aku terduduk.

Dia menunjukkan bibirnya, maksudnya dia masih menyuruh aku merawat lukanya. “You.. Rawatlah sendiri, simple je.” kataku padanya.

“Tapi kau yang buat. Cepat, sakitni.” kenapa tak ada tengking harini? Hah, dia tu sakit mental. Bila–bila masa je.. Okaylah, aku mengalah. Aku terus merawat lukanya, ada juga dia mengadu kesakitan kerana pedih.

“Dah siap.” ujarku, Zafran hanya memandang aku tanpa berkata apa–apa. Tapi pandangan tu lama kot! Fall in love dengan aku ke? “Kau cantik, tapi perangai tak seperti orangnya.” eh, nak mengata aku? Hei, perangai kau lagi teruk!

____________________

10 hari sudah berlalu, cepat je kan? Macam biasa, Zafran akan masak di dapur setiap waktu pagi. Aku terhidu sesuatu yang sangat menyelerakan. Wow nasi lemak? Unbelievable! Selalu dia masak yang simple–simple aje.

Aku menuju ke dapur dan mengambil tempat duduk. Tiba–tiba seseorang menghubungi aku. Aku terus mengangkat panggilan tersebut. “Hello Dian, ingat I lagi tak?” suaranya sangat dikenali. “Daniel?” soalku. Sementara itu, Zafran sudah mengambil tempat duduk.

“Hmm, nanti I call you balik.” aku terus meletakkan panggilan tersebut. “Siapa tu?” soal Zafran. “Wrong number. Jom makan.” aku sudah menyuap nasi lemak ke dalam mulutku sementara Zafran masih berfikir sesuatu.

“Sebabkan kau bini kontrak, kau buat semua benda ikut suka hati kau je..” perlahan sahaja suaranya, tetapi penuh makna. “Maksud you?” soalku, “Daniel tu siapa? Boyfriend kau? Aku rasa aku dah terlalu baik dengan kau!” dia menengking aku.

Sudah lama dia tidak menengking, tapi bila ditengking, hati ni rasa terguris. “Di.. Dia bukan boyfriend I..” tergagap–gagap aku menjawab soalan tersebut. Aku mudah rasa takut, lagi–lagi, dia membuat muka bengisnya padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience