Kami tidur sebilik seperti yang dijanjikan. “Siapa nak mandi dulu? Aku ke kau?” soal Zafran. Susahnya mandi sebilik ni. “I.. Ke?” soalku dengan nada perlahan. “Tak boleh, biar aku mandi dulu.” ceh, baik tak payah tanya!
Aku hanya menunggu giliranku untuk bersihkan diri. Tunggu punya tunggu, nak dekat satu jam! Bila nak keluarnya! Masalah betul, banyak sangat masalah mamat ni!
“Zafran, bila you nak keluar?” soalku sedikit marah. Tetapi tiada sahutan. Kau ni perempuan ke lelaki? Tiba–tiba seseorang menjerit. Eh itu kan suara Zafran?
“Zafran, you okay tak?!” soalku yang mula menggelabah. Sedang aku sibuk mengetuk, dia membuka pintu. Ya Allah, all naked!
“You pakailah baju!” aku menengkingnya sambil menutup muka. “Li.. Lipas!” katanya dengan ketakutan. Tak gentle lah kau, aku pun takut lipaslah!
“Per.. Pergilah buang dia!” kau suruh aku buang? Hei, siapa lelaki sekarang ni? Dia terus menolakku masuk ke dalam bilik air tetapi aku memberatkan badan. “Akupun takut lipaslah gila!” hah. Kan dah keluar bahasa kasar aku.
“Pakailah towel dulu!” aku mencampakkan tuala ke badannya. Rasa nak lemas dari tadi aku tutup muka. “Buanglah lipas tu bendul!” hish, karang ada juga yang dimaki.
Aku terus menutup pintu bilik air tersebut dan duduk di atas katil. Dengan berharap, lipas tu akan cari jalan keluar supaya aku boleh mandi!
“Kenapa duduk? Buanglah...”
“You ni pondan ke!”
“Kau panggil aku pondan?”
“Iyalah, siapa lelaki dekat dalam rumah ni?!”
Sedang sibuk kami bergaduh, lipas tadi keluar dari bilik air. Aduh masalah betullah lipas ni! Zafran mula melompat ke atas badanku kerana terlalu takut. Pengecut punya suami!
Akupun boleh tahan menggelabah, buatnya lipastu naik atas katil. Habis kami! Zafran terus menggelabah sementara aku masih mengelakkan diri dari lipas itu. Elak punya elak, akhirnya sesuatu yang jijik berlaku.
Bibir aku dan bibirnya bersentuhan! “Arghh!” kami berdua menjerit. Dah nak roboh rumahni disebabkan lipas gila ni! “Berani you kiss I!” aku terus menolak dirinya ke atas lantai. Tiba–tiba dia mengadu kesakitan.
Kuat sangat ke aku tolak? Aku mendekati Zafran, “So.. Sorry.. You punya pasallah jadi macam ni.” dalam maaf, sempat lagi aku menyalahkan dirinya.
Share this novel