Aku merenung lama kasut yang diberi oleh Zafran tadi. Tidak lama kemudian aku bersuara. “Thanks..” itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Tak mau lebih–lebih!
“No need to thanks me, i'm doing all this because of mama.” saja dia mencari alasan lain. Mengaku aje lah yang kau kesiankan aku? Semua perkara ni berlaku tiba–tiba, takkan sempat fikir pasal mama kot!
__________________
Sesudah sampai ke rumah kami, laju kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Penat! Tapi sebelum aku pejam mata, aku nak sangat hajat aku ditunaikan! “Zafran..” panggilku dengan suara lembut.
“Malam ni..” berhati–hati saja aku ingin membuka bicara. “Malam ni apa? Nak first night dengan aku?” dia membuat senyum nakal. Haish, kacau line lah! Tak ada benda lain nak fikir!
“Bukan, malam ni.. I nak tidur sorang boleh? I boleh je tidur dekat sofa..” ujarku lagi. Harap–harap dia bersetujulah. Zafran mula menikam aku dengan jelingan mautnya. Hush, seram!
“Kau jangan mengada, aku bukan sentuh kau pun! Kenapa nak tidur asing pulak? Lagipun semua ni dah ada dalam kontrak yang kau sign tu!” katanya sehingga suaranya bergema satu banglo ini!
What! Seriously what the hell! Kenapa pulak peraturan mengarut ni ada dalam kontrak tu? Dah nampak tak siumannya!
“Hmm.. Pandai you kan. You tak bagi I baca kontrak tu, rupa–rupanya banyak peraturan yang tak masuk akal! I hanya bini kontrak you, apa yang you nak dera I sangat! Benda ni takkan jadi kalau fikiran you masih waras time tu, ada ke langgar kereta terus nak kahwin?!” okay, kali ni memang dah tak boleh kawal perasaan amarah dan tak puas hati yang ada dalam diriku.
Siapa boleh tahan hidup dengan lelaki macam ni? Boleh sakit mental jadinya! “Ada banyak lagi peraturan, antaranya, tak boleh kurang ajar dengan suami.. Nanti..” kata–katanya terhenti disitu. Dia mula merapatkan dirinya padaku.
Apahal lagi ni? “Nanti apa.. Jauh sikit boleh tak.. You memang..” kata–kataku terkunci apabila bibirnya melekat dibibirku. Ciumannya lama, aku meronta minta dilepaskan. Tetapi aku tak mampu melawan badan sasa lelaki itu.
Setelah itu baru dia lepaskan. Dia kiss aku lagi! aku terus angkat kaki untuk beredar. Namun tanganku ditarik olehnya. Oh no! Tolong jangan lepaskan nafsu kau!
Dengan tak sengaja tanganku laju menyinggah dipipinya. Terus dia terdiam sejenak. Dia hanya lelaki gatal, itu sahaja yang aku fikirkan. Memang layak mendapat tamparan dariku. Dia melayan aku seperti aku tiada maruah!
“Di.. Dian.” kedengaran suaranya memanggilku. Tetapi aku tidak menoleh, laju aku meninggalkan dia dibawah dan aku terus menuju ke tandas. Lepas dah buat benda tak senonoh, tahu pula sebut nama aku!
*******
“Apa kau dah buat ni Zafran..” dia mengeluh sendiri. Dirinya seakan ditolak untuk mencium isterinya. Niatnya tidaklah sejauh yang Dian fikirkan. Dia hanya buat begitu kerana ada satu perasaan yang sangat asing dalam dirinya.
“Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia Zafran! Tapi.. Hati aku tak dapat nak nafikan.. Apa yang aku cakap sekarang ni. Patut ke aku batalkan kontrak tu? Wake up Zafran. Tolong!” bercampur baur perkara yang ada dalam fikirannya.
“Tapi bukan ke, aku patut pujuk dia sekarang ni?” dia berfikir sejenak. Perkara yang dilakukan olehnya tadi sangatlah luar biasa dan tamparan yang diberi oleh Dian cukup menyedarkan dia bahawa perbuatannya adalah melampau.
Zafran sudah membuat keputusan. Dia menaiki anak tangga dan mengatur langkah ke bilik mereka. Sewaktu tangannya ingin memulas tombol pintu, dia terdengar bunyi seseorang menangis.
Siapa lagi kalau bukan Dian. Tangannya yang ingin memulas tadi terus terletak kesisinya kembali. “Kau dah jadi lelaki dayus Zafran..” dia akui, dia adalah lelaki dayus kerana membuat isterinya menangis.
Setelah lama berfikir, Zafran memulas tombol pintu, pintu itu tidak berkunci.
____________________
“Dia terlalu kejam. Aku bini kontrak dia atau perempuan simpanan dia..” aku menyeka air mata yang jatuh ke pipi. Aku merasakan maruahku sudah tercalar walaupun dia adalah suamiku sendiri.
Tiba–tiba ada orang membuka pintu, aku cepat–cepat mengelakkan wajahku daripada di pandang olehnya. “Dian..” Zafran memanggilku. Aku tidak menoleh, cepatlah pergi. Aku dah tak sanggup nak layan semua ni!
Tiba–tiba dia menarik tanganku. “Lepaslah!” aku minta dilepaskan. Tetapi dia langsung tidak melepaskan tanganku. “Aku minta maaf.. Aku tak ada niat lain. Dian.. I'm so sorry..” dia merayu minta dimaafkan.
Tapi hati ni berat untuk memaafkan dia. “Aku minta maaf.. Aku confuse.. Tapi aku langsung tak ada niat lain. Please forgive me. Aku menyesal dengan apa yang aku buat tadi..” dia masih merayu. Tetapi kali ini berbeza, aku dapat dengar keikhlasan dari kata–katanya.
Tapi apa maksud dia confuse? Aku beralih pandangan, aku tatap wajahnya yang memang serba salah. “Bagi I masa dulu..” ujarku setelah fikiranku beransur tenang. Memang, mungkin dia tak ada niat lain. Mungkin fikiran aku yang melampau.
Share this novel