BAB 4

Romance Completed 21177

"Wei makcik Joyah! Korang berdua boleh diam tak? Aku nak concentrate ni!“ Aku bersuara lantang, memarahi dua sahabat sehati sejiwaku yang sedari tadi berbisik-bisik menganyam ketupat. Dahlah lecturer ni boring nak mampus. Hantu-hantu berdua ni pula buat bising.

Midterm exam tinggal tiga minggu saja lagi. Aku menggumam dalam hati. Seperti biasa Milah dan Siti tersengih memandangku dan berhenti menganyam ketupat.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. Mesej daripada Syah. `Syam, akutunggu kau difoyer lepas kelas.'Satu lagi hantu. Bukannya dia tak tahu yang aku ada tutorial lagi lepas ni. Ikut suka hati dia saja nak buat appointment dengan aku! Habis sahaja kelas, aku berlari turun ke foyer mencari kelibat Syah. “Ha Syah, apa hal datang jumpa aku plak time ni? Nak ajak dating lagi ke? Macam kau tak tau aku busy sampai ke petang ni...” Aku memandang Syah yang mengukir senyuman memanjang sampai ke telinga.

“Malam ni kau ada apa-apa program tak? Kalau kau free, malam ni aku tunggu kau kat Anjung Selera, tempat biasa. Mmm...aku ada surprise untuk kau... ok?” Syah menanti jawapan dariku dengan wajah penuh harapan.

“Apasal dengan kau ni? Demam ek? Tetiba jer nak bagi aku surprise! Kau lupa ke Syah, yang aku ni memang tak suka dengan kejutan!” Aku tidak puas hati dengan pelawaan Syah kali ini kerana aku sememangnya tidak suka kejutan. Dalam waktu yang sama, hatiku pula tidak sabar-sabar untuk mengetahui apakah kejutan yang dimaksudkan oleh Syah itu.

“Ala... sporting la geng... Janji...kali ni aje, ok? Jangan lupa tau! I’ll see you there around 8.00. Ok, aku chow dulu ek. Aku pun ada kelas ni... see you baby.” Syah terus berlalu menuju ke keretanya. Dibiarkan aku terkulat-kulat seorang diri.

Nak tak nak, tepat jam 8.15 minit malam aku tiba di Anjung Selera. Sampai saja di restoran tepi pantai itu, aku tidak perlu pula mencari-cari batang hidung Syah.

Kerana Syah telah setia menantiku di tempat letak kereta dengan senyuman cerianya. Hairan juga aku, tak pernah-pernah makhluk ni tiba awal daripada aku. Hari ni bukan main punctual pulak dia!

“Wah! Pertama kali dalam sejarah persahabatan kita kau tepati waktu. Selalunya kalau janji pukul 8.00... pukul 8.30 pun belum tentu lagi aku nampak batang hidung kau. Ha, yang kau ni smart semacam malam ni apasal?”

“Sebenarnya Syam, aku nak kenalkan kau dengan girlfriend aku. Jom..” Syah mengiringi aku ke sebuah meja di mana seorang gadis ayu sedang duduk di situ.“Kenalkan, ini kawan baik Syah, Syam. And Syam, this is Ain.” Syah memperkenalkan teman wanitanya kepadaku, kami masing-masing saling bersalaman sebagai tanda perkenalan. Lembut cara gadis itu menyambut salamku. Ayunya gadis ini. Telahku dalam hati.

“Akhirnya kita bertemu juga. Syah selalu bercerita pasal Syam pada saya,” Ain berkata ramah.

“Hmm...cerita baik ke atau cerita tak baik? Si Syah ni bukan boleh percaya sangat. Suka memutarbelitkan cerita..” Aku membalas ramah. Aku cuba menyembunyikan perasaan terkejutku di atas perkenalan yang tidak diduga itu. Sejak bila pula si Syah ni ada teman wanita? Otakku ligat berfikir.

Sepanjang perjalanan pulang selepas pertemuan itu, aku membebel sendirian. Ternyata aku bengang dan marah dengan sikap Syah yang tidak jujur denganku selama ini. Rupanya dalam diam Syah dudah ada kekasih. Selama ini dia tidak pernah pun ceritakan kepadaku tentang Ain. Syah memang tidak jujur denganku.

Aku jadi sakit hati, geram dan....cemburu?? Oh..Tidak! Kenapa aku harus ada perasaan sedemikian? Sedangkan aku dan Syah tidak lebih daripada seorang kawan. Ish...bodohnya aku, kenapa aku nak berperasaan macam ni pula? Aku menafikan perasaan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience