BAB 3

Romance Completed 21177

Semenjak hari itu aku dan Syah menjadi sahabat baik. Malah lebih akrab. Boleh dikatakan ramai di kalangan teman-teman lain yang tersalah tafsir akan keakraban aku dengan Syah. Mungkin mereka hairan bagaimana aku dengan Syah yang dahulunya hampir meletuskan perang, kini boleh-boleh pula menjadi sepasang sahabat baik.

Macam-macam telahan mereka terhadap hubungan aku dengan Syah, tapi aku dan Syah tak pernah ambil pusing dengan perkara yang remeh ini. Walau apa pun tanggapan mereka, antara aku dan Syah hanyalah kawan biasa yang serasi bila bersama.

Persahabatan akrab aku dan Syah berlanjutan hingga ke semester-semester yang seterusnya. Walaupun kami tidak lagi mempunyai kuliah yang sama, namun Syah yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan akan merajinkan dirinya berkunjung ke Fakulti Sains&Teknologi semata-mata untuk menghabiskan masa bersamaku.

Setiap kali selepas lab petang, Syah akan menjemputku untuk sama-sama ke Anjung Selera demi menikmati makan malam ikan bakar kegemarannya.

Aku sememangnya suka menghabiskan masa bersamanya. Telatah dan lawaknya membuat aku tidak kering gusi. Perangai gila-gilanya juga membuatkan aku terhibur. Tiap kali dia membuat aku marah, cepat-cepat dia akan memujukku.

Aku yang terkenal dengan keras hati ini sekejap pula cair dengan pujukannya. Kebanyakan masa lapang kami dikongsikan bersama. Membuatkan kehidupan di alam universitiku ceria sentiasa. Namun persahabatan akrab yang terjalin antara aku dan Syah akhirnya bertukar rupa. Sampai ke pertengahan semester akhir segalanya berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience