BAB 12

Romance Completed 21177

Sejam berlalu dan selesailah upacara akad nikah di luar. Aku selamat diijabkabulkan dengan Zulkifli dengan sekali lafaz sahaja. Setelah doa diaminkan, Kak Long masuk ke bilikku bersama Puan Zaharah.

Puan Zahara menyarungkan cincin nikah pada jari manisku menggantikan cincin tunang. Serta merta aku mencium tangan emak mertuaku itu. Lalu aku dipeluk dalam dakapannya. Terasa kasih sayang daripada seorang ibu yang selama ini aku dambakan.

“Cantik manis menantu mak ni ye. Patutlah Zulkifli berkenan sangat.” Puan Zaharah merenungku dengan senyuman suci seorang ibu.

Pipiku disentuhnya lalu dielus lembut. Kali ni aku tak kesah mekap nak luntur, luntur sajalah. Aku suka sentuhan lembutnya. Bak sentuhan arwah mak. Baiknya mak mertuaku ini.

Bertuah aku jadi menantunya. Harap-harap suamiku juga seperti mak mertuaku baiknya. Aku membalas dengan senyuman yang paling manis.

“Tahniah Dewi.” Giliran Kak Long memelukku. Aku membalas pelukan kakak iparku itu dengan erat.

“Sekarang, Dewi dah jadi isteri orang, so jangan nakal-nakal lagi ye.” Sambung Kal Long lagi.

Aku mengangguk kepada kakak iparku yang selama ini banyak bersabar melayan kerenah adik iparnya yang banyak ragam ini.Selepas Kak Long, giliran Siti dan Milah pula. Masing-masing serentak mengucapkan tahniah kepadaku. Kami bertiga berpelukan sesama sendiri.

“Dahlah tu Milah, Siti.. Giliran si suami pula nak masuk lepas ni..” Arahan Kak Long di muka pintu dengan senyum simpulnya membuatkan aku pula tersentak.

Apa suami? Suamiku??

“Yelah kak..kitorang nak keluar ni..” Jawab Siti.

Mereka berdua melepaskan pelukan dan meninggalkan aku berseorangan di dalam bilik. Sempat Milah mengenyitkan mata padaku sebelum daun pintu ditutup. Peluh dingin mula membasahi dahiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience