BAB 9

Romance Completed 21177

Bunyi telefon bimbitku yang tak henti-henti mengejutkan aku dari tidur. Aku membuka mata yang bengkak. Aku paksakan diri untuk bangun walaupun kepalaku terasa berat sekali untuk kuangkat. Kesan tangisan berjam-jam lamanya sebelum aku terlena. Aku mencapai beg hitamku dan mengeluarkan telefon bimbit. Bunyi ringtone serta merta berhenti. Tidak sempat untuk kujawab panggilan yang masuk tadi.

Kulihat pada skrin, tertera 3 misscalleds. Semuanya daripada Siti. Siti sahabat karibku yang baru melangsung perkahwinan sebulan yang lalu. Perkahwinan meriahnya kuhadiri dengan hati yang gembira.

Siapa yang tidak gembira melihat rakan sendiri bahagia. Tiga minggu lagi giliran aku pula yang akan naik pelamin dan aku akan menghadiri perkahwinanku sediri dengan hati yang sedih.

Kulihat ada satu mesej dalam inbox. Lalu kubuka. Mesej daripada Siti:

Congra2lation my friend.I’m hepi 4 u. “Akhirnya akan disatukan jua bersama orang tersayang” :)

“Akhirnya disatukan jua bersama orang tersayang....” Aku tersengih sendiri membaca ayat terakhir mesej Siti itu. Itulah kata-kata yang aku ucapkan pada Siti di hari pernikahannya, sejurus selepas dia sempurna diijabkabulkan bersama suami tersayang.

Ternyata kata-kata itu dipulangkan kembali kepadaku. Aku ketawa sendiri. Sebenarnya aku ketawakan diriku sendiri. Kata-kata keramat itu tidak layak untukku. Tiada relevannya untuk aku yang akan disatukan bersama orang yang tidak kukenali.

“Syah..” Tiba-tiba nama itu terbit dari bibirku.

Aku membuka laci meja kecil tepi katil. Lalu ku keluarkan sebuah kotak ungu. Kubuka kotak itu dan keluarkan sebatang pen parker merah. Bersama pen parker itu aku berteleku di atas katil.

Pen merah yang menyaksikan pertemuan antara aku dan Syah. Kenangan yang telah sekian lama aku lupakan menjelma satu-persatu menerjah kotak fikiranku. Entah kenapa kebelakang ini aku asyik teringatkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience