BAB 1

Romance Completed 21177

Saat ini dapat ku rasa dan lihat ilmu Tamadun Islam dan Asia seakan menari-nari hampir dii segenap penjuru dewan kuliah ini. Entah mengapa aku tersenyum bahagia. Mungkin sahaja aku terlalu cintakan subjek ini. Aku menumpukan sepenuh perhatian pada slaid kuliah yang terpapar pada skrin projektor di hadapan.

Setiap butiran kalimah yang keluar daripada mulut Prof. Hasmi kucatat kemas pada buku nota kecilku. Tekun aku menulis tanpa mempedulikan rakan-rakan di sebelah.

Kedengaran bunyi pen yang diketuk-ketukkan pada meja di belakang. Sesekali mengganggu tumpuanku. Sudah menjadi habit pelajar itu agaknya. Aku malas nak hiraukan. Sedang aku sibuk menulis, tiba-tiba pula satu benda kecil yang berat jatuh atas kepalaku.

“Adoi!!”. Aku mengusap kepala yang sakit sambil tangan kanan mengutip benda kecil yang sudah jatuh ke lantai. Rupanya sebatang pen merah jenama Parker. Pen besi yang berat, padanlah kepalaku sakit. Memang nak kena orang yang mencederakan kepalaku ini! Aku memandang kiri dan kanan mencari si pemilik pen besi berat itu.

“Awak! Itu pen saya!” Kedengaran suara lelaki daripada belakang. Aku menoleh. Seorang pelajar lelaki yang cukup bergaya penampilannya. Memang bergaya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ya, bergaya saja lebih..tapi adap sopannya amatlah kurang.Aku memandang pemilik pen besi berat itu dengan tajam. Menanti mulutnya menuturkan kata maaf. Walau secara sengaja atau tidak sengaja dia telah menyakiti kepalaku. Aku nak juga dia minta maaf.

“Awak pekak ke? Itu pen saya tu. Meh, bak sini balik!”

“Amboi! Cantiknya budi bahasa..tak tau adab ke?!” Aku menjelingnya sambil menunjukkan pen parker dalam genggamanku.

Tangannya cuba hendak capai pen di tanganku. Tapi aku cepat-cepat mengelak, menjauhkan darinya. Jangan harap aku nak pulangkan selagi dia tak meminta maaf dengan cara baik. Aku benci dengan orang yang tak tahu beradab sopan. Kurang sopan layanan orang padaku, jawabnya kurang sopan jugalah layanan balasku.

“Wei! Bak sinilah wei. Aku nak tulis nih!!”

“Hei makhluk takde adab!..yang kau jatuhkan atas kepala aku ni tadi apahal ha? Dah tu tak reti nak minta maaf. Banyak cantik muka kau!”

“Ek eleh, banyak songeh pulaklah budak perempuan ni. Suka hati akulah. Aku nak jatuhkan kayu balak kat atas kepala ko ke aku punya sukalah. Bagi sini balik pen aku tu!” Sepantas kilat dia bangun dan merentap kasar pen parkle merah daripada genggamanku. Serta merta darahku tersirap. Gunung berapi akan meletup! Perang dunia bakal meletus!

“Wei, ko nak cari pasal ek! Nak perang ke ni ha??!!”

“Shhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!”

Berdesing telingaku. Milah yang duduk di sebelah memberi isyarat dengan jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Mulutku serta-merta terkatup. Hajatku untuk menyemburkan sumpah seranah terbantut.

“Dahlah tu Syam. Kita kat Dewan kuliah ni. Prof. Hasmi kat depan tu..Jangan ko nak buat hal plak kat sini...” Bisik Siti di sebelah kiriku pula.

Aku pandang sekeliling dan kulihat beberapa mata sedang memerhati. Mata Prof. Hasmi turut merenung tajam ke arahku. Serta merta kupamerkan sengihan kerang busuk kepada pemerhati sekalian.

Niatku untuk berperang dibatalkan. Aku sempat menjeling mahluk di belakangku sebelum menoleh ke depan semula. Kalau bukan kerana Milah, Siti dan Prof. Hasmi, memang aku isytihar perang dunia dengan makhluk tak beradab itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience