BAB 15

Romance Completed 21178

Warkah yang dihadiahkan padaku di hari pernikahanku. Warkah daripada seorang sahabat yang telah lama pergi. Terdetik di hati untuk membacanya kembali. Satu persatu baris ayat kubaca sayu...

*Assalamualaikum Syamizulakha Dewisalina......*

Kehadapan sahabatku yang dirindui....

Sudah bebulan-bulan aku terbaring di katil hospital bumi asing ini Syam...Penyakitku telah bertambah dengan mendadaknya ke tahap yang lebih kritikal. Aku dihantar ke sini semata-mata untuk mendapat rawatan penjagaan rapi sepenuhnya sedangkan aku tidak perlukan itu semua…

tidak perlu lagi untuk aku yang akan pergi bila-bila masa...

Aku ingin kembali ke Malaysia Syam..jika aku boleh terbang ke sana, sekarang juga aku akan kuakkan sayapku dan terbang pergi mencarimu..aku ingin bersua denganmu buat kali yang terakhir..

Tapi..aku tahu itu memang mustahil...

aku di atas katil ini tiada kudrat lagi untuk berdiri...

hanya jari-jemari yang dapat bergerak untuk melakarkan warkah ini buatmu.....

Maafkan aku kerana kehadiran warkah ini dalam hidupmu. Warkah panjang ini warkah pertama dan terakhir untukmu Syam. Aku di sini kini menghitung hari menunggu ajal untuk menjemputku pergi.

Sebelum aku pergi buat selamanya, ingin aku luahkan segala-galanya...aku harap segala-gala kemusykilan akan terungkai dengan kehadiran warkah ini....

Syam sahabatku, Ingatkah lagi pada hari pertemuan pertama kita?

Pertemuan yang hampir mencetuskan perang..yang berpunca hanya kerana sebantang pen.. Di hari itulah aku mengetahui akan penyakit yang sarat aku tanggung ini.

Hari itulah doktor mengesahkan aku menghidap barah hati peringkat awal..yang masih boleh diubati dengan hanya mengambil ubat..Tapi..benar kata orang Syam, ajal dan maut tiada siapa yang tahu. Tidak sampai beberapa tahun, bayangan ajal sudah menerpa menjelma di hadapanku...

Takdirku sudah tertulis Syam...

Di awal semester akhir, secara tiba-tiba aku disahkan berada pada tahap membimbangkan. Penyakit berbisa ini menyerang terlalu awal dan dengan kadar pantas akan meningkat ketahap lebih kritikal. Waktu itu aku sendiri terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan.

Mungkin kau sendiri pun tidak menduga aku yang kelihatan sihat dan ceria ini sebenarnya menanggung penyakit yang kronik....

Syam,Aku cuba sedaya upaya untuk tunjukkan yang aku tidak sakit. Aku tidak mahu diriku dilihat lemah. Hari-hari kulalui seperti biasa..

Semuanya keranamu Syam.. Aku berpegang pada prinsipmu yang kau tunjukkan padaku. Kau seorang gadis kuat, tabah dan cekal.

Tidak mudah rebah dengan mana-manaujian yang mendatangi hidupmu.. Orang mengatakan kau keras hati,sedangkan aku tahu hatimu itu selembut sutera. Kau hanya seorang gadis yang tegas dengan pendirian dan tidak mudah goyah dengan seribu halangan.

Nilai yang ada dalam dirimu itu menjadi kekuatan pada diriku. Pendorong aku untuk melalui sisa kehidupan ini dengan lebih bahagia...

Syam yang disayangi,

Buat pengetahuan kau, waktu itu jugalah aku mulai sedar dan rasai suatu perasaan yang wujud antara kita Syam. Perasaan yang akan membuai hatiku bila bersama denganmu.

Ternyata aku terpesong dari landasan sebenar perhubungan kita yang digariskan dengan persahabatan. Kasih seorang sahabat betukar kepada kasih seorang kekasih.

Lucu bukan..aku ternyata menyayangimu lebih dari seorang kawan...Perasaan ini aku sendiri tidak dapat menghalang, hadirnya juga tidak kuduga. Dan untuk itu, aku tidak mahu ini berlaku pada kasih persahabatanmu Syam. Aku tidak mahu kau menyayangi aku lebih daripada kasih seorang sahabat.

Aku tidak mahu hatimu dimiliki oleh seorang yang tiada masa depan yang bakal pergi dalam masa terdekat ini... Sebelum perasaan kasihmu berubah..aku bertindak terlebih dahulu menghalangnya...

Aku dan Ain merancang sesuatu. Dan ternyata segala-galanya memang berubah… aku sendiri tidak menjangka perubahan besar rupanya berlaku. Aku tidak menduga kau menjauhkan diri daripadaku. Ternyata rancangan itu membawa kau pergi dari hidupku.

Aku kehilanganmu Syam…

Waktu itu seksanya hati ini tiada siapa yang tahu..namun, aku telah menyedari bahawa apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Biarlah kau pergi jauh dariku Syam..kerana itulah yang sebaik-baiknya. Agar aku tidak membebanimu dengan masalah penyakitku ini...

Aku tahu kau sahabat yang sejati, kerana itu aku tidak mahu sahabatku sejatiku bersedih keranaku. Aku tidak mahu orang yang aku kasihi menanggung beban sakit ini bersamaku.

Biarlah aku sendiri tanggung penyakit yang berbisa ini. Maafkan sahabatmu ini kerana merahsiakan segala-galanya...

Sahabatku yang dikasihi,

Terima kasih sebab sudi menerima salam persahabatan dariku.

Terima kasih kerana selama ini kau menjadi sahabat sejatiku.

Aku menjalani hari-hari yang bahagia bersamu dalam tiga tahun ini, aku hargai hari itu Syam.

Kau hadir menceriakan hidupku, menghilangkan bisa kesakitanku dan memadamkan kecelaruan hatiku.

Kau sahabatyang amat ku sayangi...

Walau hanya dalam masa yang singkat, aku bersyukur dengan takdir Ilahi ini. Aku bersyukurkerana menghadirkan dirimu dalam hidupku...

Takdir yang mempertemukan kita dalam tragedi pen paker merah..dan takdir jugalah yang kini memisahkan kita..

Takdir Allah yang Maha Kuasa..aku bersyukur Syam.....

Terakhir dariku....

Sesuatu yang penting inginku sampaikan di sini...

Sebelum aku pergi,

ingin aku selesaikan di sini. Aku hadiahkan kau sesuatu Syam. Aku telah hadiahkan padamu pen paker merah melalui Kif...

Pen besi berat yang menjadi saksi pertemuan kita. Pen itu sebenarnya milik Kif, hadiah pemberian ayahku kepadanya. Disebabkan aku yang berdarah remaja dulu, cemburu dengan pencapaian akademik Kif, secara senyap aku curi pen itu daripadanya sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran.

Tapi rupanya Kif tahu aku ambil pen miliknya itu. Dia tahu, tetapi dia tidak sedikit pun menyimpan amarah padaku. Malah dia hadiahkan pen itu kepadaku. Betapa baiknya saudara kembar yang amat memahamiku itu Syam..... aku bertuah menjadi saudara kembarnya...

Pen itu kini telah pun ku hadiahkan untukmu… dan juga aku hadiahkan Kif padamu Syam. Sebenarnya buat pengetahuan kau, Kif pernah memberitahuku bahawa dia tertarik hati dengan sahabat karibku yang comel ini. Semuanya melalui gambar-gambarmu yang sering kuhantar ke emailnya dan cerita-cerita tentangmu yang kami sentiasa kongsikan bersama.

Dan Syam, aku dapat rasakan firasatku kuat mengatakan bahawa saudara kembar ku sedang menaruh hati pada sahabat karibku ini...ternyata dia menyimpan perasaan terhadapmu Syam..

Syam,

saudara kembar kesayanganku itu sememangnya lelaki yang baik untukmu. Kif layak menjadi pasangan hidupmu. Aku tahu dia lelaki yang baik kerana aku juga saudara kembarnya yang amat memahami hati tulusnya itu...

Terimahlah Kif Syam..itu saja hadiah terakhir yang dapat kuberikan padamu sahabat...

Aku inginkan kamu berdua bahagia...itulah satu-satunya impian terakhirku.....

Nampaknya Syam,sampai di sini sahaja yang mampu ku tulis...tanganku tidak ada kudrat lagi untuk terus menari di atas warkah ini. Aku harap segalanya sudah jelas..tiada lagi yang tersirat..yang tersirat kini sudah pun tersurat...semoga aku dapat melangkah kaki pergi dari dunia ini dengan hati yang tenang....

Ketika kau baca warkah ini aku sudah tidak ada dunia ini lagi...dengan itu,jangan tangisi pemergian sahabatmu ini...aku tidak ingin airmatamu menitis keranaku...senyumlah sentiasa meniti hari bahagiamu......Ampunkan segala kesalahanku dan halalkan semua makan minumku....

Terima kasih kerana menjadi sahabat Syahrul Zulkifli wahai Syamizulaikha Dewisalina...siapa yang tak kenal denganmu Syam, gadis garang dan keras hati tapi comel mencuit hati lelaki...persahabatan ini akan kubawa ke ke akhir hayat.....

Terima Kasih Syam....kenang aku dalam doamu......

Sahabat sejatimu,
*Syah*

Surat daripada seorang sahabat sejati itu kulipat semula dengan kemas. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kenangan bersama sahabat lama ini tidak akan kulupakan. Pen parker merah di atas katil ku genggam erat. Bayangan Syah melintas di fikiranku dengan senyum cerianya.

‘Aku sentiasa kenangmu dalam doaku Syah...’

“Yang! kenapa biar budak-budak ni main kat dalam stor? Habis diselongkarnya barang-barang lama..Bibik mana?!” Rungutan suamiku kedengaran.

Eh, suamiku dah balik? Awalnya. Pen dan warkah kenangan itu ku letakkan di atas katil. Aku bangkit berdiri menuju ke luar. Kelihatan suamiku sudah muncul di muka pintu.

Di sisinya dua orang anak kecilku yang sedang merengek manja.

“Eh, abang..awal abang balik hari ni..” Aku mendekati suamiku mengambil beg bimbitnya. Kuletakkan di atas meja.

“Aik, macam ayang tak suke je abang balik awal ni..Nape? Nak abang balik lambat selalu ke..mmm, boleh..tapi ayang jangan transform jadi harimau pulak nanti ye...” Suamiku memulakan gurauannya.

“Ish abang ni..orang tanya baik-baik dia main-main pulak...” Aku menghampiri suamiku semula. Anak kecil yang masih melekat di sisi suamiku renung manja.

“Lisa..Liya..dahlah tu..ayahkan letih ni..bagilah ayah berehat dulu...” Arahku pada dua anak kembar kesayanganku yang masih melekat di sisi suamiku.

Kedua-dua kembar tak seriras itu memandangku. Aku membalas dengan senyuman. Aku harap mereka faham. Terukir senyuman comel pada kedua-duanya. Semestinya mereka faham bahasa hati seorang ibu.

“Ok bu...erm, ayah rehat dulu ye..kitorang nak gi mandi dengan Bibik dulu..nanti kitorang ganggu ayah lagi ek..hehe...” Liya dengan suara manja dan telatah nakalnya. Lisa tergelak kecil. Banyak ragam pula anak suamiku ini.

“Yelah tu Liya...korang pergilah mandi dulu..dah badan penuh dengan habuk debu dari stor ni...pergi bersihkan diri dulu ye sayang..” Sambungku.

“Yes ma’am! Roger and out!” Liya dan Lisa serentak bersuara sambil tangan diletakkan di dahi menunjukkan hormat seakan ala-ala tentera.

Aku bukan main terkejut. Eh, budak kecik berdua ni pandai pulak ye. Mesti pengaruh daripada anak-anak Along nih!

Suamiku yang sedang duduk di atas katil pula pula tergelak kuat. Mak oi..apa ni.. Kedua-dua kembar kesayanganku itu mencium pipi suamiku lalu berlari ke luar. Suasana senyap seketika.

Aku menutup daun pintu. Dan kembali duduk di sisi suamiku di birai katil. Suamiku dengan pen parker merah di tangan merenungku dengan senyumnya.

“Dah lama tak nampak pen ni...mana sayang jumpa?” Suamiku yang bersuara.

“Sape lagi kalau bukan anak abang sorang yang suka duduk diam tu? Habis digeledahnya barang-barang ni dari stor. Nak jadi investigator agaknya...”

“Si Liya tu actually ikut perangai ibunya. The gene from her mother... Phenotype of ‘perangai pelik' expressed and appeared clearly sangat kat budak tu...” Suamiku mengangkat kening dengan wajah menyakatnya. Amboi-amboi suamiku ini.

Aku mencebikkan muka.“Nak ayang transform jadi harimau sekarang ni ke bang? Nak transform jadi kingkong betina pun bleh jugak ni.." Ugutanku sambil mengukir senyuman.

Suamiku tersengih ketawa. Perlahan-lahan mendekatiku. Merapatiku dengan wajah seriusnya. Eh, apa pulak suamiku nak buat nih??

"Abang nak ayang transform jadi dewi abang sekarang ni boleh..?" Bisikan itu sayup-sayup di telingaku. Terasa helaan nafaz hangat suamiku. Aku bangkit berdiri melarikan diri. Menuju ke almari. Sengihan menyakat kubalas kembali. Hahaha...padan muka...

"Dahlah mengarut tu bang...same je abang dengan anak-anak abang tu busyuk sangat belum mandi..gi mandi dulu ek.." Kain tuala yang kukeluarkan dari almari kuberikan padanya.

"Yelah..yelah..abang tau abang busyuk.." Suamiku dengan muka merajuknya mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.

Aku duduk semula di sisi katil sambil ketawa kecil melihat telatah suamiku yang hilang di sebalik pintu. Telatah suamiku itu sangat menghiburkan dan membahagiakan kehidupan rumah tanggaku selama enam tahun ini.Sudah enam tahun rupanya perkahwinan aku dengan Kif.

Pantasnya masa berlalu.Perkahwinan yang diaturkan secara drastik yang menyatukan aku dengan Kif. Kenyataan yang pada mulanya aku sendiri tidak dapat terima. Waktu itu aku tidak dapat menerima kehadiran kembar Syah yang secara mengejut dalam hidupku.

Siti dan Milah sendiri lebih terkejut dengan kehadiran Kif. Semua menyangka Kif adalah Syah di sebabkan wajah irasnya. Hati kerasku yang tidak mahu menerima kenyataan akhirnya mengalah dengan takdir yang sudah tersurat. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.

Aku percaya semua ini. Semuanya sudah tertulis dalam takdirku. Jodohku adalah Kif, dan dialah suamiku hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur atas kurniaan suami yang baik ini. Aku bersyukur atas takdir yang tertulis untukku.

Ku belek dan amati pen parker merah di tanganku ini buat kali terakhir. Pen inilah yang menyaksikan segala-galanya. Ia menjadi saksi jalinan silaturrahim sepasang kembar dan betapa tulisnya ikatan persabahatan.

Pen inilah yang menjadi mercu tanda pertemuan aku dengan Syah, juga Kif.Sungguh banyak kenangan aku dengan pen ini. Itu belum masuk lagi ia menjadi sebahagian dari ‘watak’ yang turut berada di hari bahagiaku yang dihujani dengan pelbagai elemen kejutan.

Pendek kata ia menjadi sebahagian daripada aku, Syah dan Kif. Ku masukkan semula pen dan tinta sahabat sejatiku ke dalam kotak baldu berbentuk segitiga, terletaklah ia di bilik kecil ini. Syukran wahai sahabatku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience