BAB 7

Romance Completed 21177

Sepanjang persiapan majlis kenduri perkahwinan Siti di Kuantan, aku sering menjadi bahan usikan Siti dan Milah. Aku pantang berdamping dengan dengan dua sahabat sehati sejiwa denganku itu.

Sudah semestinya kenangan lama akan dijadikan bahan usikan bila saja ada peluang bersama. Malah hal yang sensitif pun akan diungkitkan juga. Almaklumlah sudah setahun tidak bersua muka. Lepas sahaja habis konvokesyen aku berpindah mengikuti abang sulungku ke KL. Aku juga mendapat kerja dan menetap di situ.

Siti dan Milah bekerja di negeri masing-masing di Kota Baharu dan Kuantan. Disebabkan masing-masing sibuk dengan hal sendiri kami jarang dapat berjumpa. Hanya teknologi yang menghubungkan kami bertiga. Kalau tidak dengan SMS, Yahoo Messengger.

Itu pun jarang-jarang sekali dilakukan. Mengejar kerjaya masing-masing menyebabkan kami terlalu sibuk.

Apabila dapat berkumpul bersama sudah semestinya amalan usik mengusik tidak dilupakan. Milah dan Siti tak habis-habis mengusikku dengan menyebut-nyebut nama Syah. Menyebabkan kenangan yang telah lama kuluputkan bercambah semula dalam kotak ingatanku.

“Syam, aku ada sent kad jemputan ke rumah Syah di Johor juga tau..” Siti bersuara sambil mengenyitkan mata pada Milah. Milah mengukir senyuman menyakatnya.

“Kalau nak jemput, jemput ajelah. So?” Soalku dengan lagak bersahaja. Sedang perasaan di hatiku aku sahaja yang tahu betapa berdebarnya aku. Syah? Ada peluang lagikah aku berjumpa dengannnya sedangkan dia bukankah berada di Autralia?

“Ek eleh..buat-buat tak kesah konon. Cik Syam oi, buah hati lama pun boleh lupa ke..?” Milah menyiku pinggangku. Aku menjauhkan diri kegelian.

“Wei, korang ni kan..sejak di zaman universiti sampai sekarang, perangai tak ubah-ubah..asyik nak menyakat je kerja korang ek. Ko tu Siti dah nak jadi isteri orang pun masih lagi dengan perangai gile-gile kau tu..malang betullah si Azlan tu akan dapat isteri yang macam ni...” Aku kenakan Siti balik.

“Aik, aku cakap pasal Syahlah Syam..kenapa libatkan aku pulak. Ek eleh..nak tukar topiklah tu..” Siti mencebik.

“Tulah si Syam ni..nak mengata orang konon. Tak sedar diri dia tu asyik menyinglekan diri je.. Sekurang-kurangnya kau tu Siti dah nak kahwin dah.Ha, aku ni pun dah ada tunang dah. Yang si Syam ni je yang nak jadi anak dara tua agaknya. Nak tunggu Syah juga ke Syam?” Milah memang tak habis-habis nak kenakan aku.

“Ishk..takde maknanyalah Milah! Korang pun tau kan aku dengan Syah tu dulu just kawan je. Korang ni memang sengaja je nak usik aku.”

“Yelah kawan tu kawan jugak. Tapi, kenapa dah lama aku tak dengar apa-apa cerita tentang Syah lagi daripada kau?”

“Ntahlah Milah..sekarang ni tak tau aku dengan Syah tu masih kawan lagi ke tak. Dah lama aku lost contact dengan dia.”

“Lost contact ke kau yang tak nak contact dia? Dulu bukan main bestfriend giler korang berdua. Start dari sem 1 sampai sem 7 macam belangkas je korang, sampai aku dengan Siti ni naik hairan. Tapi bila sampai je final sem, aku tengok lain pulak jadinya. Aku tau korang ada krisiskan? Mesti sebab si Ain budak Sains Marin dulu tu. Aku tau..”

“Eh, takdelah..memandai ajelah kau ni.” Rupanya Milah tahu segalanya.

“Tak payahlah nak selindung lagi dari kitorang Syam. Kitorang ni bestfriend kau, takkan kitorang tak tahu..” Siti menambah. Eh, rupanya Siti pun tahu.

“Dahlah..tak payahlah pula nak ungkit-ungkit lagi cerita lama tu lagi. Aku sendiri pun dah lama lupakan dah...”

“Takkan si Syah tu kau boleh lupa kot. Aku tak percayalah. Haaa..ni mesti dah ada buah hati lain ni kan?” Milah tak habis-habis.

“Hahaha..buah hati? Takde sapelah yang nak kat minah garang macam aku ni”

“Eleh, takde orang nak ke ko yang jual mahal. Zulkifli tu mana nak letak? Kot-kot si Zulkifli tu memang pakwe kau..saje je kau tak nak bagitau kitorang kan?...”

“Zulkifli? Zulkifli mana pula ni?”

“Zulkifli yang hantar surat misteri tulah.” Siti mengingatkan aku.

Zulkifli? Siapa Zulkifli?! Milah dan Siti memang tidak sudah-sudah mengusikku bermula di hari pertama kami berjumpa. Nama Syah tidak lekang dari mulut mereka.

Tidak habis dengan nama Syah, dengan seorang lagi lelaki aku dikaitkan. Semuanya berpunca daripada sepucuk surat kecil yang dihantar kepadaku oleh Cika, anak buah Siti.

Cika memberitahu bahawa surat itu daripada seorang abang yang sudah bergegas hendak pulang. Aku yang tengah sibuk mengangkat selusin pinggan kaca cuba menjenguk ke luar namun tiada bayang-bayang orang yang dikatakan Cika itu.

Pelik sungguh, belum sempat hadiri majlis kahwin tapi dah angkat kaki pulang. Lagi pelik kerana sepucuk surat pula ditingalkan untukku.

Aku membaca surat itu yang hanya mengandungi 3 baris ayat yang ditulis dengan pen berdakwat merah,‘

Sudah setahun lamanya saya cuba jejaki awak Dewi...akhirnya saya temui juga awak di sini...Terserlah keayuan Dewi dihiasi kebayaungu.. : Zulkifli.’

Siapa Zulkifli? Aku tidak kenal pun. Disebabkan aku tak kenal langsung maka aku buat tak endah saja. Surat kecil itu aku buangkan ke dalam longkang. Aku buat tak endah tetapi Milah dan Siti bukan main endahnya.

Entah dari mana mereka dapat tahu pasal surat tu sedangkan aku sudah pun campakkan. Rasanya sudah hancur berkecai pun surat tu di dalam longkang. Semestinya tak lain tak bukan ini kerja si Cika! Aku mengumam dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience