BAB 5

Romance Completed 21177

“Syam!” Jerit Syah dari jauh sambil melambaikan tangannya. Aku tidak menghiraukan panggilannya, kakiku terus melangkah laju menuju ke kereta.Syah berlari menghampiriku. Menghalangku daripada membuka pintu kereta.

“Syam, apasal dengan kau ni?” Syah memandang tepat ke mukaku. Sedikit pun aku tidak memberi riak balas terhadapnya. Dia yang tercegat berdiri di depan aku tak hiraukan. Pintu kereta tetap kubuka.

‘Pap!!’ Dengan pantas Syah menutup semula pintu kereta sebagai tanda menghalang aku beredar tanpa menjawab pertanyaannya.

“Kenapa ni Syah?!” Aku agak marah dengan tindakan spontannya itu.

“Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya akulah yang berhak menanyakan soalan itu pada kau. Kenapa sekarang ni kau macam nak jauhkan diri dari aku je? Cara kau tu, macam sakit hati je dengan aku. I did anything wrong to you ke Syam?”

Aku terdiam dengan kata-kata Syah. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. “Habis tu?”

‘Ringtone’. Telefon bimbit Syah tiba-tiba berbunyi.“Mmm...Ain call..” Jelas Syah spontan.

Aku menolak Syah ke tepi dan masuk ke dalam perut kereta. Aku terus memecut meninggalkannya. Nama Ain membuatkan hatiku terasa seperti dicarik-carik. Kenapa dengan aku ni??

Hari-hari berikutnya perhubungan aku dengan Syah mula renggang. Aku semakin menjauhkan diri daripada Syah. Syah menghubungiku tetapi aku buat tak endah. Panggilan telefonnya aku tak jawab. Mesej-mesejnya aku biarkan. Bila dia datang ke fakultiku, aku cuba melarikan diri mengelak.

Bila ada peluang terserempak pula, aku memberikan seribu macam alasan untuk cepat-cepat beredar. Aku akan meninggalkan Syah dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Tapi semua itu berlaku hanya dalam seminggu saja. Selepas itu, tiada lagi panggilan telefon Syah menganggu tidurku. Tiada lagi mesej Syah menerjah masuk dalam Yahoo Messenggerku.

Tiada lagi kelibat Syah menghalang pergerakanku. Mungkin dia sudah bosan dengan kerenahku. Akhirnya kesibukan di final semester membuatkan aku lebih mudah melupakan Syah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience