BAB 13

Romance Completed 21177

Sebentar lagi suamiku akan masuk. Bagaimanakah orangnya? Kurus? Gemuk? Tinggi? Rendah? Hitam? Putih? Kacak ke?

Bermacam-macam pula andaian yang mengusutkan fikiranku. Kenapa sebelum ini tidak terfikir pun tentang ini. Sekarang baru aku nak terfikir. Ah, abaikan. Itu semua tidak penting.

Aku pun tidak mengharapkan yang lebih. Cukup sekadar dia mempunyai hati yang baik, suci bersih dan beriman. Itu sudah cukup bagiku. Walaubagaimana pun dia nanti, aku akan terima seadanya. Dia kini suamiku. Dan aku sebagai isteri akan setia padanya sampai ke anak cucu.

“Assalammualaikum..” Salam daripada seorang lelaki. Serta merta daun pintu terkuak. Suamikukah? Aku cepat-cepat menundukkan wajah.

“Wa..wa..alaikumsalam..” jawabku sedikit gugup. Kulihat sepasang kaki berseluar baju Melayu berwarna ungu lembut sedang berjalan kearahku. Sepadan warnanya dengan kebaya songket yang tersarung ditubuhku. Sah! Dia suamiku! Aku meneguk air liur.

Kini suamiku betul-betul berdiri di hadapanku. Cepat-cepat kucapai tangan kanannya lalu kucium tanda hormat. Kurasakan sebelah tangannya mengelus lembut ubun-ubunku. Perlahan-lahan tangannya menyentuh daguku dan menarik ke atas. Aku tahu dia cuba mengucup dahiku.

Sepantas kilat juga kupejamkan mata. Lama ku pejam tapi kucupan tak sampai pula ke dahiku. Aku membuka sebelah mata cuba mengintai. Kemudian kedua-duanya. Kulihat bayangan sekujur tubuh telah hilang. Hairan. Mana perginya suamiku?

“Dari mana awak dapat pen parker merah ni..?” Suara sayu itu membuatkan aku menoleh ke belakang.

Kulihat suamiku sedang duduk di birai katil bersebelahan meja kecil. Tangannya memegang pen paker merah kepunyaan Syah. Aku bingkas bangun menghampirinya yang masih membelakangiku.“Err, pen tu kawan saya bagi.. Kenapa, berminat ke?” Berminat sangat nampaknya suamiku sampai isteri di sini dilupakan.

“Syah yang bagi ke?”Soal suamiku itu dengan nada yang lebih sayu.“A’ah..kawan saya,Syah yang bagi.” Spontan aku menjawabnya.

Eh! Macam mana pula suamiku tahu?! Jantungku tiba-tiba berdetak dengan lajunya. Hatiku berdebar-debar. Siapakah suamiku ini? Persoalan berlegar-legar di mindaku.

“Err..macam mana awak boleh.......” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sekujur tubuh itu berpaling menunjukkan dirinya yang sebenar.

Mataku berpinar-pinar terkejut. Ya Allah! Kejutan apakah ini?! Persis sekali wajahnya seperti Syah. Aku memerhati sekujur tubuh di hadapanku itu dari atas ke bawah. Tak mungkin!! Aku terjelepok duduk semula di atas katil dengan perasaan yang tidak percaya. Apa benar lelaki di hadapanku ini adalah.....

“Kif?!!” Nama itu terbit dari bibirku.

Lelaki yang sedang duduk di hadapanku pantas mengangguk. Lelaki yang berada di hadapanku kini adalah Kif?!..rupanya Kif adalah Zulkifli?...dan Zulkifli adalah..suamiku? Ya Tuhan, apakah semua ini?! Kejutan apakah?

Aku sememangnya tidak suka dengan kejutan. Aku mengusap-usap dada menenangkan diri. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang berada di hadapanku ini. Fikiranku diserbu seribu persoalan.

“Syah telah merancang segalanya sebelum dia pergi....” Kif berkata dengan sayu lagi sambil merenung pen parker merah di tangannya.

Kemudian memandangku dengan senyum pahit terukir. Aku yang kebingungan bertambah hairan. Syah yang rancang? Syah pergi? Syah pergi ke mana?? Aku mula dihurung resah.

Kif bangkit berdiri dan mengambil tempat duduk di sisiku. Aku memandang tepat wajahnya menantikan jawapan atas apa yang telah berlaku secara drastik dan mengejut ini. Aku meneguk air liur. Menunggu Kif menutur kata.

Jantungku berdegup kencang. Seperti ada sesuatu berita buruk yang bakal kuterima.

“Maafkan saya Syam....” Kif bersuara lemah merenungku.

Aku membalas renungannya dengan tanda tanya. Please Kif, jelaskan padaku..berikan aku jawapan kepada kekeliruan dan kemusykilan yang sedang membukit di fikiranku!

“Maafkan saya atas apa yang berlaku ini Syam...perkahwinan ini adalah atas kehendak arwah Syah...sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dia amanahkan saya untuk memperisterikan Syam...” Serta merta kadar degupan jatungku meningkat.

Aku tidak percaya apa yang baru kudengar. Kejutan apa pula kali ini? Aku tersalah dengarkah?!!

“Apa?.aa..ar..arwah? Sy..Syah?!”Soalku putus-putus.

Sedang debaran di dada tidak dapat ku bendung.Kif perlahan-lahan menganguk dengan wajah sedihnya. Ya Allah!! Dunia kurasakan berputar seketika. Seluruh badanku lemah. Pandanganku kabur. Airmata mula bergenang di kelopak mata. Aku cuba tenangkan diri.

Aku memandang tepat pada Kif. Kulihat keseriusan pada wajah tenangnya. Tak Mungkin! Aku tidak dapat menerima semua ini! Katalah Kif, bahawa ini satu gurauan! Hati kerasku ini cuba menafikan.

“Syah sudah lama pergi meninggalkan kita Syam...sudah hampir setahun dia pergi...” Kif cuba untuk menyakinkanku.

Aku meneguk air liur. Syah sudah....?? Tiidaakk! Aku menggelengkan kepala. Sedang empangan air mataku mulai penuh. Kif menyeluk saku baju melayunya dan mengeluarkan sesuatu. Sepucuk surat dihulurkan kepadaku.

Aku yang masih terpana dengan berita yang baru ku terima hanya melihat surat itu dengan kaku.Pelahan-lahan Kif menyentuh tangan kananku dan meletakkan sendiri surat itu di atas tapak tanganku.Kif ku pandang tepat.

“Surat ni..?”

“Surat daripada arwah Syah...arwah berikan pada saya untuk diserahkan pada awak selepas arwah menghembuskan nafas terakhir...” Kata-kata Kif meruntuhkan kekerasan hatiku yang sedari tadi degil untuk menerima kenyataan.

Aku mula dihurung perasaan yang menyakitkan. Empangan airmataku sudah mulai berat. Sepucuk surat di tangan kurenung. Dengan tangan yang terketar-ketar, surat itu kubuka perlahan-lahan. Kelihatan coretan tulisan tangan Syah. Setiap baris ayat kubaca dengan teliti.

Airmataku serta merta tumpah tanpa dipinta. Setiap helaian kubasahi dengan air mata. Air hangat ini mengalir deras sederasnya, sehingga baris ayat terakhir kuiringi dengan linangan airmata. Perasaan sedih dan pedih menjalar di setiap ruang hatiku. Aku kehilangan insan yang terlalu istimewa.

Terlalu istimewa dalam hidupku...Kau pergi terlalu awal Syah...kenapa kau rahsiakan segalanya dari sahabatmu ini? Kenapa Syah??! Bentakku dalam hati. Aku memejamkan mata menarik nafas dengan pedih. Sesungguhnya permainan takdir ini amat menyiksakan...

Aku memandang Kif dan menyerahkan surat itu padanya. Kif mengambil lalu membaca warkah yang telah renyuk dibasahi airmata. Seketika kemudian dia merenungku dengan wajah tenangnya.

“Syah telah satukan kita berdua Syam...” Kif memandangku.

Ku tatap wajah seiras Syah itu dalam-dalam. Bayangan Syah melintas di fikiranku. Aku memejamkan mata lagi menahan gelodak rasa pedih yang cukup menyakitkan. Tangan hangat Kif kurasakan menyentuh ke pipi menyeka airmataku.

“Ini takdir kita Syam..impian Syah..” Kif bersuara lagi.

Aku tidak dapat menanggung lagi kesedihan yang bercambur aduk dengan kejutan-kejutan yang sedari tadi menyerbu disegenap penjuru hatiku. Aku rebah dalam dakapan Kif

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience