BAB 2

Romance Completed 21177

Lepas sahaja habis kuliah Genetik di Fakulti S&T aku terus memecut laju keretaku ke Dewan Kuliah Pusat untuk menghadiri kuliah TITAS pula. Jadual waktu kuliah pada hari Isnin itu sememangnya padat, kelas berturut-turut sampai ke petang. Menyebabkan aku terkejar-kejar ke sana ke mari mencari dewan kuliah bagi kelas-kelas berikutnya.

“Eh, apa main langar-langgar ni? Takde mata ke?” Rungut lelaki di depanku yang telah kurempuh secara tak sengaja. Aku yang terkocoh-kocoh berlari nak meloloskan diri masuk ke dewan tadi tidak perasan pula akan kelibat orang yang sedang berdiri di muka pintu belakang dewan. Ini sudah kali ketiga aku bertembung dengannya secara tak sengaja di tempat yang sama.

“Opps, sorry...” Seperti biasa aku menutur kata maaf.

“Aik, kau lagi...” Dia merenungku dengan sengihan. Aku pula membalas dengan jelingan. Kenapalah malang nasib aku, asyik bertembung saja dengan mahkluk itu. Aku menggerutu dalam hati.

Tanpa mempedulikannya aku terus menyelinap perlahan-lahan masuk ke dalam dewan kuliah. Aku tak mahu mengganggu sesi pengajaran Prof. Hasmi yang sudah pun bermula setengah jam yang lalu. Dari jauh kulihat satu tempat kosong di sebelah Milah yang duduk di barisan hadapan. Aku tahu Siti dan Milah telah menyediakannya untukku.

Tapi aku tak mahu pula ke tempat yang telah disediakan itu. Memang nak cari penyakit kalau aku yang datang lewat ni sengaja nak tunjuk muka ke depan pula. Tak pasal-pasal nanti aku menjadi bahan usikan Prof. Hasmi lagi seperti minggu sebelumnya. Aku tak ingin menjadi bahan gelakkan ratusan pelajar-pelajar lain buat ke sekian kalinya.

Mataku melilau mencari tempat duduk yang kosong di barisan belakang. Aku dapati dua tempat kosong di hujung kiri dewan. Aku baru saja nak melangkahkan kaki ke situ, tapi kelibat makhluk tadi pula muncul terlebih dahulu mengambil tempat pada salah satunya.

Langkahan kakiku terhenti. Kulihat makhluk bergaya tak beradap itu mengukir senyuman sambil melambaikan tangannya mengisyaratkan aku untuk duduk di sebelahnya. Aku tercenggang hairan. Baik pula makhluk itu hari ini. Takkan aku nak duduk berjiran dengannya?

Aku mencari-cari lagi tempat kosong yang lain. Meninjau-ninjau tapi tak ada. Takkan nak tercongok berdiri saja di belakang ni. Nak tak nak, terpaksa juga aku duduk di sebelahnya.

Makhluk itu asyik tersengih macam kerang busuk di sebelahku. Aku buat tak nampak.

“Selalu ke datang lewat?” Dia bersuara.

“A’ah..dan selalu juga asyik bertembung dengan seekor makhluk yang juga suka datang lewat...” Jawabku selamba.

“Eh, aku bukan sengaja nak datang lewat. Dah dua minggu kereta masuk workshop..terpaksalah naik bas dari IP. Dah jalan jem, confirmlah lambat...” Dia memberi penjelasan sedangkan aku tak tanya pun.

“Itu kau punya pasallah...buat apa nak bagi tau aku....” Aku menjelingnya.

“Eik!!” Hmm..ok..ok.. Aku malas dah nak gaduh-gaduh ni. Daripada bermusuhan macam ni baik kita berkawan je..ye tak? Mmm..I’m Syahrul..and you Syam kan?” Dia menghulurkan tangannya. Aku mengerutkan kening. Apa mimpi makhluk ni mahu berkawan dengan aku? Salam yang dihulurkannya itu aku tak pedulikan, dan pandangan kubuang ke arah lain.

“Err, actually aku dah lama nak minta maaf dengan kau pasal tempoh hari tu. Aku tengah tension time tu, tak sengaja pula jatuhkan pen atas kepala kau. Then kau tu pula marah kat aku, aku pun naik angin jugaklah. Bila dah marah, surelah aku ni takde adab sopannya..hehe.. So, aku minta maaf banyak-banyak ye. Maaf zahir dan batin ok...”Aku tak sangka pula makhluk ini tahu pula erti adab sopan rupanya.

“Baru sekarang ke nak minta maaf? kenapa tak tunggu lepas hari kiamat je?”

“Iskh..iskh..Kalau nak tunggu hari kiamat, tak tau lagi kau dan aku panjang umur ke tak sampai hari tu..takkan nak minta maaf kat dalam liang lahad kot.”Dia mejawab dengan jawapan bodoh yang ada logiknya. Aku mencebik memandangnya yang tersengih macam kerang busuk. Boleh tahan jugak makhluk ini.

“Hmm..sedangkan nabi ampunkan umat...takkan pula kau tak nak terima kemaafan aku ni...” Sindirnya lagi dengan muka baik yang dibuat-buatnya. Macam biasa aku buat muka selamba. Malas nak peduli.

“Aku dah minta maaf dah ni..takkan kau nak buat deh aje. Hei, cepatlah maafkan..”

“Sori..aku bukan nabi, aku ni insan biasa je..sebab aku ni insan biasalah aku susah sangat nak maafkan orang..” Aku berterus terang.

“Kau ni memang keras hati betullah. Wei, takkan kau masih nak panjangkan lagi permusuhan kita ni?” Musuh? Sejak bila aku bermusuh dengannya? Aku cuma tak maafkan dia. Aku semakin hairan dengan perangai makhluk yang banyak ragamnya ini.

“Kawan biar seribu, musuh jangan sekali...aku ikhlas ni...” Peribahasa apa pula yang dikeluarkannya. Semestinya menyindir aku lagi kerana salam persahabatannya masih belum kuterima.

Aku berfikir seketika. Menggunakan akal dan bukannya hati. Ada betulnya juga apa yang dikatakannya itu. Aku tak rugi apa-apa pun kalau maafkan dia. Lagi pun malas juga aku asyik bermasam muka dengan makhluk ni. Tak ada faedahnya pun. Tambah dosa adalah. Daripada terus bermasam muka baik aku selesaikan di sini saja.

Dengan hati yang ikhlas aku buat keputusan untuk menyambut salam persahabatannya.

“Haa..macam nilah baru dunia boleh aman...kalau semua orang kat dunia ni macam kau, surelah dunia ni aman damai takde perang. Barulah wujudkan ketamadunan..baru ada masyarakat madani..hehe..” Entah apa pula makhluk ni mengarut. Nak menggantikan Prof. Hasmi di depan agaknya.

“Lain kali kalau bad mood tu bertempatlah juga ye. Jangan sampai kepala orang pula jadi mangsanya.” Aku sekadar mengingatkan.“Haha..aku memang tak sengajalah hari tu. Tapi, apa pun memang salah aku jugak. Maaf ye..” Dia memohon maaf sekali lagi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Aku hanya senyum melihat telatahnya. Hari tu bukan main garangnya macam kingkong dia marah aku, hari ni bukan main pula dia jadi budak baik.

“Eh, name kau sape tadi?”

“Syahrul..tapi panggil je Syah..”

“Hmm Syah..mana kau tahu nama aku ek?"

“Kau tu famous sangat kat Kolej CD. Sape yang tak kenal..”

“Famous?” Aku berfikir sejenak. “Oh, famous sebab garang ye?”

Syah mengangguk sambil ketawa. “Syamizulaikha Dewisalina, adik Mejar ketua pasukan Palapes, Minah comel yang garang giler..sape tak kenal..”

Lantas ketawaku pecah. Tak sangka aku ni cukup terkenal. Ketawaku bersatu dengan ketawa Syah. Rancak kami berbual sehingga pengajaran Prof. Hasmi tidak menjadi tumpuan kami berdua pada hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience