BAB 6

Romance Completed 21178

Hari konvokesyen yang meriah diserikan lagi dengan senyuman ceria aku, Milah dan Siti. Gelak ketawa Milah dan Siti memeriahkan suasana. Dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi dan Kepujian dalam genggaman, kami bertiga mengambil gambar kenangan di hadapan tangga Dewan Canselor bersama keluarga masing-masing.

Tiba-tiba seorang wanita yang ku kenali dari jauh datang menghampiriku.

“Syam, boleh tak pinjam masa awak sekejap? Ada seseorang nak jumpa awak...” Kata Ain sambil mengarahkan jari telunjuk pada seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari kami. Aku yang kehairanan mengangguk. Siapa pula yang nak jumpa aku ni? Syah ke? Dengan hati yang tertanya-tanya, aku mengikuti langkah Ain menuju ke tempat lelaki yang dikatakan hendak berjumpa denganku.

“Kif, inilah Syam yang Syah cakapkan tu...” Kata Ain sambil memandang aku. Aku sedikit terkejut. Wajah lelaki yang bernama Kif itu seiras wajahnya dengan Syah, cuma lelaki ini lebih cerah sedikit berbanding Syah.

“Syam, kenalkan ini Kif saudara kembar Syah.” Ain memperkenalkan kepadaku. Aku sudah mengangaknya. Syah pernah memberitahuku yang dia mempunyai seorang saudara kembar yang menuntut di Pert, Australia. Tapi kenapa pula saudara kembarnya ini ada di sini? Dan kenapa pula nak jumpa aku. Mana pula perginya Syah?

“Err, ada apa Kif nak jumpa saya?” Aku mengeluarkan soalan yang bermain di benak fikiranku.

“Saya nak sampaikan kotak ni kat awak. Syah amanahkan pada saya supaya serahkan sendiri kat tangan awak.” Sebuah kotak ungu kecil dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya. Aku renung kotak ungu itu. Semakin banyak pula persoalan yang bermain difikiranku. Apa semua ni??

“Mana Syah? Kenapa pula dia tak bagi sendiri kat saya?”

“Dua hari lepas dia dah bertolak Australia. Dia tak sempat nak bagi kat awak. So, dia suruh saya yang serahkan.”

Apa? Syah ke Australia?? Bertambah-tambah kejutan aku pada hari ini. Mula-mula dengan kemunculan Kif, kemudian kotak kecil ini dan sekarang ni dengan berita Syah ke Australia pula. Tahap kebingungan sudah meningkat tinggi.

“Err, Syah dah dapat tawaran sambung study ke Australia ke?” Soalku menduga. Syah yang merupakan pelajar pintar sememangnya layak untuk mendapat tawaran secepat itu.

Aku menunggu jawapan kepastian daripada Ain dan Kif. Mereka saling berpandangan. Namun soalan aku tidak berjawab. Hanya riak wajah rasa bersalah yang ditunjukkan. Aku memandang mereka silih berganti.

“Erm, ha..I forgot to wish you. Congratulation ye sebab dah bergelar graduan.” Kif mengalih perbualan.

“Thanks..” Jawabku dengan senyum simpul memandang wajah Kif yang saling tak tumpah macam wajah Syah. Wajah seorang sahabat yang senyap tanpa berita. Kenapa Syah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal? Marahkah dia padaku? Timbul rasa bersalah dalam hatiku.

“Tahniah juga dari saya Syam..” Ucap Ain yang sedari tadi membisu.

“Terimah kasih Ain..”Gadis ayu itu aku renung. Gadis yang menjadi pilihan hati Syah. Siapalah aku jika dibandingkan dengannya.

“Oklah Syam, saya dah pun serahkan kotak tu pada awak. Kitorang minta diri dulu ye..” Kif dan Ain berlalu meninggalkan aku yang masih bersisa dengan kekeliruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience