Bab: 3

Drama Series 4427

"Korang dengar tak kecoh kat kafeteria tadi?."

"Pasal apa?."

"Ash kena simbah jus oren dengan budak junior hahaha..kalah weiii iklan Tropicana."
Gadis yang berkata tadi tergelak disusuli tawa dari rakannya yang lain.

"Weii..biar betul kau ni?."

"Budak junior mana ni?."
Sorang lagi antara mereka bertanya penuh minat.

"Budak dari fakulti perundangan,apa nama dia Hai...Hairah."
Gadis yang memulakan sesi gosip sensasi itu seakan ingat-ingat lupa nama Hairah.

"Minah tak banyak cakap tu, yang rupa macam barbie doll tu ehh,."

"Ha'aa dialah tu, macam kutub utara pun ada."
Makin galak mengata orang mahasiswi itu.Baik Hairah mahupun Ashraf dua-dua mereka kutuk.

"Ash tu bukan orang pertama yang dia tolak,tapi tulah Ash yang kena reject teruk.."

Telinga Ashraf seakan berasap mendengar budak sekuliah nya mengata tentang dirinya.Kumpulan gadis itu tidak menyedari yang Ashraf sudah berada dibelakang mereka.Dasar perempuan tidak sah kalau tak mulut tempayan.Dani dan Tarif sudah tak keruan melihat perubahan air muka sahabat mereka itu.

"Betulah,ramai orang tengok tadi."

"Hahahahaha.. Siapa suruh poyyo sangat kan dah
mendapat."

"Alah kesian Ash."
Gadis yang berkata tadi menjatuhkan bahunya kecewa.
Ashraf tidak jadi masuk ke dalam bilik kuliah melihat mahasiswi itu galak membawang tentang dirinya.Sebaliknya dia berpatah ke belakang turun dari tangga menuju ke tandas lelaki.

"Ash.."
Tarif dan Dani melangkah lebar cuba menyaingi langkah sahabat mereka itu.

"Kau nak apa?."
Suara nya sedikit keras.

"Aku minta maaf, semua ni takkan jadi kalau aku tak cabar kau.Aku tarik balik challenge aku tu."
Kali ini Tarif betul dirundun rasa bersalah.Tidak dihiraukan sahabat nya itu memohon maaf darinya.

BAM.....
Suara pintu tandas ditendangnya begitu kuat.
Sehingga Dani dan Tarif menelan liur pahit.

"Eh' sial betulalh perempuan tu..Tahulah aku macam mana nak kenakan dia nanti."
Ashraf meraut wajahnya lalu buku lima digenggam erat tumbukan bertubi-tubi diberi pada dinding tandas hingga tanganya kelihatan kemerahan.

Tarif dan Dani mula kelihatan risau tidak pernah sekali mereka melihat sahabat mereka itu bersikap seperti ini.

* * *

Hairah berjalan menuju ke arah letak keretanya.Detik kemudian dia berhenti bila menyedari gerak-geri nya seakan diperhatikan.
Bila dia sedar gerangan orang itu Hairah mengariskan senyum di bibirnya lalu membuka pintu keretanya.

Enjen kereta dihidupkan.Telefon bimbitnya yang berada dalam beg diselongkar lalu mendail nombor Heliza.

"Irah...Kau masih kat situ ke?."

"Korang shopping ajelah,aku tak boleh join.Ada hal jap lagi..dahlah Prof Yazid bebel kat aku macam mak nenek tadi."
Terdengar suara Heliza tergelak kecil di hujung sana.

"Alah..Okeylah beb bye.."

"Hemmmm..."
Talian dimatikan,Hairah mula menghidupkan enjin kereta gadis itu mengangkat alis.Dari sisi cermin kereta dia dapat melihat dengan jelas orang yang mengintip nya tadi masuk ke dalam kereta yang
berada di parking belakang kereta nya.

"As I expected,."
Hairah tersenyum lagi,kali ini senyumannya makin terasa lebar melihat gerangan lelaki pemilik kereta BMW hitam itu.

Melihat kereta milik Hairah sudah bergerak.Perlahan-lahan Julian mengekori kereta anak majikannya itu dalam jarak yang jarang agar tidak diketahui.Hakikatnya gadis itu sudah mengetahui kehadirannya.

Matanya fokus kemana sahaja arah pemanduan Hairah agar dia tidak kehilangan jejak.Julian keheranaan melihat kereta Hairah berhenti di bahu jalan Julian turut berhenti dan keluar dari kereta menuju ke arah kereta Hairah.

Gadis itu diam sahaja menunggu kedatangan lelaki yang makin mendekat kearahnya.

Tok..tok..tok..
Mendengar cermin kereta diketuk laju tanganya menurunkan cermin kereta lalu tersenyum manis pada lelaki itu.

"Kenapa berhenti, kereta ada problem ke?."
Soalan dari Julian bukan dijawab malah lelaki itu balik disoalnya.

"Kenapa awak follow saya?."
Hairah menyoal,membuat Julian salah tingkah.
Julian beranjak sedikit bila Hairah membuka pintu kereta lalu keluar dan berdiri dihadapan nya dengan tatapan penuh selidik.Lama Julian berdiam diri, sedikit terkejut dirinya bila Hairah bertindak memeluknya.

"Hairah jangan macam ni please.!"
Julian terlebih dahulu bertindak meleraikan pelukan itu.

"I miss you..Adakah ini arahan papa atau awak sendiri?."
Ujar Hairah tulus kata rindu diungkap.Pemandu lain yang lalu lalang sesekali akan menoleh ke arah mereka tidak dihiraukan.

"Ini arahan dari Tuan."

"Ian sampai bila awak nak jauhkan diri dari saya dan sampai bila awak nak terus kerja dengan papa.Boleh tak awak jangan terus macam ni,kalau awak sayang saya tolong keluar dari cengkaman papa saya."
Gusar di hati diluahkan dan dia sudah sedikit tenang.Tapi lelaki itu kelihatan tidak selesa mungkin keadaan sekitar mereka yang membuatnya teragak-agak untuk membahas masalah mereka tika ini.

"Hairah saya minta maaf saya tak boleh.Saya betul sayangkan awak tapi saya dah buat perjanjian dengan papa awak."

"Saya akan cakap dengan papa."

"Maaf..saya di sini atas urusan kerja.Cik Hairah sila masuk kereta dah bergerak untuk pulang."
Julian menarik tangan Hairah lalu membukakan pintu untuk gadis itu.Hairah berdecit kecil lalu menolak tangan kekar lelaki itu yang mengegam erat pergelangan tangannya

"Apa awak cakap ni Ian?.I love you, itu apa yang awak cakap dengan saya dulu.Tapi kenapa sekarang awak nak tinggal kan saya hanya disebabkan kumpulan bodoh tu.You are still young jangan sia-sia kan hidup awak.. tolonglah!."

'Huh'..Julian melepaskan nafas berat,Bahu Hairah dicengkam membuat seiring pandangan yang redup menusuk ke anak mata anak majikannya itu.

"Ini pilihan saya,Jika Tuan dapat tahu yang saya ada perasaan pada anak dia.Tuan Wildan takkan teragak-agak untuk hukum saya."

"Saya ada untuk lindungi awak."
Pipi Julian disentuhnya,Anak mata hazel nya mencari bola mata Julian.
Julian juga menatap mata Hairah,dia tidak sanggup melukai hati perempuan itu namun Julian ada sebab tersendiri.Maka hati yang dulu mekar kini makin terasa tawar atau mungkin harus merelakan cintanya terpadam sahaja.

"Macam mana awak nak lindungi saya.?Kalau saya ini hanya anjing peliharaan papa awak."

"Apa awak merepek ni Ian.Kita dah lalui susah senang bersama, takkan awak nak menyerah macam tu aje?."
Bahu Julian dipikul nya namun sedikitpun Julian tidak beranjak malah membiarkan Hairah memukulnya.

Dari jarak jauh Ashraf memerhatikan gelagat gadis yang telah memalukan dirinya ketika di kafeteria tadi tengah hari.Ashraf mencebik melihat ajenda seakan drama dalam layar tv.

"So ini lah puncanya kau suka tolak lelaki."
Tidak didengari apa yang dua sejoli itu katakan.
Tapi dari bahasa badan dia tahu serba sedikit pangkal jalan budak sombong itu.

Ashraf sudah ada rancangan macam mana untuk mengenakan gadis itu.Cermin topi keledar nya diturunkan lalu menghidupkan enjin superbike nya.Tergaris senyuman misteri lalu memecut laju merentas Hairah yang berada di bahu jalan.

"Please go home now!"
Hairah menatap Julian tidak puas hati.Lebih tepatnya belum puas melepaskan rindu.Namun dia menurut sahaja ketika Julian membuka pintu kereta dan menolaknya masuk ke dalam kereta.
Mahu tidak mahu terpaksalah dia bergerak pergi.

Begitu juga dengan Julian masuk ke dalam kereta dan mengekori rapat kereta Hairah dari belakang memandang kan gadis itu sudah mengetahui kehadirannya.

* * *

Ashraf seakan tidak percaya adakah ini kebetulan atau namanya takdir.Dia melihat kelibat Hairah masuk ke dalam Starbucks dan dengan langkah yang ringan dia menyusuri gadis itu.

Ashraf mula memesan minuman pada tukang barista dihadapannya sesekali dia akan melirik ke arah Hairah yang mengambil duduk di sudut tepi kaca tingkap.Rasanya ini adalah masa yang tepat untuk membalas perbuatan gadis itu padanya.

"Siap kau..,Kau malukan aku kat kafeteria tadi.sekarang turn aku malukan kau.."
Sambil membawa cup minum Ashraf pura-pura tidak melihat gadis itu dengan menatap skrin handphone ditangan kanannya.

Ashraf mula mengambil duduk dihadapan Hairah.
Dan masih menatap skrin telefon,Hairah yang menyedari lelaki itu sedikit terkejut dan terus menyoal dengan penuh geram.

"Kau dah tak ada tempat lain ke nak duduk.?"
Ashraf mengangkat wajahnya dan seakan pura-pura terkejut.

"You?."

"What you..you?.Kau nak kena simbah dengan air panas pulak ke?.Tak cukup segelas air sejuk tadi?."

"Kau ingat Starbucks ni bapak kau punya ke apa?."

"Aku tak cakap kau yang cakap..Tapi aku yang dulu duduk kat sini banyak lagi kut tempat bontot kau nak duduk."
Berkau,aku dua-dua bercakap bahasa yang kasar.Saling tidak puas hati antara satu sama lain.

"Apa bontot kau cakap?."
Ashraf menyoal dalam hati dia sudah bersorak. Gadis itu mengangkat keningnya lalu jelingan maut diberi pada Ashraf.

"Cakap kenapa awak nak gugurkan anak kita.?"
Nah ambik kau,suka sangat kan nak jeling orang biar terbeliak mata tu.Kali ini giliran Ashraf menjungkit kedua alisnya dengan senyuman meleret.Dengan suaranya yang sedikit dikuatkan tadi sudah mampu membuat Hairah melopong dan beberapa pelanggan menoleh ke arah mereka.

"Woii kau putus wayar ke apa ni?,Kau merepek apa ha monyet?."
Ooo..Kau kata aku monyet dah lah badan macam lidi harapkan muka ajelah yang lawa badan langsung tak ada body.Hairah yang menyedari renung Ashraf padanya segera berdiri dari duduknya.Malas melayan lelaki itu dia yakin lelaki itu pasti ingin membalas dendam padanya.

"Sanggup awak nak gugurkan anak kita sebab marah pada saya.Anak tu tak bersalah,ibu jenis apa awak ni?"
Hairah merasa wajahnya terasa panas hingga kan dia dapat merasakan haba panas disekitarnya.

"Hairah kenapa ni?"
Julian yang berdiri dari tadi di luar segera masuk dan menghampiri Hairah.Hairah tidak menghiraukan kehadirannya Julian sebaliknya mendekat ke samping Ashraf.Ashraf tersenyum lagi dalam hati Kehadiran Julian dimanfaatkan sebaiknya untuk memalukan Hairah.

"Sebab lelaki ni ke awak nak gugurkan anak kita?."

"Baik kau tutup mulut kau lah monyet."
Suaranya berbisik penuh geram.Ikutkan hati mahu saja mulut puaka Ashraf disumbat dengan kasut tumitnya.

"Baiklah saya relakan awak dengan lelaki ni.Tapi tolong jangan gugurkan anak kita."Ujar Ashraf seraya tayang muka sesedih kelamya alam.

"Kejamnya perempuan tu sanggup nak gugurkan anak sebab nak ikut jantan lain.." Satu suara lagi kedengaran dari arah kanan.
"Kesian lelaki tu dapat isteri perangai macam tu.."

"Ashraf kau tengok apa kau dah buat.."Mata dujengil menunjal dada Ashraf penuh geram.

"Awak kenal saya eh?."
Sengaja dia menyoal.Hairah mendengus penuh geram mana mungkin dia lupa pada lelaki itu.

"Memang lah aku ingat.Kau kan monyet sesat kat kafeteria tadi.."

"Kau cakap aku monyet lagi sekali aku cium kau."
Hairah tersentak apabila Ashraf bertindak merangkul pinggang nya untuk dirapatkan ke badan lelaki itu.Matanya yang terkebil-kebil memandang Julian diarahkan kerah Ashraf.

"Kau memang jenis manusia biadap kan.. Lepaskan akulah monyet."
Bahu Ashraf ditolak namun sedikitpun tubuh itu tidak beranjak.

"Nampaknya kau rela kena kiss.."
Ashraf tersenyum senget dan mendekatkan wajahnya pada Hairah.Baru ura-ura ingin mencium gadis itu Julian terlebih dahulu bertindak menarik Hairah dan keluar dari Starbucks coffee.Julian sudah tidak mampu bersabar dengan lelaki itu takut dia tidak mampu mengawal amarahnya dan akan meletus mengakibatkan kekecohan.

Ashraf mengherot kan bibir melihat gadis itu ditarik keluar.Dengan hatinya yang berlapang dan teras puas punggungnya kembali dilabuhkan.Caramel macchiatonya dinikmati,ohhh sunguh rasa lain dari yang biasa bila hati begitu gembira.

"Aku belum puas lagi.. Tunggu pembalasan yang seterusnya."
Ashraf meraup wajahnya dan belakang tengkuk diusap dengan rasa segan apabila ada pelanggan yang melihatnya dengan pandangan pelik.

"Lepaskan lah Ian sakit tau tak.."
Hairah menarik tangannya yang begitu kejap digenggam Julian.

"Tak guna punya jantan,eeee tak hingin aku nak mengandung kan anak kau lah."

"Melampau sangat mamat ni,tak boleh jadi...."
Hairah mengerdik geri seakan Ashraf itu manusia paling jijik yang pernah ditemuinya.Tidak sedar yang Julian kelihatan memandang seakan tidak puas hati.

"Siapa lelaki tadi?."
Wajah Julian yang berkulit putih cerah itu kelihatan kemerahan mungkin kerana menahan diri.

"Orang gila.."
Jawabnya acuh,Hairah membuang pandangan ke arah dalam cafe itu.Dadanya kelihatan berombak menahan amarah pada Ashraf yang begitu santai sekali sempat lelaki itu melambai kearahnya.Membuat Hairah makin bertambah meluat pada Ashraf.

"Hairah.."
Julian memanggil nama gadis itu sedikit kesal melihat Hairah begitu lama memandang Ashraf.

"Lelaki tu siswa yang saya simbah dengan air masa kat kafeteria tadi tengah hari."

"Dia follow awak ke korang berdua ada buat temu janji?."
Bunyi seperti orang cemburu sahaja lagaknya Hairah mendekat sedikit,Diperhati wajah Julian.Lelaki itu melarikan anak mata dari bertaut dengan Hairah.

"Are you jealous?."
Jari telunjuk di putar-putar pada wajah tampan itu.

"Who, am I?..of course not."
Julian menunjuk diri sendiri,lalu melangkah meninggalkan Hairah yang kelihatan mengekori langkahnya.Kalau cemburu tu mengaku ajelah.

"Awak cemburu kan.."

"Mamat macam tu saya nak cemburu,huh..tak kuasa."
Hairah hanya tersenyum geli hati.Sekarang dia sudah mendapat taktik baru untuk membuat Julian cemburu aitu Ashraf.Dia hanya perlu mereka cerita yang konyol.

"Dah jom balik."
Tangan Hairah ditarik untuk segera berlalu dari tempat itu.
Hairah menurut tanpa bantahan sekali-kali dia akan mengusik Julian membuat lelaki itu hanya pasrah dengan Hairah.

Ashraf senyum senget dia menemui permainan baru yang sangat seronok.Hairah!
Tahulah dia bagaimana menghadapi gadis itu selepas ini.Jual mahal sangat kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience