Bab: 5

Drama Series 4427

Suara azan berkumandang mengejutkan dirinya dari terus diulit mimpi.Dia menggosok mata lalu menguap menunjuk dirinya masih mengantuk,. Semalam dia memandu dalam perasaan yang berkecamuk lalu berhenti disebuah masjid.Entah mengapa dirinya semalam boleh terlena padahal niatnya ketika itu cuma berhenti untuk seketika.Bunyi ketukan pada cermin keretanya membuyarkan hayalan semalam.

Julian menurunkan cermin kereta lalu tersenyum pada seorang lelaki  kelihatan berusia berkopiah putih.

"Asalamualaikum."
Sapaan salam diberi oleh lelaki tadi.Terlihat wajah lelaki itu berkerut-kerut.

"Wa..laikumusalam."
Teragak-agak dia menjawab.Matanya yang sepet kelihatan mengecil bila terbias cahaya lampu yang samar-samar.

"Dah masuk solat subuh,Encik tidur kat sini ke semalaman?."

"Saya..."
Kepalanya yang tidak gatal digaru,Serba salah pulak dia hendak bercakap.Lelaki paruh abad itu seakan dapat meneka isi hatinya lalu tersenyum.

"Tak pe, maafkan pakcik.Tempat ni terbuka untuk semua orang.Jika Encik nak singgah pun boleh."

"Terima kasih, pakcik."
Lelaki paruh abad itu mengangkat sedikit tangan kanannya lalu meminta diri untuk masuk ke dalam.

"Pakcik nak masuk dulu.Kalau rasa masih mengantuk boleh masuk rehat-rehat kat dalam."
Setelah menghantar pandangan lelaki tadi menghilang masuk ke dalam masjid.Julian menarik nafas panjang,suara halus yang begitu lembut menyapa telinganya lalu menusuk ke hati.Perasaan resah yang bersarang di hati melayang entah ke mana saat disirami aluna ayat-ayat asing yang sukar difahami dirinya.
Saat perasaan ingin tahu itu tiba untuk mendesak Julian keluar dari kereta.Lalu menghayun langkah menuju ke arah suara yang datang dari masjid itu.

Julian tergerak hati untuk masuk.Diaberdiri dibelakang sudut tempat parah jemah lelaki menunaikan solat,setiap gerak geri mereka semua diperhatikan oleh nya.Meskipun pelik melihat semua itu namun hati terasa tenang dan damai.Bila dia tersedar segera dia bergerak keluar dari tempat itu.Ketika dalam kereta Julian memaki dirinya sendiri kerana bersikap alpa.
Lelaki itu menghidupkan enjin kereta lalu mula menggerakkan kereta berlalu dari situ.

* * *

Pagi itu Hairah bagun agak lewat memandang semalam gadis itu berkerja keras mengusir fikiran yang aneh-aneh mengangu nya.

Hairah turun ke bawah bila pembantu rumah memaklumkan bahawa dokter sudah sampai.Dia menuruni tangga dan memandang seorang wanita dengan pakaian rapi baju kurung moden sedang menikmati aroma air panas duduk di ruang tamu.Dengan mata panda yang dipamerkan dirinya membuat dokter itu berkerut dahi.

"Aunty Sal tolong Irah,"
Hairah duduk menghenyak punggungnya disebelah dokter cantik itu dengan rengekan manja.Melihat wajah gadis itu seakan ingin menagis Salmah bertanya dengan perasaan risau.

"Sayang kenapa ni?,if Irah wants aunty to be your mother, sorry aunty can't."Salmah terkekeh geli hati dengan kata nya sendiri.Ternyata gurauan nya itu langsung tidak memberi ifek pada gadis dingin itu.
Hairah mendengus kecil, macamana ibu kepada dua orang anak itu boleh bergurau benda mengarut begitu.

"Hairah rasa, otak Irah ada problem.Aunty tolong check please..Irah tak tidur satu malam sebab fikir yang bukan-bukan."

"Fikir yang bukan-bukan maksud?."
Hairah menarik nafas dalam,jika dia tidak menemui penyelesaian dari doktor pakar neurologi itu dia akan mencari penyelesaian lain untuk menyingkirkan si berdebah Ashraf itu.

"A man disturbs the peace of my brain. Almost one night I could not sleep thinking of that useless man.Damn it... Mungkin si tak guna tu dah bomohkan Irah agaknya."

"Do your brain nerves hurt?,it hurts so often?"

"Sakit sejak si tak guna tu hadir.,Dan akan sering sakit bila dia tiba-tiba muncul difikiran Irah."
Begitu kesal sekali dia menerangkan bila terfikir lelaki tak guna itu mengganggu mindanya.

"Sejak bila?."

"Semalam,baru dua kali jumpa kut."
Salmah tersenyum dengan jawapan gadis itu padanya.

"Sorry aunty Sal tak ada ubat untuk sakit Irah.Dan sakit ni sangat berbahaya jika tidak dirawat untuk bertemu dengan penawarnya."
Mendengar penerangan Salmah padanya cukup membuatnya menahan nafas kerana takut jika benar dirinya telah dijampi.

"Irah sakit apa?"
Dokter itu mencicip minumannya sedikit lalu dengan ringan mengatakan sakit yang dihadapi gadis itu.

"Angau.."

"What?."
Keningnya terasa bercantum sak terkejut.

"You're in love, but you don't admit it because of ego,right."
Terlepas tawa dari mulutnya kerana berasa lucu dengan kata-kata adik ipar kepada papanya itu.

"Seriously aunty, are you kidding me?"

"Lelaki tu sangat menyebalkan dan menyakitkan hati takkan semurah itu Irah nak jatuh suka pada orang tak beradab dan tak bertamadun macam Ashraf tu."
Sekali nafas dia berujar untuk menerangkan situasi sebenar tidak seperti apa yang Rina bayangkan.

"Ouh..,the man's name is Ashraf."
Sengaja Salmah menyakat gadis itu jelas Hairah kelihatan merona penuh kesal.

"Aunty...."

"Aunty gurau ajelah."
Salmah ketawa melihat wajah cemburut yang dipamerkan Hairah.

Setelah kepulangan Salmah, Hairah terus berkurang dalam bilik.Dirinya begitu malas untuk bagun hanya berguling-guling di atas tilam kerana bosan.Telefon dicapai membuka mesej yang dihantar oleh sahabat-sahabat nya.
Masih terlalu awal untuk berangkat ke kampus memandang kelasnya hari ini adalah pada sebelah petang.
Skrin telefon digeser-geser.Entah mengapa tanganya begitu gatal mencari tahu tentang Ashraf.Dia menaip akaun Instagram atas nama lelaki itu,bingung seketika gadis itu bila perlu scroll terlalu banyak akaun atas nama Ashraf.

"Ashraf apa erk?"
Jari telunjuk diletak pada bibirnya.Matanya dikecilkan melihat profil wajah Ashraf memakai baju lumba litar warna biru.

"Finally."
Tidak seperti sifat lazimnya yang suka ambil tahu hal orang lain.Gadis itu sekejap mencebik sekejap lagi tersenyum sinis.
Dagunya ditongkattkan ralit Hairah memerhati setiap gambar Ashraf.Ternyata lelaki itu kaki sosial media bila hampir selang dua hari ada sahaja gambar yang akan di posti'g.Tanpa sedar ibu jarinya tertekan like pada gambar Ashraf sedang posing dalam pool dengan bertelanjang dada.

"Apa aku mengarut ni?"
Telefonnya dicampakkan lalu ditutup dengan bantal badannya ditegakkan dari terus tertiarap.Lama Hairah mengurut dadanya yang terasa berdebar akibat perbuatannya sendiri.
Dia boleh sakit jantung kalau terus-terusan berfikir tentang Ashraf.Hairah bangun mencapai MacBook di atas meja belajar dibawa ke luar menuju taman belakang rumah.

Hairah senyum setiap kali membuka lipatan MacBook gambar wallpaper begitu membuat hatinya berbunga-bunga.Gambar itu adalah dia dan Julian sewaktu sukan sekolah.YouTube dibuka menonton telenovela dari negara seberang entah mengapa dia begitu gemar menonton cerita dari negara Filipina.Sedangkan remaja seusianya begitu menggilai cerita Korea.

-Her mother daughter.-
Menarik nafas panjang tidak sambar menonton episod cerita itu.Drama tentang kekeluargaan dan juga percintaan.Kisah dua adik beradik yang terpisah dimana ibu tumpangan kepada dua beradik itu hanya menyerahkan satu anak kepada pasangan suami isteri yang memintanya mengandung kerana si isteri tidak boleh melahirkan anak untuk suaminya.

Hairah memandang sekilas kepada pembantu rumah yang menghantar jus dan snacks kepadanya.

"Terima kasih bik."Pembantu rumah menundukkan sedikit hormat lalu berlalu pergi.
Mungkin gerak hatinya begitu kuat menyedari aura Julian,laju kepala teralih dari skrin menoleh ke arah pintu terlihat Julian berada disitu.

"Ian."
Panggil Hairah dengan wajah ceria seraya berdiri berlari kecil ingin menghampiri Julian.
Bagai baru tersedar dari keterlekaan memerhati gadis pujaannya Julian segera menghayun langkah berlalu pergi, namun terlambat lengannya sudah dipaut kemas.

"Cik muda apa ni?."Julian cuba melepaskan diri namun usaha yang sia-sia.

"Awak curi-curi pandang saya eh,apa menghendap saya?."

"Apa pula nak menghendap.Saya cuma jalankan tugas."

"Ini rumah lah, bukannya saya kat luar.Ni muka merah-merah malu lah tu kan."Jari telunjuk diputar-putar dekat dengan muka Julian yang kelihatan merona merah.Julian berdehem cuba mengalihkan pandangan agar tidak bertahan dengan mata hazel itu.

"Betullah kan apa saya cakap."

"No.."
Julian memangkah seraya memegang kedua pipinya bersiap ingin melarikan diri tapi seperti biasa dia tidak akan mampu melarikan diri dari gadis itu.Laju Hairah menarik Julian mengikutinya.

"Teman saya tengok drama ni."
Ujar Hairah lalu memaksa Julian duduk dia juga turut duduk mendekatkan kerusi pada Julian malah sengaja menjatuhkan kepalanya bermanja di bahu lelaki itu.

"Saya ada kerja.Tuan telefon saya tadi."Cuba memberi alasan untuk melarikan diri dari sisi lain dia juga ingin bersama dengan Hairah tapi dia harus tahu siapa dirinya.Hubunganya dan Hairah tidak seperti dulu lagi.

"I don't care,teman saya atau saya menagis bila papa balik cakap awak tak nak dengar cakap saya."
Hairah terus memaksa, dia ingin Julian sentiasa ada.Dia tidak ingin tewas pada perasaan bodoh yang mengganggu harinya.

"Ok fine,my sunshine."
Julian mengalah membuat Hairah lagi melebarkan senyum,malah panggil manja yang selalu Julian berikan kembali kedengaran menyapa deria telinga.Julian senyum dalam diam menaladani telatah gadis yang dicintainya ini.

"Takde drama lain ke asyik Tagalog."

"Habis tu nak tengok cerita Shaolin."

"Ok apa cerita tu.. bolehlah awak belajar macam mana nak berkung fu,Ni tak drama main tarik-tarik rambut juga dia nak bedal."Ujar Julian, tidak faham mengapa Hairah begitu gemar menonton cerita sebegini.

"Amboi sedap mulut dia.Awak nak sangat saya Kung Fu ke."

"Awak bukanya reti semua tu sunshine,ingat dulu awak tarik rambut seorang pelajar lelaki sebab pijak kasut awak."
Julian ketawa terbayang kejadian sewaktu tingkatan lima Hairah begitu marah kerana seorang pelajar dari kelas lain tidak sengaja memijak kasut sekolahnya.Malah dia mengajak Julian memperdajal budak itu.
Berasa geram dengan Julian kerana berani mentertawakannya laju cubitan ketam hinggap pada perut Julian.

"Ok.. Sorry, sorry."
Julian memegang tangan Hairah.Tawa masih tersisa.Tidak sangka cubitan gadis ini makin berbisa.

"Padan muka."
Lidah dijelir serta menjeling Julian lalu mengalih pandang ke arah MacBook memfokuskan pada drama .Julian Hanya menggeleng kepala mencapai keropok lalu dibuka.

"Nak."
Mulut digaga meminta Julian menyuapkan.Julian buat tidak dengar satu persatu biji keropok di sumbat ke dalam mulut.

"Ian._

"What.?."
Menunjukkan keropok yang ada pada tangan Julian ke arah mulutnya.Julian kulum senyum dia menurut apa yang diingini Hairah.

* * *

Manila, Filipina~

Setelah pulang dari gereja Mike terus memandu begitu laju menuju ofis milik peninggalan mendiang ayah mertuanya aitu ayah kepada Verra yang terletak di tengah-tengah bandar.Dia sudah mendapatkan jejak kemana anak kandungnya dilarikan dengan mengupah penyiasat persendirian.

Setelah kejadian dia dibelasah lelaki asing suatu ketika dahulu.Selang dua hari ayah Verra datang menemuinya untuk meminta maaf kerana tidak pernah merestui hubungan mereka berdua.Setelah Mike mendapat perkhabaran yang isterinya telah meninggal, lelaki itu dirundun rasa bersalah dan penyesalan yang tidak berkesudahan dan bayangan kekejaman nya pada Verra menjadi mimpi terburuk setiap malamnya.
Satu berita baik dan buruknya setelah pergi ke hospital tempat isterinya bersalin.Dia mendapatkan salinan fail ujian DNA setelah bersusah payah menergkan hubungannya dengan mendiang Verra.Hasil ujian DNA bahawa anak yang dikandung Verra adalah anaknya bukan terhasil dari tindakan kejinya menjadikan Isterinya pemuas nafsu.Pada saat impian nya menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.Ternyata keterujaannya itu hancur lebur bila mendapat tahu bayi yang dilahirkan Verra telah dibawa pergi setelah pemergian Verrra.

Mike masuk ke dalam ruang kerjanya.Terlihat disitu seorang lelaki sedang menunggu diruang pejabat yang kelihatan sedikit berbadan gempal memegang satu sampul surat.

"Paano.. Alam mo na ba kung nasaan ang anak ko?.(Bagaimana. adakah kau sudah tahu dimana anak saya?.)"
Penuh debar Mike menantikan jawapan dari penyiasat itu.Lelaki itu belum membuka bicara sebaliknya menyerahkan sampul yang ada di tanganya pada Mike.
Tidak menunggu lama segera Mike membuka isi kandungan sampul itu.
Tanganya menggigil memegang beberapa keping gambar seorang gadis yang tidak jauh tumpah seperti wajah Verra.Mike tersenyum bila mendapati gadis itu tersenyum mempunyai lesung pipit pada pipi kanan sama seperti dirinya.

"Anak ko ba siya? ... lumaki ba siyang malusog?.(Adakah dia anak saya?.. adakah dia membesar dengan sihat?)."

"Tama yan sir!,siya ang bata na iyong hinahanap lahat ng ito habang(Betul Tuan,dia adalah anak yang tuan cari selama ini.)"
Begitu gembira rasa hatinya tiada tara.Hingga akhirnya air mata yang bertakung pada kelopak mata jatuh setiap butir membasahi pipinya.Anak yang tidak pernah disentuhnya,bayi yang dulu hilang kini bakal ditemukan tidak lama lagi.Mike sangat berharap tuhan akan merestuinya dan mendapat kemaafan dan peluang dari anaknya itu.

"Kung nasaan siya ngayon?.(Dimana dia sekarang?.)"

"Ang pangalan ng iyong anak na babae ay Hairah Kasturi.Nasa Malaysia siya ngayon.(nama anak perempuan tuan adalah Hairah Kasturi.Dia berada di Malaysia sekarang.)"

"Malaysia?"
Mike bertanya ingin kepastian.Penyiasat itu menganguk mengiakan.

"Ang iyong anak ay pinalaki ng isang lokal na lalaki roon.(anak anda dibesarkan oleh seorang lelaki tempatan di sana.)

"Hairah Kasturi."
Dia tersenyum bila nama itu terbit pada bibirnya,adakah anak gadisnya itu akan menerima dirinya.Dan wajah lelaki yang pernah membelasahnya masih tersemat di memorinya, patutlah dia mengucapkan terima kasih atau bersikap sebaliknya kerana telah melarikan bayinya.

* * *

Ketiga lelaki itu duduk melepak di taman kampus seorang dari mereka kelihatan gelisah.Sudah lebih dua hari Ashraf tidak melihat kelibat gadis itu.Dia seakan tertunggu-tunggu kemunculan gadis yang begitu angkuh untuk melaksanakan rencananya, hatinya tidak berpuas hati selagi gadis itu tidak berlutut meminta maaf darinya.

Ashraf menarik nafas begitu kecewa setelah melihat rakan-rakan Hairah berjalan merentasi nya namun gadis itu tidak kelihatan bersama mereka.Tarif dan Dani mengikut arah pandangan sahabat mereka pada ketiga siswi itu.

"Dia dah pindah kut."
Duga Tarif mengundang tanda soal di kepala Ashraf.

"Pindah?."

"Ha'a mungkin sebab dia pun malu."

"Entah-entah gadis tu dah pergi luar negara tinggal dengan keluarga dia kat sana.Aku tengok muka dia macam minah saleh aje."
Dani turut menyokong kata-kata Dani dengan andainya sendiri.

"Korang mengarut apa ni?."
Keduanya tersengih.Ashrah kemudian menjatuhkan bola matanya menatap skrin telefon.Akaun Instagram yang sudah hampir seminggu tidak dibuka.Ashraf yang ketika itu sedang minum coke tin hampir tersedak bila melihat aktiviti like pada ig miliknya.Biar betul gadis dingin kutub utara itu menyukai gambarnya yang paling ajaib gadis itu mengikutinya.
Dani dan Tarif yang melihat perubahan air muka sahabat mereka saling berpandangan keduanya.
Ashraf meletakkan tin coke yang diminumnya sebenar tadi diatas meja lalu bertindak mengosok matanya.Dia cuba menekan akaun milik Hairah malangnya nasib akaun gadis itu adalah private.Memang tidak lah untuk Ashraf meminta untuk mengikuti gadis sekerek Hairah.
Dia melirik kearah Dani dengan sengihan miring.

"Weii kau kenapa?."
Berdiri bulu roma lelaki itu bila Ashraf memandangnya begitu.Dia tahu lelaki licik seperti Ashraf selalu sahaja ada tipu dayanya.

"Pinjam fon kau jap.."

"Nak buat apa?."

"Adalah."
Dani mengangkat keningnya sebelum menyerahkan telefon miliknya pada Ashraf.
Lelaki itu melebarkan senyuman bila telefon Dani sudah berada padanya.

Maafkan patik lambat update,Sky busy..Hehehe... Thanks sudi baca guys.^_•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience