Jika ada yang mengatakan dirinya gila dia akan mengakui itu.Dan jika cinta pandang pertama itu benar wujud ia itu yang sedang dialaminya ketika ini.Bulat hatinya mengakui sejujurnya dia sudah jatuh tewas dalam pesona Hairah Kasturi.
Tapi tidak mungkin juga dia akan berlari pada gadis itu untuk mengatakan cinta,yang jelas Ashraf akan menjadi koleksi senarai reject list bagi Hairah.Jelas dia sendiri tahu gadis seperti Hairah menyukai lelaki lain.Dan dengan sikap buayanya tentu sekali gadis itu akan mengutuk dirinya lalu bersorak kemenangan.
"Ash asal kau berpeluh, kau tak sihat eh'?."
Dia menggeleng kepala, bahkan untuk menjawab pertanyaan Dani dia tidak mampu membuka mulut.Ingin rasanya dia berteriak pada pensyarah dihadapan untuk keluar.Mengapa,.Yeah Ashraf sudah gila bayang lelaki itu melihat sosok Hairah sedang melambai kearahnya.Sehinga mengundang pandangan pelik pensyarah wanita itu.Ashraf memandang nya dengan senyuman nakal jangan lah si buaya darat itu membayangkan yang bukan-bukan sudah.
"Dia senyum pulak dah,kau sarapan apa tadi pagi ni?."
Kali ini Tarif pulak yang menjadi bingung dengan perangai Ashraf.
"Yes Ashraf, you have a question to ask?."
Semua mata teralih kearahnya,segera Ashraf menurunkan tanganya bila tanpa sedar dia mengangkat tangan.
"So why did you raise your hand?"
"I just want to stretch my finger veins.,"
"So you mean my subject is burdensome?"
Hai banyak soal jawab pulak dia ni.Datang bulan ke apa pensyarah nya itu.
"And one more thing,don't look at me as if I'm not wearing a shirt.."
Kuat perasaan ya cik puan pensyarah ni.Ashraf hanya menunjukkan muka tidak ambil pusing dengan kata-kata wanita itu,Sudahlah mak cik pensyarah bertahi lalat besar itu suka memberi tugasan yang berlambak-lambak sampai kejang otak dibuatnya.Meski suara dewan kuliah begitu meriah mentertawakan dirinya ada aku kisah..
'Heiii...Aku tak hingin lah! dari aku bayangkan kau yang dah berusia macam Ummi aku baik aku bayangkan si ais batu tu.'Ashraf hanya mengomel dalam hati,hilang sudah moodnya pada sesi pembelajaran.
Ashraf meletakkan dulang makannya di atas meja yang diduduki Hairah bersama rakan-rakan gadis itu.Ashraf meninggalkan Dani dan Tarif yang duduk di meja lain.
Keempat gadis itu saling bertatapan sesama sendiri.Gina melirik Heliza begitu juga Sasa.
Tapi tidak bagi Hairah rasa heran nya hanya dipendam dengan menfokuskan pada makanannya.Adakah lelaki itu mencari bala lagi dengannya., Ashraf seakan sengaja menarik kerusi dengan duduk begitu rapat di sebelah Hairah.
"Teruskan makan ya girls!..I just want to eat with my fan."
"Rasanya you salah meja kut,kat meja ni tak ada yang berminat dengan you so berhenti perasaan."
Sasa bersuara melihat sahabatnya yang lain hanya membisu terutama sekali Hairah.
"Siapa kata tak ada?.Cik Kasturi ni peminat I siappppp..."
Hairah menyuap mulut Ashraf dengan makan tengahari miliknya,bukan hanya satu suap,disupnya mulut puaka itu hingga penuh.Boleh tercekik Ashraf dibuatnya jika tidak laju mengunyah.
Tindakan dari Hairah sedemikian membuat semua orang yang ada di meja itu tercengang dengan mulut tergaga.Bila tersedar tindakan itu gadis itu hanya tersengih menayangkan giginya. Cuak sekali bila ketiga sahabat nya memandang dirinya dengan pelik.Ke ajaipan apa yang sedang berlaku pada Hairah, tidak melenting lagi dan marah-marah bila bertemu dengan Ashraf.
"Lapar..dia lapar sangat ni.."
Setelah menyudahi kunyahan Ashraf tersenyum senang,jus gadis itu diminumnya yang sudah separuh diminum oleh Hairah.Begini rasanya disuap oleh gadis cantik rupanya, Ashraf tahu Hairah tidak mahu ketahuan dengan rakan-rakan nya.
"Are you afraid your friends know you're a stalker's foot?"
Hairah menoleh kesamping tidak sedar yang Ashraf terlalu dekat dengannya hingga hidung keduanya hampir bersentuhan.Gadis itu mengecilkan matanya lalu menolak dahi Ashraf dengan jari telunjuknya.Itu sama sahaja gadis itu seakan menunjal kepalanya.
"Of course not!, jangan terlalu perasaan yang I berminat dengan you."
"I know you won't admit it.You tak perlu malu dengan I, Cukup kita berdua yang tahu."
"I bukan seperti yang yang you fikirkan.I cuma salah orang,I ingat akaun sosial media tu someone yang I kenal."
Setidaknya dia harus berdalih agar Ashraf tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya.Ashraf tersengih mencibir kata-kata Hairah padanya.
"You tak pandai berbohong."
"I'm not a stalker"
Semua mata tertumpu ke arahnya bila Hairah bersuara sedikit keras dia mengetap gigi kuat.Hairah berdiri dan menarik Ashraf keluar dalam kafeteria, Dirinya perlu berbincang dengan lelaki itu.
"What if other people could find out you're a stalker."
Sengaja Ashraf memancing emosi gadis itu setelah mereka berjaya keluar dan menjauh dari semua orang.
"Ashraf I ada hutang dengan you ke?.Apa yang you tak puas hati sangat ni, boleh tak you biarkan I bernafas dengan tenang."
"Why,I buat you sesak nafas ke?."
Kalau boleh dia ceritakan tanpa ada rasa malu.Hairah akan berterus terang bagaimana sejak dia bertemu dengan Ashraf kehidupannya serba tak kena.
"You sendiri tahu apa kesalahan yang you buat pada I."
"Ok soal I simbah you dengan jus oren tu I minta maaf."
Biar dia yang mengalah jika itu yang membuat lelaki itu berpuas hati.Meski mereka sudah seri ketika Ashraf memalukan dirinya dengan mengatakan dia mengandung anak lelaki itu.Tidak apa benda itu tidak benar untuk dihebohkan.
"Maaf you I tak boleh terima."
"You ingat senang ke I nak minta maaf dengan orang.Jelas you yang cari pasal dengan I terlebih dahulu."
"I takkan berhenti kacau you selagi hati I tak puas."
Ashraf menunduk sedikit lalu berbisik di telinga Hairah.
"And keep making you limp so close to me."
Hairah mengigit bawah bibirnya begitu kuat menahan rasa.Lelaki ini ada seribu satu cara untuk memerangkap nya.
"Jangan coba untuk menguji tahap kesabaran I cik Kasturi,I already warned you before this don't bite your lip.So don't blame me jika bibir you yang seksi ni jadi santapan tengahari I nanti."
Hairah diam membeku dengan amaran lelaki itu.Dia cuba untuk menahan diri dari mengigit bibirnya,Julian juga pernah berkata begitu tapi sifat itu adalah kebiasannya.
"You belajar undang-undang dan you sendiri tahu apa yang I cakap ni adalah satu bentuk gangguan seksual.Tapi I heran you tak suka melenting seperti mana kita pernah bertemu buat kali pertama."
"Itu hak I untuk berdiam diri.Dan lepas ni tolong jangan muncul kan diri dihadapan I.Bukan you sendiri yang cakap tak nak I selalu menonjol kan."
"I yang buat peraturan you hanya perlu ikut rentak I.Ingat ni Cik Kasturi if you ingat you adalah manusia paling bommm...I lebih dari itu jangan cuba untuk melepasi garisan yang I buat."
"Tak ada sebab untuk I dengar cakap you dan I tak nak ada hubung kait dengan orang yang ada masalah mantel macam you."
"Lari!..Selagi you mampu."
Ashraf mencuit hidung gadis itu sebelum berlalu pergi.Itu adalah caranya bagaimana untuk mengoda Hairah dengan meninggalkan auranya di sekeliling Hairah.
Setelah Ashraf masuk ke dalam kafeteria Hairah memukul-memukul dadanya yang terasa sesak susah payah benar dirinya mengatur sistem pernafasan nya yang terasa tersekat.
* * *
Julian menekan loceng beberapa kali sebelum pintu rumah itu terbuka.
Rumah itu tidak berpagar jadi dia terus sahaja kehadapan pintu.Ketika pintu terbuka terjengul wajah seorang gadis yang kelihatan manis menatapnya dengan pandangan pelik.
"Ya encik cari siapa?."
"Razif Ibrahim ada.."
Nadia mengerutkan dahi ada apa lelaki cina itu mencari ayahnya dalam waktu-waktu begini.
"Ada perlu apa ya encik cari ayah saya.?."
"Saya Julian Yi Qian, saya rakan sekerja ayah awak.Saya datang nak melawat dia."
Julian cuba tersenyum meski mata pekat itu galak memandang dirinya dari atas ke bawah.Julian mengangkat pelastik yang berisi buah-buahan yang ada pada tangannya menunjukkan dia memang berniat melawat.
"Dia siapa datang tu?."
Razif turut serta melihat siapa tetamu yang mengunjungi rumahnya.
"Eh' Wolf kenapa datang ni?,jemputlah masuk."
"Tak usah Snake kat luar ajelah."
Nadia memandang keduanya silih berganti.Apa yang serigala ular pulak ni.
"Kenapa awak panggil ayah saya ular.Awak ni memang lelaki tak beradab dengan orang tua ke.?"
Jarang sekali ayahnya ada tetamu,tapi hari ini tetamu ayahnya itu sungguh tak ada adab sopan santun.
"Dia..tak baik cakap dengan tetamu macam tu.Pergi buat air nak."
Dengan lembut Razif menegur Nadia.
"Maafkan saya encik."
Julian hanya tersenyum menganggapi maaf gadis itu padanya.Razif pulak hanya menggeleng melihat anak gadisnya berlalu pergi ke dalam lalu mempersilakan Julian masuk.
"Panggil macam biasa ajelah.Anak saya sorang tu teliti orangnya."
"Macam mana keadaan Encik Razif?."
"Macam yang kamu nampak nilah,dah semakin membaik."
"Ni saya ada bawak sikit buah tangan."
Julian menghulurkan buah tangan yang dibawanya pada Razif.
"Susah-susah je kamu ni."
"Tak ade susahnya.."
Mereka berhenti seketika berborak bila Nadia datang membawa dulang minuman untuk dihidangkan.Selesai menghidang Razif menghulurkan pemberian Julian tadi pada Nadia untuk dibawa ke dapur.Sopan-santun gadis itu tanpa sedar Julian mengoyak senyuman.
"Tu anak encik Razif nombor berapa?."
"Tu yang bongsu tengah tunggu keputusan STPM keluar yang sulung sekarang dah kerja kat madrasah kat Kelantan.Nadia tu ajelah teman saya dan isteri."
Julian menganguk nampaknya lelaki ini memberi didikan yang sempurna pada anak -anaknya.
"Mereka tahu ke Encik Razif kerja apa?."
"Tak, Isteri saya sahaja yang tahu.Seperti yang Ian tahu saya dah nak cuci tangan tapi Ian sendiri nampak keadaan masa itu."
Kagum dengan sikap Razif yang mampu menyembunyikan kerjanya dari pengetahuan anak-anaknya.
"Saya nak tanya sikit soal boss pada Encik Razif."
Pertanyaan dari Julian membuatnya bungkam.Adakah Wildan coba untuk mengujinya dengan menghantar Julian kemari.
"Apa pun yang kamu tahu lebih baik kamu buat-buat tak tahu."
"Apa yang Encik Razif sembunyikan?."
Razif cuba mengawal riaknya agar tidak mengundang rasa curiga Julian.Mengapa Julian ingin ambil tahu soal lelaki itu.
* * *
Manila~Filipina
Melihat satu bilik kosong sedang di ubah suai dan beberapa pembantu rumah mengangkut barang-barang masuk ke dalam rumah mengundang persoalan di benak Olive.Segera wanita itu menemui suaminya yang sedang memberi arahan pada pekerja-pekerjanya.
"Para saan ang lahat ng ito?(Untuk apa semua ini?.)
Mike menoleh ke arah isterinya yang kelihatan bingung dengan apa yang sedang dia rancang.
Hari ini dia tidak masuk kerja hanya untuk melihat kerja-kerja dekorasi dilakukan.
"Ako paghahanda ng isang kuwarto para sa Hairah.(Aku sedang menyiapkan bilik untuk Hairah.)
Dengan selamba Mike berkata begitu.Olive makin panasaran dengan sikap suaminya jelas ada nada cemburu bila Mike menyebut nama perempuan lain.
Olive adalah isteri keduanya.Dia berkahwin lima tahun selepas Verra meninggal dan mempunyai seorang anak tiri perempuan.Dan hasil perkahwinan mereka Mike dikurniakan seorang anak lelaki bersama Olive.
"Hairah? Sino ang ginang na iyon, na nais mong dalhin upang manirahan sa bahay na ito.(Hairah? Siapa wanita itu, siapa yang ingin kau bawa untuk tinggal di rumah ini.)
Mike hanya tersenyum tidak ambik pusing dengan sikap isterinya yang suka melatah.Mike menatap wajah isterinya sepenuhnya cuba untuk menerangkan perkara sebenar.
"Nakalimutan kong sabihin sayo,natagpuan ko ang aking anak na babae kasama si Verra.(Aku lupa memberitahu mu,aku telah menemui anak perempuan ku bersama Verra."
"Nakalimutan magsalita?(Lupa memberitahu?.)"
Olive menjadi berang dengan apa yang suaminya katakan tadi.Anak,.. jadi selama ini Mike senyap-senyap mencari keberadaan anak kandungnya bersama Verra tanpa pengetahuan darinya.
"Mike naalala mo ba ang bagay na ito ay isang biro?(Mike awak ingat perkara ni satu jenaka.)"
"Nakakalimutan mo o kunwaring nakakalimutan mo,kung gayon bakit mo kaswal na ginagawa ang lahat ng ito?.(Kau lupa atau berpura-pura lupa lalu mengapa dengan santai melakukan semua ini?.)"
Mike sudah berniat memberitahu Olive tapi setelah bertemu dengan Hairah nanti.Bagaimana pun juga dia perlu memujuk Hairah kembali tentunya tidak semudah apa yang disangka untuk menerangkan hal sebenar banyak proses yang perlu dihadapi nanti.
"May karapatan akong malaman, asawa mo ako.(Aku berhak untuk tahu,aku isteri mu.)
Mike terdiam.Dia kini dirundun rasa bersalah,bukan niatnya untuk merahsiakan tapi tidak ingin isteri itu menyukarkan keadaan. Melihat kebisuan Mike yang tidak ingin bersuara lagi Olive mengorak langkah masuk ke dalam rumah semula.Olive memasuki ruang bilik tidur,. Wanita itu kelihatan tidak tenang ada rasa sakit dihatinya.
"Maliwanag na palagi mong namimiss ang nawala na anak sa iyong buhay."(Ternyata kau selalu merindui anak yang hilang itu kembali dalam hidup mu.)
Dan ini bermakna pewaris sebenar harta kekayaan yang sedang Olive nikmat akan kembali ke rumah ini.Berbanding anak perempuannya dan anak lelakinya bersama Mike mereka tidak mempunyai hak atas harta-harta peninggalan ayah Verra.
Tidak mungkin dia berterus terang pada Mike yang dia tidak suka anak itu dibawa pulang.
Olive sudah pernah hidup susah dan dia tidak ingin kembali dalam kehidupan yang sukar lagi.
"Mahal, mag usap tayo.(Sayang mari kita bercakap)
Mike duduk disebelahnya tidak diendahkan wajahnya dipaling ke arah lain.
"Patawarin mo ako! Sobrang ingat ako,at nang hindi ko namamalayan
nasaktan ka..(Aku minta maaf,aku terlalu berhati-hati dan tanpa sedar aku melukai mu.)
"May alam ba siya tungkol dito,(adakah dia tahu akan hal ini.)"
Olive cuba bersikap tenang menunjukkan dirinya peduli akan anak Mike.
"Hindi pa, at sa lalong madaling panahon ay pupunta ako sa Malaysia upang maiuwi siya.(Belum lagi,dan tidak lama lagi aku akan berangkat ke Malaysia untuk membawanya pulang)."
Malaysia...Apa yang jauh benar anak itu terpelanting hingga ke negara seberang.Jadi sindeket ke apa anak Mike ini.Sungguh makin terasa sakit kepalanya ketika ini.
"Malaysia?."
"Sinabi ng mga investigator na ang aking anak ay nasa Malaysia(Penyiasat mengatakan anak saya berada di Malaysia.)."
"Para rin siyang anak ko, kaya huwag kang magsalita na parang tagalabas ako.(Dia juga seperti anak saya jadi berhenti bercakap seolah saya ini orang luar.)."
Olive cuba menunjukkan yang dirinya adalah sosok ibu yang penyayang.Biar anak itu datang kemari tahu lah dia macam mengajar budak itu.Mike mengukir senyum nampaknya isterinya sudah dapat menerima Hairah.
"Kamusta ang pamilyang Hairah doon,handa na ba silang palayain ang bata.(Bagaimana dengan keluarga Hairah disana,adakah mereka sudi melepaskan anak itu.)."
"Susubukan ko yan mamaya.(Itu saya akan coba untuk usahakan)."
Mike mengeluh,Dia belum memikirkan soal itu yang ada difiranya adalah keinginan yang membuak-buak bertemu dengan Hairah.
Olive mengusap lengan suaminya menunjukkan dirinya memahami apa yang dirasai Mike.Sedangkan dalam hatinya sudah cukup terbakar.
Kumusta mahal na ^~^ Esok Sky busy so tak ada update ya.. Selamat membaca..Dan terima kasih sudi baca.
Share this novel