Dia hanya kaku berdiri didepen pintu wad hospital setelah sekujur tubuh Ashraf yang tidak sedarkan diri diusung stretcher bed menghilang dibalik pintu.
"Jangan berdiri terlalu lama nanti kaki you sakit."
Julian menarik tangan Hairah untuk duduk di ruangan menunggu.Hanya menurut sahaja dengan mata yang berkaca-kaca lega hati Julian bila Hairah sudah berhenti menangis.
Hairah meraup wajahnya lembut, jujurnya dia sedang keliru dengan perasaan sendiri,takut sekiranya terjadi sesuatu pada Ashraf.Ada sesuatu yang dirasai begitu aneh menyelusup menyesakkan pada dada.
Rasa yang sudah cuba diusir jauh-jauh,namun perasaan aneh ini seakan sengaja menyiksa diri sendiri.
"Semua ni takkan jadi if I tak buat tuduhan mengarut pada Ashraf.Kalau I percaya kan Ashraf dia takkan jadi macam ini."
"You tak salah dalam hal ni ok, mungkin dua lelaki tu adalah orang suruhan musuh papa you."
Julian menarik kepala Hairah lalu dibawa bersandar ke bahunya.
Seketika keduanya diam membisu hanyut dibuai perasaan masing-masing.Hanya suara petugas kesihatan yang kedengaran memenuhi suasana.
"Ada benda yang I nak bincangkan dengan you Ian.,sebab tu I ajak you jumpa kat park petang tadi."
"You nak bincang apa?"
Mengangkat kepala mata di bawa beradu menatap manik gelap mata Julian.
"Your mom told me that you didn’t want to go to Canada.I merayu tolong..."
"Irah maafkan saya."
Julian laju memotong bicara tanpa menunggu Hairah menghabiskan ayatnya.
Mengapa ibunya perlu melibatkan Hairah dalam hal ini.
"Jangan paksa I..."
Jeda seketika sedang menguatkan hati sendiri.
"I tak boleh buat macam tu,Dengar cakap my mom mahupun you dua-dua I tak boleh."
"Ian,I tak nampak sesuatu yang menarik dalam kumpulan mengarut tu.Apa yang you cari sebenarnya?."
"I tak kisah berapa tahun sekalipun you nak tinggalkan I,dan I tak kisah berapa lautan you nak pergi untuk direntasi.But yang penting bagi I, cukup tahu you selamat jauh dari semua ini I akan happy Ian."
Julian senget senyum, nafasnya kelihatan tidak teratur berkali hembusan nafas berat diluah.
Mengapa apa yang Hairah katakan begitu menyakitkan hati adakah Hairah telah menyimpan rasa cinta pada Ashraf.
"You tak kisah supaya senang untuk you bermadu kasih dengan lelaki yang sanggup selamatkan you tu."
Tak terkata bibir menidakkan apa yang Julian katakan tidak tahu harus berkata apa jika diri sendiri bingung dengan perasaan diri sendiri adakah dia telah membuat Julian menyedari suasana hati nya dan melukai hati lelaki ini.
"Ohhh tengoklah you gigit bibir.You gementar why apa yang cakap betul ke? awak memang ada hati dengan budak Ashraf tu?"
"Ian jangan tuduh I macam tu!.,I bersabar dengan you selama ni,buat I macam tunggul semua benda I kena faham you ke?,termasuk cemburu buta you ni."
"Saya tak tuduh awak saya cakap tentang kenyataan.Apa yang saya nampak itulah yang I rasa.I pernah cakap jangan buat macam tu depan lelaki lain,but now I dah tak kisah mahupun peduli."
Tidak menyangka mengapa perbualan mereka berubah setegang ini.
Hairah rasa dikhianati oleh diri sendiri jika betul dia ada perasaan pada Ashraf maknanya dia mencintai dua lelaki pada masa yang sama.Gila...mengapa dia segila ini.
"Ian why do you look so different?."
Julian tidak memandang wajah Hairah,sebentar lagi dia pasti akan membuat gadis itu menangis.
Penyesalan yang pasti akan memakan diri sendiri.
"I also have something to say.Banyak benda yang you tak tahu,dan you tak payah tahun jika kenyataan tu buat you terluka.Irah dari zaman sekolah rendah you cerita dengan I, hidup you kosong tanpa belaian seorang ibu,.You sakit bila dapat tahu siapa papa you.Tapi you pekakkan telinga, butakan mata because you sayang sangat pada Tuan Wildan."
"I tak pernah menyesal kenal dengan you,tapi I menyesal bila tahu you siapa.Dari keluarga mana dan anak siapa."
"Ian,I langsung tak faham apa yang you cuba untuk sampaikan."
"Tak ada gunanya pertahankan hubungan yang sia-sia.Sekarang kalau suruh pilih antara I dan Tuan Wildan.Mesti you akan pilih lelaki tak guna tu kan."
"Apa yang you merepek ni?."
Sudah cukup selama ini dia terasa hati,sakit dengan kedinginan Julian terhadapnya.Dan sebentar tadi lelaki ini menuduh dirinya yang bukan-bukan dengan Ashraf.Malah mengutuk papanya sebagai lelaki tidak berguna.
"You kata mengagumi papa I nak jadi macam dia,but why I guess,your conversation is a bit outrageous.Apa yang you nak sebenarnya, semua benda ikut kepala otak keras you ni."
"Sorry sometimes I terlalu penat.Tak sedar dengan apa yang I cakap.But apa yang I nak cakap dengan you sekarang ni adalah dari kesedaran I."
Julian menarik nafas dalam,dia tidak tega tapi dia harus merelakan gadis pujaan dilepaskan.
"I nak kita putuskan hubungan kita.Cukup hubungan sekadar majikan dan orang bawahan."
Apa...perlu dirinya menagis,meraung jelas diwajah Julian tanpa ada penyesalan seolah-olah lelaki itu melepaskan beban yang begitu berat.
Dan kini begitu mudah lelaki ini memutuskan segala yang terjalin.Sakit, jujurnya ini begitu sakit.
Jangan ditanya sesakit apa hatinya.Sakit sangat sukar semua ini untuk dilalui.Pandangan terluka Hairah padanya begitu menyakitkan diri sendiri.Namun sebolehnya Julian sembunyikan.
"Ian."
Bicara Hairah tergantung di situ bila ada dua lelaki dan perempuan datang menghampiri dan duduk bersebelahan mereka.Kelihatan si wanita sedang menangis sedang ditenagakan lelaki bersamanya.Hairah dan Julian mengagak orang berkenaan adalah ahli keluarga Ashraf.
"You boleh balik nanti I maklumkan pada you keadaan Ashraf."
"I akan tunggu sehingga dokter habis sesi rawatan pada Ashraf."
Puan Sri Vanida mengangkat wajahnya memandang dua anak muda disebelah mereka kalau dia tidak salah dengar gadis yang sudah berdiri itu menyebut nama anak lelaki mereka.Puan sri Vanida melirik suaminya yang kelihatan memberi isyarat gelengan kepala.
"Cik Hairah jangan keruhkan keadaan sebentar lagi bodyguard Tuan Wildan akan datang jemput cik Irah saya dah maklumkan hal ni pada Tuan."
Sekali lagi puan Sri Vanida bagi terkena renjatan elektrik mendengar nama lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dahulu.
Puan Sri Vanida cuba menenangkan hatinya sendiri mungkin orang yang dimaksudkan adalah orang lain yang mempunyai nama yang sama.
"Julian awak bagi tahu hal ni pada papa?."
"Maafkan saya Cik Irah ini adalah kewajiban saya mengawasi gerak-geri cik Irah untuk dilaporkan pada Tuan Wildan, keselamatan cik Irah hampir terjejas."
"Tak boleh ke awak jadi manusia yang berhati perut sikit,kalau tak pada saya.Tolong pada orang lain."
Julian tidak punya pilihan lain selain penutup mulut.Sepertinya Hairah begitu kesal padanya entah sebab memutuskan hubungan ataupun risau pada lelaki bernama Ashraf itu.
"Fortunately, the first aid you both did when bringing him here managed to stop the bleeding.Pihak kami dah buat imbasan CT pada sekitar abdomen pesakit,no traces of internal wounds yang melibatkan organ dalaman."
Hairah dan Julian menganguk, pertolongan cemas itu perkara biasa bagi keduanya memandangkan sebelum ini mereka begitu berminat dalam dunia perubatan.
"Macam mana keadaan anak saya sekarang dokter?."
Puan Sri Vanida mencelah sempat mengerling sebentar ke arah gadis disebelahnya.
"Puan jangan risau kesan tikaman tidak terlalu besar untuk memerlukan jahitan yang banyak.Pesakit dalam keadaan stabil dan sedang berehat."
"Syukur Alhamdulillah."
Puan Sri Vanida meraup wajahnya begitu juga hal yang sama dengan Tan Sri Azlan.
"Kalau macam tu saya minta diri dahulu."
Setelah dokter lelaki tadi berlalu pergi, Hairah menarik nafas lega.
"Anak berdua ni kawan sekuliah Ashraf ke?"
Tan Sri Azlan bertanya pada Julian.Membuat Hairah gugup,dia yang menyebabkan Ashraf jadi begini sedangkan mereka berdua tidak mempunyai hubungan apa-apa.Sahabat baik jauh sekali.
Julian tersenyum ramah dengan angguk kepala,
Tan Sri Azlan yang ingin bertanya lagi akan hal sebenar punca anak lelakinya cedera membantutkan niat bila tiga orang lelaki berseragam hitam datang menghampiri.
Hairah merenung tajam ke arah Julian.
Sebal hati begitu tebal pada lelaki itu.
Sebolehnya dia ingin bertemu Ashraf sebagai tanda terima kasih.
"Cik muda kami diminta tuan untuk menjemput cik muda untuk pulang."
"Uncle, aunty..Saya minta maaf atas apa yang jadi terhadap Ashraf.Saya minta diri dahulu esok saya akan datang untuk menjenguk dia."
Puan Sri Vanida jadi curiga dengan kata-kata gadis itu.Firasatnya kuat mengatakan gadis ini ada kena-mengena dengan apa yang berlaku.
"Awak ke punca anak saya jadi macam ni."
"Tidak puan,..Puan jangan salah faham kawan saya cuma kebetulan ada ditempat kejadian."
Julian terlebih dahulu membuka bicara.Takut jika Hairah terlampau jujur kerana rasa bersalah.
"Kami minta diri dahulu."
Julian menarik tangan Hairah untuk berlalu pergi tanpa menunggu puan Sri Vanida yang seakan tidak puas hati dengan jawapan yang diberi.
Ketiga bodyguard yang seperti patung bergerak lagaknya menunduk pada puan sri Vanida dan Tan Sri Azlan lalu berlalu pergi mengekori langkah anak majikan mereka.
"Lepaskan tangan saya!"
Hairah menarik tangannya kasar dalam genggaman Julian setelah mereka berada di petak parkir.Bodyguard yang sudah siap membukakan pintu kereta Vellfire putih untuk Hairah hanya diam menanti.
"Awak ulang sekali lagi apa yang awak cakap dalam hospital tadi?."
Julian diam dengan bercekak pinggang wajahnya dilarikan dari memandang wajah Hairah yang kelihatan kemerahan dengan cairan panas pada mata menunggu saat untuk gugur.
"Say you don't love me anymore,say clearly that you want to end all this."
Bahu Julian diguncang.Tangan mungil si gadis disambar tunak mata keduanya berlaga.
"Cakap dengan jujur jangan pandang dengan mata penipu you ni."
"I dah tak boleh teruskan semua ni,I dah lama nak akhiri hubungan kita.I dah tawar hati dengan you puas hati."
Hairah mengetap bibir dengan mata berkedip-kedip menahan sebutir air mata keluar dari kelopak mata.
"I faham you bahkan lebih dari orang lain faham, bertapa bodohnya I sanggup tunggu lelaki yang tak guna macam you ni.Ya teruskan berbahagia dengan kumpulan bodoh tu,."
"Teruskan hancurkan diri sendiri,I dah tak ada hak nak bagi nasihat."
Diam.. bibirnya bergetar,sakit hati melihat wajah tanpa expresi Julian.
"Ok fine.."
Dia sudah tidak kuat berada di situ.Hanya dua perkataan yang mampu diungkap sak hatinya terlalu sakit,kakinya dihalakan ke arah kereta yang sudah terbuka pintunya.
Julian menendang tayar kereta miliknya setelah kereta yang membawa Hairah meluncur laju meninggalkan dirinya.
"Maafkan I,Semua ni I buat untuk keselamatan you.I love you so much.I tak boleh jujur dengan you tapi I harap degup jantung you akan sentiasa atas nama I."
Julian masuk ke dalam kereta melepaskan tangisnya yang menyiksa tangkai hatinya.Bukan mudah melepaskan gadis yang begitu dicintainya.Matanya dipejam, pertemuan dengan Wildan petang tadi berlari-lari di minda.
"Wolf.."
"Ya Tuan."
Julian mendekat ke arah Wildan yang sedang meminum wain,dalam hati menyumpah seranah Wildan.
Wildan mengarahkan perempuan tidak cukup kain itu untuk pergi..Seperti ini Julian tahu perkara yang ingin diperkatakan adalah sesuatu yang serius.
Selama berkerja dengan lelaki ini Julian merelakan dirinya untuk menyaksikan ajenda yang kurang enak kadang dirinya juga kebabasan tewas dengan godaan nafsu.perempuan yang berkepit dengan lelaki tadi sudah sama baya dengan anak perempuannya... Spesies manusia tidak sedar diri.
Habis Kau terlebih sedar diri ke Julian,dia sendiri mengutuk dirinya sendiri atas dasar apa setianya pada Hairah.
"Aku dengar hubungan kau dengan Irah tak berapa nak baik sejak tahun kebelakangan ni."
"Kami macam biasa,still good friend saya awasi dia dengan baik sebagai anak majikan saya."
"Bukan itu maksud aku."
Wildan memutar-mudar gelas wain,segaris senyuman senget terbit di bibir.Bingung dengan pertanyaan Wildan padanya Julian kelihatan berkerut-kerut dahi.
"Maksud Tuan apa?."
"Aku tahu kamu berdua sedang bercinta.Tapi akhir-akhir ni aku nampak dia bersedih.Aku nak kau putuskan hubungan dengan anak aku sebelum dia jauh lebih dalam akan terluka."
"Tuan saya ikhlas cintakan dia.Saya tak pernah main-mainkan Irah,tuan sendiri tahu kami dah lama kenal sejak dari sekolah..."
"Ini bukan permintaan tapi satu arahan.Kalau kau tak nak putuskan aku akan tendang kau keluar kumpulan ini."
Julian mengepal tangan kuat,tidak mungkin dia akan keluar saat sudah dipertengahan jalan begini.Bagaimana pun juga dirinya harus menuntut pembalasan atas kematian mendiang ayahnya.
"Aku tak nak anak aku terluka,kau sakitkan dia sama dengan kau sakitkan aku."
Wildan bangkit dari duduknya menepuk bahu Julian beberapa kali sebelum berlalu pergi meninggalkan Julian dalam keadaan galau.
* * *
Sudah hampir tiga jam Ashraf sedarkan diri dan hingga ke detik ini satu patah tidak terluah dari bibirnya.Membuat Puan Sri Vanida risau selain rasa bersalah terhadap anak lelaki.Fikirnya Ashraf masih marah pada nya mengenai perbualan mereka yang tidak berakhir dengan baik-baik sahaja.
Sekurang-kurangnya Ashraf perlu meminta air atau setidaknya mengatakan dia ok sahaja untuk mendengar suara anak lelakinya itu.
Jujurnya Ashraf berharap ketika matanya terbuka orang pertama yang ingin dilihat adalah Hairah Kasturi.Namun perasaan nya begitu terkilan dan hampa bahkan gadis itu tidak berada di sini sekarang.Nampak sangat dirinya sahaja yang angau pada gadis itu mungkin saat ini Hairah sedang bersuka ria bersama apek mata sepet itu dan sedangkan dia disini terluka luar dan dalam menahan sakit.
Dia juga tidak faham dengan dirinya sendiri, mengapa begitu mudah melindungi gadis itu.Kalau sahaja pisau yang ditikam padanya bersaiz besar boleh-boleh sahaja nyawanya melayang.
"Macam mana Ash boleh kena tikam ni?,ummi risau tau tengok anak ummi lemah macam ni."
Diam..Soalan umminya bagai angin lalu.Puan sri Vanida mengetap bibir geram.Ashraf tidak mempedulikan kehadiran dirinya bersama suami.
"Ash masih marahkan ummi ke?"
"Apa hak Ash nak marah pada seorang wanita yang bertarung nyawa untuk lahirkan Ash lainlah kalau Ash ni bukan anak ummi.Betul ke ummi risau?."
"Ash boleh tak berhenti cakap yang bukan-bukan.Ash anak ummi dan abah,."
Tan Sri Azlan paling tidak suka Ashraf mengeluarkan kata-kata yang menguris hati isterinya.
"Ash anak sulung lelaki pulak tu.Mestilah abah kena bertegas dengan Ash,kamu bakal jadi contoh pada adik-adik kamu."
Ashraf mencebik alasan basi yang sering abahnya katakan.
"Amsyar dan Amirul boleh ajekan jadi pewaris legasi syarikat abah tapi kenapa nak kena push Ash?."
"Mereka tetap akan sama berkerja pada abah."
Puan Sri Vanida mendengus perlahan dua beranak ni tak boleh bertembung mesti bertekak kerjanya.
"Apa salahnya abah biar dua budak tu berkerja dengan abah dan biarkan Ash dengan keinginan Ash sendiri."
Ashraf memegang perutnya yang terasa berdenyut pasti terlalu banyak menggerakkan otot perut.
"Abang dah lah tu Ash tengah sakit kan."
Puan Sri Vanida menegah melihat halkum si suami bergerak-gerak seakan ingin membidas kata dari Ashraf.
Ashraf memegang perutnya kesan dari tikaman lalu tersenyum.Masih terbayang bila saat dirinya bawah sedar,Hairah menangis menekup luka darah dengan kedua tangan mereka berdua.
Tangisan apa itu?..Risau,takut atau apa.
Puan Sri Vanida yang duduk disisi birai katil melirik ke arah suaminya yang duduk di sofa aneh sungguh anak lelaki mereka ini.
Dalam sakit begini boleh pulak dia senyum dengan melihat luka sendiri.
"Mi ada tak kawan Ash datang tadi?."
"Maksud Ash budak cina dengan awek dia minah saleh tu ke?."
"Mana dia sekarang?."
"Dah balik bodyguard jemput, dah budak cina tu paksa."
Ashraf mengetap rahangnya begitu kuat.Kurang asam betul apek sepet itu.Terlintas difikirannya kenapa sampai ada bodyguard yang menjemput.Hairah perempuan simpan VVIP mana, takkan apek macam rupa kuli itu kut.
"Ummi tengok budak perempuan tu risau sangat dengan Ash dia ke penyebab Ash jadi macam ni.?"
Biarlah tidak mendapat jawapan dari budak dua orang tadi.Setidaknya puan Sri Vanida perlu tahu dari Ashraf sendiri.
"Risau dengan Ash.?."
Tanpa sedar Ashraf berkata begitu teruja dengan senyuman melebar.Lagi mengundang tatapan aneh Puan Sri Vanida dan Tan Sri Azlan.
Sepertinya Apek mata sepet sengaja bagi jalan pada Playboy cap buaya tembaga untuk dekat dengan Hairah...(Jangan menyesal ya Julian Yi Qian) Tak larat nak edit..Maaf If Typo Enjoy Reading DR❤️
Share this novel