Bab :12

Drama Series 4427

Julian menyentuh bibir yang pecah kesan pergaduhan dengan Ashraf ketika berada di parking lot tadi.Jika tidak ada pengawal keselamatan yang datang menegah maka salah seorang dari mereka akan dimasukkan ke hospital dan seorang lagi akan ke balai polis.Sakit hatinya mengenang Hairah lebih menagkan Ashraf berbanding dirinya.

"Kenapa lagi ni?."
Zian melabuhkan punggung disebelah anak lelakinya itu dan cuba menyentuh bibir Julian yang terluka.

"Arghhhh..."
Julian memalingkan muka ke sisi.Tergeleng Zian dengan kerenah si anak yang sering terluka.

"Ian boleh tak sehari tak buat mama sakit kepala dengan perangai kamu ni.Masa sekolah dulu takde pulak macam ini.Dah besar bangka macam ini asyik lebam-lebam saja apa ni?."
Ditambah mamanya membebel begini membuat Julian picit kepala yang terasa berdenyut.

"Ma Ian tengah sakit ni.Stoplah bebel!.,Ma sendiri tahu kerja Ian macam mana."

"Kerja yang macam mana terpercik darah sana sini?.Sebab itulah mama nak Ian keluar dari Malaysia mulakan hidup baru kat Canada.Mama nak Ian berjaya jadi seorang manusia yang bercita-cita bukanya jadi seorang belasah orang sana sini.Terlibat dengan pergaduhan yang mengancam nyawa Ian."Ujar Zian panjang lebar memberi nasihat.Mengumpul hela nafas lalu dihembus kasar.

"Ian satunya anak mama yang mama ada.Lupakanlah dendam yang dah bertahun lamanya terbuku di hati Ian tu!..Kita tak tahu sejauh mana Wildan boleh bertindak."

"It's not that easy, revenge is still revenge.Ian tahu jauh disudut hati mama juga ingin kematian papa di terbela."
Setelah itu Julian bangkit dari duduknya.Zian merengus kecil anak satu-satunya itu asal tegur larikan diri kerjanya.Keras kepala mengalah seketul batu.

* * *

"Auch.."
Ashraf mengaduh sakit saat tangan mungil Hairah bergerak disekitar wajahnya.

"Sorry,sorry..sakit sangat ke?."
Lelaki itu memicing mata mengundang sengihan cuak Hairah.Plaster yang ada pada tangannya digenggam,dia lebih risaukan Ashraf berbanding Julian ini kerana lelaki yang satu ini teruk dibelasah mengigat keadaan lelaki itu yang belum sembuh sepenuhnya.Tahulah ahli kumpulan kongsi gelap tapi janganlah nak gengster sangat belas anak orang.Julian, tidak sangka Julian begitu marah.

"Soalan jenis apa tu?. Nampak orang dah sakit macam ni tanya lagi sakit ke tidak."

"Soalan uji minda."
Jawapan sekadar jawapan.Hairah terus menampal plaster fokus matanya pada kesan luka mencoba untuk tidak menatap mata Ashraf yang sedang menikam tiap inci wajahnya.
Selesai menampal plaster Hairah menarik straw minuman nya mengacau tidak berniat untuk meminum.
"Sorry again!.Ian memang macam tu panas baran sikit."

"Huh'.. panas baran taik kucing,kenapa awak yang kena minta maaf bagi pihak dia?.Awak ada masalah dengan boyfrend awak tu dengan saya sekali Cik Kasturi nak marah."
Sakit sungguh hatinya mana tidaknya Julian bagi buku hentam pada dirinya dihadapan Hairah,jatuh saham dibuatnya.

"Saya minta maaf ok!.Awak pun satu heret-heret saya lepas tu paksa naik motor memang saya marah lah.Ian tak suka kalau ada orang berkasar dengan saya."Jawab Hairah sebal.
Ah'sememangnya kedua-dua lelaki itu sangat menyebalkan.

"Ke sebab awak takut keluar deting dengan saya?.Takut boyfrend Cik Kasturi cemburu kan."Tebak Ashraf cuba menduga.Sengihan sinis dilemparkan dengan kening sebelah terangkat.

"Terpulanglah awak nak fikir apa.Saya tak boleh paksa awak untuk faham situasi saya.Awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya."
Ujar Hairah kesal lalu bangkit meninggalkan Ashraf.Membuat Ashraf serba salah.

"Cik Kasturi nak pergi mana?"
Ashraf segera mengejar langkah gadis itu lalu memaut pergelangan tangan Hairah.

"Saya nak balik."Jawab Hairah dengan menghela nafas dan dilepaskan.Melihat pergelangan tangan yang digenggam Ashraf segera menarik tangannya.

"Tak nak keluar dengan saya ke?."Ashraf masih tidak berputus asa,dia bukan jenis yang suka mengalah.

"Habis tu sekarang kita bukan kat luar ke.Nak keluar pergi mana lagi."
Bengang hatinya bila Ashraf terus-terusan mendesak.Tak faham bahasa ke apa lelaki ini.

"Saya cuma minta benda kecil je dari cik Kasturi..Berat sangat ke permintaan saya tu?."

"Saya takde masa nak keluar temu janji dengan awak.Saya tak nak disebabkan saya awak ditimpa masalah."
Sekali lagi menarik nafas panjang Hairah tidak tahu mengapa hidup terasa rumit begini.Yang ini tidak reti faham bahasa yang lagi satu tak nak faham isi hatinya dua lelaki itu sebaiknya diikat dan dicampak ke dasar laut bagi jerung makan, sangat membuat hatinya kacau bilau.

"Saya tak kisah semua itu.Awak perempuan simpanan lelaki VVIP ke biar saya bersemuka dengan lelaki itu untuk lepaskan awak."Ujar Ashraf penuh dengan keyakinan diri membuat Hairah tergelak bercampur sakit hati.Adakah dia begitu rendah dimata seorang Ashraf Adham.

"Mengarut!. Awak kenapa sebenarnya?, nampak saya ni macam perempuan simpanan ke?,hanya kerana saya berpenampilan macam ini awak nak judge saya sebagai perempuan yang murah dan mudah."

"Maaf kalau saya dah salah faham.Please keluar temu janji dengan saya."Hairah sungging senyum senget.Terdesak..Ya Ashraf, mendesaknya seakan begitu terdesak.

"Encik Ashraf kenalah faham saya,.Saya rasa baik encik Ash pergi jumpa dokter buat imbasan CT scan pada kepala awak kut lah ada yang bermasalah."Tempelak Hairah.Sebaik mungkin dia cuba bersabar dengan tingkah laku Ashraf yang sangat menjengkelkan.

"I'm ok jangan risau,saya tak ok kalau awak terus tolak saya macam ini awak menyeksa hati dan perasaan saya."
Ashraf cuba mengengam tangan Hairah terlebih Hairah menjauhkan diri.Hairah jadi pening bila Ashraf berkata begitu lelaki ini nak apa sebenarnya,ayat susah nak hadam.

"Pergerakan saya terbatas bila saya keluar bodyguard ada disekitar mengawasi gerak-geri saya.Encik Ashraf selesa ke?, semestinya tidak kan.Saya tak nak pergi terlalu jauh,jika saya boleh mengelak saya akan elak.Apa yang awak nampak tak seperti apa yang awak sangka,hidup saya rumit,.Maaf jika saya salah faham akan ini kalau awak nak masuk dalam hidup saya untuk pincangkan hidup saya.Saya tak izin, saya nak kan kesempurnaan."
Panjang penjelasan yang diberi pada lelaki itu biar Ashraf faham.Kalau tidak faham juga tak tahulah nak hadap macam mana lagi.

"Yeah,you are right.Because my heart is already comfortable with your presence bunyi macam tak masuk akal tapi sejak bertemu dengan awak hati saya rasa sesuatu yang lain.You are very mysterious other than other girls.Kesempurnaan?."
Jeda seketika nafasnya ditahan begitu dalam sebelum dihembus kasar.Sempurna,dia tidak sempurna dan kata itu lah yang membuatnya sekarang teragak-agak untuk mendekati gadis ini.

"Tak ada manusia yang sempurna.Semua orang mendambakan nya.Rumit,yes hidup tak seindah yang mampu kita rancang dan wujudkan."
Hairah hampir termakan ayat manis yang Ashraf katakan tapi cepat dia tersedar siapa lelaki dihadapannya ini.Buaya kelas satu kaki perempuan.

"Romeo untuk Juliet Ash,awak sangat romantik untuk saya tapi maaf hidup saya kelam lainlah kalau awak nak jadi Majnun.Kita baru berkenalan tapi tengoklah apa dah jadi dengan awak,kalau sebelum ini awak hampir hilang nyawa entah esok nyawa awak akan melayang.Tapi sebaiknya jangan temui saya lagi."
Selesai mengatakan itu Hairah menghayun langkah meninggalkan Ashraf yang tampak tidak berpuas hati dengan apa yang telah diperkatakan padanya.
Romeo, Majnun?..Oh Seriously..,. Sorry this is Ashraf lah.

"You are in my rules jangan banyak menolak I Kas nanti makan diri you sendiri."
Dia hanya memandang Hairah yang makin menjauh senyum senget diukir diwajah.Tidak kisah bagaimana gadis itu menolak.Dia tetap akan mendapatkan apa yang diinginkan.

* * *
Jari lembut menari di atas piano mengeluarkan irama melodi lagu if i let you go dari penyanyi berkumpulan Westlife mengambarkan bertapa buruknya susana hatinya ketika ini,dia sedang tidak baik-baik saja.Terluka!,Dia sangat terluka melihat bertapa pedulinya Hairah pada lelaki lain.

Tanpa paksaan memori lama itu Julian sendiri yang menyelak untuk diingati.Sesungguhnya kenangan bersama Hairah adalah kenangan yang begitu indah yang takkan terlupakan olehnya.

"Jom."
Menarik pergelangan tangan Hairah agar mengikutinya.Mereka sedang cuba meloloskan diri tanpa pengetahuan pengawal peribadi yang berada di luar kelas tusyen.

"Awak nak bawak saya pergi mana?."
Berbisik rapat ke telinga Julian,Hairah turut mengikuti telatah Julian yang terhendap-hendap.

"Rahsia, ianya satu kejutan."

"Lishhh..,cakaplah nak bawak saya pergi mana?"

"Kalau saya cakap sekarang ianya bukan kejutan my sunshine."
Satu cubitan kecil mendarat di pipi gebu Hairah membuat gadis itu meringis sakit.

"Sakitlah Ian."
Julian hanya ketawa tanpa suara bila Hairah membalas dengan satu pukulan kecil pada bahunya.

"Sorry pipi awak dah sebijik pau,geram saya rasa nak gigit."
Hairah jelir lidah, Julian kalau tidak menyakat seharian memang tidak lengkap agaknya hari lelaki itu tanpa membuat Hairah kesal.
Menyedari keadaan telah aman mereka merangkak menuju pintu belakang dan akhirnya keluar dengan jayanya.

"Skuter siapa ni?."
Tidak menjawab pertanyaan Hairah tangan laju memakaikan topi keledar pada kepala gadis itu.

"Awak belum jawab lagi pertanyaan saya.Awak nak bawak saya pergi mana.?"

"Skuter Hakimi.Awak ni memang tak tahu erti romantis sebuah kejutan kan.Mulut dah macam bertih jagung."

"Please cakaplah."
Julian melemah pasrah, mengalah pada desakan gadis kesayangannya itu.

"Ok fine..Nak bawak cik muda Hairah Kasturi menyaksikan persembahan piano Abraham Lim."

"Awww..."
Hairah terrjerit suka lalu menekup mulut dengan kedua tangannya tidak cukup itu tak semena-mena Julian dipeluk bila Julian memberitahu mereka akan menyaksikan persembahan piano kegemaran mereka.Abraham Lim adalah pemain piano kelahiran Malaysia yang kini menetap di luar negara lelaki itu sangat popular sekarang walaupun masih muda tapi bakatnya sangat luar biasa menakjubkan.
Hairah tidak gemar muzik apatah lagi piano namun kerana Julian secara tidak sengaja dia turut jatuh hati pada alat muzik itu hingga memaksa Wildan mengupah guru dan menghantarnya ke kelas piano.

Pinggang Julian di peluk erat tidak sabar menyaksikan persembahan artis kegemaran nya itu nanti.

"Are you ready sunshine."
Kepala ditoleh melihat Hairah di belakangnya memastikan gadis kesayangannya itu baik-baik sahaja.

"Ready."
Balas Hairah dengan penuh keterujaan.

Vrommmm...Laju skuter memecut di atas lebuhraya.
Lima belas minit dibonceng Julian begini dengan hati yang berbunga-bunga menjadi sirna harapan tinggallah harapan.Tidak lama keterujaan mereka kecapi,Hairah berbisik khuatir ke sisi telinga Julian.

"Ian It felt like someone was following behind."
Cermin sisi dipandang tidak kelihatan,lalu menoleh sekilas ke belakang benar saja mereka telah di ekori tiga buah kereta berwarna hitam dari belakang dari jarak yang kian mendekat mereka berdua sangat kenal kereta itu.

Tung.....
Bunyi sumbang terhasil bila Julian merebahkan dahinya pada keyboard, dia boleh sakit jiwa jika membandingkan kenangan-kenangan itu dan sekarang.Apatahlagi hatinya patah mengigat hubungannya dan Hairah telah berakhir.
Julian berdiri dari duduknya kaki mengorak langkah menaik tangga menuju bilik tidur nya.

Masuk ke dalam bilik pintu dihempas kasar melangkah mendekati gambar yang ada di atas meja lampu lalu diambil.
Esakan mulai kedengaran melihat gambar pada bingkai itu, pipi tembam milik Hairah sudah kelihatan runcing kini,dia sangat merindui saat bersama Hairah seperti dulu lagi.
Jika dia mampu menolak permintaan Wildan akan Julian lakukan namun dendam kesumat masa lalu harus dibalas.Peristiwa mendiang papanya dibunuh di depan mata sendiri mengharuskan dirinya menebus dendam itu.
Hairah seharusnya tidak terluka seperti dirinya kalau boleh cukuplah dia yang menderita tapi dia tidak tega berpisah dengan gadis kesayangannya itu mengapa jalan mereka begitu rumit begini.

********
Olive pura-pura terisak di dada anak lelakinya,Lucas Alexander.Menati khabar dari doktor yang sedang merawat suaminya dalam dewan bedah wanita licik itu menangis histeria setelah memukul kepala suaminya dengan pemukul golf dan merancang bersama seorang pembantu rumah seolah-olah Mike jatuh tergolek dari atas tangga.
Melihat ibunya menagis penuh drama Monica harus mengakui lakonan ibunya tidak ada tandingan dan boleh bersaing untuk kategori pelakon hebat negara.

"Ma..tumigil ka na sa pag-iyak okay lang si dad, maniwala ka sa akin.
umiiyak ng ganito na parang mamatay na si papa."
Makin kuat tangisan Olive bila Lucas cuba menenangkannya.Kepala Lucas terdongak ke atas pasrah dengan sikap ibunya itu.
Setelah sekian lama menunggu akhirnya lampu dewan bedah bertukar warna menandakan pembedahan telah selesai.
Seorang doktor lelaki menghampiri mereka bertiga yang masih lengkap berpakaian baju khas untuk pembedahan.

"Paano sitwasyon asawa ko,ang operasyon maayos ang takbo?."
Tidak sabar-sabar Olive bertanya seolah tidak memberi ruang pada doktor yang merawat suaminya bernafas setelah berhempas pulas memerah tenaga merawat suaminya.

"Naging maayos ang operasyon.Maraming tahi sa ulo.Napakalubha ng mga pinsalang natamo."
Antara ketiga-tiga ahli keluarga Mike tentunya hanya Lucas yang ikhlas untuk berasa sedih dengan keadaan ayahnya kaki melemah untuk berdiri namun dipaksakan untuk kuat dia tidak boleh lemah.

"Isa pang bagay.kung hindi magigising si Mr. Mike sa loob ng tatlong oras..Ikinalulungkot kong sabihin na ang iyong asawa ay siguro ma coma."
Olive hampir terduduk jika tidak ada Lucas memegang bahunya dengan erat bukan terduduk kerana rasa sedih melainkan hati bersorak gembira kemenangan.Ok untuk saat ini dia dan Monica mampu bernafas dengan lega kedua wanita itu saling berpandangan tersenyum lebar .
Jika Mike koma untuk sepanjang hayat pun silakan Olive tidak akan berduka.

******

Bunyi guruh bersahutan menyambar dada langit tika malam yang larut kian kelam.
Mata hazel itu tercelik dalam gelap Hairah bangkit dari pembaringan meraba telefon bimbitnya yang berada dimeja lampu.Keadaan begitu gelap memandangkan bekalan elektrik terputus mungkin sahaja angin kencang diluar telah mengakibatkan pokok tumbang pada tiang elektrik disekitar kawasan.

Bunyi sliding door seperti digeser dari luar balkoni mengundang debaran kencang di dada apakah ada pencuri yang ingin pecah masuk.
Cepat-cepat tanganya tercari-cari keberadaan telefon bimbit,namun terlambat...
Hairah belum menemui telefon bimbitnya pintu sliding itu sudah digeser kedengaran bunyi hujan begitu menggila diluar sana seiring setapak demi setapak langkah itu mendekati.

"Siapa...tolong jangan apa-apakan saya!"
Cahaya petir diluar mengenai ruang kamar seketika tidak mampu dicam gerangan orang yang pecah masuk bila kain langsir terselak menutupi wajah itu.
Namun satu yang pasti.Lelaki...meski tidak jelas dia pasti seseorang itu adalah lelaki tidak mungkin perempuan.

Kelibat seorang yang Hairah ketahui adalah lelaki itu kian mendekat kepadanya.

"Tolong...Tolong!."
Mana mungkin suaranya akan didengari jika dia seorang sahaja berada di lantai dua.Suara hujan lebat berkolaborasi seiring petir yang bersahutan di luar.Namun di berharap ada pembantu rumah yang terbangun dan naik ke tingkat ini.Dia sangat berharap!.
Kemana bodyguard semua pergi saat-saat cemas begini.

"Tolong jangan apa-apakan saya!."
Ketika tubuh itu kian mendekat bau alkohol begitu menyengat rongga hidung,.
Tapi tidak mungkin kan orang mabuk boleh panjat naik hingga tingkat dua pasti orang ini ada agenda tersembunyi.

Hairah cuba turun dari atas tempat nya beradu melihat dalam gelap bayangan lelaki itu kian mendekat.
Nasibnya tidak begitu baik saat dia jatuh tersungkur dalam gelap Hairah mengengsot kebelakang secara perlahan-lahan.Pergelangan kakinya berjaya digenggam lalu ditarik membuat Hairah terlentang.
Dia menyedari lelaki itu bergerak kaki ditekan menggunakan lutut si lelaki Hairah dapat merasakan gerakan itu.

"Tolonglah jangan buat saya macam ni."
Lelaki itu diam tidak bergerak Hairah tahu lelaki itu memerhati dalam gelap,Saiko ke apa,boleh nampak orang dalam gelap.

"Saya minta maaf bagi pihak papa jika dia ada menyinggung perasaan awak"

Dia menangis dan merayu penuh ketakutan sehingga sehelai kain diikat menutup pandangan nya sah lelaki ini memang gila sudah gelap gelita begini mata orang pun ditutupnya.Hairah terus memekik meminta pertolongan dan belas ehsan orang ini untuk melepaskan dirinya.

Seketika suasana menjadi senyap lagi hanya suara guruh dan hujan diluar sana yang berbicara.
Hairah juga tidak bergerak,.
Dia mendengar suara hembusan nafas yang begitu berat terluah dari lelaki itu.
Dia berharap nasibnya tidak berakhir begitu tragis.Bagaimana kalau orang ini berniat merogol lalu membunuhnya.
Hairah seakan menelan pasir seguni hingga membuatnya hampir sukar bernafas dan tercekik membayangkan hal buruk-buruk begitu.

Stretttttt...
Bunyi gaun tidurnya dikoyak.
Lelaki itu sudah nekad tidak mempedulikan rayuan gadis itu padanya.Lalu melakukan apa yang sepatutnya tidak wajar berlaku terhadap gadis muda itu.

* * *

"Ya Allah budak ni baru balik tengah malam buta begini?."
Ashraf merengus mulalah ibunya membebel mengeluarkan kata-kata yang membingitkan telinga.

"Ni apa ni lumpur..basah..Ash pergi mana ni?.Ash luka kat perut tu belum sembuh tau.Apa yang buang tebiat ni habis satu badan basah air hujan kalau Ash demam macam mana?."
Tidak bertitik bebelanya melihat keadaan anak lelakinya itu mengapa Ashraf makin hari semakin keras kepala.

"Ash singgah kat litar tadi.On the way balik tergelincir hujan lebat sangat."

"Ya Allah...Ash ok tak ni?.Dah tahu hujan kenapa bawak motor."
Puan Sri Vanida bertanya cemas laju tubuh anak lelakinya itu dibelek-belek.

"Ash pergi litar sebelum hujan mi.Ok luka sikit aje taklah sampai hilang keupayaan jadi capek tempang kan .Dah takde ape lah umi janganlah risau sangat small matter."
Ujarnya bersahaja malas memperpanjangkan masalah kecil begini.
Satu pukulan tangan ibunya hinggap pada bahu.

"Semua remeh bagi Ash.Mana ade benda' yang tak remeh, Sesekali cuba serius sikit dengar bila Ummi cakap.Umur dah dua puluh empat bukan empat tahun kan."
Hanya memasang muka pasrah membiarkan ibunya terus membebel malam buta begini.

"Dah pergi naik atas mandi.Ummi buatkan air jangan lupa sapu ubat."
Ashraf angguk mendengar omelan ibunya setelah itu dia naik ke bilik.

"Sial.."
Dia menyumpah setelah masuk ke dalam bilik

"Apa aku dah buat?."
Bertanya kepada diri sendiri bajunya yang basah ditanggalkan lalu melilit tubuh dengan tuala.

"Ashraf,...Ashraf apa kau dah buat ni?.Kau dah berazam takkan buat benda terkutuk tu lagi."
Tubuhnya dibaringkan tatapan lurus memandang langit bilik yang kosong.
Seketika dia berfikir mengapa dia boleh jadi begini hidup bergelombang dengan dosa.
Adakah jiwanya yang memberontak kerana aturan dari ayahnya.

* * *
"Cik muda."
Kak Jah mengetuk pintu bilik Hairah berkali-kali namun tidak ada sahutan dari anak majikannya itu.Oleh kerana rasa hatinya yang tidak sedap kak Jah memutuskan mengambil kunci pendua untuk membuka kamar Hairah.

Begitu pintu terbuka kak Jah segera menghampiri Hairah yang sedang baring di atas katil kelihatan begitu tidur nyenyak.
Telapak tangan dilekap pada dahi Hairah
Wanita itu menarik nafas lega bila gadis itu dalam keadaan baik-baik saja.Melihat mata Hairah kelihatan bengkak pada andaian kak Jah mungkin Hairah menagis begitu lama.
Adakah anak majikannya itu menagis sepanjang malam dan baru tertidur pagi begini.
Sudah lama dia tidak melihat Hairah menagis mahupun meluah padanya dulu Hairah adalah gadis comel yang suka bermanja dan mengaduh bila kehendak ataupun ada sesuatu yang membuatnya tidak puas hati pada Wildan.Namun kini Hairah adalah gadis yang meningkat dewasa suka berahsia mungkin kenyamanan gadis itu ada pada rakan-rakan nya untuk bercerita.

Kak Jah memutuskan untuk keluar dari bilik Hairah dia seharusnya faham gadis pada usia anak majikannya itu berdepan pelbagai masalah mungkin isu percintaan adalah puncanya.
Langkah kak Jah terhenti melihat tumpukan cadar dan beberapa barang pecah disisi meja belajar Hairah.
Gadis itu dilirk sejenak lalu beralih pada apa yang baru dilihat.
Hairah ganti cadar sendiri?
Lampu meja pecah?
Marah besar kah Hairah semalam,kerana cuaca begitu tidak baik Kak Jah tidak mendengar sebarang bunyi semalam.
Pelbagai andaian menerjah masuk ke dalam fikirannya tangan terhenti melihat bercak merah pada cadar.Mata tuanya berkedip curiga,cadar itu ditarik hingga bentuk gulungan mengeluarkan gaun tidur yang terkoyak.

"Luka ke,marah sangat sampai baju nak dikoyakkan."
Kak Jah berandai sendiri adakah Hairah terluka ketika mengutip serpihan kaca atau gadis itu terlalu marah mengoyakkan baju sendiri.
Kenapa Hairah tidak memanggil seorangpun pembantu rumah untuk mengemas jika bilik ini telah dia sepahkan.

Sekali lagi kak Jah menarik nafas panjang hatinya tidak enak namun rasa itu dinyahkan tidak ingin berfikir yang bukan-bukan,Hairah kelihatan baik-baik sahaja.Dia tidak perlu berlebihan untuk berasa risau.
Dia akhirnya keluar dalam bilik tidur Hairah dia perlu mengarahkan pembantu yang lain mengutip barang-barang itu sebelum Wildan mendapat tahu bukan dia tidak kenal majikannya.Lelaki itu pantang melihat suasana hati anak gadisnya kurang baik.

3K Words.Happy Reading DR.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience