Bab: 2

Drama Series 4427

Wildan berjalan memasuki satu ruang bawah tanah yang tersembunyi di belakang kelab malam miliknya.Orang-orang Wildan yang melihat kelibat bos mereka itu terus membuka pintu dewan untuknya.Dewan yang kelihatan berbentuk gua dipenuhi dengan dekorasi besi-besi tajam.Kelihatan diruang tengah seorang lelaki lingkungan empat puluh tahun diikat pada papan panah tubuhnya kelihatan lemah akibat dibelasah.

"Macamana kau enjoy dengan budak-budak Aku?."

Lelaki itu mengangkat wajahnya tatapan tajam pada Wildan diberi seiring bibirnya sedikit terangkat mencebik.

"Kau dengan anjing-anjing kau lebih kurang binatang puih.."
Wildan meregangkan otot-otot lehernya dan mendekat pada lelaki itu.

Blushh...
Tersembur dara dari bibir lelaki itu bila Wildan bertindak menumbuk perut lelaki itu.

"Aku dah bagi amaran dulu,Kau tak boleh masuk dan suka-suka hati untuk keluar."

"Kau nak bocorkan rahsia kumpulan ni pada polis ke Snake?,Kau dah fikir masak-masak soal isteri dan anak-anak Kau."
Lelaki bernama Razif atau Snake itu menunduk semula anak matanya dilarikan dari Wildan.Setiap ahli kumpulan itu mempunyai nama Samara masing-masing yang diberikan oleh Wildan sendiri.

"Diam kau aku anggap kau mengakui kesalahan yang kau sendiri buat."

Wildan beranjak sedikit kebelakangan dan menyambut panah yang diberi oleh seorang anak buahnya.
Jemarinya menari memilih busur anak panah pelajar jenis dan rekaan yang terdapat di atas meja.

"Kau simpan banyak rahsia aku dan aku tak boleh biarkan kau terlepas begitu sahaja.Kau ada kata-kata terakhir untuk diucapkan?."
Kata Wildan seraya menarik busur anak panah.Razif mengangkat wajahnya.

"Aku minta maaf."
Wildan menurunkan panah itu semula dan tersenyum senget.

"Aku tak dengar apa yang Kau cakap..Cuba Kau ulang lagi sekali."

"Aku minta maaf sebab dah khianati kepercayaan boss."
Akhirnya Razif mengalah.Sia-sia sahaja dia melawan dan melarikan diri.Dia sendiri faham dan kenal sejauh mana Wildan boleh bertindak.
Kembali Wildan melangkah kearah Razif dan menarik sedikit kolar baju lelaki itu.

"Memandang Kau dah lama kerja dengan aku,Aku akan maafkan kesalahan Kau dengan syarat angkat sumpah balik."
Tidak mudah lelaki itu dilepaskan begitu sahaja.Razif sudah lama berkerja dengannya dan menjadi orang kepercayaan terkuatnya namun tidak sangka lelaki itu mengkhianati nya.

"Baiklah.."

"Kalau Aku dapat tahu lagi sekali Kau khianati aku.Aku takkan teragak-agak cincang dan kubur kau dengan seluruh keturunan kau sekali dalam satu lubang liang lahad."
Razif menganguk perlahan, hatinya yang membara terpaksa diredakan.Dia perlu menyusun strategi semula jika ingin mengalahkan lelaki itu.

"Kurung Snake dalam bilik beku.Lepaskan dia bila aku dah bagi arahan."
Dua orang lelaki berbadan besar menganguk lalu menghampiri Razif untuk meleraikan ikatan lelaki itu.Razif dibawa pergi dalam keadaan lemah.

Wildan masih berdiri diruang gelap itu hanya diterangi dua lampu tergantung yang terpasang.

"Wolf.."
Julian mendekat kearah Wildan dengan sedikit menunduk.

"Ada apa boss.?."

"Perhatikan Hairah laporkan setiap gerak-geri dia pada aku."
Dia tidak mahu anak gadisnya itu memberontak dengan menunjukkan sikap yang aneh-aneh nanti.

"Baiklah boss."
Julian melangkah pergi meninggalkan Wildan.Dan lelaki itu masih disitu bersama beberapa orang anak buahnya.

Pintu lif bahagian kanan terbuka dan datang dua orang anak buahnya dengan membawa peti besi.
Lalu diletakkan diatas meja.

"Barang baru boss.."
Wildan teranguk-anguk melihat senjata api dalam peti itu.Senjata api yang diseludup dari Amerika syarikat menggunakan kapal kargo.Bukan mudah senjata- senjata itu diseludup tanpa ada bantuan dari lanun laut.

"Fn Fal 2,Rheinmetall Mg3,Trackingpoin Guns."
Tanganya menyentuh setiap senjata api itu lalu mengambil sebuah senjata jenis desert eagle dan dihala ke arah kepala salah seorang anak buahnya.Sedikit kecut lelaki berbadan sado itu ketika diacukan senjata kearahnya.

Wildan tersenyum melihat peluh yang ada pada dahi anak buahnya.Senjata itu diturunkan.

"Kalau macam ni keadaan, dah lama kau terkorban dalam pertempuran.Dah tempah tiket penerbangan ke Manila?."
Salah satu anak orang suruhannya disoal lagi.

"Dah boss.."
Wildan meletakkan senjata itu semula dengan begitu rapi ke tempat asal.

"Sediakan gelanggang tinju."
Dia mengorak langkah dan berlalu dari ruang bawah tanah itu.

* * *

Hairah dan tiga orang sahabatnya masuk kedalam kafeteria dan mengambil duduk di tepi pintu.

Dari depan counter casher Ashraf dan Tarif serta Dani memerhatikan empat orang gadis itu.

"Hot gila perempuan tu.,pakai baju sexy tak kira tempat."
Dani memuji penampilan Hairah yang kelihatan sendat sedang membawa dulang makan tengahari menuju meja yang diduduki nya.

"Apa kata kau cuba try minah tu Ash!,mana tahu dia nak keluar dating dengan kau."
Ashraf menarik hujung straw minumanya dan tersenyum nakal pada Hairah.Banyak khabar angin yang didengarnya yang gadis itu suka menolak ajakan lelaki selain bersikap sombong.

"Ash takkan merayu perempuan melainkan perempuan yang datang berlutut pada dia."
Sengaja Tarif membakar ego sahabatnya itu.

"Lagipun mustahil perempuan kekwat macam Hairah nak pada si Ash yang buaya ni."
Ujar Tarif lagi.Ashraf melirik Tarif dan membuka airphone yang tidak berpasangan lagu pada telinganya lalu digantung pada lehernya.

"Kalau dia nak keluar dengan aku macam mana?."
Tarif tersenyum sepertinya umpannya mengena.

"Aku akan pakai baju perempuan hari esok tapi jika sebaliknya kau yang akan kena,so.."

"Ok aku sahut cabaran dari kau.."
Ashraf berdiri lalu melangkah ke arah tempat yang diduduki Hairah.

"Hai girls.."
Ashraf duduk tanpa dipelawa,Tiga orang sahabat Hairah tersipu malu apabila disapa oleh lelaki kacak itu.Hairah mengangkat sedikit wajahnya lalu menunduk semula menikmati sup yang dipesannya sebentar tadi.
Melihat reaksi Hairah padanya Ashraf sedikit kecut perut.Dia tidak boleh kalah pada Tarif,habislah dia bila satu U akan mentertawakan dirinya nanti.

"I Ashraf you can call me Ash."
Tangan dihulur,Hairah mengangkat semula wajahnya dengan selamba gadis itu memerengkan kepalanya dan berkata.

"So..do I care."

"But I care."
Ashraf menarik semula tanganya lalu digenggam kemas dibawah meja.Hatinya terasa panas tercabar dengan kesombongan gadis itu padanya.Tiga gadis yang duduk satu meja bersama mereka sudah terasa bahang ketegangan keduanya.Heliza,Gina dan Sasa sangat faham dengan perangai sahabat mereka itu.
"I don't know where you came from. And suddenly appeared here."
Ashraf berdecak kesal tidak sangka gadis itu diluar jangkauan nya.

"That's why,I intodused my self to you."

"I'm not interested in knowing who you are."
Ashraf membasahkan bibirnya dengan lidah naik kering tekak dibuatnya bercakap dengan gadis itu.

"You ingat you cantik sangat untuk bersikap sombong yang perlu untuk diagung-agungkan oleh semua orang."
Tarif dan Dani masing-masing menepuk dahi mendengar kata-kata dari Ashraf.Jangan dicabar ego seorang Ashraf tapi dalam kes lelaki itu dia sudah tersalah menyusun strategi malah salah memilih lawan.Siapa yang tidak kenal gadis bernama Hairah Kasturi si jelitawan ratu pematah hati dengan menolak perasaan atau ajakkan yang diberi padanya.Kerana itu Tarif dengan percaya diri mencabar Ashraf usyar si Hairah.

"Get out of here!."
Hairah sudah berdiri dengan tangan kanan bercekak pinggang.

"Kenapa you sombong sangat ni?.I just nak kenal-kenal dengan you."
Ashraf juga turut berdiri bertentang dengan Hairah,Sempat wajah gadis itu diamati.Boleh tahan cantik patutlah ramai yang terigau-igau.

"Err...Ash boleh tak you pergi my friend tak suka diganggu."
Gina gadis bermata sepet berketurunan mandarin itu memberi amaran awal pada Ashraf.

"Cakap dengan kawan you ni.. Kalau dia terus bersikap macam ni sampai ketua dia takkan kahwin."

Bluss...
Ashraf seumpama berada di gunung Everest ketika air sejuk perisa oren itu tersimbah kemukanya.
Tarif dan Dani keduanya saling menutup wajah melihat keadaan sahabat mereka itu.Malu...
Ashraf meraup wajahnya lalu membuka mata.

"You.."
Jari telunjuk dihala kemuka Hairah dengan perasaan penuh geram.

"What?.You yang cari pasal dengan I."
Hairah tetap tidak mengalah apatahlagi lelaki dihadapannya itu mengutuk dirinya tidak akan berkahwin sampai bila-bila.

Ashraf berdongkol geram,Dia melangkah kearah tempat duduknya tadi mengambil beg miliknya lalu keluar dalam kafeteria dengan menahan malu.Disusuri Dani dan Tarif.

"Weyy beb seriously ah,kau tolak buaya tu mentah-mentah."
Sasa ketawa lepas dengan menutup mulutnya seakan gadis melayu terakhir walhal suara tak boleh kontrol.Diikuti tawa dari Gina dan Heliza.

"Siapa suruh berlagak sangat,dah tu gatal nak kacau orang."
Hilang selera makannya gara-gara lelaki bernama Ashraf itu.

"You mesti prepare,Ash takkan lepaskan you macam tu aje."
Gina mengangkat keningnya seakan menakutkan Hairah.

"Dia mesti bengang gila dengan kau tu."
Sasa menyokong kata dari Gina.
Hairah mengangkat bahu menunjukkan dia tidak takut pada lelaki itu.

* * *

"Awalnya abang balik hari ini?."

"Saja nak balik awal,Ash belum balik lagi?."
Soal Tan Sri Azlan pada isterinya yang tengah menyiram tanaman bunga dihadapan laman rumah.

"Dia kata hujung minggu dia nak balik."
Mendengar jawban si isteri lelaki pertengahan lima puluhan itu sedikit kecewa.
Tan Sri Azlan berjalan masuk ke dalam rumah dan duduk bersandar di sofa ruang tamu.

"Abang nak kopi?."
Puan Sri Vanida yang menyusul langkah suaminya bertanya sopan seraya duduk disamping suaminya.Itulah kebiasaannya bila suaminya balik dari kerja.
Tanamanya yang dikerjakan sebentar tadi dibiarkan diambil alih oleh pembantu rumah.

"Tak usah saya dah singgah minum dengan Borhan tadi kat restoran."
Puan Sri Vanida menganguk perlahan lalu mengambil beg kerja suaminya.

"Pastikan budak bertuah tu balik hujung minggu ni.Saya tak nak sambut ulang tahun tanpa dia."

Puan Sri Vanida menganguk lalu melemparkan senyuman pada suaminya.Tan sri Azlan mengusap kepala isterinya.Lalu wanita itu meminta diri naik ke atas.

Tan Sri Azlan tersenyum melihat usahanya selama ini akan berjaya,menakluki hati wanita itu.Tidak sangka kesabaran yang ditahan membuahkan hasil.

Sementara didalam bilik Puan Sri Vanida meletakkan beg kerja suaminya diatas meja.Lalu membuka tudung labuh yang menutupi rambutnya.
Dia melihat cermin meja solek dan memegang parut yang ada pada lehernya.

Setiap kali dia melihat parut itu hatinya akan sakit.Parut dari kisah yang lalu sampai bila pun tidak akan pernah hilang dan sampai bila pun dia
akan terus dihantui dengan bayangan masa lalu.

Dia terlalu penat menjaga hati Tan Sri Azlan dan terlalu penat dengan berpura-pura bahagia harus memberikan senyuman palsu pada lelaki itu.

* * * * *
Doktor Arash membuka cot putih lalu dicampak ke bangku sebelah.Keluar dari kereta lalu menghayun langkah menghampiri Wildan yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arah lautan pelabuhan.

"Ada apa nak jumpa aku."
Doktor Arash bertanya tanpa basa basi.
Wildan toleh sekilas ke samping lalu memandang luas ke lautan yang gelap.Satu keluhan berat lolos dari bibir,. Doktor Arash..Dia dengan lelaki itu tidak mempunyai pertalian darah hanya seorang sahabat yang berlainan perwatakan dan perilaku tapi demi Hairah mereka berpakat berbohong yang mereka adalah adik beradik.

"Anak aku ada jumpa Salmah.?."

"Setahu aku takde.Kenapa.,Kau bermasam muka dengan dia lagi ke?."
Tanya Doktor Arash yang sudah sedia maklum dengan kerenah Hairah.Sekali lagi Wildan mengeluh, memikirkan Hairah yang selalu mendesaknya berkahwin.Permintaan anak gadisnya itu terlalu sukar untuk ditunaikan.

"Macam biasalah kau bukan tak tahu Hairah."

"Kau tak rasa nak bagitahu dia perkara sebenar."

"Aku tak rasa aku akan bagitahu dia mungkin sampai aku mati.Takakan!."

"Lebih baik kau berterus terang.Jangan sampai dia dapat tahu dari orang lain."
Ujar doktor Arash penuh perihatin,dia juga selalu berharap yang Wildan akan berubah demi kepentingan Hairah.

"Macam mana hospital?."

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar."
Jawab doktor Arash.Wildan yang memberikannya tajaan untuk mewujudkan hospital sendiri.Pelik lelaki itu sering menghantar pesakit nyawa-nyawa ikan untuk diselamatkan.Mereka sangat berbeza, Wildan melayangkan nyawa orang dan doktor Arash menyelamatkan nyawa.

"Kau tak rasa nak cuci tangan.Aku yakin Hairah akan gembira dan takkan kecewa dengan kau lagi."

"Aku ada terfikir nak berhenti tapi bukan sekarang."
Jeda..Wildan mengeluh kasar wajah diraup terasa dirinya memikul bongkahan batu yang begitu besar.

"Orang kepercayaan aku sekarang dah berani belot aku, ingat cukup seorang tapi seorang lagi.Mungkin dihari kemudian nanti akan ada yang berani menentang aku."Ujarnya lalu bergerak ke hadapan doktor Arash memegang kedua bahu lelaki itu.

"Kalau jadi apa-apa dengan aku.Tolong jagakan Hairah untuk aku."

"Kau takkan apa-apa kalau kau berhenti sekarang.!. Dengar cakap aku selesaikan isu dengan orang-orang ada masalah dan musuh dengan kau.Pergi dari sini mulakan hidup baru ditempat lain.Matlamat kau untuk penjarakan tuan Al-Haqi dah tertunai lagipun dia dah meninggal"
Wildan tidak menjawab tangan yang berada di bahu doktor Arash diperkuat.

"Tolong jaga dia untuk aku.Hanya kau yang aku percaya."
Menghela nafas lalu akhirnya doktor Arash mengangguk mengiakan.Wildan tetaplah Wildan dia tidak akan mampu mengubah lelaki itu walaupun dinasihati sejuta kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience