Perlahan-lahan kelopak mata terbuka lalu dipejam beberapa detik
nafasnya turun naik.Marah,jijik segala rasa bercampur baur matanya terbuka kembali.Hairah bangkit menyandarkan tubuh pada kepala katil sedikit meringis bila merasakan kawasan sensitif nya terasa perih.
Air mata yang mengalir tanpa segan silu diseka laju,lutut ditarik dipeluk lalu menyembamkan muka meratapi nasib diri.
"Jantan tak gunaaa..."
Badan terasa mengigil terbayang kembali apa yang terjadi malam semalam.Wajahnya yang basah dibawah pada tumpukan benda-benda kotor yang diletakkan disatu sudut namun
cadar dan barang lainya sudah tidak berada di situ mungkin telah dibawa keluar oleh pembantu rumah.
"What should I do,"
Dia bingung harus berbuat apa jijik dengan diri sendiri yang telah dinodai oleh lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa.
"How If i tell papa..tapi macam mana kalau Ian tahu mesti dia jijik dengan aku."
Maka makin menjadi-jadi lah tagisnya bila teringat akan Julian.
Lelaki itu pasti jijik dan membencinya.
"Cik muda waktu untuk makan tengahari."
Mendengar suara dan ketukan pintu dari pembantu rumah Hairah menahan tagis cuba menenangkan diri.Dia tidak ingin apa yang terjadi pada dirinya sampai kepada pengetahuan Wildan.
"Saya belum rasa nak makan lagi."
"Tapi cik muda tak makan apa-apapun dari tadi pagi."
Pargh...
Telefon bimbit dicampak ke muka pintu hingga membuat kedua pembantu rumah terkejut dengan tindakan nya itu.
Hairah tiba-tiba sahaja naik angin dengan pembantu rumah yang tidak ingin berlalu pergi setelah mengatakan yang dia belum terasa ingin makan.
"Apa yang susah sangat nak faham apa yang saya katakan.Saya bukan cakap bahasa asing saya cakap bahasa melayu."
Mendengar nada amarah Hairah yang meninggi cepat-cepat kedua pembantu rumah berlalu pergi takut anak majikan mereka itu makin naik angin silap nanti mereka akan dibuang kerja.
Hairah merengus geram rambutnya diramas kuat tertekan dengan keadaan dirinya.
Pada siapa dia harus bercerita Hairah berasa malu dengan orang-orang disekelilingnya.
Perkara semalam terlalu sensitif untuk di bahas mana lagi dia tidak tahu siapa yang telah menodai nya.
Kepala ditoleh hujan turun lagi,Hairah melihat pintu sliding disitu kah si tak guna itu semalam datang memecah masuk.
Oleh kerana kepalanya yang mengelap tidak mampu berfikir dengan jernih maka terlintas di kepala untuk membunuh diri walaupun dia sangat menyayangi Wildan tapi untuk bertahan di dunia ini sangat menyakitkan
hidupnya tidak terasa sempurna seperti orang lain.
Tidak ada satu orang pun dalam rumah ini menyedari Hairah keluar.Kalau adapun yang menyedari nya dia pastinya beralasan.
Tidak beranjak dari jalan tar itu,Hairah berdiri mematung di atas jalan berharap ada kereta yang akan melanggar dirinya
Cara bunuh diri yang sangat menyedihkan dan sangat bodoh.Walaupun peratusan dilanggar sangat tipis memandangkan kawasan perumahan elit ini begitu renggang dengan kenderaan tapi akal hanya ingin semua ini berakhir.
Julian yang kebetulan ingin mendatangi rumah Hairah terkejut melihat gadis kesayangannya itu sudah basah sepenuhnya dengan kepala terdongak ke atas langit.
Laju brek ditekan segera keluar dari kereta dan mendapatkan Hairah dengan begitu panik.
"What are you doing,are you lost your mind?"
Julian menguncang bahu Hairah tidak ada tindak balas dari gadis itu selain mengeraskan tubuh malah mata yang terpejam begitu deras merembeskan air mata.Kedua
mereka sudah basah lencun dibasahi hujan lebat yang turun mencurah-curah.
Julian ketap gigi begitu marah,lengan Hairah direntap namun ditepis kasar.
"Jangan berani sentuh saya.Pergi! ini tak ada kena mengena dengan awak."
"Kalau saya lepas awak.Awak nak buat apa? nak bunuh diri.Gila ke."
Bengang dibuatnya keras kepala satu hal mengapa Hairah boleh bertindak bodoh begini.
"Memang aku gila dan biarkanlah orang gila ini mati."
Dada Julian ditolak-tolak menjauh namun lelaki itu terlebih keras tidak ingin mengalah.
"Itu bukan urusan kau,biarkan aku pergi berambus."Bentak Hairah kuat.Dia bukan berniat marahkan Julian tapi lebih marahkan diri sendiri.
"No..saya takkan pergi kalau macam tu biar kita mati bersama."
"Awak ni dah kenapa gila ke apa"
"Awak yang dah kenapa,dah bosan sangat nak hidup."Julian menguatkan volume pita suaranya bila bunyi hujan lebih mendominasi.
"I hate you semua ni salah awak.Saya benci awak Julian Yi Qian ."
Bahu tegap itu dipukul sepuas hati mengapa Julian perlu muncul saat dirinya begitu dalam keadaan menyedihkan.
"Saya tak nak tengok muka awak."
Isaknya tenggelam dalam hujan yang menggila.
Hujan yang begitu menyedihkan baginya mungkin selepas ini dia akan membenci hujan.
"Awak sejuk."
Julian tak endah bahu Hairah ditarik menenggelamkan badan gadis kesayangannya dalam pelukan meskipun Hairah meronta Julian makin mengeratkan pelukan memberi kehangatan pada tubuh yang menggigil kesejukan itu.
Hairah lemah,dia kalah pada pujukan Julian.
Tidak ada penolakan dia sangat memerlukan seseorang dan seseorang itu adalah Julian meskipun dia sebenarnya ingin mengelak.
"Saya kotor."
Jeda bibirnya bergetar hebat Hairah tidak tahu harus memulai dari mana patutkah dia bercerita pada Julian.Bagaimana penerima Julian nanti.
"Saya diperkosa"
Pargh...
Petir menyambar dada langit makin erat pelukan Julian bila bahu Hairah terjungkit keatas dek terkejut.
"Awak dengar tak apa saya cakap?."
Bahu Julian ditolak bila reda dari rasa terkejutnya mustahil Julian tidak mendengar apa yang dia katakan.
Melihat wajah Julian mata lelaki itu merah mungkin menagis air matanya begitu sebati dengan air hujan.
Hairah menundukkan terisak dan terluka melihat tatapan Julian.
Jijik dan benci dia tahu lelaki itu akan membencinya.
"Awak jijik dengan saya kan,bukan sebagai bekas kekasih malah sebagai seorang kawan tentu terasa kotor dengan saya."
Ujarnya dengan bernada lemah.Hairah merasakan tubuhnya kekurangan tenaga,dia lelah luar dan dalam.
"I'm sorry sebab gagal jaga awak dengan baik."
Julian menarik tubuh Hairah tapi kali ini tubuh itu longlai pengsan tidak sedarkan diri.
Julian panik pipi Hairah ditepuk-tepuk menyedarkan.
"Hairah.. "Tidak ada balas yang diterima bibir Hairah makin membiru sekujur tubuhnya kedinginan.
Pantas tubuh dingin Hairah dicampung dibawa masuk ke dalam kereta.Sampai saja di rumah Julian membawa Hairah naik ke atas menuju bilik tidur tanpa mempedulikan pembantu rumah dan bodyguard yang kian riuh melihat keadaan tidak bermaya anak majikan mereka itu.
Memang mereka mati dikerjakan oleh Wildan jika perkara ini sampai pada pengetahuan majikan mereka itu.
"Ganti baju cik muda."
Arahan nya pada kak Jah yang setia membontoti dari tadi.
"Baiklah..."
Tanpa banyak tanya kak Jah memerintahkan seorang pembantu untuk membantunya menyalin pakaian Hairah yang telah basah.
Sempat Julian berpesan sebelum keluar risau benar dengan keadaan Hairah ketika ini.
"Nanti bila Cik muda dah sedar tolong siapkan air teh hangat untuk Cik muda minum.Kalau ada apa-apa yang berlaku cepat hubungi saya."
Setelah mengatakan itu Julian berlalu pergi, apa yang terjadi pada Hairah hari ini membuat nya menerima tamparan hebat jika dia tidak sampai pada tepat pada masanya dia mungkin telah kehilangan gadis kesayangannya itu.
"Macam mana kamu semua buat kerja ?.cik muda keluar takde satu orang pun yang perasaan.Kamu semua tidur ke apa."Julian membentak penuh dengan amarah pada kesemua bodyguard yang mengawal kediaman rumah Wildan.
"Maafkan kami Wolf.."
Salah seorang dari mereka bersuara.
"Maaf kamu semua tak boleh pakai
,kalau tuan Wildan tahu memang kamu semua mati dia kerjakan.Aku bagi peringkat tolong awasi cik muda dengan baik-baik kalau tak nak perkara ini sampai ke telinga Tuan.."
Semua bodyguard rumah tertunduk menekur lantai tidak ada yang berani mengangkat muka mahupun membela diri masing-masing.
*****
Olive baru sahaja ke luar dari pusat membeli belah berasa seronok membeli apa yang diinginkan tanpa ada had batasan dia juga baru sahaja menghadiahkan Monica kereta berjenama eksklusif yang sangat mahal harga mencecah jutaan ringgit.Sebelum ini perbelanjaannya terhad,sekarang dia boleh menggunakan kredit cards suaminya tanpa batasan.
Mike telah disahkan koma membuat hatinya puas tak terkata hanya sahaja anak lelakinya yang setia menemani dan menjenguk Mike setiap hari di hospital.
Dibelakangnya ada seorang lelaki yang membawa beg kertas pelbagai jenama, lelaki itu adalah pemandunya.
Olive mengorak langkah penuh gaya arrogant menuju kereta dari jarak yang kian mendekat dia melihat tiga orang lelaki berbadan tegap sedang berdiri di sisi keretanya.
"Madam Olive?."
Seorang dari mereka bertanya sekadar berbasa-basi.
"Bakit?. anong negosyo ang hinahanap sa akin kayong nakatayo sa tabi ng kotse ko?"
"Ang aming panginoon gustong makita ka!"
Wajah kurang senang dengan sikap angkuh di tayangkan siapa ketiga lelaki ini bagaimana mereka mengenalinya dan siapa tuan mereka.
"Sino ang iyong panginoon?."
Ujarnya ingin tahu.
"Malalaman mo mamaya mangyaring sundan tayo!"
"Kung tatanggi ako."
Senyum sinis di lempar cuba merendahkan orang yang ingin bertemu dengannya.
"Ang sikreto mo subukan mong patayin si mr Mike ay darating sa kaalaman ng publiko baka mapunta ka sa kulungan."
Kaki terundur ke belakang terasa sejuk dingin tidak menyangka ada orang mengetahui rancangan jahatnya tidak ada pilihan lain berdebat bodoh begini hanya merugikan dirinya dia harus tahu siapa orang itu.
Pilihan apa yang dia ada bila sudah diugut begitu selain mengikut ke tiga lelaki itu.
Olive memerhati bilik hotel standard VVIP ini,dia telah di bawah ke sebuah hotel mewah.
Ketika masuk ke bilik ini pintu juga di kawal oleh dua orang bodyguard sepertinya dia tidak berhadapan dengan orang biasa-biasa tentunya orang kenamaan.
Kedengaran pintu bilik dibuka melangkah menghampiri Olive seorang lelaki penuh aura dinginnya.
Membuat Olive tak berkedip memandang sehinggalah Wildan duduk menyilang kaki berhadapan dengan nya.Lelaki itu tidak seperti orang tempatan di sini.
Secawan kopi yang terhidang di capai dicicip sedikit mata tak lepas melihat kekaguman Olive padanya.
"I hope your eyes are ok if you don't blink for a long time."
Wildan bersuara menegur seraya meletakkan cawan,kaki bersilang dengan berpeluk tubuh memerhati Olive yang kini telah salah tingkah.
"I'm Olive Mike's wife."
Tangan di hulur senyum menggoda di pamerkan pada lelaki di hadapannya itu.
"I know and you also tried to kill your husband. Now he is unconscious."
Wildan membentuk smirk puas hati melihat wajah Olive cuba untuk menjerat wanita itu tanpa perlu merangka ayat putar-belit.
"How do you know?."
Wajah yang tadi manis bertukar pucat dari awal lagi orang-orang Wildan telah mengugutnya untuk mendedahkan hal itu.
"How do I know?.,You don't need to know about that.Just listen to me I want you to monitor your husband if he wakes up from the coma just kill him for me."
"It was you want to be a rich person."Sambungnya lagi terhibur melihat wajah Olive yang ketakutan hanya dengan ugutan kecil begini.
"And don't try to disobey I know who the heir to the property is."
Menekan ayatnya bahawa dia tidak main-main dan Olive harus menurut.
"Are you Hairah Kasturi's adoptive father?"
Wildan ketawa jahat berdiri dari duduknya mendekati Olive lalu mencondongkan badan berbisik pada wanita itu.
"No! I am the one who will kill your whole family if you dare to do something stupid to her."
Tubuh Olive menegang mata membulat dengan sempurna terasa dingin saat benda tajam begitu dingin menyentuh kulit lehernya.
Wildan menekan hujung pisau sedikit membuat leher Olive terluka kecil.
Dia memang sengaja berbuat begini agar Olive tidak berani melakukan sesuatu pada Hairah cukup wanita itu memerhatikan Mike yang terlantar koma tidak sedarkan diri.
"Don't try me! my people always around you to watch and of course your beautiful and handsome son."
Mendengar saja soal anak-anaknya makin melemahkan sendi-sendi tubuh pada awalnya dia mengagumi Wildan kini lelaki itu harus dijauhi sangat saiko.
* * *
"I dah call dia banyak kali tapi telefon dia tutup."
Mengeluh berat ternyata bukan dia sahaja yang gagal menghubungi Hairah.Sasa dan Heliza juga sama.
"Aku tak sedap hatilah."
Gina menyatakan kerisauannya tidak pernah Hairah buat perangai begini.
"Kalau jadi apa-apa pada dia macam mana,bukan tak kenal dia kuat berahsia."Timpal Gina lagi.
"Lah kau relex ajelah Ina maybe Ira tengah sebok lah tu"
Tenang Sasa berkata dengan memintal-mintal rambutnya baginya Gina terlalu berlebihan.
"Sebok apanya dah dua hari tak dapat nak call takde berita apapun, Hairah tak pernah buat hal macam ini tau."
Muka Gina merona merah menahan diri geram dengan sikap Sasa seakan tidak terkesan dengan ketiadaan Hairah.
"Yang kau nak marah aku apa sal..Lish mengada lah dia ni."
"Dah kau orang berdua jangan nak ribut pening kepala aku macam ni."
Bila Heliza berkata begitu Gina dan sasa berpeluk tubuh masing-masing menghadap ke arah bertentangan buang muka.
Ha' elok sangat lah perangai macam itu.
"Hai girls."
Ashraf menyapa diikuti Dani dan Tarif menjadi pengikut setianya dibelakang.
Tiga lelaki ini baik di label bujang lapok berkepit mengalahkan belangkas nasib baik tak lapok.Laku keras adalah.
"Kau orang nak apa."
Gina menyembur geram orang tengah risaukan Hairah boleh pulak mambang-mambang ini muncul kan diri.
"Amboi kasarnya bahasa,dah tak reti nak cakap elok-elok ke."
Tarif menegur berbaur sindiran pada gadis itu.Gina menjeling lalu berkata.
"Suka hati."
"Rif dah lah tu."
Ashraf cuba menengah sahabat nya itu tujuan nya kemari adalah mencari Hairah bukan cari gaduh.
"Ermm..Hairah ada datang tak hari ini, I tak nampak dia dengan korang dia pergi mana.Semalam dia tak datang juga kan."
Gina sungging senyum sinis berpeluk tubuh mendekati tubuh lampai Ashraf.
"Kau ada nampak dia dengan kami,takde kan.Ha'ah dia tak datang semalam dan hari ini juga,sebabnya dia meluat tengok muka kau."
"Hairah ke yang cakap atau kau.Ash tanya elok-elok jawablah dengan elok sikit."
Tarif mencela lagi tidak puas hati dengan cara layanan Gina pada mereka.
"Huh' menyampah aku dengan kamu bertiga ni bla lah."
"Eh' mina ni period ke apa angin semacam aje."
"Apa kau cakap."
"Apa you guys ni serabut lah bertekak macam laki bini nak bercerai-berai"
Gina dan Tarif terbuntang mata mendengar omelan Heliza.Sasa dan Dani yang lebih memilih menjadi pendengar dari tadi tergelak mendengar Heliza berkata begitu.
"Ash dah korang bla lah! bawak kawan-kawan kau ni jauh dari Gina,dia tengah bad mood.Hairah tak datang hari ini kitorang tak dapat nak contact dia."
Ashraf kerut dahi kenapa gadis itu tidak datang kuliah dan tidak dapat dihubungi.Marah betul kah gadis itu padanya.
"Kau ada nombor telefon ke alamat rumah dia.?"
Gina tergelak semua mata tertumpu padanya Tarif lagilah sakit hati melihat kelakuan gadis itu tapi dia akan menutup mulut tidak ingin dikatakan laki bini bergaduh.Kata adalah sebuah doa kang Heliza buka mulut masin mulut gadis itu menyumpah tak kenaya hidupnya mempunyai isteri garang mengalahkan singa seperti Gina.
"Kami ni kawan dia, dengan kami dia tak nak jawab call,kau siapa Ira nak angkat call dari kau.Rumah dia pun kami tak tahu letak kat celah peta mana ada hati konon nak pergi rumah Irah."
Gina tergelak dihujung bicaranya dia tidak berkenaan benar dengan Ashraf yang selalu bertengkar menyakitkan hati Hairah.
Ashraf cuba bertenang dengan sikap gadis itu sikap yang tak saling tumpah seperti Hairah.Memang kalau dah berkawan tu satu kepala ikut benar dengan perangai Hairah kalau bercakap suka menyakitkan hati.
"Kami betul tak tahu dia tinggal kat mana."
Heliza cuba meyakinkan melihat riak Ashraf seakan tidak percaya.
Mendengar itu Ashraf mengeluh berat matanya silih berganti memandang tiga gadis itu akhirnya dia mengalah dan berlalu pergi tanpa sebarang kata diikuti Dani dan Tarif.
"Mamber apa rumah kawan sendiri tak tahu kat mana."
Tarif bersuara memecahkan kesunyian.
"Dia orang tahu tapi tak nak bagi tahu."
Manakala Dani cuba membuat andaian nya tersendiri bukan boleh percaya sangat tiga minah itu.
"Angau betul kau dengan minah kerek tu kan,tapi betul ke kau dah jatuh hati pada si Hairah tu Ash."
Ashraf diam sahaja tidak ada mood hendak bercakap.Dia ada hati pada Hairah?,yah hatinya telah dicuri terpaut pada Hairah kasturi tapi untuk mengakui dihadapan kedua sahabat nya memang tidaklah.
Pada mulanya sukar baginya mengakui jika dia sebenarnya sememangnya telah jatuh cinta pada gadis itu.
Benarlah kata orang cinta itu tidak perlukan waktu untuk tertacap pada hati cukup menghitung saat.
* * *
Menyepit kanvas drawing pada papan pemuka berbentuk segi empat lalu enam jenis cat warna akrilik diadun atas pemuka palet menggunakan pisau khas melukis.
Lalu berus warna dicelup ke dalam ruang bekas warna cecair biru melakar langit,cat warna oren dicelup dengan cat warna merah menghasilkan langit jingga bersertakan awan yang tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap yang telah diwarnakan dengan kombinasi tiga warna.
Seterusnya berus tadi dicelup ke dalam bekas berisi air.Satu berus yang lebih tirus dicapai dan dicelup ke dalam air sebelum dicelup ke dalam cat warna putih.Bunga dendelion cantik terlakar indah dari hasil tangan comelnya.
Hairah telah siap melukis langit dan rumput hijau berwarna gelap berserta setangkai bunga dendelion utuh tumbuhan di atas rumput.Kelihatan beberapa kelopak dendelion ditutup angin senja pada udara.Seakan lukisannya hidup dan Hairah berada dalam lukisan itu menyaksikan senja yang berlabuh.
Mata dikedip sekali,mengalir air mata tertahan bertakung dalam tubir.Mengesat air mata dengan belakang telapak tangan, lukisan yang dihasilkan mengambarkan suasana hatinya.
Dari kecil lagi Hairah suka melukis sehingga meningkat dewasa melukis adalah hobi paling digemarinya.Jika gadis seusianya gemar membaca novel,Hairah tergolong dalam gadis seni.
Sebelum memasuki pengajian tinggi dan mengenali Heliza,Sasa dan Gina.Hairah tidak begitu mempunyai ramai kawan dia hanya ada Julian yang paling rapat dengannya.Dia tidak seperti remaja lain, boleh bermain ke taman permainan dengan bebasnya.Hairah hanya melakukan aktiviti rumah, seperti bermain piano dengan gurunya dan melukis jika dia tidak menangis merengek pada Wildan papanya tidak akan membenarkannya keluar tanpa bodyguard.
Jika Hairah ingin bernafas dalam sehari dengan sebuah kebebasan pasti ada bodyguard yang mengekorinya dari jarak jauh.Dan kepakarannya setelah bertahun-tahun hidup diawasi Hairah bijak meloloskan diri dari pengawasan pengawal peribadi nya.
Menghela nafas panjang Hairah bangun dari duduknya menanggalkan apron lalu masuk ke bilik air membasuh tangan.
Hairah duduk semula meneliti hasil karyanya yang akan diberikan pada seseorang jika dia berangkat ke luar negara nanti.
Menolak ke dua pipinya satu garis senyuman terukir.Lagi air mata tanpa dipinta mengalir membasahi pipi.
Sudah beberapa hari ini sejak kejadian itu,Hairah sering mengalirkan air mata.Tidak sangat mengenang peristiwa hitam itu,bukan sekali tapi dua kali lelaki durjana itu memberi nikmat yang malangnya membuat Hairah mendesah dengan nama Julian.
Jijik.., bagaimana dia boleh menyebut nama Julian sedangkan kenikmatan itu dia dapat secara kotor dari lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa.
Kepala tertoleh bila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Hairah berdiri dari duduknya menuju ke meja niat menjawab panggilan telefon.
Telefon baru dibelinya itu hanya ditenung nama yang tertera adalah papanya.
Bagaimana jika papanya bertanya khabar dan tak semena-mena dia menangis akibat terlalu sedih.
Mendesah perlahan telefon bimbit dicapai dilekap ke telinga lalu melangkah ke luar dari bilik galeri lukisannya.
Update awal :) HK&KW Tidak akan memakan chapter banyak mungkin dalam 20 ke 25 chapter sahaja. Sorry kalau ada yang tak faham penyusuan ayat Sky. Enjoy reading DR ❤️
Share this novel