Bab :11

Drama Series 4427

"Ano?.(apa?)"
Jeda... mata gadis itu terkebil-kebil memandang wajah ibunya, pastinya dia terkejut dengan apa yang telah dikatakan ibunya sebentar tadi.

"Biological na bata?(Anak kandung? )"
Olive menekup kedua telinganya mendengar suara anak gadisnya yang begitu kuat.

"Ma..!huwag mo akong biruan ng seryoso!( Ibu jangan bergurau dengan saya dengan serius begini!)"

"Wag kang masyadong maingay!.Makikinig ang iyong maliit na kapatid(Jangan terlalu kuat! nanti adik lelaki mu akan dengar)"
Monica berdiri lalu mundar-mandir dihadapannya Olive jelas dia tidak boleh menerima dengan apa yang telah diberitahu padanya.
Mengenang sahaja semua yang dimiliki ketika ini akan melayang bila-bila masa saat pewaris harta sebenar akan kembali Monica tidak sanggup memikirkan itu.

"Biological na bata?.,tagapagmana ng estate nang ilang sandali.Kapatid na babae?.(Anak kandung?, pewaris harta sebenar?,adik perempuan?.)"

"Monica maaari kang huminahon?,Masasaktan ang mata ko ng makita kang naglalakad ng ganyan.(Monica bolehkah kau bertenang,ibu boleh sakit mata lihat kau mundar-mandir begitu.)"
Monica duduk semula disamping Olive dengan wajah tidak puas hatinya.

"Hindi ko ito matanggap.Hindi ko kayang maging mahirap(Saya tidak boleh menerima ini.Saya tidak sanggup jadi orang miskin.)"
Olive mencapai jemari anak gadisnya lalu digenggam kemas, memberi dorongan sesama sendiri.

"Alam ko,ayoko din mabuhay ng mahirap.(Ibu tahu,ibu juga tidak ingin hidup susah.)"

"Nung una pumayag ako,ngunit naisipan kong baguhin ang plano..(Pada mulanya ibu setuju,namun terfikir untuk mengubah rancangan.)"
Senyum jahat melebar di bibir kelihatan matanya memancar kilat cahaya merah merancang sesuatu yang jahat.

"Wala na tayong ibang pagpipilian.(Kita tidak mempunyai pilihan lain.)"
Monica mengangkat alis kirinya, tertanya-tanya disebalik apa yang ibunya katakkan padanya.

"Ma! ano ang gusto mo'ng gawin?.(Ibu!apa yang ingin kau lakukan?.)"

"Teka lang at tingnan mo.(Tunggu dan lihat sahaja.)
Olive tersenyum sinis dengan lebarnya.Melihat senyuman ibunya membuat Monica turut senyum dan senag hati.Dia yakin ibunya pasti melakukan rancangan yang hebat untuk semua kekacauan ini.Biar dia bertenang dahulu,tidak ingin merungsingkan dengan benda yang belum mendatang.

"Kau tunggu sini...ibu ada kerja yang perlu di buat.(maghintay ka dito
May trabaho pa akong gagawin)."
Olive bergerak meninggalkan Monica dia tidak boleh bertangguh-tangguh untuk melaksanakan rancangan jahatnya.

Sementara diruang tamu Mike tergamam menyaksikan siaran berita yang sedang menjadi liputan media.Paling mengejutkan dirinya,orang yang sedang diberitakan adalah penyiasat yang telah diupahnya telah mati.

"Isang lalaking natagpuang patay ay pinaniniwalaang nagpakamatay.Tommy ay natagpuang patay sa isang silid ng otel.Binalot niya ang kanyang sariling leeg gamit ang kawad.(Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri.Tommy ditemui mati di sebuah bilik hotel.Dia membalut lehernya sendiri dengan wayar.)"
Mike menelan liur pahit,di yakin tidak mungkin Tommy membunuh diri.Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk telah terjadi disebalik semua ini.

"Ngunit ang pamilya ng namatay ay tinanggihan. Si Tommy na nagtrabaho bilang isang pribadong investigator ay maaaring pinatay.(Bagaimanapun keluarga si mati menafikan.Tommy yang bekerja sebagai penyiasat persendirian mungkin dibunuh."

"Pinaka nakakagulat na sinabi ng forensic department na nawala ang mga mata ng namatay.(Paling mengejutkan jabatan forensik mengatakan si mati telah kehilangan mata.)
Sah perbuatan khianat begini dilakukan oleh orang-orang yang amatur dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak normal.Psaiko..

"Napatunayan na ito ay pagpatay.At hindi kaso ng pagpapakamatay,bayunpamannagpapatuloy pa rin ang pulisya sa karagdagang mga pagsisiyasat.(Ia terbukti adalah pembunuhan.Dan bukan kes bunuh diri,bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan lanjut.)"

Tanganya yang bergetar hebat digenggam.Dia dapat merasakan ini perbuatan ayah angkat Hairah.Dia yakin dengan sebelum ini Tommy penyiasatnya itu ada memberitahu lelaki bernama Wildan adalah seorang lelaki yang sangat berkuasa.

"Sir! may paghahatid para sa iyo.(Tuan!.ada penghantaran untuk mu.)"
Mike mengurut dadanya dek terkejut dengan suara pembantu rumah yang sedang berdiri disisi tempatnya duduk.

"Patawarin mo ako sir sa nagulat sa iyo.(Maafkan saya tuan kerana membuat anda terkejut.)

"Okay lang,mula kanino.(Tidak mengapa,dari siapa?.)"

"Hindi ko alam sir.Ang item na ito ay inilagay sa harap ng kubo ng bantay.(Saya tidak tahu tuan.Barang ini diletakkan dihadapan pondok pengawal.)"
Mike menyambut bungkusan kotak dari pembantu rumah lalu berlalu pergi masuk kedalam biliknya.
Setelah menutup pintu tanpa mengunci Mike mengoyak kertas bungkusan dan membuka penutup kotak yang tidaklah terlalu bersaiz besar.Matanya terbeliak melihat gambar isteri dan kedua anaknya penuh contengan serta darah.Lalu membuka kertas yang terlipat.

"You're too confident Mr'Mike.,Forget Hairah! and leave her with me.If you still want to have a complete family.Or you are willing to lose your son.(Alexandre)"

"Your daughter's beloved father,'Sincerely W' "
Setelah membaca nota itu Mike mengoyak hingga menjadi cebisan.Lalu mengepal tangan kuat.
Kurang ajar..Dia ayah kandung Hairah tapi dia seakan orang asing yang berbahaya pada anak gadisnya.Dia diugut,dia harus segera bertindak bagaimana nasib Hairah selama tinggal bersama lelaki iblis itu.
Mendengar bunyi pintu ditolak Mike segera menutup semula kotak itu.Belum pun sempat Mike menoleh kepalanya telah dihempuk dengan sesuatu yang keras membuatnya rebah, kepala terasa mengeluarkan darah deras hingga membuatnya makin melemah dan tidak sedarkan diri.

* * *

Setelah penat membeli belah Hairah bersama tiga orang sahabatnya singgah di Dua outlet Mid Valley Mega Mall memilih selera makanan Jepun mengisi semula tenaga yang telah digunakan.Ini lah yang menjadi kebiasaan bagi keempat gadis itu. Membeli belah,makan,makan membeli belah.
Menghilangkan tekanan dengan menghabiskan duit dan membuang waktu.

"Ommoooo...oishi.,Nan jeogmal joh-a."
Sasa mengajuk seakan watak drama.Menikmati menu salmon sashimi nya seolah-olah berada di tingkat syurga makanan.Heliza menjeling kelakuan Sasa dengan berdecit, baginya sasa gadis yang teramat gedik tak ada sopan santunnya.Sedangkan Hairah dan Gina belum mengusik makanan masing-masing.

"Rosak bahasa negara lain kau rojak kan."

"Alah... dua negara tu kan jiran apa salahnya digabungjalinkan."
Sasa tayangan gigi sebaris membuat Gina dan Heliza tergelak melihat cebisan hijau pada celah giginya.

"Digabungjalinkan.?.. Ada-ada lah minah ni."
Heliza memutar bola mata.Malas melayan kerenah sahabat nya yang seorang itu.

"Irah you ok tak ni.I tengok you macam tak ada mood je."

"Macam mana nak ada mood Gi?.I akan pergi jauh, orang papa I dah uruskan proses pindah kuliah secara tak langsung hidup I akan berubah tiga ratus enam puluh darjah."

"UK tu dekat je bukanya jauh kat luar bumi."

"Senang nak cakap bukan kau yang lalui."

"Maksud kau apa Eli?.Aku tak bertimbang rasa terhadap Irah macam tu?."

"Dah-dah apa yang nak bertekak pulak ni.Sa ,Eli sudah lah tu."
Gina bertindak menegah Sasa dan Heliza yang tidak sebulu langsung.

"Aku ajak korang hang out ni untuk menghabiskan hari-hari aku yang tersisa kat Malaysia.Yang korang dah macam makcik kat pasar ni dah kenapa."

"Kau jangan risau bila kitorang free kitorang bertiga ni akan datang lawat kau kat sana.Dan yang penting kau kena janji tiket kena sponsor."
Heliza menjeling lagi dengan tatapan tajam pada Sasa.

"Dasar kaki bodek."
Sasa hanya mencebik mendengar apa yang dikatakan Heliza padanya.Hairah memicit kepala pusing dengan telatah kebudak-budakan sahabatnya.

"Haiii.!."
Suara itu?. Lantas Hairah menoleh ke belakang.Melihat riak terkejut Hairah, Ashraf tersenyum mengoda pada gadis itu.

"Ashraf.."

"Yes its me!,did you miss me honney?"
Mencondongkan badannya disisi Hairah membuat gadis itu cuak dengan mata dikebil-kebilkan.

"Lama I tunggu you datang pada I untuk ucap terima kasih.Alih-alih I yang datang hadap muka bongkak you ni.Dan dengan begitu berselera makan diatas kesakitan orang lain yang dappppp..."
Hairah bangkit dari duduknya lalu menekup mulut Ashraf dengan jemarinya yang mungil.Ketiga sahabat Hairah memandang perilaku sahabat mereka seperti sesuatu.
Mengapa setiap bertemu dengan lelaki itu Hairah menjadi salah tingkah.Gina tidak ingin berdiam diri dia perlu pertahankan Hairah didepen Ashraf. Siapa tidak kenal Ashraf yang penuh dengan tipu muslihatnya.

"Hey you ni asal kitorang makan je you nak muncul.You tahu tak muka you ni buat orang hilang selera nak makan."
Ashraf tersenyum miring tidak terkesan keatas kata-kata Gina.Menyingkirkan jemari Hairah lalu digenggam erat.

"Tak kisah.I ada urusan penting dengan cik Kasturi, bukan dengan minah low classes... macam you bertiga ni."
Ketiga gadis itu tergaga mulut seluas gua.Kurang asam, terang-terangan mengutuk orang.

"Amboi mulut buaya.Urusan apa yang kau tahu selain merangkak di atas darat mencari mangsa..."
Tidak mengendahkan kata-kata Gina, Ashraf telah menyeret Hairah untuk mengikutinya sempat Hairah menyambar beg tangannya.Dia juga tidak ingin memberontak,dia yakin lelaki ini ingin membuat perhitungan dengan nya meninggalkan ketiga sahabatnya dengan linglung tanpa berpamitan.

* * *

"Pakai atau nak Aku yang pakaikan untuk Kau."
Ugutan dengan muka selamba cukup membuatkan Hairah sakit hati dengan sikap Ashraf padanya.

"Apa encik Ashraf ni.Jangan paksa saya lah kalau saya tak nak."
Hairah menyerahkan semula topi keledar itu pada Ashraf.Melihat kening lelaki itu terjungkit keatas membuatnya jadi takut.Bahkan Hairah tidak mampu melawan tikaman mata Ashraf padanya.

"Ada aku kesah.Pakai sekarang!."
Gigi diketap geram kurang asam betul,dia baru tahu lelaki ini memang spesies manusia menjengkelkan dan pemaksa.

"Encik Ashraf.Saya tak biasa naik motor dan tak pernah untuk seumur hidup saya."
Pembohongan hanya dia sahaja yang tahu malah motor lah yang paling Hairah suka.

"Kalau tak pernah kita pernahkah."
Mendengar jawapan Ashraf padanya Hairah merasakan kedua telinganya berasap menahan sabar dan sakit hati.Ini tak boleh jadi!. Mentang-mentang dah terhutang nyawa suka hati dia aje nak mengarahkan orang.

"Macam mana saya boleh percaya kan Encik Ashraf takkan mengancam nyawa saya."
Mengibas rambut ke belakang dengan mengulum senyum pertanyaan itu?.Mana mungkin Ashraf sanggup mengancam nyawa gadis itu setelah berjaya memporak perandakan hatinya Cik Hairah Kasturi perlu bertanggungjawab!.

"Kau ni melampau tau tak.Aku dah selamatkan nyawa kau dengan gadaikan nyawa aku sendiri dan kau boleh tuduh aku bukan-bukan macam ni."

"Siapa tahu.Encik Ashraf kan tak pernah puas hati dengan saya.Entah-entah encik Ashraf dah merancang untuk buat saya kemalangan."
Itu juga tidak mustahil akan terjadi menurutnya.
Pelik bunyinya jika lelaki kaki perempuan ini menyelamatkan dirinya tanpa sebab yang munasabah.Setiap kali bertemu pasti akan bertekak Hairah tidak melihat kejujuran diatas kejadian itu.

"Anak siapa lah aku jumpa ni.Bukan setakat perangai dingin macam ais, kepala dia pun keras mengalahkan ais batu yang ada kat kutub utara."
Hairah menjengil kearah Ashraf dengan kedua tangannya bercekak pinggang.

"Encik Ashraf mengata saya?."

"Tak lah aku tengah bercakap dengan tayar superbike ni.Dan sejak bila pulak jadi formal sangat ni sebelum ni elok aje 'I,U,aku,kau sekarang nak ber'encik-encik' why.?."
Ashraf tidak menyangka rencananya akan jadi seperti ini mengapa hatinya boleh terpaut pada gadis degil seperti Hairah.
Jika mereka terus berdebat begini alamatnya hingga ke hari esok lah jawabnya takkan habis.

'Sejak bila kita rapat yang perlu mewujudkan suasana harmoni.'
Hairah berdongkol geram dia perlu cari solusi agar tidak terperangkap dalam jerat Ashraf.

"Ok,kita cakap kat sini ajelah ya!. Pertama sekali saya nak ucap terima kasih sebab dah selamatkan saya,maaf tak sempat jenguk encik Ashraf sebelum ni.Saya tak sangka encik..."

"Keluar dating dengan aku."

"What?."
Hairah menahan tawa.Adakah lelaki ini cuba untuk mengenakan dirinya.

"Keluar deting dengan aku untuk sehari.Itupun kalau kau rasa terhutang budi dan ikhlas nak minta maaf pada aku."
Pecahan tawa Hairah mendengar nya.
Lawak apakah ini lawak dari persatuan buaya Malaysia ke apa.

"Apa yang lucu."
Geram suaranya menekan pertanyaan itu Hairah pula geleng kepala dengan cuba menahan tawa.

"Saya tahu encik Ashraf dah selamatkan nyawa saya.Tapi apa yang encik Ashraf katakkan tadi adalah satu gurauan yang langsung tak kelakar ok."
Menarik nafas dalam meski dia tersenyum, hakikatnya dirinya sedang menahan sabar tingkat dewa.
Ashraf..awak nak permainkan saya ke.

"So Cik Kasturi nak kata saya tak berbakat buat lawak.Tapi maaf itu bukan gurauan."
Langkah diangkat mendekati gadis itu namun terhenti bila mendengar suara seseorang.

"Jangan paksa Cik Ira kalau dia tak nak."

"Ian.."
Bukankah yang sedang mengawasi gerak-geri nya adalah Hakimi dan kini Julian muncul datang mencelah diantara dirinya dan Ashraf.
Ashraf tersenyum sinis melihat gaya Julian yang penuh keangkuhan.
Julian menapak setapak mendekati Ashraf terasa aura dinginnya.
Hairah memandang keduanya silih berganti ketingianya yang berada pada 175cm ditambah kasut tumit yang dipakai membuatnya hampir selari dengan kedua lelaki itu.Tatapan kedua lelaki itu seperti musuh tradisi yang sudah lama tidak bertemu lagaknya.

"Wah.. anjing dah menyalak nak selamatkan tuan dia."
Hairah pandang Ashraf kurang senang dengan ucapan lelaki itu terhadap Julian.

"Cik Irah dibawah pengawasan aku..Atas arahan papa Cik Irah dia tak boleh bergaul dengan sembarangan orang.Terutama sekali orang itu adalah orang yang terakhir yang menyebabkan nyawa Cik Irah hampir terancam."

"Kau ni memang jenis manusia penyebok ke apa.Dulu Aku ingat Kau ni boyfrend Cik Kasturi,tapi tak kut.Kalau setakat bodyguard buat cara macam bodyguard!.Aku tak rasa perempuan kelas atasan nak pandang anjing kurap macam kau ni."
Julian tersenyum segaris dengan kata-kata sinis Ashraf padanya.Sejak pertemuan mereka di cafe tempoh hari dia sudah menyiasat latar belakang lelaki ini.Ashraf merupakan anak seorang ahli perniagaan yang sering bertukar ganti perempuan.Namun semua itu tidak diceritakan pada Wildan.

"Aku dah selamatkan nyawa dia.Dan jika kejadian seperti itu berulang aku takkan berfikir dua kali untuk selamatkan Cik Kasturi untuk kedua kalinya."

"Menarik..tapi aku tak pernah jumpa buaya jadi hero.Tapi maaf aku perlu kawal anak majikan aku dengan rapi sekali.Yelah..sebelum ni kau pernah buat onar cik Irah mengandung anak kau.Manalah tahu lelaki tak guna macam kau ni ada niat nak buat dia mengandung aku nampak dia macam ada hati kat kau."

PLAK...
Wajah itu terteleng tidak sangka Hairah naik tangan padanya segaris smirk sinis dilorek lalu membawa wajah tepat ke arah mata Hairah yang penuh terluka dengan kata-kata nya tadi.Gadis itu menahan air mata nya menitis didepan Julian.Tidak sangka Julian akan merendahkan dirinya seperti itu sekali.

"He's right, you're just a bodyguard.Jangan nak memandai tentukan dengan siapa saya perlu bergaul.Kalau saya terluka kerana orang lain, itu tak sakit berbanding luka yang seseorang itu dah bagi."

"So betulalh awak ada hati dengan si tak guna ni."

"Why kau cemburu kalau aku ada hati dengan dia?.Rasanya kau dah salah faham,.Ya,I admit that I often think of him.Tapi itu bukan bererti yang aku ada perasaan pada dia.Aku tak perlu bagi tahu kau tak ada hak!"
Ashraf merasakan dirinya tidak wujud bila hanya perlu jadi pemerhati interaksi antara dua makhluk itu.Jadi sangkaannya benar Hairah dan si apek ni ada hubungan istimewa.

"Dia sama taraf dengan aku,tak salahkan kalau aku cuba untuk bagi dia peluang.Cukup selama ni aku bercampur dengan sampah busuk.Sedar kedudukan kau dekat mana kalau bukan sebab papa aku kau takde apa-apa."
Sakit cukup sakit apatahlagi kata-kata yang dilontar dari mulut orang yang kita sayang, begitu didamba di agung-agungkan didalam hati.
Julian merasakan maruahnya di lecehlah Hairah dihadapan Ashraf.
Diam ketiga mereka terasa hening.Merasakan suasana janggal Ashraf angkat bicara tapi Hairah terlebih dahulu berkata.

"Kongsi gelap mahupun kaki perempuan aku tak nak ada kena mengena."

"Untuk Encik Ashraf,Why you ingat I ni perempuan murah macam perempuan lain keliling pinggang you ke?."
Mak Kau..Dia pun kena sekali.
Ashraf ketawa lepas dalam nada kurang percaya.Perempuan ini sedang merendahkanya
Hairah menghadapkan wajahnya sepenuhnya pada Julian dengan penuh benci.

"Jangan disebabkan sikap egois awak ni orang lain terluka.Lepaskan apa yang awak dah lepaskan saya bukan barang mainan yang sering dipermainkan.Dan jangan gunakan Hakimi untuk ada dekat dengan saya.Ingat saya tak nak sampah mengangu rongga pernafasan saya."
Sejak peristiwa Julian bertindak mengakhiri hubungan mereka berdua.Acap kali itu Hairah sering mencemuh dirinya namun kali ini kata-kata gadis itu benar membuat sekeping hatinya terguris.Hairah dirundun rasa bersalah sungguh dirinya tidak kuat tiap kali mengeluarkan kata-kata hinaan pada Julian bukankah ini yang keduanya inginkan salin membenci
Hairah memusingkan badan bersiap untuk melangkah pergi.Namun disaat bersamaan Julian telah memaut lengannya.

"Lepaskan dia!.Kau tak dengar ke apa yang dia cakap tadi nak aku ulang?."
Ashraf memegang bahu Julian membuat Julian bengang lalu bertindak menumbuk muka tampan Ashraf.

Badannya jatuh menyapa lantai parking,Ashraf menolak pipi kiri begitu sinis bila menyentuh sudut bibirnya berdarah.

"Ian apa awak buat ni orang tu baru sembuh dari sakit."
Hairah bergerak mendapatkan Ashraf tapi lelaki itu menepis kemarahannya meluap bila lelaki serendah Julian berani menyentuhnya.
Maka terjadilah perkalihan antara kedua lelaki itu.

Happy Reading DR ❤️... Maaf if typo serta kekurangan di part cacat celah mohon faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience