Bab: 4

Drama Series 4427

Hairah menghempas beg sandangnya dan beberapa fail ke atas katil lalu merebahkan badan seraya mata terpejam rapat nafas berat dihembuskan,hari yang begitu memenatkan dan menyebalkan.

"Arghhhh...."
Hairah terjerit sakit hati lalu menegakkan badannya untuk bagun.Bila bayangan wajah Ashraf muncul mengganggu ketenteraman mindanya membuatnya stress.

"Kau bela jenis saka apa ha lelaki biadap,tak ada tamadun jebon,monyet,buaya,biawak."
Segala jenis binatang terkeluar dari mulutnya begitu kesal pada lelaki itu.
Haishhh...kalau beginilah kehidupan memang dia akan mengalami tekanan mantel.

"Mulut cabul.."
Blouse paras paha yang membaluti tubuhnya terasa panas lantas dibuka.Dia melangkah ke arah bilik air dengan hanya berbikini.Pili air shower diputar perlahan air membasahi tubuhnya wajahnya diusap lembut, matanya terpejam rapat.
Hati yang panas perlahan surut menjadi tenang namun itu tidak berlangsung lama bila wajah itu muncul semula menerjah ke ruang fikiran.

"Tak guna,asal wajah monyet tu lagi.."
Hairah berdongkol geram,aduh..adakah kepala otaknya telah membuat setting wajah lelaki itu tanpa persetujuan darinya.
Pantulan dirinya pada cermin diperhatikan.

"Oh nooo.."
Dia tergeleng dengan pemikirannya sendiri.Kepalanya diketuk-ketuk.

"Derhaka punya otak."

"Sial betulalh Ashraff jebon monyet ni."
Bath sponge dicapai lalu menekan sabun mandian.
Membersihkan diri, sedaya upaya melawan fikiran bodohnya memikirkan tentang Ashraf.
Setelah selesai membersihkan diri badannya dibaluti kimino dan bergerak menuju ke singki berus gigi dicapai lalu mengoleskan pasta gigi.

Sambil bersenandung dalam hati kegiatan diteruskan.Tiba-tiba pergerakan tanganya terhenti melihat pantulan Ashraf pada cermin juga turut serta disebelahnya menggosok gigi,dengan selamba lelaki itu mengusap puncak kepalanya yang dibaluti tuala.

"Tidak- tidak.. pergi...pergi.."

"Ahhh...monyet sesat....pergi.."
Terkebil-kebil gadis itu bila bayangan Ashraf sudah menghilang.Segera dia membersihkan mulut lalu belakang telapak tangan menyentuh dahi memeriksa suhu badannya.Haaaa....,dia memang sudah tidak betul bila asyik-asyik memikirkan orang yang sepatutnya dia fikirkan.Bagaimana kalau Julian tahu dia sedang menghalu lelaki selain dari kekasih hatinya itu.,Dalam diam fikirannya telah berkhianat pada tuan badan.Dia sedang curang kah?.

Rasanya dia sudah gila.Apa yang terjadi pada dirinya, adakah lelaki itu sudah menjampinya.
Tergeleng-geleng kepala nya,dia perlu memeriksa keadaan dirinya.Rasanya baru sekali dua dia berjumpa dengan lelaki itu takkan begitu impak buruknya sekali.

"Apa tak kena dengan Aku ni takkan aku dah angau dengan mamat berdebah tu.Habis tu Ian aku nak letak kat mana."
Sepanjang senja hingga malam bertandang gadis itu terus mengomel dan bercakap seorang diri.Dia juga tidak turun makan hanya berkurang dalam bilik.Buat apa dia hendak turun jika hanya makan seorang diri, Wildan bukanya ada dirumah lelaki itu terlalu sibuk berada diluar kadang terbang kesana kemari berhari-hari,jarang sekali mereka anak beranak duduk semeja untuk makan jika dalam seminggu Hairah boleh mengira hitungan jari sahaja.Dulu saat zaman sekolah dia akan selalu makan dirumah Julian memandangkan Wildan begitu sibuk.Dan saat hubungannya dengan Julian yang terasa dingin gadis itu akan keluar menyibukkan diri bersama kawan-kawan sekuliahnya dan perkara itu berlarutan hingga ke hari ini.Sebab itu dia inginkan keluarga yang sempurna dia inginkan seorang ibu, seorang adik agar kehidupan hariannya tidak terasa hambar.

* * *

"Julian."
Mendengar namanya dipanggil langkah nya terbantut untuk menaiki tangga.Sedikit dia tersenyum menghampiri wanita yang tengah duduk diruang tamu itu.

"Ma, kenapa belum tidur?."
Julian mengambil duduk disebelah ibunya.
Zian memerhati sejenak wajah anak tunggalnya itu sebelum melepaskan nafas berat yang bersarang di dada.

"Ma ada perkara nak dibincangkan dengan Ian.."Ujar Zian harap Julian tidak akan menolak.

"Nak bincang apa?."

"Ma dah telefon uncle Xian.. Minggu depan you mesti fly pergi Canada."
Terkebil-kebil matanya mendengar keputusan yang dibuat oleh mamanya tanpa berbincang dengan nya terlebih dahulu.

"Why all of a sudden?, kenapa tak bincang dengan Ian dulu sebelum buat keputusan."Tanya Julian dengan nada tidak puas hati tapi masih mampu mengawal diri.

"Sebab ma tahu you takkan setuju."

"Tak Ian takkan pergi."Ujar Julian dengan penuh penekanan membuat Zian mengeluh perlahan.

"Berhenti setakat itu sahaja..Dendam takkan membawa Ian kemana melainkan memudaratkan diri.You are only twenty years old,pergi Canada sambung belajar lupakan apa yang terjadi kat sini."

"Ma..pa mati depan mata kita.."

"Habis tu apa yang you nak?.Nak abu papa bercantum untuk hidup semula dan cakap pada Ian untuk berhenti.Ma tak yakin kamu mampu balsa dendam jika kamu dah jatuh hati pada anak musuh you sendiri."
Julian meraih tangan mamanya pandangannya sedikit redup.Melihat itu membuat Zian rasa bersalah,namun dia tidak boleh membiarkan nyawa anak lelakinya itu melayang.

"Ma Hairah tak ada kena mengena dalam hal ni.Dari sekolah hingga sekarang Ian kenal Irah dia gadis yang baik."
Zian melepaskan tautan tangan Julian pada jarinya, dia berdiri.Sedikit geram wanita itu dengan sikap degil Julian.

"Satu,dia anak musuh you.Dua you all berlainan agama dan taraf.Tiga jangan nak membantah cukup setakat ini ma berlembut dengan Ian."

"Ian takkan pergi selagi tak tuntut bela atas kematian pa dan bawa Hairah pergi dari lelaki iblis tu."Jawab Julian dengan keras kepalanya dia tidak akan mengalah dengan mudah.Berhenti separuh jalan itu bukan caranya,apa nak jadi, jadilah dia tidak peduli.

"Forgive me!."
Dia juga turut berdiri, dahi mamanya dikecup lalu melangkah pergi.

"Julian Yi Qian."
Panggilan dari mamanya tidak dihiraukan lagi.
Makin geram wanita itu dibuatnya.Tidak apa,dia ada satu jalan lagi untuk memujuk Julian keluar dari Malaysia.

Setelah meloloskan diri kedalam kereta Julian memukul stereng dengan perasaan penuh tidak puas hati.

"Arghhhh..."
Suara jantannya memecah kebisuan malam,.
Kesal dengan nasib hidupnya sendiri.Kenapa kehidupannya tidak normal seperti orang lain.

Perlahan kenangan saat zaman sekolah menengah menerjah masuk ke dalam kotak memorinya...

Begitu wisel berbunyi menandakan masa permainan telah tamat Hairah segera melaungkan nama lelaki itu.

"Ian.."
Julian keluar dari gelanggang bola keranjang melihat Hairah sudah berdiri di luar sedang melambaikan tangan kearahnya.Julian menghampiri gadis itu dengan peluh yang menitis membanjiri tubuhnya.Botol air disuakan pada lelaki Julian.

"Saya nak ajak awak jumpa papa saya hari ni lepas balik dari sekolah."

"Hemm.. seronoknya saya.Macam nilah calon isteri saya, takkan saya aje yang kenalkan awak dengan keluarga saya."
Julian mengoyakkan senyuman puncak kepala Hairah diacak-acak membuat gadis itu berdecak dan cuba mengalihkan tangan Julian diatas kepalanya.Melihat wajah Hairah sudah cemburut membuat Julian terkekeh geli hati.

"Gatalnya mamat mata sapet ni tak sedar diri umur baru enam belas tahun.."
Sudah lama dia mengenali gadis itu ketika dia berusia sebelas tahun saat itu dia merupakan pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hairah.Dia yang menjadi perlindung kepada gadis yang cenggeng itu dan hubungan persahabatan mereka berkekalan hingga ke hari ini malah hubungan keduanya lebih dari sekadar biasa.

"Saya gatal dengan awak sorang je."
Mencebik Hairah mendengar jawapan balas lelaki itu.Hairah yang sering menceritakan padanya bahawa dia tidak mempunyai seorang ibu dengan senang hati Julian akan membawa Hairah selalu bertemu mamanya.Bezanya gadis itu tidak pernah memperkenalkan ahli keluarga nya, Julian hanya pernah melihat papa yang digelar Hairah dari jarak jauh itupun siap berkacamata gelap.

Seperti yang dijanjikan petang itu Hairah mengajak Julian bertandang ke rumahnya.

"Besarnya rumah awak.."
Terpegun Julian dengan perasaan kagum namun dia sedikit cuak melihat empat orang lelaki berseragam hitam sedang berbual-bual di laman depan rumah banglo milik gadis itu.Pertama kali menginjak ke rumah Hairah setelah enam tahun berkenalan sangat mendebarkan baginya.

"Siapa mereka itu.."

"Awak tak usah takut mereka pekerja papa saya."
Hairah mengamit tangan Julian menunju ke atas untuk bertemu dengan Wildan.

"Papa.."

"Anak papa dah balik."
Hairah melepaskan tautan pada tangan Julian lalu berlari anak menuju ke arah papanya.

Julian hampir tidak merasakan pijakkan di lantai ruangan itu melihat lelaki yang digelar papa oleh Hairah sebentar tadi.Tentunya di mengenali wajah lelaki itu.Lelaki yang tidak punya sifat berperikemanusiaan yang telah membunuh mendiang papanya.Dia seakan tidak percaya bagaimana gadis sebaik Hairah mendapatkan ayah sekejam lelaki itu.Tanganya dikepal kuat menahan amarah.Mujur otaknya tidak tersalut emosi kalau tidak dia akan mengamuk dan menggila sekarang juga.

"Ni ke kawan yang Irah cakap nak perkenalkan pada papa."
Silih berganti Wildan memerhati Julian dan Hairah yang masih mengenakan seragam sekolah.Hairah tersenyum dengan anggukan kecil lalu menapak kearah Julian menarik lengan lelaki itu untuk dibawa mendekat ke arah Wildan.Julian yakin Hairah dapat merasakan tangan nya yang bergetar juga terasa sejuk.

"Saya banyak dengar tentang kamu dari Hairah."
Mahu tidak mahu terpaksalah Julian tersenyum walaupun pipinya tersa berat untuk bergerak.
Wildan tidak mengenali dirinya kerana ketika itu mamanya menyembunyikan diri nya kedalam almari.Tapi dia ingat dengan begitu jelas wajah lelaki ini.

Itu bukan pertemuan pertama mahupun kali terakhir antaranya dengan Wildan.Sejak dari hari itu Julian bertekad untuk menuntut bela atas kematian mendiang papanya.
Dia akan kerap datang bertemu dengan Hairah tanpa berselindung dihadapan Wildan, semakin hari hubungannya menjadi rapat bersama papa Hairah.Hingga ketika dia berusia lapan belas tahun dia merayu untuk memasuki kumpulan Red eagle eyes atau nama singkatan bagi kumpulan itu RE2.Ternyata bukan mudah menerobos ke dalam kumpulan itu tanpa memberi sumpah dan ikrar setia.Dia yang pada mulanya menyembunyikan hal itu dari Hairah akhirnya terpaksa menadah telinga bila gadis itu mendapat tahu Julian bukan sahaja mendapat tentangan dari Hairah malah mamanya turut sama terkejut hingga wanita itu sempat pengsan dibuatnya.

"Awak jangan cakap awak masuk kumpulan tu Ian?."Tanya Hairah dengan riak penuh selidik,jangan!.dua berharap Julian menidakkan apa yang sedang dia pertanyaan.

"Sorry sunshine I terlalu taksub untuk jadi part of that group."
Pembohongan yang langsung tidak masuk akal bagi Hairah.

"Kita dah janji nak sambung belajar together awak dah lupa ke?."

"Awak sambung ok sunshine!.Saya dah tak berminat nak jadi dokter saya nak jadi macam papa awak nampak cool apa."
Geram dengan penjelasan Julian padanya Hairah bertekad untuk mengambil jurusan perundangan agar menjadi seorang peguam dikemudian hari.Undang-undang dan jenayah kotor itu yang terlintas dalam benak Hairah saat memberi tahu akan hal ini pada Julian.
Julian tidak mampu menghalang seperti mana Hairah tidak mampu menghalangnya dan mengetahui niat sebenarnya untuk masuk kedalam kumpulan Wildan adalah untuk niat membalas dendam.
Mereka berdua telah membawa haluan masing-masing untuk mencipta kerjaya tersendiri.Impian untuk menjadi seorang dokter dikuburkan bersama perasaan keduanya yang makin malap.

Oleh kerana diburu rasa bersalah Julian menjauhkan diri dari Hairah hubungan keduanya dingin hingga gadis itu memasuki IPTA.Hairah hanya akan menemuinya secara senyap-senyap tapi Julian tidak mahu gadis itu terlibat dengan sebarang masalah untuk itu Julian akan bertemu dengan Hairah atas perintah dari Wildan sahaja.
Bukan Hairah yang harus melindunginya tapi dia yang perlu melindungi gadis yang begitu dicintainya itu dari orang seperti Wildan meski orang itu adalah papa kepada Hairah sendiri.
Sejak berkerja dengan lelaki itu Julian sudah kenal dan masak perangai sebenar Wildan yang kononnya seorang ayah yang penyayang.

* * *

Setelah menyelesaikan kegiatannya Ashraf bangkit dari ranjang menuju bilik air membersihkan dirinya.Selang sepuluh minit kemudian dia keluar dengan wajah segar, tubuh atlesnya hanya dibaluti tuala.Perutnya yang berotot disentuh tersenyum bangga sekilas lelaki itu menoleh pada tubuh seorang perempuan yang terkulai lemas atas katil angkara ulahnya.Senaman yang paling digemari selain pergi ke gim setiap hujung minggu.Dia baru mahu taubat dari kegiatan kotornya itu tapi satu raut wajah telah mengganggu mindanya hingga membuatnya menjadi kusut dan memaksa dirinya melanggar prinsip taubatnya itu.
Bajunya yang berselerak di lantai dikutip lalu disarungkan pada tubuhnya.
Beberapa kepingan not warna ungu dikeluarkan dalam wallet dompet lalu diletakkan dibawah handphone gadis itu yang berada diatas drawers.

Ashraf keluar dari bilik hotel, ketika di lobi di berpampasan dengan seorang lelaki langkahnya terhenti.Dia menoleh kebelakang lelaki itu sudah menghilang menuju lif.Dia merasakan perasaan aneh adakah dia yang terlalu perasaan.Lelaki itu mempunyai sedikit iras seperti wajahnya bezanya wajah itu terlalu matang.

Malas ambil pusing Ashraf mengatur langkah semula.

Jam sudah menunjukkan tepat dua pagi.Ashraf menyalakan eletrik serta merta ruangan apartment nya menjadi terang menderang.Badanya direbahkan di atas sofa,lelaki itu cuba untuk memejam mata malah bayangkan wajah gadis karek itu pula yang muncul.Sejak pertemuannya dengan Hairah tidak pernah sekali dia tidak memikirkan gadis itu.Oleh kerana itu dia meniduri seorang perempuan bayaran untuk melupakan Hairah.Dalam kamus hidupnya tidak ada perkataan yang tertulis cinta pandang pertama,lalu apa yang terjadi pada dirinya semudah itu kah egonya tercalar pada gadis itu.

Tidak,ini bukan cinta.Ini hanyalah perasaan bodoh yang cuba menyesatkan.Dia harus memberikan pengajaran pada gadis itu,..
Hidupnya tidak punya peraturan dia yang akan membuat peraturan sendiri.Siapa- duduk di rumah bila kerap kali bertengkar dengan abahnya dia pulang kerumah hanya sekali sekala.Tan sri Azlan begitu bertegas padanya dirinya pula tidak suka dikongkong
impiannya kerana desakan dari abahnya untuk menjadi pewaris syarikat milik Tan Sri Azlan kelak.

Hahaha sorry Sky tak reti bahasa mandarin so buat melay ajelah part Julian dengan mama dia tu.•_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience