Bab: 10

Drama Series 4427

Hairah menonong masuk kedalam rumah dengan kepala tertunduk.Tagisannya tidak mampu dihentikan, sepanjang perjalanan pulang kerumah dia hanya menagis dengan mengutuk Julian juga dirinya sendiri kerana bodoh dan mudah dibodohkan dengan cinta pada lelaki itu.
Mengapa putus cinta begitu menyakitkan seandainya sahaja dia tidak pernah mencintai Julian.

"Irah sayang.."
Panggilan dari Wildan tidak diendahkan ketika berselisih di tengah tangga.
Melihat keadaan anak gadisnya begitu segera Wildan mengorak langkah yang laju cuba menyaingi langkah Hairah.

Wildan berjaya menangkap pergelangan tangan nya lalu menarik dirinya berpusing lalu dipeluk dengan kejap.

"Bagi tahu apa yang jadi, kenapa anak papa ni menagis,siapa buat Irah macam ni?."
Sudah tentu dia tahu namun pertanyaan nya hanya sekadar basa-basih,Wildan mengusap belakang anak gadisnya cuba menenangkan.Tagisnya tidak redha malah makin menjadi-jadi bila Wildan berbuat begitu.

"There no one lah pa."

"Hairah!"
Tegas,suara itu meminta penjelasan.

"Julian,tapi please jangan apa-apakan Ian pa."
Wildan mendengus kasar akan sikap anak gadisnya,sudah terluka tapi tetap juga mempertahankan Julian.

"Papa dah agak mesti.."

"Papa tahu"
Soalnya dengan tatapan curiga.

"Papa dah lama tahu saja buat-buat tak tahu."

"Papa bukan punca Ian jadi macam ni kan?.,"

"Sweet heart, takkan papa nak buat macam tu.Irah kan anak satunya kesayangan papa.Macam mana keadaan kawan Irah tu teruk tak dia kena?."
Sengaja Wildan mengubah topik,.Dia tahu anak perempuan nya ini tidak akan berpuas hati selagi tidak menyoal dengan lebih terperinci.

"Taklah teruk sangat.,Irah tak sempat jenguk Ash tadi."

"Takpe esok papa teman, jadwal penerbangan papa sebelah petang."

"Thanks pa."
Sekali lagi dia memeluk Wildan sebagai tanda terima kasih, kerana memahami dirinya.

"Dah pergi masuk tidur dah larut malam ni."
Senyuman tipis diukir sebelum melangkah pergi masuk ke dalam bilik.Wildan hanya memandang tubuh langsing anak gadisnya menghilang ,nafas kasar terluah, begitu gusar.
Dia sudah meminta anak buahnya menyelidik siapa dalang di sebalik semua ini.Tidak terkejut,bila perkara bodoh ini dilakukan oleh budak hingusan yang kononnya ingin mengugutnya.

Hairah merebahkan badannya diatas katil perlahan butiran air mata mengalir membasahi pipi,.Air mata yang sempat berhenti ketika dihadapkan papanya tadi disambung semula.

Banyak yang telah dilalui sepanjang bersama dengan Julian pahit manis semuanya mereka berbagi.Hairah mengiring merekot membuang pandangan keluar jendela dimana bulan kelihatan begitu indah luar biasa dihiasi kerlipan bintang-bintang didada langit.
Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi menerobos masuk keruang bilik tidurnya sedikit sebanyak memberinya kenyamanan meski tidak sepenuhnya namun sekurang-kurangnya mampu menyamankan kalbu yang penuh dengan kerapuhan.

Terselak memori beberapa tahun yang lalu menerjah benak di minda.

"Macam mana kalau saya berani buat?."
Rakan kelas mereka yang lain menoleh kearah mereka berdua.Julian sedang membuat taruhan meletupkan belon agar Hairah mahu menjadi kekasihnya.

"Tiup belon pun takut,ada hati nak letupkan belon ni pada muka dia.."
Hairah tergelak mentertawakan Julian disambut rakan-rakan yang lain.Keles mereka sedang menghias untuk acara perpisahan guru kelas mereka.

"Awak nak berapa?."
Soalnya dengan dada berkobar-kobar.
Keinginan cintanya lebih besar berbanding rasa takutnya pada belon.

"Cukup lima."
Hairah menahan tawa fikirnya Julian hanya main-main,namun sangkaannya itu meleset.

Julian mencapai huluran belon yang diberikan oleh seorang rakan padanya.
Dia menarik nafas dalam dengan menelan liur gugup.
Terkebil-kebil Hairah bila Julian memposisikan belon pada wajah lelaki itu,perlahan menekan dan...

TUP....
Julian menahan sakit membuat Hairah terkebil-kebil tidak percaya dan risau melihat wajah Julian yang kemerahan.

"Yeyyyyy....Empat lagi kita akan menyaksikan sweet couple terhangat di sekolah ini secara rasminya menjadi merpati dua sejoli."
Sorak seorang pelajar perempuan disambut sorakan semangat dari rakan lain.

Pada saat belon keempat akan diletupkan Hairah menahan tangan Julian membenamkan wajah pada belon berbentuk love.Betulah mamat ni pantang dicabar, bukan dia tidak kenal Julian.

"Cukup Ian!."
Membuat rakan-rakan yang lain turut berdebar akan tindakan yang akan Hairah lakukan.
Mengapa secara tiba-tiba meminta Julian berhenti.

"Ok saya terima, untuk jawapan yang awak minta dari saya tadi pagi.Yes I love you too."
Julian tersenyum lebar mendengar jawapan Hairah lalu meraih tangan mulus si gadis digenggam erat.
Sorakan bergema dari kelas aliran sains ada sesetengah pelajar perempuan disitu tersipu malu seolah mereka yang berada ditempat Hairah.

"Eh'..ini dah lebih ni boleh buat kilang gula tutup."
Celah seorang pelajar lelaki disambut tawa rakan kelas yang lain.
Hairah menyekah buliran air mata mengenang saat-saat manis sewaktu bersama Julian.
Tidak sangka perhubungan mereka akan berakhir begini.

Dan dibawa langit yang sama dengan pancaran seribu satu keindahan,begitu halnya yang sama pada Ashraf dan Julian bergumam nama gadis yang sama.Ashraf tersenyum sendirian mengingat detik melindungi Hairah,dia hanya mengikut kata hati untuk berbuat demikian.Manakala Julian tangisan yang sesekali membuatnya tersenyum mengejek dirinya sendiri kerana telah melukai gadis yang begitu dicintai.
Ia betul kata orang,mencintai tidak seharusnya memiliki.
Jika tuhah telah berkehendak,sekuat apa pun rasa cinta yang ingin kita miliki jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk kita pasti tidak akan menyatu.Namun siapa tahu tuhan mempunyai rencana tersendiri menguji hambanya dalam alur masa yang berbeza.
Deringan telefon pada kocek seluarnya membuyarkan hayalan pada seraut wajah cantik milik Hairah.Julian bangkit dari cermin depan kereta menegakkan badan dan melihat skrin telefon nama Wildan.

"Shittt."

* * *
Pada malam ini gelanggang tinju satu ruang bawah tanah milik Wildan menjadi saksi untuk koncoh-koncoh lelaki itu.Ini dianggap sebagai latihan bagi mereka mahupun perkara biasa memandang boss mereka itu suka bertinju dengan ahli kumpulan RE2 yang mempunyai bentuk badan seakan ahli bina badan sekurang-kurangnya seminggu dua kali.Tapi berbeza bagi Wildan

Julian sudah bersiap-sedia memasang langkah kuda-kuda begitu juga dengan Wildan keduanya siap memakai seluar ala muay thai hanya bertelanjang dada.Julian melapangkan dada inilah masanya memberi pengajaran pada lelaki itu,.

'Apa dia ingat semua benda ikut telunjuk sial dia sahaja,.'

Julian terlebih dahulu melayangkan tinju pada pipi Wildan namun serangannya berjaya ditepis malah majikannya itu menangkap lengannya lalu menyiku belakang bahu nya hingga membuat Julian tersungkur.Wildan memandang nya dengan kening terjungkit keatas seakan melecehkan kemampuan dirinya.
Begitu gamat sorakan dari ahli kumpulan,entah sorakan atas dasar sokongan atau sebaliknya.
Dua puluh minit berbelas serangan.Julian tidak kalah hebatnya membalas setiap serangan Wildan padanya.

Julian bangkit mengundang senyuman sinis Wildan.Sekali lagi Julian menyerang tiga serangan bertubi-tubi tepat mengenai dada bidang Wildan hingga membuat lelaki itu terundur dua langkah.

"Kau terlalu berusaha Wolf."

Tapi siapa Julian untuk melawan orang berpengalaman seperti Wildan,.Bagi lelaki itu Julian hanyalah budak hingusan dua puluh tahun.
Julian rebah terlentang diatas gelanggang bila Wildan meninju wajah kacak nya hingga bibirnya berdarah membuat kulit wajahnya kemerahan.

Wildan menunduk sekali lagi melemparkan senyuman sinis.

"Jangan pernah sakiti anak aku lagi!, jika kau tidak ingin lebih parah dari ini,Aku akan beri kepercayaan menjadi orang terkuat aku tapi untuk anak gadis aku terima kasih kerana undur diri."

Wildan keluar dari gelanggang meninggalkan Julian terlentang mengusap bibirnya yang pecah.Lelaki itu tidak bergeming,terbuai melayan perasaan sendiri.

"Wolf."
Julian hanya pasrah memandang wajah Hakimi yang sedang menghulur tangan untuk membantu dirinya bangkit.
Sampai bila dirinya harus kalah begini dengan Wildan.Dia harus merancang lebih rapi lagi jika ingin mengalahkan Wildan.

* * *
Pagi ini seperti yang direncanakan, Wildan menemani Hairah melawat Ashraf sekaligus ingin mengucapkan terima kasih atas budi baik lelaki itu. Mereka bertandang ke hospital ditemani bodyguard yang hanya menunggu diruang lobi sebagai tanda berjaga-jaga.

Wildan melangkah bersama anak gadisnya keluar dalam perut lif menuju wad dimana Ashraf ditempatkan.

"Ya encik dan puan ada apa yang boleh kami bantu?."
Soal seorang jururawat bersama seorang lagi rakan setugasnya yang sedang mengemaskan cadar katil pesakit yang mengundang persoalan dibenak Hairah.

"Ini katil wad atas nama Ashraf Adham kan?."

"Betul,tapi sebentar tadi pesakit dah discaj."

"Discaj.?"
Jururawat yang berujar tadi tersenyum ramah,tahu gadis itu sedang kebingungan.

"Keluarga pesakit meminta pihak hospital untuk encik Ashraf discaj dan akan dirawat dirumah dengan khidmat jururawat yang berbayar."
Hairah mengeluh kecewa,.

"It's ok, terima kasih."
Kedua jururawat muda itu tersipu bila anak mata mereka beradu pandang sepasang mata hitam pekat milik Wildan.Perempuan, Wildan sangat mengenali perempuan lebih dari kaum hawa itu mengenali diri mereka.

Hairah melangkah kecewa keluar wad disusuli Wildan.

"Takpe nanti Irah boleh jumpa kawan Irah tu kat kampus nanti untuk ucapan terima kasih.Jomlah gerak papa ada kerja nak disatelkan kat pelabuhan sebelum flaight petang nanti."
Entah harus bangga atau kecewa dengan kesungguhan Wildan.Bangga kerana berkerja keras, kecewa kerna papannya aktif melibatkan diri dengan kerja-kerja haram.

Setelah mereka kembali kedalam kenderaan, Wildan mengamati wajah anak gadisnya yang tidak ada serinya seperti selalu.

"Berapa hari papa pergi Manila?."

"Dua minggu."
Jawabnya enteng membuat Hairah memutar badan sepenuhnya menghadap Wildan yang duduk disebelah.

"Lamanya,."

"Kenapa Irah ada perancangan apa-apa ke?."
Hairah menggelengkan kepala,.Dia memang ada perancangan untuk memperkenalkan Wildan dengan seorang pensyarah di kampus nya.Lebih baik dia sibukkan diri mencari pengganti mama dari melayan perasaan.

"Papa dah fikir benda ni lama.Semalam papa dah tekad buat keputusan."

"Keputusan apa?."
Wildan menarik nafas dalam seolah keputusan yang dibuat begitu berat.Memang berat,dia akan melepaskan anak gadisnya pergi jauh.

"Papa akan hantar Irah pergi UK belajar kat sana."

"Tapi kenapa tiba-tiba aje ni?."
Terkejut dengan keputusan papanya yang secara tiba-tiba sahaja.Adakah ini berpunca akan hal sebelum ini,Hairah mengeluh tidak terima keputusan yang Wildan buat.

"Kalau sesuatu jadi pada papa sekurang-kurangnya Irah selamat jauh kat sana dan tak akan terpalit dengan situasi yang akan mengancam keadaan Irah.Banyak musuh papa dah tahu akan kelemahan papa.Irah tahu kan papa sanggup kehilangan segalanya tapi tidak anak papa ni."

"Papa nak tinggalkan Irah ke, macam mana mama tinggalkan Irah."Ujarnya bernada sedih.Wildan menghela nafas lalu cuba meraih tangan anak gadisnya itu.

"Sayang dengar sini! pekerjaan papa tak sama macam orang lain.Nyawa adalah satu cagarkan bila-bila masa sahaja akan melayang jika papa terleka.Nasib baik waktu tu kawan Irah ada untuk lindungi Irah boleh jadi musuh papa akan jadikan Irah tebusan."

"Irah tak nak berpisah dengan papa dua puluh tahun pa Irah jadi anak papa.Irah tak pernah berpisah jauh dari papa apatahlagi berbulan yang akan memakan tahun-tahun lamanya."

"Bukankah ini adalah yang terbaik,mudah bagi Irah lupakah Julian dan tak terlalu fikirkan soal papa."

"So papa dah tak sabar jauh dari Irah.Papa nak Irah berdikari hidup sendiri."

"Dan begitu juga dengan Irah bila dah pergi jauh dari papa kan."
Hairah menepuk dahi kenapa pulak papanya salah ertikan apa yang dia katakan.

"Pa bukan itu maksudnya,tapi kan Irah dah besar jauh manapun Irah pergi I am still your daughter. Then, now and forever."
Sesuatu yang indah untuk didengar tapi pahit bila sebuah kenyataan yang manis itu adalah yang menyakitkan.Wildan tersenyum lalu mengusap sayang puncak kepala Hairah.Melihat wajah bersalah si anak dara.Mungkin fikir anak gadisnya itu dia sedang tersinggung.

"Papa tahu sayang.."

* * *
Katakan lah dia tidak tahu malu, mempunyai wajah tembok.Dia ingin melihat cukup hari ini wajah Julian.
Perlahan Hairah menarik nafas dalam sebelum menekan loceng rumah Julian.Dadanya berdebar melihat pagar auto-get besi warna hitam itu berlipat terbuka.Dia juga tahu Julian berada dirumah melihat kereta yang terpaking dihadapan rumah.

"Irah,."
Hairah melangkah masuk menghampiri Zian yang berada dimuka pintu tersenyum anggun menyambut kedatangan dirinya.

"Nak jumpa Ian ke,bagus sangat Irah datang muka dia banyak lebam-lebam.."

"Lebam-lebam kenapa?."
Zian tersenyum melihat garis kerisauan di wajah Hairah.

"Entahlah, aunty bagi ubat dia tak nak."
Mereka berdua jalan beriringan masuk ke dalam rumah, terlihat Julian sedang terbaring di atas sofa.

"Aunty nak naik atas ambik minyak sapu,Irah tolong sapukan ubat untuk Ian ya."
Hairah mengetap bibir seraya berjalan kearah ruang tamu.Dia duduk pada sofa bertentangan, kehadirannya belum disedari Julian,.Hairah memandang wajah Julian yang kelihatan lebam walaupun tidaklah teruk tetap mengundang resah dihati nya.

"Ni ubatnya,.."
Zian menghulurkan kotak ubat,Hairah juga tidak pasti ubat apa yang bertulisan cina itu.

"Aunty nak pergi dapur nak siapkan makan tengahari nanti kita bertiga makan bersama.Irah tolonglah ubatkan anak aunty yang keras kepala ni."
Hairah hanya tersenyum lalu menghantar pandangan kelibat Zian menghilang.

Hairah bangkit lalu beralih duduk di sebelah pinggang Julian.Botol ubat dibuka lalu mencelup kapas catton kedalam minyak sapu.Badanya dicondongkan mendekat,ketika tanganya bergerak ingin mengubati kesan lebam pada wajah Julian,
Julian mengangkat tangan yang tertumpu pada dahinya,pergelangan tangan Hairah dipegang lalu perlahan mata Julian terbuka.

Keduanya diam, hanya anak mata yang bergerak memandang satu sama lain.
Tuhan..Dia tidak rela melepaskan gadis kesayangannya ini menjadi milik orang lain,dia hanya ingin jadi cinta pertama dan terakhir untuk Hairah.

"Aunty nak saya ubatkan awak."
Perlahan Julian melepaskan genggaman pada lengan Hairah.Gadis itu mulai melakukan sapuan pada wajah Julian.
Dulu bila wajah Julian lebam-lebam dia akan bertanya namun kini hanya diurungkan.Dia sudah tidak berani menunjukkan sikap ambil berat tentang Julian.

"Auch.."
Julian mengaduh sakit.Membuat Hairah gagalapan lalu meniup kesan lebam yang disapu ubat tadi.

"Sorry, sorry..sakit ke?."

"Dalam lagi sakit"
Hairah mengecilkan mata,sakit?.dia yang lagi sakit kerana lelaki ini.Mengapa Julian mengatakan sakit.Dia tidak larat untuk bertengkar biarlah apa yang Julian inginkan itu semua bukan keutamaannya lagi.

"Saya dah sapu ubat,saya nak pergi tolong aunty kat dapur."

"Kenapa awak datang,."

"Saya hanya ingin melawat aunty untuk kali terakhir,bukan sebagai kekasih anggap sahaja sebagai kawan datang melawat."
Hairah menyambung semula langkah nya yang terhenti.Julian bangun duduk bersandar mata dipejam merasai aroma yang tersisa sekitarnya ketika Hairah berlalu pergi.

Zian memandang Hairah dan Julian silih berganti.Kedua anak muda itu merenung masakan yang dimasaknya tanpa diusik.

"Terima kasih aunty selalu masakan makanan sedap untuk Irah."

"Irah aunty dah anggap macam anak aunty sendiri.,Makan banyak-banyak"
Hairah tersenyum pahit,hanya memandang hiba Zian menambah sup herba ke dalam mangkuknya.

Sungguh dirinya begitu bertuah dan bersyukur dapat menumpang kasih seorang ibu.
Dia tidak sanggup berpisah dengan wanita ini.
Dia pernah bertekad jika Julian akan berangkat ke Canada Hairah akan menjaga Zian dengan baik sekali.Namun mengapa kini sebaliknya dia akan pergi menjauh dari dua insan yang begitu bermakna dalam hidupnya.

"Aunty terima kasih sekali lagi,buat Irah rasai kasi sayang seorang mama.Irah akan rindu dengan masakan aunty nanti."
Mengapa begitu banyak terima kasih yang diungkap.Zian meletakkan copstik diatas mangkuk nasi.Dahinya berlipat kerisauan wanita itu dapat merasakan ada yang tidak beres dengan kata-kata gadis itu.

"Haiyahh..Irah cakap apa ni, macam aunty cakap sebelum ni.Kalau Irah teringin makan sesuatu cakap sahaja dengan aunty.Aunty boleh masakan."
Julian merasakan debaran ketakutan pada ucapan yang ditutur Hairah sebentar tadi.Entah mengapa hatinya berdebar.

Hairah memandang Julian dihujung meja yang kelihatan menggenggam batang chopstick dengan kuat lalu mengangkat wajahnya beradu pandang menghantar isyarat mata yang menyakitkan.

* * *
Bukan Ashraf namanya kalau tidak duduk diam dirumah dalam waktu sehari.
Sudah tiga hari berlalu sejak puan Sri Vanida berkeras agar dia dirawat dirumah.Walaupun awalnya Ashraf menolak dan berkeras namun mendengar motor kesayangan berkuasa tinggi miliknya akan disita oleh umminya mahu tidak mahu akhirnya dia mengalah.

"Tuan Ashraf nak pergi mama?."
Soal jururawat yang ditugaskan merawatnya hari ini.Gelisah melihat tindakan Ashraf yang sudah berganti pakaian.

"Awak nak pergi mana?, jangan berani-berani nak bagi tahu puan Sri.Duduk diam-diam tunggu saya dah keluar nak buat report ke apa suka hati awak lah."
Ashraf mencapai jaket hitam miliknya dan bersiap memulas tombol pintu untuk keluar melangkah.Jururawat itu tidak mengalah dia bertindak menghalang jalan Ashraf dengan membentang kedua lengannya.

"Tuan Ashraf tak boleh macam ni,luka jahitan pada perut tuan belum kering, dokter pun belum buka jahitan."

"Tepi!.atau nak aku makan kau kat dalam bilik ni,"
Ashraf tersenyum senget melihat leher jururawat bernama Intan itu bergerak menelan liur.Ya sepanjang dalam tempoh rawatan Ashraf menahan diri dari tergoda.Dan dia berjaya melepasi tahap godaan yang hampir membunuh imam yang senipis kulit bawang.Hampir.

"Tugas kau hanya bantu apa yang patut bukan menyebok hal aku"
Ashraf berlalu pergi lalu mengatur langkah menuruni tangga dengan pandangan berwaspada.

"Abang."
Langkahnya yang terhendap-hendap terhenti mendengar suara seseorang menegurnya dari arah belakang.

'Ni lagi sekor'
Hati nya mengerutu sebal.Ahsraf memutar tubuh berpaling ke arah Amsyar sepertinya adiknya yang satu itu ingin keluar juga.

"Abang nak pergi mana?."

"Nak keluar jap jumpa kawan."

"Tapi luka abang."
Terlihat kerisauan diwajah Amsyar memerhati keadaan abang nya yang belum pulih sepenuhnya.

"Am boleh tak jangan banyak tanya, serabut lah macam ni."

"Jom lah keluar sekali., Takkan abang nak tunggang superbike dalam keadaan macam ni kut."
Amsyar jungkit kening,membuat Ashraf melebarkan senyuman dengan pelawaan Amsyar padanya.Cantik..Ada adik yang memahami.

Puan Sri Vanida berjalan menaiki tangga lantai tiga.Tadi sempat puan sri Vanida perasaan kereta Amsyar meninggalkan perkarangan rumah.

Ketika memasuki ruang bilik Ashraf tidak ditemui kelibat anak lelakinya yang seorang itu.

"Intan Ash mana?."
Jururawat bernama Intan itu meramas kedua tangannya terkedip-kedip anak mata memandang puan Sri Vanida.

"Intan saya tanya ni Ashraf mana?."

"Tuan dah keluar."
Puan Sri Vanida tergeleng kepala mendengar apa yang dikatakan Intan tadi.

"Budak ni kan,apa yang keras sangat kepala dia ni.Susah sangat nak dengar arahan.Gatal sangat kaki tu kalau tak keluar nak tengok alam dunia diluar sana."
Intan hanya menadah telinga meski bukan dirinya yang dimarahi tetap sahaja dia rasa bersalah.

"Maafkan saya puan sri."

"Apa pulak awak nak minta maaf ni.Anak sulung saya tu memang macam tu.Asyik nak ikut kepala otak dia sahaja.Pendapat orang lain tak nak dengar bila ditegur cakap tak sayang lah apalah."
Puan sri Vanida mengeluh kecil,kenapa Ashraf susah benar dibentuk.

"Takpelah awak boleh berehat."

"Saya minta diri dahulu puan sri."
Intan menunduk lalu mengorak langkah meninggalkan puan Sri Vanida yang termengu seketika lalu mengamati bilik anak lelakinya.
Matanya jatuh pada drawers dimana terdapat bingkai gambar Ashraf sewaktu masih kecil.
Puan sri Vanida menarik nafas dalam lalu tersenyum pahit.

* * *
Hairah kaku berdiri didepen sebuah kereta hitam yang berhenti tepat dihadapan nya.Lelaki itu melangkah keluar dengan spek hitam menutupi sepasang mata yang membuat getaran gelora jiwa si gadis.

"Berani nak tunjuk muka awak depan saya,.Menyingkir."
Julian tidak beranjak malah keberaniannya memegang kejap pergelangan Hairah,rasa rindunya sunguh dalam.Begitu tersiksa menahan diri dari memeluk gadis dihadapannya ini.

"Cik Irah saya hanya menjalankan tugas saya sebagai orang suruhan tuan Wildan."
Hairah tersengih miring mendengar kata Julian lalu melihat pergelangan tangannya begitu hangat digenggam.

"Saya benci awak, jangan terlalu egois.. lepaskan apa yang awak dah lepaskan.Jangan bertindak macam pengecut.Terima kasih dah sedarkan saya dari khayalan cinta yang penuh kepalsuan.Jika ini yang awak nak saya ikutkan,"
Julian terdiam, kata-kata yang berjaya membuatnya bungkam seterusnya menguris hati.

"Hakimi,mana dia?."

"Kimi ada urusan mustahak,saya terpaksa gantikan dia untuk jemput cik Irah."

"Kita dah tak ada apa-apa., seperti permintaan awak hubungan majikan dan orang suruhan,so lepaskan tautan awak pada tangan saya.Jangan kurang ajar dengan anak majikan awak itu namanya biadap.Sedar diri awak siapa."
Sekali lagi kata-kata menyakitkan dilontar.
Hatinya digores hampir membuatnya tidak bernafas.Sebegitu hinakah dirinya dimata gadis yang pernah menjadi kekasih malah hati ini masih mekar mengukir nama yang sama berharap cinta mereka akan menjadi utuh semula.Jangan katakan hanya Julian yang terluka dan berdarah hati.Dirinya juga sama sakkan lebih terluka dari apa yang Julian bayangkan.
Dia cuba tersenyum angkuh dihadapan lelaki dihadapannya ini.Namun hatinya meraung,pedih.
Mereka sama-sama terluka.

Hairah menghempas tautan tangan mereka hingga terlerai.Lalu membuka pintu penumpang membuat Julian terpinga-pinga dengan rasa remuk.

"Nak pindah tempat duduk ke,nak saya yang pandu untuk biar awak duduk melayan perasaan."
Ahh sudah,mengapa hatinya yang sakit ini seakan sengaja ingin menyakiti Julian.Seperti memaksa lelaki itu juga sama-sama terluka dan ingin lelaki itu tahu dia terluka dengan keputusan yang Julian buat.

Julian tersenyum tawar menekur lantai,kalau sahaja dia mampu memberitahu Hairah hal yang sebenar.Semua ini tidak akan terjadi.

Dari seberang jalan sana, Ashraf berdesis kasar,entah apa penilaian dirinya akan hal itu hingga membuat dirinya seperti terbakar.

"Siapa mereka tu,kawan abang ke?."
Soal Amsyar ingin tahu melihat arah pandangan Ashraf hingga riaknya begitu tegang.

"Hemmm..."
Ashraf bergumam sahaja.
Kalau boleh dia ingin keluar dari kereta dan melangkah merentasi jalan lalu menuju kearah Hairah.Menarik gadis itu keluar dan berkata.

'Hey perempuan,tak cukup ke kau seksa aku.Kau tak ada hati perut ke nak jumpa aku untuk ucap terima kasih sebab aku dah selamatkan kau.'

'Dan kau disini,berpujuk rajuk bersama kekasih kau yang tak guna nak mampus tu.Aku cemburu,aku cemburu,aku cemburu,.....kau tahu tak!!!'

"Jomlah gerak.."
Ashraf menepuk lengan Amsyar.Dia mengeluh kecewa hanya sekadar ingin melihat wajah Hairah pasti ketika balik rumah nanti dia akan dileteri umminya.

* * *
Setelah menghantar pulang Hairah,Julian memandu menuju kerumah Razif.Banyak rahsia yang perlu dikorek dari lelaki itu.Dia tidak akan berputus asa selagi tidak mendapat apa yang diingininya.

Enjin kereta dimatikan lalu mengorak langkah menuju pintu rumah, berkali-kali lonceng ditekan tidak mendapat sahutan pintu turut diketuk namun tidak ada respon yang diterima.

Sekali lagi pintu diketuk hinggalah dia mendengar orang berteriak dari arah belakang rumah.

"Arghhhh.."
Segera Julian berlari kearah belakang rumah apa yang dilihatnya adalah Nadia yang sedang terbaring di tanah

"Awak ok tak ni?."
Gadis itu mencebik seraya menggeleng kepala.
Tanpa membuat pertimbangan tubuh Nadia dicempung.

"Eh' awak buat apa ni.. turunkan sayalah haram lelaki dan perempuan bersentuhan."
Julian berkedip-kedip mata lalu reflek menjatuhkan tubuh Nadia semula.

"Arghhhh..makk sakitnya.."
Sudahlah kepalanya sakit malah dia dijatuhkan semula.Nadia mendogak menjengil kearah Julian.
Lelaki itu memerhatikan buah mangga yang bertaburan di atas tanah.

"Awak panjat buah mangga.?"

Nadia bangkit punggungnya diusap.

"Galah kan ada kenapa tak jolok aje,nak panjat buat apa."

"Awak cari ayah saya ke?."
Soalan dibalas soalan.Tidak mengendahkan omelan Julian padanya lelaki itu balik disoal lalu mengutip buah mangga diisi kedalaman plastik.Julian juga turut membantu, seketika Nadia berhenti memerhati lelaki kacak dihadapan nya tika ini.

'Kacaknya..'
Tidak berkedip mata melihat pesona Julian.
Nadia baru perasan lelaki ini begitu kacak kenapa dia tidak perasan ketika kali pertama bersua.

"Ayah awak pergi mana?."

"Ayah pergi kenduri sedara dengan mak saya kat Mersing lagi tiga hari baru balik."

"Jadi sekarang ni awak sorang ajelah kat rumah."

"Tak kawan saya ada teman,dia kat dalam."

"Kenapa saya tekan lonceng dan ketuk pintu kawan awak tak bukak."

"Oh..mungkin dia tengah solat lah tu.."

"Kenapa awak tak solat."
Nadia tersengih, banyak soal betul mamat ni.Takkan dia bagi tahu yang dia tengah peroid.

"Adalah.. masalah perempuan."

"Tak sangka laman belakang rumah awak ni ada pokok mangga."

"Tumbuh tak sengaja."
Julian angguk-angguk kepala secara perlahan.
Anak Razif ni ayu-ayu namun ada kasarnya.Hari itu macam gadis melayu terakhir ni sekarang macam samseng jalanan gayanya.

"Kalau macam tu saya balik dulu."
Riaknya kelihatan kecewa tidak dapat menemui Razif.

"Nombor telefon."
Nadia menekup mulutnya yang sudah lancang.
Entah mengapa dia tiba-tiba sahaja berkata begitu.Ni kalau ayahnya tahu dia mengatal dengan rakan sekerja ayah nya..Habislah nak.

"Er'.. maksud saya, nanti bila ayah saya balik saya boleh bagi tahu awak."
Julian tersenyum penuh tersirat.Ya..dia boleh korek rahsia Razif bila rapat dengan Nadia.

"Telefon awak.."
Nadia menyeluk poket seluar sport putihnya lalu menghulur telefon bimbitnya pada Julian.

"Awak tahu tak ayah awak kerja apa?."
Soalnya sambil memasukkan nombor telefon nya kedalam.

"Ayah saya kerja sebagai pemandu untuk seorang jutawan.Dan awak kerja dengan jutawan tu kan?."
Julian tersenyum miring,dia menggeleng lalu menghulurkan telefon gadis itu semula.

"Bukan."

* * *
Hotel Seda Bonifacio yang berjarak kurang dari tiga puluh minit dari lapangan terbang Ninoy Aquino adalah satu hotel penginapan yang akan selalu Wildan inapai tiap kali datang ke Filipina.
Naik stress otak dibuatnya bila sepanjang minggu lebuhraya sentiasa sesak dan dikawal ketat memandang kan sedang berlangsungnya pilihanraya datuk bandar.
Yang membuat hampir semua penyeludupan mereka hampir-hampir sahaja lumpuh.
Mujur sahaja rakan bisnes nya disini mempunyai jaringan kabel dengan pihak berkuasa yang sudah disuap.

Wildan memejam kelopak mata menikmati pijitan seorang wanita pada kepalanya.
Dia akan selalu melanggan GRO yang disediakan oleh rakan bisnes nya disini.
Secara lumrahnya dia bukan kaki perempuan atau bersikap bajingan merosakkan semua perempuan yang dengan suka rela datang padanya.

Dia pernah membuang seorang perempuan yang begitu dicintai,Segala kata cacian dihambur agar perempuan itu menjauh.
Dirinya akui dia seorang lelaki tidak bertanggungjawab kepada orang yang dicintai nya.

"Dia dah gugurkan anak dalam kandungan dia bos."
Masih terngiang-ngiang kata-kata orang suruhannya saat meminta untuk mengawasi perempuan yang telah mengandung zuriat darinya.

"Dan dia akan berkahwin dengan seorang lelaki kaya berstatus duda."
Sejak dari mengetahui hal itu,Wildan sudah tidak mengambil tahu akan hal perempuan itu.Fikirnya wanita yang begitu dicintai akan setia menunggu.Dan akan faham disebalik kata-kata yang melukakan pernah dihambur.
Mengapa dia ingin membantu mendiang mama Hairah, alasan tepat kerana teringatkan kekasaran ayahnya terhadap arwah ibunya.Lalu si ayah yang kini meringkuk dalam penjara semuanya atas usaha pengkhianat yang dilakukan terhadap ayah sendiri.
Mengapa dia membenci pengkhianat sedangkan dia juga pengkhianat.
Tentunya dia tidak ingin menghabiskan seumur hidup nya didalam penjara.
Betul kata perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya

"Apa bezanya awak dengan ayah awak Wil kalau awak nak anak ni mati."
Ya apa bezanya mereka jika semua wanita ingin dirosakkan kerana benci pada seseorang.
Namun akhir ini wajah anak gadisnya bermain dibenak,anak angkatnya itu membesar begitu cantik.Tinggi persis model,bentuk badan mengiurkan.Sungguh dia akan membunuh diri jika berniat merosak anak gadisnya sendiri.
Jika dia menyimpan perasaan pada Hairah atau sebaiknya dia berterus terang,lalu memulakan misi memikat hati.

"Aku akan berterus terang sebelum hantar Irah pergi UK."

"Do you need something?."
Soal wanita yang sedang berdiri dibelakang bahunya, fikirannya Wildan sedang memerlukan sesuatu bercakap dalam bahasa asing.

"Nothing,I just want to say your service last night was very satisfactory.Thank you so much bitch,
You can go!"
Perempuan itu tersenyum bangga diri bila Wildan memujinya.

Tidak lama wanita itu pergi suite hotel diketuk dari luar.Wildan mengarahkan seorang anak buahnya untuk membuka pintu.
Dua orang suruhan Wildan mengarahkan lelaki yang telah mereka ugut menjatuhkan lutut pada lantai bersujud pada Wildan.

"I don't have to come looking for you. Now you will prostrate at my feet begging for a precious life."

Wildan memetik api menyalakan rokok,asap berkepul-kepul dihembus dari dua rongga sistem pernafasan nya.Wildan menyambung semula ucapannya melihat lelaki yang sedang menunduk diam seribu bahasa.Jelas pada pemerhatianya lelaki itu sedang mendidih mengeluarkan peluh dingin.

"I don't need to introduce myself, I think you already know who I am."
Ujarnya dengan nada sinis, tatapan membunuh dipamerkan.Siapa-siapa saja yang bertemu atau mengenal sosok seorang Wildan pasti akan gerun dengan lelaki itu.

Holllaaaa.. Happy Reading DR❤️ Maafkan if typo mahupun ada ayat yang kurang. Sky hampir lupa nak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience