"Kak Jah"
Kak Jah yang pada ketika itu memberi arahan pada pembantu lain bagi tugas masing-masing segera memutar tubuh menghadap Hairah.
"Ada apa cik muda.Cik muda ada perlukan apa-apa.?"
Tanya Kak Jah dengan riak risau melihat Hairah sedang memicit dahi petanda gadis itu sedang mengalami sakit.
"Cik muda tak sihat nak kak Jah panggilkan dokter.?."
"Tak payah susah-susah Kak Jah, Ira ok je ni pening kepala sikit je.Cuma nanti malam karang arahkan beberapa pembantu kemas barang saya masuk bagasi."
"Cik muda hendak pergi bercuti ya?."
Kak Jah kulum senyum sejuk hatinya jika Hairah berniat bercuti bagi menenangkan diri.
"Papa tak cakap apa-apa dengan kak Jah ke?"
"Takde cik muda, tuan tak cakap."
"Mungkin papa tak sempat bagi tahulah tu,Saya akan berangkat ke overses pindah belajar dekat sana."
Beritahu Hairah dengan senyuman yang dipaksakan untuk dilorek.Mendengar apa yang Hairah katakan membuat Kak Jah terkejut dengan rasa sedih.
"Betul ke cik muda akan ke luar negara?."
"Ha'ah kak Jah.Ikutkan hati Irah tak nak pergi tapi papa nak sangat Irah pergi so Ira takde pilihan."
Kak Jah menarik Hairah kedalm pelukannya penuh rasa sayu.Gadis ini sudah dianggap seperti anak sendiri.
"Keputusan tuan tak boleh dibantah,tuan nak yang terbaik untuk cik muda.Kak Jah sedih nak berpisah dengan Ira yang kak Jah dah anggap macam anak kak Jah sendiri."
"Ira takde siapa-siapa dekat sana."
Tidak mampu menyembunyikan suasana hatinya Hairah sudah terisak memeluk kak Jah entah mengapa sedikit sahaja perhatian yang diberi oleh siapapun jika orang itu dianggap sebaya ibunya Hairah pasti akan terisak.
"Cik muda janganlah rasa sedih nanti dah sampai tempat baru,insyaallah Allah akan pertemukan cik muda dengan orang-orang baik."
"Ira takut,Ira nak duduk dengan papa."
Makin erat dia memeluk kak Jah bahunya terhincut-hincut menahan tagis.Seakan anak manja merengek pada seorang ibu.
*****
Rasa malu berhadapan dengan Julian namun muka terpaksa ditebalkan demi menjelang hari-hari terakhir sebelum berangkat pergi dia ingin menatap Julian.
Dia memang tidak memberitahu Julian yang dia akan berangkat ke luar negara malah orang-orang di sekeliling di minta untuk mengunci mulut.
Mereka berdua duduk di atas buayan taman permainan, masing-masing mencipta kebisuan alam tidak bersuara.
Sesekali Hairah akan melirik ke arah Julian tapi lelaki itu seakan pura-pura tidak tahu.Kejadian beberapa hari lalu termasuk pengakuan dari Hairah seakan mereka telah berpakat untuk tidak membahas walaupun tanpa kata yang terluah untuk saling bersetuju.
Mungkin hubungan mereka ini boleh dikatakan hubungan kawan baik meski dalam diri masing-masing masih menyimpan rasa suka yang begitu kuat.
"Awak?."
"Hemmm..."
Mencebik bibir mendengar balasan hem.. saja dari Julian.
Kaki menolak lantai menghayun buaian terasa nyaman susana senja di taman permainan Hairah rasakan.
"Kalau satu hari saya takde,pergi jauh awak nak buat apa?.. maksud saya,awak sedih tak bila tak boleh jumpa dengan saya dah?."
"Awak nak pergi mana?."
Soalan dibalas soalan Julian tidak tahu jika Hairah sebenarnya memberi hint yang dia akan pergi meninggalkannya.
"Tak pergi mana-mana pun.Cuma saya kata 'kalau' contoh saya tiba-tiba hilang awak sedih tak."
"Nak sedih buat apa.Seronoklah....sebab dah takde budak perempuan yang asyik nak menangis mengadu ada orang nak buli dia."
Julian menjawab dengan nada mengusik tapi jauh disudut hatinya bagai di carik-carik dia tidak mampu membayangkan harinya tanpa Hairah.Jangan minta dirinya membayangkan dia tidak akan sanggup melakukan itu.
"Menyampah lah dia ni."
Tawa kecil terbit dari bibirnya mendengar kekesalan gadis kesayangannya itu.
"I don't just put you in my heart.In my mind, you are like a twinkling star in the sky.If you disappear in my sight I can look at the sky arranging every star into a portrait of your face flashing beautifully in the dark chest of the sky."
Hatinya tersentuh mendengar Julian berkata begitu dari kesal hatinya terusik untuk melakar bunga-bunga bertaburan di hati.
Tapi itu tidak berlangsung lama bila Julian menyambung ayat seterusnya.
"Sebagai sahabat baik yang paling saya sayang."
Julian kalau setakat ayat menyakitkan hati tak payahlah buat ayat gula nak panggil semut Hairah bangkit geram dengan mulut comel tapi menyakitkan seorang Julian Yi Qian.Sepatutnya Hairah sedar Julian tidak mungkin mengutip bekas orang, tidak akan ada lelaki yang sanggup menerima dirinya kata-kata Julian sebentar tadi cukup membuktikan lelaki itu hanya menganggap dirinya sebagai seorang sahabat mengukuhkan kata-kata Julian ketika lelaki itu memutuskan hubungan mereka.
"Awak nak pergi mana?."
Julian juga bangkit mengejar langkah Hairah yang sengaja menjauhinya.
Kerana sikap kebudak-budakan Hairah yang suka merajuk membuat hati Julian terikat pada gadis itu.Rasa ingin menyayangi dan melindungi tertanam bertahun lamanya sejak pertama kali pertemuan mereka lagi.
"Saya nak balik lagipun saya ada date dengan kawan-kawan saya."
Berpeluk tubuh membuang wajah seakan dia betul-betul sakit hati dengan Julian.
Julian angkat lengan melihat jam tangan satu keluhan kecil terluah menyedari waktu sekarang ini.
"Kimi hantar awak saya nak kena jemput tuan."
"Saya ada suruh awak hantarkan ke? "Perli Hairah,tidak menunggu lagi Hairah terus berlalu pergi. Julian hanya mampu menggeleng segaris senyum dilorek lucu melihat tingkah Hairah yang begitu mencuit hati.
*****
Jam tangan dikilas untuk kesekian kalinya sudah dua puluh minit dia menunggu kedatangan ketiga-tiga sahabat nya itu namun bayang batang hidung masih tidak kelihatan.
"Weiii sorry kita orang lambat.Tayar kereta aku pancit"
Heliza bersuara serba salah dia tahu Hairah tidak suka menunggu.
Ketiga gadis itu masing-masing menarik kerusi melabuhkan punggung.Sasa terlebih dahulu angkat tangan memanggil pelayan jelas ketiga mereka dahaga.
"It's ok korang nampak penat sangat."Ujar Hairah memahami.
"Gila tak penat nak datang sini hadap jem satu hal nasib baik tak lama sangat.Syukurlah Sasa ada kenalan pomen.Dahlah kitorang rindu gila dengan kau."Uja Heliza disokong Gina dan Sasa dengan anggukan kepala.
Heliza mengipas-ngipas wajahnya petang begini pun masih terasa panas kipas disekitarnya seakan tidak berfungsi bagi mereka.
"Lapar lah pulak erm, cik saya nak caramel macchiato and lamb chop ya"
Setelah Gina giliran Sasa membuat pesanan buku menu dibelek-belek bila Hairah yang ajak lepak kenyang lah perut mereka bertiga.
"Tekak aku ni terasa nak makan pedas-pedas."
"Kau biar betul makan pedas?."
Gina gelak jahat.Sasa menjeling Gina tapi betul juga kata sahabat nya itu.
Bukan dia tidak biasa makan- makanan pedas itu tapi tekak dan badan terasa penat begini nak makan pedas begitu hendak masuk hospital sangat berbaloi.
"Erm..kalau macam tu saya nak tukar spaghetti Carbonara and air sama dengan kawan saya tadi macchiato."Pesan Sasa pada gadis pelayan cafe.
Hairah gelak sahaja dengan telatah sahabat-sahabatnya.
"Aku nak cakap someting dengan korang."
Hairah buka mulut bila masing-masing sudah selesai membuat pesanan lebih baik dia cakap sekarang.Tiba dia bagi tahu tengah sahabat-sahabatnya menjamu selera tak ke tercekik dibuatnya.
"Nak cakap apa."Tanya Gina mewakili Sasa dan Heliza.
"Lagi tiga hari aku akan berangkat ke overses belajar dekat sana."
"What... cepatnya."
Serentak ketiga gadis itu bersuara.Sebelum ini Hairah ada memberitahu tapi tidak cepat yang dijangkakan.
"Tak lawak."
"Sorry guys..papa inform awal tukar jadual."Ujarnya dengan muka sedih yang tidak mampu disembunyikan.
"Weii Ira kita berempat dah hampir empat tahun tau kenal tak seronok lah macam ni.Aku ingatkan kau main-main je haritu saja nak gurau."Sasa pula yang bersuara tidak rela.
"Aku cuma pergi untuk belajar bukan berperang nak gadai nyawa.Nanti ada masa aku balik lah,aku ada siapa kat sana takde siapa-siapa."
"Ha' tahu pun dah tu kenapa tetap nak pergi."Lagi
geram Sasa dibuatnya.
"Apa yang aku buat ni semua untuk papa aku bila dia kata A maka A lah.Aku hanya ada dia dalam hidup aku."
"Kami minta maaf, aku tahu kau berada dalam keadaan yang sangat sukar.Aku tak tahu latar belakang kau macam mana tapi aku tahu kau ada sebab tersendiri kenapa nak berahsia dengan kami."
Gina tidak sanggup melihat Hairah rasa bersalah.Apa yang terjadi antara mereka berempat dalam tempoh empat tahun sangat bermakna.
Walaupun Hairah banyak berahsia tapi itu tidak menjadi penghalang dalam persabahatan mereka.
"Apapun kami tak boleh halang bila dah kau rela dalam terpaksa cuma doa yang baik-baik untuk kau."
"Kau reti berdoa ke Sa."
Pecah tawa mereka bertiga bila Heliza sengaja menyakat Sasa.
Sasa apa lagi muncung sedepa menjadi bahan bagi ketiga sahabat nya itu.
Dalam Hairah tertawa dalam diam air mata begitu manja bertakung pada kelopak mata.
Ketiga gadis ini antara sebahagian punca kebahagiaan nya.
Hairah tiba di rumah setelah bertemu dengan sahabat-sahabatnya, pintu kereta telah dibuka oleh bodyguard tapi dia masih betah duduk dalam kereta.
"Ada apa."
Soalnya pada seorang bodyguard yang setia berdiri di tepi pintu kereta.
"Ada lelaki buat kecoh kat luar pagar."
Oleh kerana panasnya Hairah keluar dari kereta lalu menghayun langkah menuju gerbang pagar langkahnya terhenti, riak terkejut melihat Ashraf sedang berkelahi dengan beberapa pengawal.
"Ash awak buat apa kat rumah saya ni."
Ashraf segih dia mengikuti Hairah dari cafe tadi.Hari ini dia dan tiga sahabatnya bergilir-gilir mengikori tiga gadis itu dan akhirnya hari ini juga dia berjaya menemukan Hairah Kasturi. Sedikit terkejut bila menyedari Hairah bukan calang-calang orang melihat bodyguard yang mengawal ketat rumahnya.
"Can we talk"
Muka mohon simpati dipamerkan Hairah mengeluh perlahan.
"Takpe kamu semua boleh lepaskan dia.Dia kawan saya."
"Baiklah cik muda."
Mereka melepaskan Ashraf namun masih dengan sikap siap siaga, siapapun yang datang kerumah ini yang begitu asing akan diperlakukan seperti seorang penjenayah tidak ada termaktub dalam adab rumah agam milik Wildan tetamu 'terhormat' kecuali orang-orang terdekat.
Ashraf mengikuti langkah Hairah menuju laman belakang rumah.
Mereka berdua berdiri di tepi kolam masing-masing saling menghadap muka antara satu sama lain dengan pelbagai sudut fikiran.
"Awak menghendap saya ke Ash?."
Bercekak pinggang tatapan penuh selidik dilempar pada lelaki itu.Ashraf hanya beriak tenang tidak menjawab kaki diatur beberapa langkah mendekati Hairah.
"Saya tahu ini kedengaran agak gila tapi percayalah saya tak tipu."
"Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni lain yang saya tanya lain pula yang awak cakap.Macam mana awak boleh sampai datang rumah saya?."
Ashraf tak endah lengah Hairah ditarik jemari gadis itu digenggam kemas tidak ada penolakan yang diterima sesungguhnya Hairah sedang bingung ketika ini ada apa dengan lelaki ini.Janganlah Ashraf suruh jantungnya berlari marathon hari ini dia sudah bertekad tidak akan jatuh hati pada mana-mana lelaki sejak peristiwa itu berlaku.Alergik pada lelaki.
"I cintakan you."
Hanya berkedip-kedip mata seakan patung,pengakuan Ashraf buat Hairah tercengang jika sebelum ini Ashraf ingin keluar temu janji dengan nya tapi hari ini lelaki itu berpenyakit luar biasa.Ingatnya apa yang Ashraf katakan sebelum ini cuma satu gurauan untuk mempermainkan perasaan nya.Ini dah sampai datang rumah mengekorinya hanya kerana luahan perasaan.
"I tahu you takkan percaya dengan apa yang i cakap.Yelah lelaki buaya darat macam I ni memang sukar untuk setia mengabdikan diri pada seorang perempuan.Tapi it's you Kas,you buat i tersedar sememangnya cinta pandang pertama itu wujud."
Bersungguh-sungguh Ashraf menyatakan rasa cintanya malah hal itu membuat Hairah mengeluh perlahan pengakuan cinta Ashraf begitu kedengaran lucu namun sedikiipun dia tidak terasa ingin ketawa.
"You ada salah makan ubat apa-apa ke Ash?."
Gundah di hati tidak di hiraukan saat Ashraf menyatakan rasa cintanya.Tadi saja hatinya berdebar maha hebat namun rasa itu ditepis.Hairah menidakkan untuk saat ini telah tertanam dalam diri yang dia tidak akan jatuh cinta setelah berakhirnya hubungan percintaannya bersama Julian.Dirinya diperkosa membuat Hairah meletakan tembok menjarakkan diri dari mana-mana lelaki apatahlagi lelaki seperti Ashraf.Lagi dan lagi dia cuba mengingatkan diri untuk terus behave.
"Kenapa you diam i tak bergurau i cakap yang sebenarnya tulus ikhlas dari hati."
Ashraf sepertinya bukan tipe lelaki yang mudah mengalah sebelum ini Hairah telah menjelaskan sejelas-jelasnya tapi lelaki itu buat don't know.
"Dahlah you pergi baliklah Ash, I penat nak rehat. I tak kuasa layan lelaki macam you ni."
Ashraf masih diam tidak beranjak dia tahu Hairah akan menolaknya tapi dia sudah tekad meluahkan perasaan cintanya pada gadis itu.Tidak kisah jika dilabel darah muda budak cinta.
"Apa yang I cakap sebelum ini adalah ikhlas dari hati I.You bukan seseorang yang I nak mainkan seperti perempuan-perempuan lain,I takkan berputus asa I akan buktikan."
Satu kecupan diberikan pada dahi Hairah
mata Hairah membulat lalu berkedip tidak menyangka dengan tindakan tidak terduga lelaki itu,Ini bukan bukti ini namanya melampaui batas.
Julian yang pada ketika itu mencuri dengar terundur berdiri tidak jauh dari dua orang insan itu.
Hatinya sakit menanggung rasa cemburu melihat keromatisan luahan perasaan Ashraf pada Hairah.
"Ian."
Tubuh Ashraf ditolak menjauhi nya muka terasa membahang entah itu kesan di cium oleh Ashraf atau rasa bersalahnya pada Julian walaupun itu bukan kehendaknya.
Kenapa Julian ada di sini bukanlah lelaki itu mengatakan dia ingin menjemput ayahnya.
Hairah meninggalkan Ashraf cuba menghampiri Julian tapi Julian terlebih dahulu melangkah pergi.
Entah mengapa Hairah harus menjelaskan apa yang terjadi tadi pada Julian walaupun mereka kini bukan pasangan kekasih lagi melainkan atas dasar sahabat.
"You memang suka pada kuli tu ke?."Tanya Ashraf tidak puas hati berdiri disebelah Hairah.Namun Hairah hanya diam membisu, tidak suka apa yang Ashraf lakukan dan menggelarkan Julian sebagai seorang kuli.Lebih baik kuli dari seorang lelaki berperangai cabul.
"Sebabkan lelaki tu you nak tolak I, penting sangat ke dia dalam hidup you."Hairah menyinga mata hazel terpicing pada mata pekat Ashraf.
"Yes dia penting bagi I.Dia wujud dalam hidup I sebelum adanya lelaki biadab macam you.Kenapa you cium dahi I.?"Jawab Hairah dengan membentak penuh geram.
"Kenapa tak puas hati,nak bagi ciuman kat mulut I okey je.."
"Kepala hotak you."Dahi Ashraf ditunjal lalu angkat kaki meninggalkan Ashraf.Pengawal dipanggil mengusir lelaki itu keluar.
Ashraf berdecit tidak suka rasa hati agak berang dengan tindakan Hairah.
*******
Wildan tiba dirumah tepat jam sepuluh malam ruang yang dituju ketika sampai adalah bilik anak gadisnya.
Tombol pintu di pulas namun kamar tidur Hairah berkunci membuat Wildan berkerut dahi heran, bukan kebiasaan Hairah mengunci bilik.
Kaki bergerak menuju meja drawer yang terletak di tepi bilik nya mencari kunci pendua untuk membuka pintu.
Begitu pintu dibuka lagi dan lagi Wildan diserbu rasa panasaran mengapa Hairah tidur dengan lampu terpasang terang menderang bukankah Hairah biasa tidur dalam keadaan cahaya yang malap.
"Papa dah balik."
Serta merta matanya tercelik menyedari kehadiran Wildan dia belum nyenyak sepenuhnya otaknya tidak henti berfikir menyukarkannya untuk terlelap ke alam lena.
"Tak tidur lagi ke ingat Ira dah tidur tadi."
Hairah bangun dari pembaringan duduk menghadap ayahnya yang begitu dirindui beberapa minggu tidak bertemu.
"Tak boleh nak tidur.Sedih lagi beberapa hari nak berangkat ke overses tinggalkan papa."
Ujarnya manja seraya memeluk Wildan tidak kah dia tahu lelaki itu sedang menahan rasa bila akhir-akhir ini harus berperang dengan perasaan sendiri.
"Don't worry papa akan rindukan Ira lagipun nanti kat sana ada bodyguard yang akan teman."
"Papa takkanlah..."
Mencebik dengan nada protes Wildan kulum senyum lalu mencuit hidung mancung anak gadisnya.
"Bodyguard kali ini sangat istimewa anak papa pasti suka.Nanti papa akan bincang dengan dia semuanya papa dah aturkan."
Tidak ada yang mustahil untuk lelaki seperti Wildan duit adalah kuasa baginya.
Senyum mekar mungkinkah bodyguard itu adalah Julian hatinya seribu kali mengatakan sudi dan berdoa semoga yang dimaksudkan ayahnya adalah Julian.
"Really?."
"Yes., Sweety,dah tidur! tomorrow we will go to uncle Arash's house."
Tubuh Hairah dibaringkan lalu menyelimuti tubuh badan Hairah.
"Pa.."
"Hemm.."
"Irah.."
Mulut ingin berkata tapi hati terasa berat untuk bercerita akhirnya dia hanya mampu menghela nafas panjang lalu tersenyum.Hairah belum bersedia bercerita perkara sebenar dia takut lebih-lebih lagi memikirkan Julian,pasti papanya akan menyalahkan lelaki itu kerana gagal menjaganya dengan baik sekali.
"Ada nak cakap apa-apa dengan papa?."
"No..just wanted to say good night."
"Ok good night sweety."Wildan berdiri bergerak ke luar dari bilik Hairah anak gadisnya itu walaupun sudah terlalu dewasa masih begitu dimanja diperlakukan seperti kanak-kanak, ketika dia cuba menutup suis lampu Hairah terlebih dahulu berpesan untuk tidak menutupnya.
"Pa,leave the lights on please,I watched a horror story sebelum tidur tadi.I'm scared."
Wildan hanya tersenyum menganggapi, dia juga terlalu penat tidak ingin bercakap banyak.Biarlah anak gadisnya itu tidur mengikut keselesaannya.
Bunyi derapan kasut memenuhi ruang bilik tidur Hairah,serta merta matanya tercelik.Mengapa gelap..,tuhan tolonglah dia tidak ingin perkara menjijikkan itu terjadi untuk kedua kalinya.Lampu meja dibuka nafas ditarik lega melihat keadaan sekeliling yang kelihatan aman.
Hairah bangun dari katil berniat ingin menutup sliding window yang sedikit terbuka angin malam luar bertiup menerobos masuk meniupkan kain langsir membuatnya tidak selesa.
Langkah terhenti tepat di pintu,dada berdebar-debar takut.Sebentar tadi sekilas Hairah melihat bayangan seseorang berlalu sepantas kilat dihadapannya.Berhati-hati kaki setapak demi setapak mundur ke belakang tanpa bunyi.
"Tonight I want your body again!."
Suara itu terasa hangat tepat berbisik disisinya.
Tubuh terasa menegang malah dia tidak mampu bergerak mahupun mengeluarkan suara.
Terasa tangan kekar bergerak menyentuh pinggang dan perutnya malah Hairah dapat merasakan lelaki itu menghidu bau badan pada batang lehernya.
"You smell so good, I like it."
Suara itu benar-benar menakutkan bagi Hairah,seperti bisikan iblis.
"Sweet heart..wake up you are dreaming."
Wildan menepuk-nepuk pipi anak gadisnya, tadi ketika melewati kamar tidur Hairah sayup-sayup kedengaran suara anak gadisnya itu meracau-racau.
Dahi Hairah juga telah basah dengan peluh,hujung sudut mata terlihat berair menandakan anak gadisnya itu menagis bukan itu saja malah setiap kali menyentuh lengan anak gadisnya itu pasti akan menggigil.
"Hairah."
"Hairah Normanila Kasturi..Weak up!"
Wildan benar-benar diserang panik dan takut melihat Hairah masih belum terjaga walaupun suaranya sudah hampir separuh berteriak membangunkan Hairah.
"You are mine in real or in dreams.Kau berasal dari darah seorang lelaki jahat dan seorang wanita suci yang bagaikan bidadari sanggup bergadai nyawa demi melahirkan dirimu.And guarded by demon king."
Hanya air mata yang terasa mengalir di pipi.Tanpa jasad yang tidak berdaya melakukan apa-apa,Hairah dapat merasakan lelaki itu memeluk dirinya dari belakang dan meletakkan dagu pada kepalanya.
"Look how the moon looks so beautiful tonight,right?..,my sweet vergin Hairah Kasturi"
Bulan kelihatan bulat dengan sempurna berwarna hampir kemerahan.Cantik?.Tidak,bagi Hairah bulan mengambang dihadapannya itu begitu menyeramkan.
Perlahan pelukan lelaki misteri itu melongar seakan menjauh darinya hanya sayup-sayup kedengaran telinganya menangkap
"Aku sudah mendapatkan tubuh mu kalau boleh can I have you soul my angel baby?."
Wildan menarik nafas lega melihat kelopak mata Hairah perlahan-lahan terbuka .
"Pa.."
Suaranya begitu lemah seakan separuh tenaga telah tergubris habis terbang melayang.
"Are you ok?"
"I just have a bad dream maybe tengok cerita seram terbawa-bawa ke alam mimpi"Ujarnya seraya bangun dari pembaringan terasa dada masih berdebar maha kencang belum redah.
"Sweet heart you make me scared you know.Next time.. don't watch movies like that anymore.Mimpi sampai mengalirkan air mata,berpeluh,."
"Ok pa.."Hanya jawapan pendek diberi tidak larat untuk bercakap banyak sepertinya tenaganya telah tergubris habis bermimpi bertemu lelaki misteri itu.Apa maksud mimpinya itu 'lelaki jahat dan seorang wanita baik malah dijaga raja iblis.'
Tidak cukup meragut kesuciannya lelaki itu malah hadir dalam mimpi mendera mantel nya.
"Want to drink?..papa ambilkan air."
"No.. nanti Irah turun sendiri."
"Remember what papa told you just now jangan menonton cerita seram lagi.!"
Peringatan Wildan hanya dibalas anggukan dan secalit senyuman.Mengapa dia perlu berbohong sepatutnya dia menceritakan segala-galanya pada Wildan agar hatinya sedikit tenang. memang padan muka menipu hingga bermimpi buruk sebegitu rupa.
Kat langit ada bintang tak, tempat Sky cuaca agak mendung musim hujan hehe. Enjoy reading DR.. Maaf kesalahan ejaan or penggunaan bahasa yang agak tak betul. Btw..kalau rasa nak tahu klimaks cerita HK&YAMD boleh usyar FB Sky kat tampilan Sky ada letak video.Jangan percayakan sangat sinopsis yang Sky letak kat novel's :) P/s Esok Sky update you are my destiny ya.
Share this novel