Bab: 8

Drama Series 4427

Billy yang juga orang lama yang telah berkerja dengan Wildan sejak lelaki itu menguasai empayar perniagaan dunia gelap dalam bisnes haram, menyerahkan sampul berisi kandungan maklumat tentang penyiasat persendirian yang telah berjaya dijejaki.

Begitu tekun sekali lelaki itu meneliti butiran yang diterimanya.
Timbul persoalan di benaknya,mengapa orang asal Filipina ini menyelidik latarbelakang anak gadisnya,Tidak mungkin dia mempunyai musuh disana.Wildan berurusan dengan orang-orang disana hanya atas urusan kerja sahaja, tapi jika soal penyeludupan senjata adalah menjadi isu dia yakin dalam dunia pasaran gelapnya semua orang tahu dia tidak mempunyai anak mahupun keluarga.

"Boss saya dah tempah tiket untuk ke Manila."
Wildan menganguk, beberapa minggu lalu penerbangan nya ke Manila terpaksa dibatalkan berikutan cuaca yang buruk berlaku di negara itu.
Itulah risiko yang terpaksa dihadapinya bila datang ke Filipina kadang perlu terkandas beberapa hari di bandar yang terpencil.Wildan juga jarang menggunakan pesawat peribadi miliknya ekoran tidak mahu segala kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

"Dah tahu keberadaan si berdebah ni kat mana?"

"Dia berada di bandar Quezon, seperti dalam butiran tu orang ni mempunyai syarikat penyiasatan persendirian dan alih dalam penyamaran."
Ada sesuatu yang bermain di fikiran nya saat ini.Adakah semua ini berkait langsung dengan ayah kandung Hairah,dia tahu lelaki itu belum mati tapi mana mungkin lelaki papa kedana itu mahu mengutip anak yang sudah lama menghilang.
Bagaimanapun jua jika semua andainya adalah benar.Wildan akan mempertahan haknya sebagai papa kepada Hairah.
Tidak kisah apapun yang harus dilalui nya nanti.

"Macam mana dengan anak mendiang Lee?"

"Hari ini Wolf pergi melawat Snake.,budak tu cuba nak korek rahsia dari Snake."
Billly menerangkan apa yang telah diberi tahu Razif padanya.

"Jangan lepas pandang,Aku nak tengok sejauh mana dia nak bertindak."
Dari awal lagi Wildan sudah tahu Julian adalah anak mendiang Lee.Siapa sahaja yang rapat dengan anak gadisnya dia akan segera menyelidik orang itu.Tidak sangka sahabat anaknya itu merupakan anak bekas ahli kumpulan, Red eagle eyes.
Lee juga sama seperti Razif orang kuatnya yang coba bersikap khianat padanya.
Wildan bersandar pada kerusi kerjanya peristiwa hembusan nafas terakhir Lee bermain-main di benaknya.

Wildan bersama anak buahnya menceroboh masuk ke dalam rumah Lee yang berada di Taiping apabila mendapat tahu lelaki itu cuba melarikan diri setelah melaporkan kegiatan Wildan pada pihak berkuasa.

Zian berteriak histeria saat suaminya dibelasah teruk.Sedikitpun tanpa ada belas kasihan Wildan menerajang tubuh Lee, lelaki itu paling tidak suka bila ada orang yang cuba mengkhianati kepercayaan yang telah diberi.

"Kau nak bawa lari mana duit aku lepas kau dah buat khianat pada aku dragon?."
Jelas mata Wildan kemerahan menahan amarah.Wajanhya yang kacak juga bertukar menjadi bengis.

"Tolong jangan apa-apakan aku."
Lee meraih tangan Wildan terasa tangan lelaki itu bergetar ketakutan memohon pada Wildan.

"Aku tak boleh langar peraturan.Penghianat tetap penghinat yang harus menerima hukuman,."
Wildan mengacukan pistol ke dahi Lee,melihat itu Zian segera berlutut meminta agar suaminya dilepaskan.

"Jangan apa-apakan Suami saya,kami janji akan pergi dari sini tanpa membuat kekecohan lagi."

"Tolong bagi muka pada kami,"
Wildan mengisytiharkan pada anak buahnya agar menarik perempuan itu menjauh darinya.

Dua das tembakan di kepala Lee sudah cukup menamatkan riwayat lelaki itu.
Setelah sekujur tubuh tidak bernyawa itu rebah jatuh ke lantai, Wildan menangkap bunyi dari almari pakaian.Saat itu Wildan melihat jari kecil tapi lelaki itu tidak mengendahkan.

Wildan mendekat ke arah Zian lalu berbisik di halwa telinga wanita itu.

"Kalau kau nak anak kau selamat,..Jangan berani buka mulut."
Lalu berlalu pergi bersama anak buahnya meninggalkan Zian yang berteriak bagai orang gila meratapi pemergian suaminya.
Datang tanpa amaran pergi tanpa jejak begitulah Wildan.

Lelaki itu meraup wajahnya kasar,Dia juga tahu Julian dan Hairah saling mencintai.Akankah anak gadisnya itu terluka atau lebih tepatnya Julian sengaja mendekati Hairah untuk membuat anak gadisnya yang paling disayangi itu merana.
Jika itu benar maka budak hingusan itu memang mencari bala dengannya.

* * *
Hairah menilik jam tangan miliknya masih ada tiga puluh minit waktu yang tersisa sebelum menginjak jam tujuh petang.Dia sengaja datang awal untuk merasai suasana kian malap di KLCC park,.
Dirinya begitu gelisah menanti kedatangan Julian.Dia cinta dan sayangkan Julian tapi dalam masa yang sama seakan hatinya telah bertukar arah ke orang lain.Perasan cinta yang bertahun lamanya disemai dan mulai tawar tanpa sedar perlahan- lahan kekosongan itu telah diisi oleh lelaki yang tidak sepatutnya.

"Apa yang kau nampak pada Ashraf?"
Hairah bertanya pada dirinya sendiri,biar sahaja orang yang lalu lalang menganggapnya gila bercakap seorang diri.Sejak mengenali Ashraf, itu adalah sudah menjadi kebiasaan baginya.

"Dia lelaki yang biadab nak dibandingkan dengan Julian,Ian lebih sempurna luar dan dalam.Lalu mengapa perlu hati ini kuat mengatakan dah tertarik pada lelaki seakan monyet yang mendapatkan pisang itu."
Hairah juga tahu dari rakan-rakan nya Ashraf sering menggunakan wajah tampan dan kekuasaan duit untuk menawan para gadis.Tapi dengan dirinya cukup mulut pedas nan seksi itu terbuka untuk mengutuknya dia sudah tumpas.
Ah' bodoh..Ini adalah perkara paling bodoh yang tidak akan diakui bibirnya meski hatinya memberontak.
Cinta apa begitu rupa...Akal logiknya bagai gila membayangkan wajah Ashraf.

"Mata dia menawan, senyuman mamat tu seolah-olah beracun jika terukir di wajahnya the same smile,like papa"
Hairah baru tersedar mengapa senyuman Ashraf itu seakan tidak asing baginya.

"I just realize they both seem to have the same character."

"Kaki perempuan,."
Hairah tahu papanya suka keluar dengan banyak perempuan tanpa ada hubungan yang serius begitu juga dengan apa yang didengarinya mengenai Ashraf.Dua lelaki yang berbeza tapi berkongsi perwatakan yang sama.

"Senyuman meskipun si monyet tu suka senyum sinis dan mata yang galak."

"You susun ayat memang tunggang-langgang ke apa?."

"You tu perempuan duduklah diam-diam kat rumah.Bahaya keluar malam-malam tempat macam ni."
Suara itu benar membuatnya terperanjat,Hairah menoleh kebelakang dimana Ashraf berdiri lalu datang menghampiri.Ehhhhh...Asal dia selalu terserempak dengan mamat ni,ke lelaki itu memang sengaja mencari tahu dimana keberadaannya.
Hello siapa bercakap..ingat dia ada kena mengena ke, siapa Ashraf dalam hidupnya yang berani menegurnya.Dia ada hak kemana sahaja dia pergi.Jika ada yang menganggap mereka berdua seperti anjing dan kucing,Hairah terlebih dahulu ingin menjadi kucing dan biar Ashraf yang jadi anjing.Si anjing kurap yang suka merosakkan otaknya.

"Cantik tak guna juga kan if otak dah tak berapa nak betul."

"Sorang je,mana pakwe you mata sapet tu?."
Pertanyaan lelaki itu bagai angin lalu baginya,Hairah berpaling berpeluk tubuh dengan pipinya yang sengaja dikembungkan,dia cuba untuk menyembunyikan wajahnya atau lebih tepatnya menahan menggigit bibirnya.

"Tak semua perempuan cantik akan kelihatan cantik dalam pelbagai mimik,jangan buat macam tu you nampak macam ikan buntal."
Hairah menolah dengan muka bengangnya, Sengihan sinis lelaki itu makin membuatnya naik angin.

"Sini tak ramai orang so you nak kata I apa pun I tak kisah.Dan disini juga I nak ambik kesempatan untuk maki hamun you yang biadab nak mampus ni."
Ashraf tersengih sinis lagi lelaki itu bergerak ke hadapan Hairah membuatkan Hairah cuak.
Ashraf tergeleng melihat gadis itu terkebil-kebil memandang nya.

"Tak sakit mata ke buat macam tu,I baru tahu macam mana ikan buntal tu kedip mata."

"Encik Ashraf you ingat you siapa?.,Kita tak ada kena mengena mahupun ada hubungan baik untuk I bersembang dengan orang tak tahu adab bila nak bercakap dengan orang."

"Tolong jauhkan diri dari I.!!,Kalau perlu sila bertapa dalam gua untuk muhasabah diri you ni."

'Aku tak tahulah kenapa aku boleh jatuh suka dengan gadis pemarah ni.'
Ashraf menjungkit bahunya tidak terkesan dengan apa yang Hairah katakkan padanya.

"Apa kata kita buat challenge I akan bayar you untuk malam ni teman..Ouchhh."
Ashraf mengerang kesakitan bila Hairah menendang kakinya dengan kuat.Terloncat- loncat kakinya menahan sakit.

"Apa masalah kau ni sakit lah sial.."
Ashraf memaki Hairah penuh geram,Haish...kurang asam betulalh minah kerempeng itu padanya.

"Aku dah banyak bersabar dengan mulut cabul kau ni."

"Aku dah cakap jangan kacau aku,jangan muncul depan aku nak aku guna bahasa apa bagi kau faham."
Hairah menunding jari telunjuknya tepat di muka Ashraf.Bila bola matanya hampir terjuling segera Ashraf menepis tangan gadis itu.

"Hey perempuan aku belum habis cakap lagi kau dah tendang kaki aku apa sal...Selain mempunyai otak kuning Kau juga memang perempuan yang acah baik tapi sebenarnya sukakan kekerasan."

"Aku cakap bayar kau untuk buat challenge teman aku tengok bola kat stadium."
Itulah yang ingin Ashraf cuba sampaikan,dia ingin mengajak Hairah menonton perlawanan bola sepak memandangkan Dani membatalkan niatnya untuk menonton bersama Ashraf.Hairah terkebil-kebil seiring bibirnya digigit,Tuhan apa yang dia fikir sebenarnya sungguh dia malu pada lelaki ini.Ashraf menjengil melihat mimik Hairah, perempuan mata hazel itu memang menguji tahap kesabarannya.

"Berhenti buat macam tu lembap!."

"Suka hati mulut kau je kan cakap aku lembap.Aku tak kebulur dengan duit kau dan aku bukan perempuan yang suka sukan bola sepak."

"Berlari di padang hanya untuk berebut sebijik bola bersorak macam monyet terlopat-lompat.Huh...tak ada kerja lain ke."

"Kau memang tak suka tendang bola tapi kau suka tendang orang "
Hairah sudah tidak tahan berada disitu untuk menghadapi lelaki seperti Ashraf.Segera Hairah mengorak langkah meninggalkan Ashraf namun langkah nya terhenti saat ada dua lelaki yang menghadang jalanya.

"Kamu berdua ni siapa."
Kedua lelaki itu saling melirik sesama sendiri sebelum memandang ke arahnya.

"Hairah Normanila Kasturi Binti Wildan Al Haqqi"
Terlopong mulut Ashraf bila mendengar nama penuh sebenar gadis berambut blow paras bahu.

"Ni mesti kerja kau kan."
Hairah menoleh kebelakang tepat ke arah Ashraf.
Ashraf menjungkit sebelah alisnya,apa kena mengena dengan dirinya.Keadaan yang agak renggang dengan orang sekeliling yang lalu lalang tidak terkesan dengan kekecohan yang sedang berlaku.

"Menyingkir lah bodoh aku nak lalu."
Kedua lelaki tadi tersengih dengan penuh sinis, salah seorang dari mereka menarik Hairah lalu diseret.Hairah meronta bila diseret paksa.

"Lepaskan akulah... berapa si tak guna tu bayar kamu berdua,aku boleh bayar dua kali ganda."
Ashraf tidak sedap hati melihat insiden itu tergesa lelaki itu menghampiri Hairah.

BUGGG....

Ashraf terlebih dahulu meninju pada lelaki yang berbadan tegap sebelum menarik Hairah kebelakangan nya.

"Tak usah nak dramatik sangat lah,ni mesti kerja kau kan."
Tuduh Hairah pada Ashraf,kedua lelaki tadi terkebil-kebil blur seketika dengan dua manusia yang bergaduh mulut dihadapan mereka.

"Aku dah tolong kau ni patutnya kau bersyukur,kalau aku biar dorang berdua ni kidnap kau entah-entah kau dah kena potong-potong jadi ikan tenggiri,lepas tu otak lembab kau ni dah kena bagi makan zombi."

"Kau ingat kau boleh bodohkan aku,ni dua jebon ni kau yang upahkan?."
Kedua lelaki tadi saling memberi isyarat mata untuk bertindak,salah seorang dari mereka menolak Ashraf hingga terdorong lalu menarik Hairah semula.

Dan pada ketika saat itulah Julian muncul kan diri,panik melihat wajah ketakutan Hairah Julian meluru meninju lelaki berkulit gelap yang menyeret Hairah.

Lelaki yang berbadan tegap melihat sahabatnya dibelasah teruk oleh Julian mengeluarkan pisau lipat dalam poket seluarnya cuba untuk menikam Hairah.Sebelum pisau tajam itu berjaya menyentuh kulit Hairah terlebih dahulu Ashraf menarik Hairah berlindung dibelakangnya sempat kakinya menendang lelaki tadi dan melindungi Hairah namun nasibnya tidak berapa baik saat si tak guna bewajah begis itu berjaya membenam hujung kepala pisau pada perutnya.
Ashraf meringis kesakitan hingga terasa perih,darah segar mengalir dari permukaan perut.

Hairah tergamam dengan tindakan lelaki itu melindungi dirinya,Kedua lelaki tadi ketakutan bila sudah tersalah sasaran lalu bertindak melarikan diri.
Julian menghampiri Hairah yang memangku kepala Ashraf gadis itu menangis dalam kekalutan.Panik dirinya melihat wajah pucat Ashraf yang kelihatan separuh sedar.

"Ashraf...don't close your eyes.."
Hairah menepuk-nepuk pipi Ashraf lalu memegang perut atles Ashraf yang terluka.

"Kita bawak dia pergi hospital."
Julian mencempung tubuh Ashraf untuk dibawa ke hospital,Hairah dalam keadaan takut seiring air mata merembes keluar berlari laju hanya membontoti sahaja langkah tergesa-gesa Julian ke arah kereta nya.

* * *

"Saya mengandung."
Telinganya seakan berdesing mendengar kata yang ditutur si gadis padanya.

"Saya mengandung anak awak dua minggu."

"Wil awak dengar tak apa saya cakap ni?"
Si gadis bersuara lagi mendengar kebisuan lelaki itu.

"Gugurkan,.Aku belum siap untuk memikul tanggungjawab selagi orang tua tak guna tu meringkuk dalam penjara."

"Wil apa awak cakap ni,lepas dah berapa kali sembur benih awak dalam rahim saya awak nak saya gugurkan anak ni."

"Vanida, awak cakap faham keadaan saya.Cinta sahaja tidak mencukupi jika awak tak cuba untuk memahami apa yang saya nak.Mak saya mati didera oleh seorang lelaki yang menganggap dirinya ayah."

"Apa bezanya awak dengan ayah awak Wil kalau awak nak anak ni mati."
Wildan mencerlung tajam kearah Vanida.Tidak suka disamakan dengan ayahnya.

Wildan membuka laci meja kerjanya mengambil sampul berisi sejumlah wang.

"Ambik ni gugurkan anak tu aku tak nak timbulkan masalah sedangkan rancangan aku hampir berjaya."

"Wildan tolong jangan buat saya macam ni,ayah saya pasti dapat malu jika orang-orang luar mengata anak dia dah rosak."

"Perempuan yang berkerja di kelab malam rosak ke tak rosak, masyarakat akan tetap anggap dah rosak.Kalau awak nak terus berada di sisi saya gugurkan janin tu tapi jika awak tetap nak berdegil sila berambus."

"Wil awak tak cintakan saya ke?,Saya sanggup tak balik kampung hampir dua tahun lamanya.Saya gadaikan kesucian saya hanya untuk awak."

"Itu namanya kebodohan.."
Herdik Wildan kepada Vanida.

"Dragon.."
Wildan memanggil anak buahnya dengan nada keras.Lee masuk terburu-buru sempat melirik kearah Vanida yang sedang menagis memeluk kaki panjang Wildan.

"Ada apa boss.."

"Aku dengar mak kau nak cari menantu,kau boleh kutip perempuan ni dan bawa pergi jauh dari pandangan mata aku."

"Kalau kau tak nak kau boleh bawak dia pergi tempat pelupusan sampah."

"Wildan awak tak boleh buat saya macam ni..Wil.."
Lee menarik Vanida untuk berdiri lalu memaksa gadis itu mengikut langkahnya untuk keluar dari situ.

"Vanida awak kena faham keadaan tuan Wildan macamana."
Vanida hanya membisu duduk di meja bar.Air mata yang berlumba-lumba berlari tidak dihiraukan lagi.

"Tujuan utama dia sekarang adalah sumbat ayah dia dalam penjara."

"Awak patut sedar diri cepat Lee,lama kelamaan awak juga akan dibuang seperti benda yang tak bernilai."
Vanida bangkit dari duduknya dia berlari keluar dari kelab malam terbesar kuala lumpur itu.An intoxicating night ditinggalkan tanpa menoleh lagi tidak peduli dengan hujan yang sedang turun.

Vanida berjalan dalam rintik hujan yang kian menggila.Hampir sahaja nyawanya melayang jika pemilik kereta tadi tidak menekan brek dengan tangkas.
Perlahan pandangan menjadi kabur.

"Cik tak apa-apa?."
Vanida tidak mampu menjawab dirinya rebah sempat dirinya merasakan pemilik suara tadi merangkul tubuh dinginnya yang lencun dengan air hujan.

Bunyi deringan telefon membuat puan Sri Vanida tersedar dari terus mengimbau kenangan pahit itu,
Puan Sri Vanida mengusap airmatanya dengan hujung kain telekung.Wanita itu bangkit dari atas sejadah berjalan ke arah meja solek dimana letak telefon bimbitnya berada.

"Hello..."

"..."

"Walaikumusalam.Ya saya ibu kepada Ashraf Adham."

"...."

"Ya Allah anak ku Ashraf.."
Puan Sri Vanida menekup mulutnya lalu terduduk lemah di bangku meja solek.

Tan Sri Azlan menolak daun pintu dia baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah di masjid.Ketika melangkah memasuki bilik tidur lelaki itu terkejut melihat isterinya sedang menagis.

"Abang..Ash.."
Puan Sri Vanida terisak-isak.

Walau penat ku gagahkan jua menulis... Jemput baca semua❤️ Next chep mungkin akan lambat sikit.Coz Sky akan busy minggu ni. Tak minta korang bagi koin cukup baca dan bagi kritikan yang membina dah mencukupi. Sky cuma nak asah bakat ^•^ Sweet dream semuanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience