Manila, Filipina.. 13 January,1994
Di sebuah lorong sempit itu gadis berumur 19 tahun menahan sakit yang teramat seiring airmatanya mengalir sambil tangannya memegang perut yang terasa geri.
"Verra punta ka ulit dito! san ka pupunta.(Verra mari kemari!,awak nak pergi mana?.)"
Lelaki itu berteriak nyaring lalu mengejarnya,Verra yang dalam keadaan berbadan dua itu tidak tangkas melarikan diri bila rambutnya dipagut kasar oleh lelaki tadi.
"Pakawalan mo ako walang kwentang tao(Biarkan Aku pergi lelaki tiada guna..)"
Dia sudah tidak tahan berada dalam kekuasaan lelaki itu setiap hari disepak terajang dipaksa berkerja sebagai pemuas nafsu namun sejak dia mengandung dia sudah tidak melakukan kerja menjijikkan itu.Siapa ayah kepada anaknya pun dia tidak tahu.Perutnya yang tengah sarat menunggu saat sahaja untuk melahirkan.
Malang hidupnya,bila bertemu lelaki rakus itu.
Hanya penyesalan yang dirasakan dan penuh berharap agar ada cahaya jalan untuk dia keluar dari neraka itu.
"Hindi tatanggapin ng labas ng mundo ang mga babaeng katulad mo.(Dunia luar tidak akan menerima perempuan seperti Kau.)"
"Pakawalan mo ako! hayopka(lepaskan saya! binatang)"
Plakkk....
Wajah Verra ditamparnya dengan kuat hingga kepala gadis itu terteleng kebelakang.
"Sino sa palagay mo Ikaw Ay.(Kau fikir kau siapa.)
Seorang lelaki yang kebetulan lalu di lorong itu tercuit hati dengan nasib gadis itu.Dia bukanlah seorang yang baik namun mengasari seorang wanita adalah sesuatu yang tidak wajar.
"Stop the car!."
Arahnya pada pemandunya dan keluar dari kereta.Lalu mengatur langkah kearah keributan yang sedang terjadi.
"Why are you hurting a girl men?, let her go.!"
Wildan mencelah membuat lelaki tadi menoleh dengan wajah begisnya.
"Sir, tulungan mo ako!(Encik tolong saya!.)
Merayu Verra penuh berharap agar lelaki asing itu boleh menolongnya.
'Huwag makagambala sa aking mga gawain. At umalis ka dito!.(Jangan ikut campur urusan ku dan berambus dari siniā¦!)
Meskipun tidak difahaminya apa yang lelaki itu katakan tapi dia yakin apa yang lelaki itu katakan pasti sesuatu yang kurang enak.
"If you hurt her and don't want to let go of her,you'll face me."
Mendengar apa yang lelaki itu katakan Mike melepaskan Verra.Lalu mendapatkan Wildan dengan perasaan bengangnya pada lelaki itu kerana mengganggu urusannya.
Pemandu Wildan cuba untuk membantu bila Mike memberi satu tumbukan padu pada Wildan hingga jatuh pada jalan tar itu,tapi segera mengangkat tangan untuk berkata tidak mengapa.
Wildan berdiri menapak kearah Mike dan kakinya yang panjang itu di angkat melibas kepala Mike hingga lelaki itu terhantuk pada dinding semen lorong itu.Wildan tidak membiarkan Mike menarik nafasnya lama segera ditarik baju pada bahu Mike dan memberi tumbukan bertubi-tubi pada bahagian muka dan perut Mike.Ditinjunya Mike seperti alat punching beg.
Hingga lelaki itu terkulai tidak berdaya dengan darah segar yang mengalir di bibir dan dahinya.
Ketika dia ingin mendekati Verra kelihatan gadis itu menahan sakit dengan memegang perutnya mana kala tangan kirinya memegang dinding.
Lalu menunduk kearah betisnya yang mengalirkan air hangat.
"Miss are you ok?."
Soalnya seraya memegang bahu gadis itu.
"Dalhin mo ako sa ospital!Sa palagay ko nais kong manganak..( Bawak saya pergi hospital!,saya rasa mahu melahirkan..)"
Hanya perkataan hospital yang Wildan faham dia tahu gadis itu dalam keadaan sakit.Tanpa menunggu lagi Wildan segera mencempung tubuh gadis itu masuk kedalam keretanya dan mula bergerak meninggalkan kawasan lorong .Dia sebenarnya kebetulan ada urusan disebuah kelab malam didepan lorong itu tadi tidak menyangka harus menghadapi keadaan bilau begini.
"Kung...sa..kaling may mang...yari sa akin.Liwan ko..sa iyo ang aking ak! para al...gaan ng ma...buti,wala na siyang iba, ku..ndi ako.(Jika terjadi apa-apa pada saya tolong jaga anak saya.Dia sudah tidak mempunyai siapa-siapa selain saya..)"
Dalam keadaan menahan sakit dia bersusah payah membicarakan itu.Dia bertekad anaknya akan lahir dengan selamat meski harus mempertaruhkan nyawanya.Dan Wildan langsung tidak faham apa yang gadis itu katakan padanya.
"Can you.."
Belum pun dia habis bercakap sudah dipotong dengan nafas megah gadis itu,passti Verra berfikir bahawa Wildan adalah orang tempatan disitu.
"At mangyaring huwag ibigay ang aking anak, sa lalaki ngayon lang(Tolong. jangan serahkan anak saya pada lelaki tadi.)"
Didengarinya setiap kata dari gadis itu dengan jelas dan cuba mengingat untuk ditanyakan pada seseorang maksud bicara itu.Dah ketika mereka sampai di hospital besar Manila hanya suara teriakan gadis itu menahan sakit didalam wad bersalin yang kedengaran.
Meskipun orang yang ada didalam bukan ahli kerabatnya namun perasaan khuatir tetap dirasai.Hampir satu jam dia duduk di kerusi ruangan menunggu itu.
Seorang lelaki berjaket hitam datang menghampirinya..
"Bos saya dah dapat maklumat perempuan itu.."
Razif menghulurkan fail biru yang ada pada tanganya pada Wildan.
"Everra Maria Gomez berketurunan campur Sepanyol dan Filipina dia dibuang keluarga kerana berkahwin dengan seorang lelaki asal negara ini."
Wildan menganguk kepala perlahan, mendengar penjelasan dari Razif.
Beberapa helaian dokumen dan keping gambar diselak lalu satu keping gambar lelaki ditunjukkan pada Razif.
"Ini suami Verra..?"
Raziff menganguk,Wildan tersenyum sinis lelaki itu yang dibelasah nya tadi.
"Dia banyak hutang macam kira agensi kita jugak tempat dia berhutang itu.Untuk bayar hutang dia jadikan isteri dia pelacur di kelab malam besar Manila ini.."
Tidak ada riaksi pada wajahnya kerana dia sendiri melanggan wanita bayaran.
"Dan pasti bos akan tertarik dengan cerita saya ini.."
"Apa dia?."
"Dia nak jual bayi dalam kandungan isteri dia pada orang negara China yang datang kelab itu.."
Entah ada apa dengan perasaannya bukankah dia tidak perlu ada perasaan bersimpati mendengar cerita begitu.
Tepat jam dua belas malam lampu wad itu bertukar warna dan kedengaran suara bayi menagis bergema mengisi ruangan.
Seorang doktor wanita keluar menghampiri Wildan.
"How was the woman,and her baby?."
Wildan bertanya bila doktor wanita itu datang menghampiri.
Doktor itu menunjukkan riak muka mendukacitakan.Dan Wildan tahu wajah itu membawa khabar duka untuk didengar.
Lelaki berusia dua puluh empat tahun itu melangkah masuk kedalam wad.Dan membuka kain putih yang menutupi wajah Verra.
Dilihatnya sekujur tubuh gadis itu beku.. Dengan mata terpejam rapat.Gadis itu sudah meninggal setelah bertarung nyawa demi melahirkan bayinya,pasti sukar bagi gadis itu untuk mempertahankan nyawa setelah begitu lama didera fizikal dan batin.
"Mister!"..
Suara jururawat wanita menegurnya dengan membawa bayi kecil dalam dakapan dibungkus kemas tubuh si comel yang sudah siap dibersihkan itu.
Wildan tidak berkedip mata melihat bayi perempuan itu,rasa sayu hatinya secara tiba-tiba sukar digambarkan.Hakikatnya dia bukanlah manusia yang berhati mulia dia menolong verra hanya akan teringat arwah ibunya.
* * * * *
Dua puluh dua tahun kemudian~
Kuala Lumpur,Malaysia 2016.
"Bik Jah Hairah dah bangun?."
Soal Wildan seraya mencicip air kopi yang masih mengeluarkan wap hangat.
"Belum Tuan,."
Bik Jah selaku ketua pembantu rumah begitu tekun menghadap Wildan.Dan tiga lagi pembantu rumah yang berseragam sama itu hanya membatu berdiri sopan sisi meja.
"Pukul berapa dia balik semalam?.."
"Sekitar jam tiga pagi tuan."
Wildan menghela nafas panjang mendengar penerangan pembantu rumah itu.Lalu berdiri dari kerusinya dia mengatur langkah menuju tingkat tiga naik ke bilik Hairah.
"Irah sayang.."
Wildan menyeru nama gadis itu lalu masuk kedalam bilik Hairah.
Dia tersenyum bila anak gadisnya itu masih lelap diulit mimpi.
Baru ura-ura kakinya ingin melangkah pergi Hairah sudah menarik pergelangan tangannya untuk duduk semula.
"Pa.."
Wildan menoleh bila Hairah memanggilnya.
"Dah bangun anak papa.."
Dia kembali menghenyak punggung dan menatap mata hazel yang sudah tercelik bulat itu.
Hairah mencebik bibir lalu berpaling wajah.
"Irah masih marah kan papa ke soal perempuan- perempuan itu."
Hairah mendengus teringat kejadian hari kemarin dia membawa sepuluh orang gadis pelbagai penampilan datang menghadap Wildan untuk dipilih dijadikan isteri.Malah sebaliknya pertengkaran terjadi dia merajuk membawa diri melepak dirumah rakannya.
"Irah cuma nakkan seorang mama dan tentunya seseorang yang boleh bahagiakan papa."
"Papa belum siap lagi untuk lupakan arwah mama Irah tolong jangan ungkit hal ini lagi."
Hairah tidak pernah tahu yang dia adalah anak angkat kepada Wildan.Yang dia tahu papa mudanya yang kacak itu bernikah dengan seorang wanita yang sangat dicintainya lalu meninggal dunia ketika melahirkan nya.
Dua hakikat yang dia berbohong kepada anak gadisnya itu aitu menikah dan wanita yang dicintai.Walhal seumur hidupnya dia tidak pernah berkahwin.
"Papa.."
"Papa ada hal Irah bersiap pergi kuliah ok.."
Mengelak,Hairah tahu papanya tidak suka membahas hal yang terlalu mendalam.
"Sampai bila papa nak hidup dalam maksiat?."
Wildan mencium dahi anak gadisnya itu lalu berdiri meninggalkan Hairah.Tidak ada niatnya untuk membalas ucapan anak gadisnya itu,yang langsung tidak menguntungkan.
Hairah yang sudah cemburut wajahnya dengan masam mencuka dibiarkan.
Setelah kepergian Wildan,Hairah bangun menyandarkan tubuhnya di kepala katil.Dia termenung jauh teringat zaman kanak-kanaknya.
Dia sering melihat rakan-rakannya yang lain dihantar dan dijemput ibu masing-masing,dan setiap kali hari ibu kad yang dibuatnya itu akan dimasukkan ke dalam kotak lalu diikat.Sampai satu tahap terlalu marah pada Wildan kotak itu dibakarnya.
"Kenapa semua orang ada mama kenapa Irah tak ada mama.."
"Kawan-kawan selalu kutuk Irah.."
"Papa buat apa pada mama Irah, kenapa biarkan dia pergi.."
Setiap kali dia memberontak,Wildan akan sabar memujuknya.
Hidupnya serba cukup, dengan kasih sayang seorang ayah membesarkan tapi jiwanya terasa kosong tanpa belaian seorang ibu.
"Happy mother's day mama,"
Dia tersenyum hatinya sebak mengucapkan itu.Untuk siapa dia berucap jika seraut wajah seorang ibu tidak pernah dikenalinya.Namun meski tidak mengenali sosok tubuh seorang ibu dia yakin wanita yang melahirkannya itu pasti seorang yang penyayang.
* * *
Lelaki itu memarkir superbike merahnya dengan begitu bergaya lalu menanggalkan halmet yang menutupi wajahnya.
Sarung tangan dibuka lalu meraup rambutnya kebelakangan.Para gadis yang melihatnya sudah meliuk-liuk seperti kurita dengan jalan terkedek-kedek macam itik pun ada.Ashraf sudah tersenyum bangga diri.
"Ash!.."
Dua lelaki menghampiri Asraf dengan senyuman senget..Yang memanggilnya tadi adalah Tarif dan Dani,.Lebih kurang buaya juga macam dia tapi Ashraf ada kelebihan sikit,Wajah kacak susah nak fotokopi.
"Wey..Asal kau lambat.."
"Ada hal.."
Jawab Asraf malas, mereka bertiga jalan beriringan menuju bangunan kuliah.Tiba di blok A,mata mereka dihiasi dengan pemandangan Hairah and The geng yang sedang berlenggang kangkung menuju bilik kuliah gadis itu.
"Hairah tu sombong satu-satu perempuan yang tak tertarik dengan Kau."
Dani dan Tarif mengekek ketawa,Asraf menjeling kedua sahabat nya itu.
"Aku tak kebulur perempuan macam itu.."
Ashraf berjalan ke tangga naik ke tingkat tiga sebelah kiri menuju bilik kuliah diikuti kedua sahabatya.
"Takkan Kau tak berminat perempuan macam Hairah?."
Sengaja Tarif menguji.Ashraf buat dek buku dikeluarkan dan buat-buat sibuk malas melayan soalan merapuh dari Tarif.Dewan kuliah itu mulai dipenuhi dengan pelajar-pelajar lain.
Telefon bimbit Ashraf bergetar diatas meja tertera nama wanita yang begitu disayanginya.
"Asalamualaikum Ummi.."
"Walaikumusalam la budak ni,baru nak angkat call.Kenapa tak balik semalam?."
"Ash lepak rumah kawan nak buat assignment."
"Buat assignment ke menghabiskan malam yang panas bersama perempuan."
Mahu sahaja dilasing kepala hotak si Tarif,jika tidak ditekup telefon bimbitnya habis terbongkar rahsia besarnya.
"Weyy,Mulut Kau bagi makan cili kang."
Tarif hanya ketawa mengekek.
"Ash balik tak hari ni?.."
"Sorry Ummi Ash tak boleh balik.Ash akan balik apartment,mungkin hujung minggu Ash akan balik rumah."
Terdengar keluhan halus dihujung talian.Puan sri
Vanida hampa bila anak lelakinya itu kerap menghabiskan waktu di luar berbanding balik ke rumah.
Setelah selesai berbual dengan umminya satu buku rujukan tebal diambil.
PAP...
Hampir sahaja melayang jantung Tarif akibat terkejut bila belakang nya dihempuk dengan buku secara tiba-tiba.Dani hanya mampu memberi pandangan mengejek pada Tarif.
"Kau memang cari pasal dengan Aku kan,?.."
Ashraf separuh berbisik pada Tarif.
"Alah Aku gurau ajelah."
"Gurau Kau tu boleh bawak masuk kubur kalau abah Aku dapat tahu."
Tarif hanya tersenyum sumbing,Kembali Ashraf membuka bukunya,alah buku lah sangat walhal tengah tengok majalah supermodel pakai bikini.Begitupun dengan kedua sahabatya itu.
Bila lecturer mereka telah sampai masing-masing majalah itu dikembalikan pada mahasiswi dibelakang mereka.Dan berpura-pura sibuk membuka buku dan fail masing-masing.
Hehehe Novel baru kita wak,jangan lupa bagi komen tau..Senang Sky nak tahu kehendak dari dear readers :)
Share this novel