Bab: 6

Drama Series 4427

Mendengar bunyi deruman enjin superbike anak lelakinya segera Puan Sri Vanida keluar dari dapur menuju ke ruang depan rumah.

"Asalamualaikum Ummi?."
Ketika Ashraf menyalami tangan umminya jelas raut wajah wanita itu tidak berpuas hati.Namun langsung tidak diendahkan.

"Kenapa baru balik selepas sehari ulang tahun abah?,kan ummi dah banyak kali pesan balik!.Ash memang sengaja nak tunjuk perangai ke apa ni?."
Dia berhenti melangkah dan berpusing menghadap wajah Puan Sri Vanida.

"Ash balik atau tak,sama je mi.Abah akan tetap sambut dia takkan jadi muda pun,abah bukanya budak tadika."

Parghhh...
Dia sudah biasa menerima pelempang.Tapi ini,tidak seperti biasanya bila buat pertama kali sepanjang dia hidup tangan umminya naik menampar wajah nya.

"Ummi dan abah tak pernah ajar kamu jadi biadap macam ni.Kamu patutnya bersyukur lahir dalam keluarga ni."

"Bersyukur?."
Sengaja dia mengulangi perkataan itu dengan sengihan seakan mengejek.

"Apa yang Ash nak syukuri mi?,. Semua orang bila bersama ayah mereka ada sifat serasi seakan sahabat sedangkan Ash dan abah sering bertengkar,itu tak boleh ini tak boleh abah nak apa sebenarnya.Ash ni bukan anak dia ke mi?."
Puan Sri Vanida kelihatan tergamam dengan kata-kata anak lelakinya itu.Mengapa Ashraf kelihatan lain hari ini, adakah akibat punca tanganya telah naik menampar wajah Ashraf sebentar tadi.

"Ummi selalu sebelah kan abah even kalau abah naikkan suara atau menyakiti Ash,.Ummi tahu Ash sangat menggemari dunia permotoran tapi ummi tak pernah nak sebelah kan Ash.Kenapa semua orang dalam rumah ni benci pada Ash?."
Tidak perlu orang lain menceritakan dia dapat merasakan sendiri.Selama ini apa yang menjadi permasalahan bersama abahnya adalah Tan Sri Azlan selalu menidakkan apa yang diingininya.
Harus dengan cara apa lagi dia perlu mengambil hati abahnya tidak cukup kah selama ini dia mengalah meski ada ketikanya dia akan menunjukkan sikap agresifnya.Dia sudah besar jauh lebih matang dari sebelum ini.

"Tak ada siapa yang membenci kamu tapi Ash sendiri yang terlalu berfikir bukan-bukan."

"Kenapa cara ummi layan Ash kejap sayang kejap lagi dingin,tak sama sepertimana adik-adik Ash yang lain mi.Parut pada leher ummi, abah yang buat kan?"
Sekali lagi Ashraf berjaya membuat Puan Sri Vanida tergamam lalu memegang lehernya dibalik kain tudung.

"Jawab Ash mi?"
Ashraf mendesak agar umminya menceritakan sesuatu yang sudah lama ingin diketahui oleh dirinya.

"Ashraf.."
Baik Ashraf mahupun puan Sri Vanida sama-sama mendogak ke atas dimana arah suara
itu datang.Tan Sri Azlan mencerlung menatap anak lelakinya yang telah bersikap biadap terhadap ibu kandungnya sendiri.
Melihat Tan Sri Azlan menuruni tangga.Segera Ashraf mengambil semula topi keledar milik nya yang diletakkan diatas sofa sebentar tadi.

"Ashraf.."
Panggilan dari umminya tidak diendahkan.Puan Sri Vanida terduduk lemah bila suara deruman superbike anak lelakinya itu telah berlaku pergi.

"Saya takut dia akan benci pada saya bila tahu hal sebenar."
Tan Sri Azlan duduk di sebelah isterinya dengan nafas yang kelihatan berat.Dilihatnya isterinya itu sudah menangis tersedu-sendu.

"Salah saya terlalu bertegas dengan Ash."
Mendengar luahan hati Ashraf yang didengari nya ketika berada di atas cukup membuatnya rasa bersalah kerana telah menghalang keinginan Ashraf.

"Saya faham sebab abang bertegas dengan Ash.Tapi mereka tak sama,tak mungkin Ash akan mengikut jejak mahupun.."
Puan Sri Vanida tidak mampu meneruskan apa yang ingin disampaikan kepada suaminya.

"Dah lah tu,usah difikirkan sangat."
Tan Sri Azlan cuba untuk menenangkan isterinya.
Tidak mahu puan sri Vanida terlalu berfikir bukan-bukan tentang anak lelaki mereka itu.

* * *

Ketika Julian sudah keluar dari rumah.Zian menghubungi Hairah untuk datang kerumah untuk meminta pertolongan gadis itu.Setelah hampir dua puluh minit menunggu akhirnya
orang yang ditunggu oleh Zian telah muncul.
Dia mempersilakan gadis itu duduk terlebih dahulu.

"Ada apa aunty nak jumpa Irah?."
Soalnya lembut,.Hairah begitu menghormati juga menyayangi sosok mama kepada Julian.Sungguh bertuah siapa sahaja yang memiliki seorang ibu seperti Zian.

"Aunty nak minta tolong untuk Irah pujuk Ian pergi Canada."
Senyuman yang tadinya manis terhadap wanita itu mulai kelihatan tawar.Hairah mengetap bibirnya,dia sendiri tidak tahu apa yang harus diperkatakan.Dirinya begitu terkejut mendengar permintaan dari mama Julian.

Zian tahu melalui expresi wajah gadis itu jelas menunjukkan dia tidak tega untuk berpisah mahupun berjauhan dengan anak lelakinya.Tapi Zian tidak mempunyai pilihan lain.Keutamanya sekarang adalah keselamatan dan masa depan Julian.

"Aunty tahu Irah sayang pada Ian begitu juga dengan aunty.Irah tolong pujuk Ian untuk pergi Canada aunty tahu dia akan dengar cakap irah."
Zian berdiri dari duduknya dan menghampiri Hairah wanita itu duduk disamping Hairah dengan tatapan yang sukar untuk gadis itu tafsirkan.Zian mencapai kedua tangan Hairah digenggamnya tangan gadis itu agar mengerti dengan keadaan yang Julian hadapi.

"Kenapa aunty nak hantar Ian pergi Canada?"
Zian tertunduk dengan mata terpejam sejenak.Dia tidak boleh berterus terang pada Hairah apa yang sebenarnya berlaku,tidak mungkin juga Zian mengatakan Julian berkerja dengan papa Hairah adalah atas tujuan balas dendam.Saat kini tidak mungkin gadis itu akan menerima dengan bulat-bulat apa yang akan diperkatakan oleh nya.

"Sebagai seorang ibu tak mungkin aunty biarkan Ian berada dalam keadaan yang berbahaya.Irah sendiri tahu kan macamana cara kerja Ian sejak kerja dengan papa Irah.Dia kerap cedera,."

"Ian lelaki yang pintar satu-satunya anak yang aunty ada.Aunty nak lihat dia berjaya macam orang lain.Macam mana Irah berjaya macam tulah aunty nak Ian berjaya."

"Irah.."
Hairah tidak tahu apa yang harus dirinya katakan pada mama Julian.Jujurnya dia tidak tega, sedangkan selama ini Julian mencipta jarak antaranya meski lelaki itu selalu ada dihadapan nya sudah cukup membuatnya tersiksa menanggung rindu.Lalu bagaimana nanti Julian pergi,mereka berdua akan terpisah beribu batu.Ingin rasanya dia merayu pada Zian agar tidak memisahkan mereka berdua,ingin juga dia pergi pada Wildan berlutut dihadapan papanya agar melepaskan lelaki itu.

"Aunty merayu tolong pujuk Ian.!"
Sekali lagi Zian bersuara,Akhirnya dia terpaksa menganguk menyetujui keinginan Zian.Melihat Hairah bersetuju untuk memujuk Julian Zian memeluk gadis itu erat sebagai tanda terima kasihnya.

Setelah pertemuannya dengan Zian sebentar tadi, fikirannya menjadi kusut.Hairah tidak tahu bagaimana cara untuknya memujuk Julian.Atau bagaimana cara untuk memujuk dirinya sendiri bila berjauhan dengan Julian kelak.Usai memarkir keretanya di garaj,Hairah masuk ke dalam rumah sayup-sayup dia mendengar suara papanya yang kedengaran seperti dalam nada marah.Dengan begitu berhati-hati Hairah menaiki tangga tanpa mengeluarkan bunyi.Dia mendekati bilik Wildan yang kelihatan sedikit terbuka cuba memasang telinga agar mendengar dengan lebih jelas.

"Bodoh...,Aku tak bela kamu semua jadi kulat yang menjijikkan.Kenapa biarkan latar belakang anak aku diselidik."
Diselidik?...Hairah mengerutkan dahinya,.Siapa yang cuba ingin tahu akan dirinya.Dia menajamkan lagi deria pendengaran agar mendengar bicara orang yang bercakap dengan papanya melalui telefon bimbit.

"Maafkan kami boss,kami tak berjaya nak jejaki orang tu.Si tak guna tu menggunagkan andentiti palsu."

"Sampai tahap mana dia tahu?."
Wildan kelihatan tertekan.Lelaki itu munda-mandir di balkoni bilik dengan perasaan khuatir.Ini adalah ketakutan terbesarnya selama ini.Dia takut kehilangan Hairah,dia tidak sanggup berpisah dengan anak gadisnya itu.Kerna itu bila keluar dari rumah dia akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan siapa dirinya dari semua orang agar musuhnya tidak menghidu hubungan mereka berdua.

"Kami kurang pasti boss,."
Mendengar jawapan anak buahnya cukup membuat darahnya mendidih Ingin sahaja dia mengamuk dan membunuh orang saat ini.Bayangan Razif yang cuba mengkhianatinya bermain di minda.Tidak mustahil lelaki itu yang membocorkan andentiti anak gadisnya pada orang luar.

"Macamana dengan snake?."

"Snake masih berehat di rumah.Melalui pemerhatian tidak menunjukkan perkara yang mencurigakan."
Wildan terus menamatkan perbualan.Belum pun sempat lelaki itu mengeluarkan kata-kata makian bagi melepaskan amarahnya.Wildan terkejut dengan wajah pucat bila Hairah menegur dari arah belakang.

"Papa okey?."

"Bila Irah balik?."
Soalnya dia sangat berharap Hairah tidak mendengar apa yang dia bualkan bersama anak buahnya.Hairah tersenyum lalu mendekat ke samping Wildan.

"Baru je,papa dah makan?"
Hairah cuba berlagak tenang seolah-olah tidak mendengar apa yang Wildan bulkan.Mendegar jawapan anak gadisnya itu cukup membuat Wildan menarik nafas lega sekali.Wildan mengusap kepala Hairah begitu sayang.

"Papa dah makan sayang."

"Kalau macam tu Irah masuk bilik dahulu..Papa rehat ok!.Irah tengok lately papa busy jarang ada kat rumah"

Hairah mengatur langkah untuk keluar dari bilik Wildan, sebelum gadis itu menghampiri pintu Wildan terlebih dahulu menarik tangannya lalu memeluk Hairah begitu kejap hingga menyukarkan anak gadisnya itu bernafas.

"Pa...Irah tak boleh bernafas pa.."

"Maaf sayang."
Wildan melepaskan pelukan lalu menatap Hairah begitu sayu.

"Apapun yang terjadi..Ingat papa always sayang Irah lebih dari nyawa papa sendiri."

"Tak ada harta yang bernilai yang mampu gantikan Irah dalam hidup papa sayang."

Sebak hatinya mendengar apa yang papanya katakan.Sungguh bertuah dirinya dikurniakan seorang sosok ayah yang penyayang.

"Papa."
Hairah menghambur tangisannya pada dada bidang Wildan.Lelaki itu tahu mungkin tidak selamanya rahsia itu mampu ditutup lambat laut Hairah pasti mengetahui siapa dirinya yang sebenar.Dia tidak mahu anak gadisnya itu terluka mendengar kebenaran dari orang lain,tapi dia tidak mempunyai kekuatan diri untuk menceritakan perkara sebenar.Dan belum sanggup untuk kehilangan.

Hairah merebahkan tubuhnya di katil masih terngiang-ngiang di telinganya apa yang papanya bualkan tadi.

Adakah orang yang menyelidik akan dirinya itu adalah musuh papanya.Tapi begitu aneh saat mindanya menidakkan tafsirannya itu.
Hati kuat mengatakan yang papanya ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

Sekali lagi Hairah melepaskan keluhannya bila teringat hari esok dia akan masuk kuliah.Sudah terlalu lama hari dirinya tidak menghadiri kuliah angkara lelaki bernama Ashraf itu.Mengapa perlu dia bersikap begini dengan lelaki yang begitu asing dalam hidupnya.

Dia keliru dengan dirinya sendiri.Jujurnya dia sudah rasa bersalah bagaimana nanti jika Julian mendapat tahu dia selalu memikirkan soal Ashraf kebelakangan ini.Mungkinkah apa yang dia rasakan ketika ini adalah dari kesan Julian selalu mengabaikan dirinya.

Benarkah hatinya sudah beralih arah.Pastinya apa yang Hairah rasakan ketika ini cuma rasa benci dia yakin dengan perasaannya sendiri.Tidak mungkin dia jatuh hati pada Ashraf.
Dia yakin cinta nya pada Julian tidak akan berubah begitu juga dengan Julian.Dia tidak kisah bagaimana cara Julian melayan dirinya ketika ini.

* * *

Hairah keluar dari perut kereta.Ketika ingin menutup pintu kereta satu suara yang begitu dikenalinya sudah membuat moodnya berubah dari cerita beralih menjadi muram.

"Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki lagaknya seperti seorang bidadari dari kayangan."
Ashraf bersandar dipintu penumpang gadis itu dengan begitu santai.
Hairah tahu apa yang lelaki itu katakan padanya tadi adalah satu bentuk perlian atau lebih tepatnya lelaki itu cuba untuk menyakiti hatinya.

"Tapi siapa tahu kan disebalik kemewahan yang ada pada tubuh kau ni.Ada nilai harga diri kau yang perlu kau cagarkan."
Sah..Lelaki ini ada masalah mantel tak pun ada mengambil barang terlarang.

"Kau memang spesies lelaki yang memiliki mulut puaka ke apa ni?."
Ashraf tersengih dia menegakkan badannya dan selangkah demi selangkah membuat Hairah turut melangkah berundur hingga belakang tubuhnya tersandar pada dinding blok basement.Ashraf menahan kedua tangannya pada dinding putih itu hingga menyukarkan Hairah bergerak.

"Apa masalah kau sebenarnya ni.Tak cukup ke apa yang kau dah buat kat cafe hari itu."

"Aku banyak kenal perempuan yang perangai lebih kurang macam kau ni jual mahal tapi suka menjajah tubuh pada lelaki dalam diam."
Sedikit pun Hairah tidak terkesan dengan kata-kata Ashraf padanya.Untuk apa ambik hati dengan orang gila ini,tak pasal nanti dia yang akan sama naik gila.

"Aku dengar kau ambik kos perundangan."

"Tak ada kena mengena langsung dengan hidup kau."
Hairah cuba menolak tubuh Ashraf agar menjauh darinya.Sungguh jantungnya begitu berkerja keras berdetak lebih laju dari kebiasaanya.Dia takut Ashraf akan mendengar bunyi irama jantungnya yang menggila.Pasti lelaki itu akan mentertawakan dirinya nanti.

"I think majoring in law, is not suitable for rude women who don’t know the rules like you."

"Kau tak ada hak untuk menilai mahupun menentukan apa yang sesuai dengan aku.And aku hanya biadap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau."

"Aku cukup suka dengan perempuan berani tapi tentunya tidak dengan perempuan macam cik Kasturi ni."
Aneh..kenapa dia begitu senang ketika Ashraf menyebut namanya Kasturi.Tapi perasaan itu segera melayang bila mulut lelaki itu terbuka semula.

"Budak hingusan tak reti nak respek senior macam kau ni.."
Terlebih dahulu Hairah sudah memotong bicaranya sebelum berjaya disudahi.

"Kurang kasih sayang,hauskan perhatian sangat menyedihkan.,"
Ashraf mengetap rahangnya kuat cuba mengawal dirinya sendiri.Jelas, gadis ini suka memancing emosinya.

"Stalker."

"Stalker?."
Hairah mengerutkan dahi.Apa yang lelaki itu maksudkan, adakah Ashraf tahu.

"Yah'thank you for following me in social media.Aku tak tahu gadis dingin macam kau berminat dengan lelaki hot macam aku.Jangan terlalu menonjol didepan aku atau berniat mendekat.Takut cair susah nak beku kembali."
Follow?..Sejak bila,.Hairah tertunduk malu.
Kenapa dia boleh cuai.
Ah' dia malu untuk terus bersemuka dengan Ashraf.Mana perlu dirinya menyorok ketika ini.

Ashraf tersenyum puas melihat perubahan riak wajah gadis itu.Tapi sungguh gadis itu saat ini cukup menguji keimanannya.Pipi Hairah kelihatan memerah mungkin sudah blushing dan ketika saat gadis itu menggigit bawah bibirnya yang lembab dek kerana pelembap bibir yang dipakainya cukup membuat Ashraf geram.

"Stop biting your lips!"
Ashraf bertindak mencubit kedua belah pipi Hairah sebelum berlaku pergi.
Hairah terpinga-pinga dengan tindakan tak terduga lelaki itu terhadapnya dia hanya mampu memandang belakang tubuhnya Ashraf yang kian menjauh.Hairah memegang kedua belah pipinya,meski tidak sakit tapi kehangatan jemari lelaki itu masih dirasainya.
Sungguh dia takut satu saat nanti dia akan sesat di dunia lelaki itu.

Holla..maaf Sky busy,ayat berterabur dan typo maafkan ia..Esok Sky cuti insyaallah next episode ada begitu juga untuk YAMD.. Selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience