Bab 17

Short Story Completed 3964

"Umi tidak menyangka Khai sanggup buat Reen macam ini!"Jerkah Puan Salsabila mencerlung matanya merenung wajah Khair Marteen yang hanya menunduk.


Kembalinya Khair Marteen kerumah ini mengundang kemarahan ahli keluarganya.Melepaskan segala rasa marah dijiwa atas perbuatan yang mengikut kata hati.


"Khai salah dalam hal ini dan Khai min.."

"Bukan dengan kami minta maaf tetapi dengan Kak Reen.Dia tanggungjawab Abang tapi Abang biarkan Kak Reen keseorangan menghadapi masalah dan Abang boleh berseronok dengan pembunuh anak Abang sendiri!

Sha malu dapat Abang macam ini! Umi dengan Abah tadah malu hadap keluarga Reen tanpa kehadiran Abang!"Jerkah Sasha lalu menghempaskan majalah yang dipegangnya.

Khair Marteen melepaskan keluhan berat apabila mengetahu Aimi punca anaknya meninggal dunia patutlah Aimi beria menyuruhnya tidak pulang kerumah.


"Abah tidak pernah mengajar kamu berkelakuan sebegini Khai! "Tuan Mahmood bersuara pantas Khair melutut dihadapan kedua ibu-bapanya.


"Khai menyesal dengan perbuatan Khai sendiri dan sekarang Khai hadir ingin memohon maaf dengan Ibu Abah dan Sha atas kelakuan mengikut perasaan Khai.


Khai silap percaturan Khai abaikan Dihah dan Khai kehilangan anak Khai sendiri.Berikan Khai secebis peluang untuk perbetulkan kembali kesalahan?"Pinta Khair Marteen berharap keluarganya mampu menerimanya kembali.


"Seteruk mana kelakuan kamu Khai kami masih mampu maafkan sebab kamu darah daging kami tetapi kami tidak mampu memberikan jaminan seandainya Reen memilih untuk melepaskan kamu Khai."Ujar Tuan Mahmood lalu memegang kedua-dua belah bahu anaknya.


"Sha harap Abang mampu memujuk hati Kak Reen."Ujar Sasha lalu menepuk lembut bahu Abangnya.


Seburuk mana sekalipun kelakuan adik-beradik mereka tetap dihati selagi air dicincang tidak akan putus.

"AKU minta maaf dengan kau Khai sebab aku rumahtangga kau rengang."Ujar Zaf Husaini ingin memperbetulkan keadaan pantas Khai Marteen menerima segalanya.


Khair Marteen redha sekiranya bukan disebabkan Zaf Husaini mereka akan bergaduh semua yang terjadi bersebab dan semuanya sebab ego Khair sendiri.


"It's okey Bro."Mereka bersalaman lalu membalas pelukan sebelum kedua-duanya beredar ke destinasi yang akan dituju.


Khair Marteen ingin berjumpa dengan Nureen untuk meminta maaf atas kesalahannya selama ini Khair berharap Nureen mampu menerimanya semula dan memulihkan kembali rumahtangga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience