Bab 9

Short Story Completed 3964

Kehadirannya untuk menuntut cinta kembali walau dengan pelbagai alasan sekali pun atau terpaksa meruntuhkan Zaf Husaini sanggup demi cintanya.


"Kenapa kau nak jumpa aku?"Soal Khair Marteen pantas meletakkan kedua-dua belah tangan di atas meja sambil mata memandang kearah Zaf Husaini.


"Aku dengan Nureen bukan adik-beradik."Luah Zaf Husaini membuatkan Khair Marteen tertanya-tanya.


"Jadi apa kena-mengena dengan aku? Kau yang patut explain dekat Dihah."Khair Marteen menjadi buntu dengan pertemuan mereka berdua seandainya keputusan tidak berada dengannya.

"Sebab aku nak Nureen balik."

"No!"Jerit Khair Marteen sambil menepuk kuat meja tanpa menghiraukan orang awam yang mula memandang sesama sendiri.


"Kenapa? Kau sendiri tahukan aku berjaya buat dia mencintai aku lagi selepas kau lepaskan dia!"Bidas Zaf Husaini tidak mahu kalah dia harus mempertahankan segalanya.

"Mana Iman kau? Aku suami dia selagi aku bernafas aku tak akan lepaskan dia untuk kau dan untuk lelaki lain sekali pun!"Jerkah Khair Marteen tekad dia tidak akan sesekali melepaskan walaupun terpaksa bertarung nyawa dia sanggup.


"Walaupun dia dah tak cintakan kau?"Duga Zaf Husaini membuatkan Khair Marteen terdiam.


Terlintas difikirannya kebenaran kata-kata Zaf Husaini adalah benar tidak mustahil Nureen masih mencintai Zaf Husaini berbanding dirinya.


"Aku akan buat dia cintakan aku la...."


"Kenapa?Kau tercabar sebab aku mampu membuatkan dia mencintai aku lagi Khai.Kau hanya masa lalu dia."


Masih tergiang-giang perbualan antaranya dengan Zaf Husaini.Debaran masih terasa malahan bertambah namun hati semakin kecewa dengan Nureen.


Khair Marteen tidak mampu menahan rasa sedih di hati setelah mengetahui Nureen masih sayangkan Zaf Husaini jika masa mampu di putar pasti Khair tidak akan melamar Nureen.


"Arghh!!!!!!!"Jerit Khair Marteen sekuat hati mengejutkan Atilia Aisha yang baharu sahaja melabuhkan punggung di atas bangku berhampiran.


"Khai.."Sapa Atilia Aisha lalh mendekati Khair Marteen yang segera mengesat air matanya yang mengalir.


Khair Marteen segera berpaling memandang kearah Atilia Aisha yang sudah tersenyum manis kearahnya.Wajah manis itu di pandang lama sambil membalas senyuman manis.


"Buat apa dekat sini?Lia dengar Khai menjerit?"Soal Atilia Aisha berkerut dahinya memandang kearah lelaki tinggi lampai ini.


"Nothing.."Dalih Khair Marteen lalu tersenyum hambar.


"Awak ada problem?"Soal Atilia Aisha menginginkan kepastian dia takut jika Nureen menceritkan tentang ibunya.


"Apa yang saya berikan ini yang saya dapat."Ujar Khair Marteen lantas memandang seraut wajah di sisinya.

"Apa yang cuba awak sampaikan? Saya tak faham."Soal Atilia Aisha keliru dengan kata-kata dari lelaki ini dengan masalah yang dihadapannya.


"Awak tak akan faham dan tidak pernah faham."Ujar Khair Marteen lalu melangkah pergi meninggalkan Atilia Aisha yang kebingungan.


"Saya memang tak layak untuk mengetahui masalah awak tetapi tidak salah untuk kita berkawan balik."Pinta Atilia Aisha lantas Khair Marteen menghentikan langkahnya.


Khair Marteen segera berpaling sambil mengukirkan senyuman manis dibibirnya turut dibalas oleh Atilia Aisha sambil mata berkaca memandang kearah lelaki tinggi lampai ini.


Apabila kesempatan yang sudah terbentang jelas dihadapan mata menciptakan sebuah rasa yang sukar untuk ditafsirkan namun niat dihati bertukar ganti bagi meraih sebuah kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience