Bab 11

Short Story Completed 3964

Kejujuran yang dinantikan bakal meninggalkan secebis kelukaan dihati bukan semua perkara mampu diterima tetapi hanya mampu meminta secebis cinta walaupun derita.


Nureen Mardihah melamparkan kepingan gambar di atas meja yang memaparkan kelakuan suaminya bersama Atilia.


Segala bukti yang telah Nureen kumpul menjelaskan bahawa mereka kerap keluar bersama di belakangnya sehinggakan Khair Marteen berubah laku serta mengabaikannya.
Nureen amat kecewa laju air matanya mengalir ke pipi.


"Dihah tidak sangka Abang sanggup lukakan hati Dihah lagi."Ujar Nureen sambil memandang kearah Khair Marteen.

"Luka yang sama Abang rasa bila Dihah masih tidak jujur dengan Abang yang Dihah cintakan Zaf!"Jerkah Khair Marteen kuat mengejutkan Nureen Mardihah pantas wajah suaminya di renung sedalamnya.


"Abang merepek apa? Dihah cintakan Abang seorang sahaja.Jangan palitkan kesalahan Abang pada Dihah!"Bantah Nureen kesal dengan kelakuan suaminya yang semakin menyakitkan hati.


"Dihah tolong jujur sekali sahaja."Pinta Khair Marteen semakin keliru dengan yang diciptakan sendiri olehnya.


Bukan Khair tidak menyedari selama ini Nureen terlampau mencintainya namun segala lafaz yang diungkapkan tiada makna langsung dihatinya hanya disebabkan sebuah keegoan.


"Kejujuran apakah yang Abang pinta? Bukti apakah yang Abang mahu bagi menjelaskan kepada Abang yang Dihah sudah tidak mencintai Zaf?"Soalan dibalas soalan oleh Nureen kusut benar otaknya memikirkan punca pergaduhan mereka yang tidak masuk akal.


Khai Marteen tidak mengendahkan soalan daripada isterinya sambil tangan lincah menyentuh skrin telefon bimbitnya.Kemarahan Nureen semakin memuncak bersama dengan air matanya yang mengalir laju.


"Sekarang Dihah bercakap pasal Atilia!"Jerit Nureen Mardihah kuat pantas Khair Marteen menghempas telefon bimbitnya.


"Sekarang kau nak bercakap pasal Atilia kalau bukan sebab kau aku tak jadi macam ini!"Bantah Khair Marteen sambil memegang kedua-dua belah bahu isterinya.


"Habis Abang memang mudah percaya apa yang orang berkata tanpa mempercayai isteri sendiri?Kalau dari dulu Abang tak percaya jangan paksa Dihah terima Abang jangan letakan harapan dan jangan hasilkan benih cinta yang palsu!"Jerkah Nureen Mardihah lalu menepis tangan suaminya yang mencengkam kuat.


"Menyesal?"Soal Khair Marteen perlahan lantas Nureen menolak kuat bahu suaminya turun naik nafasnya menahan sebak didada.


"Jangan tanya pasal menyesal kalau Abang sendiri menutup mata hati Abang untuk melihat cinta Dihah dan menerima cinta Atilia.


Selama ini segala kata-kata Abang hanyalah palsu tiada yang benar dan Dihah hanya tertipu.Kalau Abang memang tak percayakan Dihah pergilah pergila berkahwin dengan Lia.


Dihah tidak akan bertanya apa-apa lepas ini kalau Abang rasa Dihah tidak penting untuk Abang lepaskan Dihah."Ujar Nureen Mardihah dalam esakkan tangisnya.


Hatinya benar terguris dengan kata-kata oleh suaminya yang tiada secebis pun rasa bersalah melafazkan kata.Jika sudah menjadi suratan takdir dia rela melepaskan walaupun terluka.


"Aku tidak akan lepaskan kau Nureen Mardihah!"Pinta Khair Marteen membuatkan Nureen Mardihah terlopong lalu mengangguk lemah.

"Ohh! Mudah untuk Abang siksa Dihah dengan tidak melepaskan Dihah terima kasih sangat-sangat."Ucap Nureen lalu ingin melangkah keluar dari biliknya pantas ditahan oleh Khair Marteen.


"Dihah aku tak habis cakap lagi!"Khair Marteen mencengkam kuat tangan isterinya.


"Buat apa kita berbincang kalau kata-kata Abang menyakitkan Dihah!Cakap sekarang! Awak pergilah dengan wanita yang awak cinta kejar dia bukan saya lagi!"Jerkah Nureen Mardihah sambil mata memandang kearah suaminya.


"Kalau aku lepaskan kau mudahlah Zaf untuk memiliki kau!Aku jadi macam ini sebab cinta aku kau khianati."Ujar Khair Marteen lalu melangkah pergi meninggalkan Nureen Mardihah bersendirian.


Nureen redha kesakitan yang dirasai tiada ubat dia sanggup melepaskan lelaki itu pergi dan tidak akan berpaling lagi mencari lelaki itu sampai jasadnya terpisah dari badan dia janji.


Kesetiaan yang dijanjikan tidak menjaminkan kebahagian berterusan namun kelukaan yang di berikan terjamin sehingga hilang parut kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience