Bab 1

Short Story Completed 3964

Seandainya hadir beribu insan untuk memiliki sekeping hati yang murni tidak akan mampu mengembalikan sekeping hati yang telah terluka hanya disebabkan cinta.


Kederitaan yang di alami selama ini tidak akan berlaku lagi namun jika semua terjadi hanya disebabkan janji leraikanlah ikatan cinta yang membuatnya semakin menderita.


Khair Marteen mencium pipi bayi comel yang dipangkunya sesekali mata melirik kearah isterinya yang hanya memerhati sambil hati tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi menganugerahkan cahaya mata yang tidak ternilai di matanya.


Kesemua ahli keluarga berkumpul bagi melihat bayi yang baharu di lahirkan."Along dah letak nama ke?"Soal Shasha teruja sambil tangan mengusap lembut kepala anak buahnya itu.


Khair Marteen memandang kearah Nureen Mardihah lantas bibir mengukirkan senyuman memberi isyarat untuk mengumumkan nama anaknya itu.

"Naura Khalisha Binti Khair Marteen."

Nureen Mardihah tersenyum manis sambil mata memandang kearah anaknya yang tidur nyenyak sesekali mengeliat comel.


"Muka Baba dia ini."Puji Puan Salsabila lalu mencepung tubuh Naura yang masih nyenyak tidur.Khair Marteen segera memeluk erat tubuh isterinya lalu mengucup lembut dahi Nureen Mardihah.


"Iras-iras kita sikit Sal."Ujar Hajah Zulaika tidak mahu kalah.


"Kalau semua iras Tok ma dengan Tok wan dia mesti ada selit-selit iras Tok aki dia kan Sha? Iras mak su dia pun ada juga ini."Sampuk Tuan Mahmood lalu memandang kearah anak bongsunya pantas semua ketawa melihat telatah ahli keluarga yang kalut mencari iras wajah bayi comel ini.


"Sayang Naura hadiah yang paling istimewa untuk rumahtangga kita.Abang janji tidak akan pernah mengabaikan Sayang dan Naura."Ucap Khair Marteen lalu tersenyum manis memandang kearah isterinya yang segera memeluk tubuhnya.


"Dihah tak minta apa-apa selain kasih sayang dan cinta dari Abang kalau suatu hari nanti kita di duga jangan sesekali lepaskan Dihah Abang."Pinta Nureen pantas Khair Marteen mengangguk laju dia berjanji pada dirinya sendiri tidak akan mengecewakan sesiapa termaksud isterinya lagi.


Seandainya hari akan datang mereka mampu mengecapi erti kebahagian seperti ini pasti tidak akan dilepaskan setiap detik walaupun badai bakal menghancurkan sebuah percintaan yang abadi.


Bibir tidak henti mengukirkan senyuman apabila insan yang dicintai menghargai segala pergorbanan yang telah diberikan dengan kata-kata cinta tiada henti dari bibir yang manis bermadah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience