Bab 12

Short Story Completed 3964

Sudah hampir seminggu Nureen tidak bertemu dengan Khair Marteen memandangkan lelaki itu telah menghilangkan diri tanpa khabar berita kepada keluarga membuatkan Puan Salsabila semakin risau dengan keadaan anak sulungnya itu.


Nureen belum menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi dalam rumahtangganya namun dia tidak akan menyalahi sesiapa atas perkara yang telah terjadi tetapi dia masih belum mendapat penjelasan dari Zaf Husaini tentang status mereka berdua memandangkan Datin Sherry masih mendiamkan diri.


Kehadiran Aimi Dalila di dalam rumah Puan Salsabila disambut dingin.Apakah rancangan wanita itu masuk kedalam keluarga mereka kembali memandangkan Tuan Mahmod sudah tidak mengendahkan anak saudaranya.


"Reen ada orang nak jumpa."Sapa Tuan Mahmod lalu melangkah kearah tangga ingin naik ke bilik.Nureen segera kearah ruang tamu yang kelihatan seorang lelaki sedang memeluk tubuh membelakanginya.


"Zaf.."

"Reen saya hadir untuk meminta maaf dengan awak atas perbuatan mengikut perasaan saya sampai rumahtangga awak rengang."Jelas Zaf Husaini segera berpaling mengadap Nureen Mardihah.


"Saya tak faham apa masalah awak sebenarnya?Berapa kali saya perlu huraikan yang saya sudah tidak mencintai awak! Tolong faham keadaan saya!"Jerit Nureen berang dengan lelaki yang tidak memahami segalanya.Hanya mengikut kata hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.


"Saya salah dalam hal ini tapi saya min.."


"Awak baliklah Zaf saya tidak mahu melihat muka awak dekat sini."Pinta Nureen segera ingin berlalu meninggalkan Zaf Husaini.

"Reen.."Zaf Husaini ingin mencapai tangan Nureen bagi menahan wanita itu untuk pergi pantas ditepis kuat.


"Sudahlah Zaf saya penat dengan permainan awak dengan kelakuan suami saya.Terlampau penat sampai hati tak tahu nak rasa apa sekarang ni sebab terlalu sakit melihat semuanya yang akhirnya saya terpaksa hadap seorang diri.


Baliklah Zaf anggap sahaja saya bukan sesiapa dalam diri awak lagipun selama ini saya yang berusaha menjaga hati awak tapi awak langsung tidak melihat semua itu.


Sekarang perkara yang sama terjadi tetapi tiada siapa mengerti malah terus-menerus sakitkan saya.Lupakan saya Zaf sebab saya tidak akan menerima awak lagi sampai bila-bila."Jelas Nureen lalu melangkah meninggal Zaf Husaini yang menyedari segalanya telah terlambat baginya untuk memperbaiki kembali hubungan mereka.


Kedengaran bunyi sesuatu jatuh dari arah tangga mengejutkan Nureen dan Zaf Husaini yang baharu sahaja ingin beredar dari rumah agam dua tingkat ini.Langkah Nureen terhenti pada sekujur tubuh kecil yang sudah tidak bermaya.


Terasa lemah lututnya seakan bumi berputar laju bersama air matanya yang mengalir laju ke pipi.Perasaan teramat sukar ditafsirkan lagi dia harus redha atau dia harus menyalahi diri sendiri?


Nureen Mardihah memandang sekeliling mencari punca anaknya jatuh namun tidak kelihatan sesiapa.Zaf Husaini menghampiri Nureen Mardihah sambil mengerutkan dahi menerima situasi yang telah terjadi.


"Naura! Sayang!Bangun Sayang Naura.."Panggil Nureen Mardihah lalu memangku kepala anaknya yang berlumuran darah.


"Reenn kenapa ini?"Soal Zaf Husaini sambil memandang kearah si kecil yang berlumuran darah.


"Ta..k"Nureen segera mengelengkan kepalanya tidak mampu berkata.


Tuan Mahmod segera menuruni anak tangga apabila terdengar bunyi bising ditingkat bawah malah terdengar jeritan menantunya tadi.


"Ya Allah cucu aku!Kenapa ni Reen?"Soal Tuan Mahmod pantas Nureen mengelengkan kepalanya.


"Kita bawa Hospital."Ujar Zaf Husaini lalu segera ke luar rumah diikuti oleh Tuan Mahmood dan Nureen yang sudah menutup kepala anak kecilnya dengan tuala.


Seandainya dia pergi maka hilanglah separuh harapan untuknya terus hidup setelah suaminya memilih untuk membencinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience