Bab 15

Short Story Completed 3964

Nureen Mardihah menjiruskan air yasin bersama bunga di atas kubur arwah Naura yang bersebelahan dengan kubur arwah ayah Nureen.

Nureen Mardihah membuat keputusan untuk menetap di Kampung halamannya buat selamanya malah Nureen memilih untuk mendiamkan diri tanpa diganggu oleh sesiapa.


Ahli keluarga juga menerima keputusan Nureen dengan hati yang terbuka walaupun Puan Salsabila dan Tuan Mahmood sangat kecewa dengan perubahan sikap anaknya Khair sehingga kini belum menunjukkan muka walaupun telah mengetahui segalanya.


Saiful memandang kearah kakaknya teresak-esak menangis pantas pandangannya terhala pada ahli keluarga lain kelihatan muram dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa Nureen.


"Kak,Sabar itu manis kak dan redha itu indah."Pujuk Saiful lalu memeluk erat tubuh Kakaknya memberikam kekuatan pantas Nureen Mardihah tersenyum hambar kearah adiknya.


"Kak.."Sapa Datin Sherry mengejutkan semua ahli keluarga pantaz tangan Hajah Zulaila ditarik jauh sedikit dari pandangan ahli keluarga lain.


"Kenapa ni Sherry?"Soal Hajah Zulaika kurang mengerti dengan kelakuan tiba-tiba wanita ini malah tidak manis dilihat orang yang lalu lalang.


"Sherry perlu jelaskan segalanya dekat Akak."Ujar Datin Sherry tanpa berdalih lagi dia harus jujur semuanya setelah memilih untuk mendiamkan diri beberapa bulan tanpa khabar berita.


"Pasal apa ini?Akak tak faham?"Soal Hajah Zulaika yang masih belum mengerti pantas Datin Sherry memegang kemas tangan Hajah Zulaika.


"Sebenarnya Nureen dengan Zaf bukan adik-beradik."Hajah Zulaika melepaskan pegangan seakan jantungnya mahu gugur mendengar perjelasan Datin Sherry.


"Kau cakap apa ni?Berani kau tipu keluarga aku Sherry?"Soal Hajah Zulaika berkaca matanya menahan rasa sebal dihati.


Selama hampir tiga tahun dia mempercayai semuanya dan melihat kemungkaran didepan mata sendiri yang dicipta oleh seorang wanita yang amat dipercayainya.


"Kak Sherry salah dalam hal ini.Sherry terlampau mengikut emosi sampai terpaksa menipu Akak dan keluarga Sherry salah Kak anak kandung Akak sudah meninggal."Jelas Datin Sherry.


"Ya Allah."Hajah Zulaila hilang arah mendengar penjelasan Datin Sherry hatinya sangat tidak mampu menerima namun dia tidak mampu untuk terus menghukum semuanya.


"Kenapa tidak jujur dari dahulu lagi?Kenapa kau tidak perbetulkan semuanya Sherry?Aku sangat kecewa dengan kau sanggup kau tipu Akak sanggup kau lihat maksiat depan mata kau?Manusia jenis apa kau ni Sherry!"Jerkah Hajah Zulaika mengejutkan semua ahli keluarga pantas mereka berjalan kearah Hajah Zulaika.


"Kenapa ini Ibu?"Soal Nureen sambil mata memandang kearah Datin Sherry yang sudah muram.


"Reen sebe.."


"Reen sudah tahu Ibu pasal semuanya tapi Reen sampai harini tidak pernah mendapat penjelasan dari sesiapa pun."Bidas Nureen pantas merenung mata Datin Sherry yang segera beralih pada pandangan lain.


"Reen mama min.."


"Maaf mampu dimaafkan tapi hati?Mampu untuk dipulihkan Datin?Reen bukan pendendam begitu juga Ibu dan Keluarga tetapi Reen harap sangat lepas ini jangan hadir atau masuk dalam keluarga hanya untuk memecah belahkan rumahtangga orang."Ujar Nureen lalu melangkah keluar dari pusara damai.


Datin Sherry memandang kearah keluarga Nureen yang berlalu pergi pantas matanya terpandang pada Zaf Husaini yang hanya menundukkan wajah.


Perjelasan itu amatlah penting untuk mengelakkan sesiapa daripada menjadi salah faham namun setiap kali menghindarkan diri dari penjelasan berlakulah selisih faham yang sukar dimaafkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience