Bab 8

Short Story Completed 3964

Perbezaan manakah kalau cinta pertama yang berputik di bangku sekolah hanya cinta monyet bukan cinta yang lahir jauh di dasar hati tetapi hanya dinamakan cinta persinggahan malahan tidak meninggalkan kesan dihati kecuali kenangan.

Atilia Aisha masih menutup ruang di hatinya untuk menerima insan yang bernama lelaki bukan kerana kisah silamnya dahulu tetapi hatinya belum bersedia untuk di sakiti nanti.


"Mummy, satu permintaan Lia mohon pada Mummy supaya lupakan perkara lepas dan sedar Mummy pada realiti sekarang."Pinta Atilia Aisha yang masih kesal dengan layanan Puan Liyana terhadap Nureen rasa bersalah semakin bersarang dihati.


Benci benar Ibunya pada Nureen walhal Nureen tidak pernah menyakiti atau bermusuh dengan Puan Liyana tetapi hanya disebabkan kebenciannya pada hubungan antara Nureen dan Khair yang menghancurkan harapannya untuk melihat kebahagian anaknya sendiri telah mengheretnya kedalam kisah silam lama.


"Semudah itu kau paksa aku melupakan Lia?Betapa seksanya kau dulu bila Khai tolak cinta kau dan bila Khai bernikah dengan Nureen!"Bidas Puan Liyana dendam yang hanya memakan diri sendiri semakin menguasai hatinya.


"Enough Mummy, Tolong terima hakikat semuanya kalau betul Khai jodoh Lia dah lama kami bersatu tapi Khai jodoh Nureen.Lia tidak pernah kecewa langsung melihat mereka berdua bersama tidak sama sekali Mummy.Jangan jerat hati Lia pada cinta yang palsu Mummy."Ujar Atilia Aisha kesal dia amat mengesali tindakkan menceritakan soal hati pada ibunya sendiri yang masih tidak mampu menerima semua.


"Sebab semua ini kau putus dengan Syafiq dahulu sebab Nureen.Nureen memang perampas!"Marah Puan Liyana masih belum reda.


"Tiada istilah rampas kalau Khai bukan hak Lia dan Khai tidak pernah balas langsung cinta Lia.Lia dengan Syafiq tidak akan pernah bersama Mummy walaupun Lia tidak lagi mencintai Khai."Bantah Atilia Aisha buntu dengan sikap ibunya yang masih terjerat dalam kisah dahulu.


Puan Liyana melabuhkan punggung di atas sofa sambil mata memandang kearah anaknya.Sedikit demi sedikit hatinya menyesali dengan segala tindakannya yang terlampau cetek memikirkan soal cinta monyet anaknya sampai sanggup menyimpan dendam dihati.


"Zaman sekolah tidak akan sama dengan zaman sekarang sebab dulu Lia tak matang dan sekarang Lia terlampau matang dalam memikirkan kebahagian Lia sendiri tetapi bukan dengan menghancurkan kebahagian orang lain.

Mummy sanggup lihat anak Mummy hancurkan kebahagian orang lain? Mummy sanggup mendengar orang lain burukan anak Mummy sebab merampas suami orang?"Soal Atilia Aisha pantas Puan Liyana mengelengkan kepalanya.


Gerun hatinya mendengar soalan daripada Atilia hatinya sangat takut apabila anaknya dicemuh orang sekeliling.


"Mummy minta maaf Mummy terlampau beremosi lebih daripada Lia.Mummy sedar Mummy tidak patut masuk campur soal hati anak Mummy.I'm sorry sayang."Ucap Puan Liyana lalu memeluk erat tubuh anaknya.


Suratan takdir haruslah diterima dengan hati yang terbuka jika sudah tiada makna atau kata cinta dalam hati mahupun bibir.


Mengengam kenangan itu amatlah mudah namun menelan kekecewaan itu terlampau payah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience