Bab 4

Short Story Completed 3964

"Khai.."Sapa Atilia Aisha pantas Khair Marteen berpaling memandang kearah seorang wanita yang sekian lama menghilang kini hadir kembali serta-merta bibir mengukir senyuman manis.


"Awak sihat Khai?"Soal Atilia Aisha sambil mata memandang kearah Khair Marteen yang masih terkejut melihat kehadirannya di sini.


Setelah sekian lama mereka tidak berjumpa selama itu Atilia Aisha merindui raut wajah lelaki ini yang masih dicintainya sesama di bangku sekolah lagi.


"Alhamdulillah sihat ,Kau sihat Lia?"Soal Khair Marteen teruja bertemu dengan kawan sekolah yang merangkap kawan baiknya di asrama dan kawan menceritakan soal hati dan perasaan sekiranya Khair keliru dengan keputusan yang harus di buat termasuk menolak dan menerima cinta Nureen Mardihah.


"Macam inilah.So , macam mana kehidupan sekarang?masih dengan Nureen lagi?"Soal Atilia Aisha menduga namun bakal mengundang luka seandainya jawapan lain yang diperkatakan.


Khair Marteen meraup wajahnya sambil mata memandang sekeliling kawasan pusat membeli-belah mencari kelibat isterinya.


"Alhamdulillah , Hampir dua tahun kami berkahwin dan ada seorang anak perempuan yang comel.Aku bahagia dengan keputusan aku bukan macam dulu."Ujar Marteen sambil tersenyum manis namun fikirannya jauh melayang pada isterinya.


Khair Marteen serba-salah beramah mesra dengan wanita ini walhal dia mengetahui bahawa wanita ini masih lagi mencintainya sejak di bangku sekolah lagi memang Atilia telah mengatakan soal hati namun di tentang keras oleh dirinya sendiri.

"Khai saya tahu silap saya memberikan keputusan pada awak sampai saya luahan perasaan pada awak.Kalau awak nak hukum saya hukumlah tapi jangan pernah benci saya macam dulu."Pinta Atilia Aisha pantas tangannya memegang kemas tangan Khair Marteen.


Nureen Mardihah tersandar lemah pada dinding sambil mata memandang kearah suaminya laju air mata mengalir ke pipi.Adakah ini di namakan terkilan?

Terkilan dengan Zaf Husaini dan Khai Marteen apabila setiap kenangan menghimpit antara mereka bertiga pantas Nureen melangkah pergi meninggalkan semua kelukaan di hati.


Khair Marteen merenung wajah wanita yang masih berharap terhadapnya namun semuanya telah terjadi dia tidak akan memiliki lagi hati itu.


"Perkara dah lepas ,aku tak pernah simpan perkara kita dalam hati aku dengan Dihah dia isteri aku dan aku sangat sayangkan dia."Khair Marteen melepaskan pegangan lalu melangkah pergi namun matanya terpandang kelibat isterinya segera di kejar.


"Sayang.."Panggilnya lantas mencapai tangan Nureen yang segera mengesat air mata yang mengalir.Wajah suaminya ditatap penuh perasaan yang sukar ditafsirkan.


Khair Marteen menarik tubuh isterinya kedalam pelukan lantas tangisan dilepaskan.Nureen harus berfikiran positif dengan situasi yang baharu di lihatnya tadi dia harus membuang rasa yang bersarang dihati.


"Abang Dihah tak marahkan Abang."Bisik Nureen pantas Khair Marteen melepaskan pelukan.


"Sayang menangis kenapa?"Soal Khair Marteen risau melihat isterinya yang menangis.


"Dihah terharu tengok Abang dah baik dengan Lia."Dalih Nureen lantas tersenyum manis.Nureen harus merahsiakan soal Zaf Husaini sehingga tiba waktu Datin Sherry sendiri yang harus menjelaskan semuanya walaupun hatinya tidak rela mendengar kebenaran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience