Bab 2

Short Story Completed 3964

Semudah itukah hatinya menerima kenyataaan bahawa mereka tidak akan pernah bersatu atau hanya berselindung disebalik kata yang menyakitkan jiwa dan raga.


Sekiranya segalanya ternoktah pada dosa silam serta kesilapan lalu yang mampu menjeratkan hati malahan merumitkan situasi kepada kenyataan yang melukakan hati insan lain.


"Pembohongan apa yang cuba awak sampaikan Sherry?"Soal Dato Zakuan lantas menghempaskan sampul surat berisi dokumen tentang Zaf Husaini.

Datin Sherry memandang kearah suaminya lantas keluhan dilepaskan segalanya telah berlaku dia terpaksa sebab dia tidak sanggup untuk kehilangan Nureen Mardihah wanita itu sangat baik dimatanya.


"Saya terpaksa saya sangat sayangkan Nureen dan Zaf."Ujar Datin Sherry lalu melutut dihadapan suaminya.

"Sayang sampai sanggup wujudkan perkara yang tidak pasti macam tu ke Sherry? Semua percaya saya tanggung dosa awak!"Jerkah Dato Zakuan mencerlung mata memandang kearah isterinya.


Kekecewaan dihati tidak dapat dibendung lagi dengan segala kesilapan isterinya yang sanggup menegakkan benang yang basah dengan mewujudkan suatu keadaan dengan penipuan.


Datin Sherry mencapai tangan suaminya untuk memohon maaf."Saya minta maaf saya akan betulkan sem.."


"Perbetulkan apa lagi?Awak ingat penipuan awak selama ini mampu mengembalikan kepercayaan mereka semua ke?"Soal Dato Zakuan pantas menarik tangannya dari pegangan wanita yang terlampau dicintai tetapi mengecewakannya.


"Awak dengar sini!Alasan yang akan awak katakan nanti tidak akan menjaminkan segalanya dan awak lebih rela melihat kemungkaran daripada menerima kebenaran!"Jerkah Dato Zakuan lagi mengejutkan Zaf Husaini pantas langkah diatur kearah ruang tamu.


"Penipuan saya tidak salah bang.."Ujar Datin Sherry membela dirinya segala yang telah terjadi keinginannya tidak pernah sekali pun menyesali perbuatan menjerat diri.


"Tidak salah awak cakap? Zaf dengan Nureen tu bukan adik-beradik anak awak dah mati! Zal Husien dah lama mati awak terima kenyataan tu semua kalau hati awak masih lagi tidak rela Sherry!Percaya pada Qada dan Qadar Allah bukan dengan kenyataan palsu macam ini!"Hamun Dato Zakuan setelah lama memendamkan rasa.


Dato Zakuan tidak mampu lagi menahan rasa bersalah dan malu kepada keluarga Nureen Mardihah tentang arwah Zal Husien yang meninggal dunia akibat kemalangan lima tahun lalu disebabkan muka Zaf dan Zal mirip mereka mengambil anak itu menjadi anak angkat malahan menyembunyikan identiti lelaki itu.

Zal Husaini memegang dadanya yang berdenyut laju menahan rasa memamah kenyatan yang baharu didengarinya tadi malahan hatinya seakan lega dia mampu memiliki hati Nureen lagi.


"Saya minta maaf bang.."Rayu Datin Sherry sambil mengesat air mata yang mengalir ke pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience