Bab 13

Short Story Completed 3964

Nureen Mardihah berhenti menangis sambil kaki di gagahi berjalan mundar-mandir dihadapan pintu kecemasan.Tuan Mahmood tidak henti mencuba menghubungi anaknya berkali-kali namun panggilan tidak dijawab.


Zaf Husaini semakin buntu dengan perkara yang telah terjadi namun tanggannya lincah menghubungi nombor Khair Marteen turut tidak dijawab.


Puan Salsabila dan Hajah Zulaika sampai di wad kecemasan setelah dihubungi oleh suaminya menyatakan bahawa cucunya jatuh dari tangga namun hatinya tidak sedap dia menyuruh Sasha menyiasat melalui CCTV.


"Ibu.."Nureen segera memeluk Hajah Zulaika melepaskan tangisan dihatinya.Nureen terlampau risau dengan keadaan anaknya tidak sanggup untuknya kehilangan anak yang dikandung selama sembilan bulan itu.


"Sabar Reen.."Pujuk Hajah Zulaika samb mengusap lembut kepala anaknya.


"Sesiapa dapat telefon Khai?"Soal Puan Salsabila sambil memandang kearah Zaf Husaini dan suaminya yang segera mengelengkan kepala.


"Biar Zaf cari Khai."Pinta Zaf Husaini lalu segera pergi meninggalkan ahli keluarga tersebut.


Seorang Doktor wanita keluar dari bilik pembedahan segera Nureen kearah Doktor tersenyum sambil mengesat air mata yang mengalir.


"Doktor macam mana anak saya?"Soal Nureen pantas Hajah Zulaika memaut tangan anaknya risau Nureen tidak kuat untuk berdiri.


"Maaf Puan kecederaan dikepala anak Puan terlalu teruk saya tidak dapat selamatkan dia."Ujar Doktor wanita tersebut.


Nureen terasa gelap dunianya serta-merta tubuhnya rebah ke lantai nasib Hajah Zulaika segera memaut tubuh tersebut.


Tuan Mahmood tersandar lemah hatinya menangis sedih apabila terfikirkan nasib menantunya itu.Puan Salsabila segera memeluk tubuh menantu dan besannya yang sudah merintih pilu.


Zaf Husaini yang masih berdiri di sebalik dinding tersandar lemah bersama air mata yang mengalir ke pipi.Zaf tekad ingin mengembalikan Khair Marteen demi melihat orang yang dicintai memiliki kebahagian.


Nureen teresak-esak menangis di pangkuan Ibu dan Mak mentuanya dia masih terkejut dengan berita yang baru di sampaikan anaknya sudah tiada lagi.


Jururawat menolak keluar jenazah Naura yang ditutup dengan kain putih.Puan Salsabila memapah tubuh anaknya untuk bangun melihat jenazah terakhir anaknya.


Kain putih dibuka kelihatan wajah si kecil Naura yang berseri-seri bersama senyuman manis dibibir seakan nyenyak tidur bukannya meninggal.


Nureen Mardihah merintih perit sambil tersandar lemah di pangkuan Ibunya.Sasha yang baharu sampai terkejut melihat keadaan ahli keluargannya.Anak saudaranya sudah tiada lagi laju air matanya mengalir kepipi.


Nureen Mardihah merapatkan tubuhnya ke arah dahi Naura lalu dicium dahi anaknya itu.Puan Salsabila segera menutup kembali jenazah cucunya pantas Jururawar segera menolak kembali jenazah kebilik mayat bagi menjalani bedah siasat sebelum dikebumikan.


Tuan Mahmood memandang kearah anak perempuannya yang turut memandang kearahnya."Mana mana Sha?"Soal Tuan Mahmood sambil mengesat air mata yang mengalir kepipi.


"Aimi yang tolak Naura.."


"Apa salah Naura dekat dia?Kenapa sanggup dia buat Naura macam tu!"Jerit Nureen Mardihah pantas Tuan Mahmood segers menarik tangan anaknya ke luar.


"Reen nak anak Reenn!!"Jerit Nureen hilang kawalan pantas dipeluk kemas tubuh Nureen Mardihah oleh Hajah Zulaika menenangkan anaknya.


"Reen semua takdir Allah terima dengan rela hati walaupun sakit.Inshallah Allah memberikan sesuatu yang manis suatu hari nanti sayang."Pujuk Hajah Zulaika lembut.


Puan Salsabila tidak mampu menahan sebak dihati melihat keadaan menantunya ditambah dengan perangai anaknya yang tiada disisi isteri bila diperlukan sebegini.


Pencaturan yang terindah namun sekuat manakah hati ingin bangkit melawan arus takdie sekiranya sumber kekuatan sudah berpaling kearah lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience